Tanggal 22 April 2008 bahagian dapur sebuah rumah di Taman Kajang Baru menyembah bumi. Seorang bapa dalam lingkungan umur 60an terselamat dari mala petaka apabila beliau yang baru sahaja menggunakan tandas yang terletak di bahagian dapur itu sudah berada di ruang tamu. Akibatnya beberapa buah rumah teres dua tingkat yang bersambung dengan rumah tersebut turut mengalami rekahan teruk.
Sehingga artikel ini ditulis sekurang-kurangnya tujuh buah keluarga yang menginap di jalan yang sama dengan dapur rumah yang runtuh itu berjaya dipindah dan ditempatkan di Council Home, Bandar Baru Bangi. Berpuluh-puluh lagi buah rumah yang berdekatan kini hanya menunggu masa untuk runtuh menyembah bumi. Keselamatan puluhan nyawa di situ sudah tidak terjamin kerana pada bila-bila masa mereka mungkin tertimbus hidup-hidup ketika sedang nyenyak tidur.
Ketika menziarahi kawasan tragedi bersama-sama ADUN Bangi pada malam 22 April, kami rasa amat gerun bila memijak baki lantai simen di bahagian dapur rumah berkenaan. Terasa hentakan kaki kami bergaung lantaran tidak ada apa-apa lagi di bawah lantai tersebut. Mata kami liar mengawasi kelincahan ADUN Bangi berjalan ke sana ke mari takut sesuatu berlaku kepadanya. Mana tahu lantai simen itu tiba-tiba runtuh dan membenamkan kami semua dan mana tahu satu pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum ke 12 terpaksa diadakan di sini!
Itu hanyalah catatan pendek bagi membayangkan betapa rumah-rumah di situ yang khabarnya sudah berusia hampir 30 tahun sedang menuju zaman nyanyuk mereka. Persis orang nyanyuk kelakuan mereka sukar diduga. Elok-elok ketawa tiba-tiba menangis. Begitu juga dengan rumah-rumah di sini. Yang paling kita takuti ialah berulangnya tragedi Highland Tower.
Bagaimanapun Tragedi Highland Tower membolehkan penggunaan jentera berat untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat diadakan. Tetapi di sini - di Taman Kajang Baru - penggunaan sebarang jentera samada berat atau ringan tidak mungkin sama sekali. Alasannya ialah kerana boleh dikatakan semua bahagian belakang rumah-rumah berkenaan telah diubahsuai. Keluasan ubahsuai pula ialah hingga sampai cucuran atap barisan rumah di belakangnya.
Bayangkan apa akan berlaku jika ada seorang kanak-kanak berusia dua tahun terperangkap di bawah timbunan batu-bata dan konkrit ketika tragedi 22 April itu. Bagaimana usaha-usaha menyelamat hendak dilancarkan? Jika menggunakan tenaga empat kerat seperti yang dilakukan sekarang ia akan mengambil masa antara 3 hingga empat minggu. Mampukan kanak-kanak - malah seorang manusia dewasa pun - bertahan dalam tempoh itu ?
Pilihan kedua yang ada ialah meruntuhkan semua bahagian ubahsuai rumah-rumah yang berkenaan. Bolehkan ini dilakukan tanpa menjejas struktur rumah asal? Jika boleh pun berapa pula nilai pampasan yang bakal dibayar oleh MPKj terhadap pemilik rumah-rumah itu. Atau pilihan ketiga yang mungkin terbaik ialah jentera berat masuk melalui pintu hadapan rumah berkenaan. Sekali lagi ia akan melibatkan stuktur asal rumah bagi membolehkan jentera itu masuk. Dan sekali lagi MPKj menanggung tuntutan pampasan. Supaya tidak lupa bahawa wang pampasan itu datangnya dari saku kita sendiri sewaktu membayar cukai pintu, cukai pasar malam, denda salah letak kenderaan dan sebagainya.
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran ialah mengapa MPKj membenarkan ubahsuai rumah sebegitu rupa? Atau tidak ada kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan dibuat selama ini? Wah nampaknya kita kena sambung episod pemantauan dan penguatkuasaan ini di bahagian lain. Kita yakin menjelang 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Selangor, berjilid-jilid fail aduan dapat kita hasilkan. Sekali lagi kita terpaksa memperelokkan kerja-kerja tidak senonoh UMNO/BN selama 50 tahun pemerintahan mereka.
Akhir kalam Taman Kajang Baru hanya lambang kegagalan kerajaan BN/UMNO selama ini. Jika ada masa kita akan bercerita pula tentang Bandar Bukit Mahkota Cheras, Kampung Bangi Lama dan lain-lain. Wassalam