Tuesday, April 22, 2008

Kit Siang : Rang Undang-Undang Tafsiran (Pindaan) 2007

Ucapan YB Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Tafsiran (Pindaan) 2007 pada 19 Disember 2007

Tuan Yang di-Pertua, inilah antara langkah untuk membawa negara kita kepada satu e-kerajaan dan 10 tahun sejak pengumuman kerajaan mengadakan Multimedia Super Corridor (MSC)dengan tujuh flagship, satu antara flagship ialah e-government. Sangat jelas bahawa kita sangat lambat dan lewat dalam kemajuan untuk mengadakan e-government. Jika mahu contoh senang, kita pergi ke Parliamentary website. Kenapa sampai sekarang tidak boleh dengan serta-merta semua rang undang-undang yang ada dikemukakan boleh diakses electronic form melalui website Parlimen. Yang boleh dapat dalam semua Parlimen-Parlimen first world, tidak boleh! Apa itu rang undang-undang yang di bentang tidak boleh dapat. Ini yang begitu simple, itu mindset mentaliti yang tidak ada elektronik mentaliti.

Kedua, kalau kita mahu test sama ada kita sedia untuk mengadakan satu mindset untuk e-government, tanyalah 33 orang Ahli Kabinet, adakah semua fasih dalam internet, elektronik. Yang Berhormat Menteri sendiri pun tidak guna komputer dia literate. … tidak boleh ada ‘dinosaur Kabinet’, kalau kita mahu satu elektronik government. Bagaimana dinosaur-dinosaur adalah sebagai menteri-menteri boleh bawa Malaysia masuk elektronik government! Balik kepada zaman dinosaur sahaja bukan masa depan elektronik government. Itu yang mustahak! Apa tujuan elektronik government? Supaya kita lebih cekap, supaya kita lebih berjaya untuk efficient the delivery system kita. Sebab itu kita tidak boleh ada satu kerajaan yang nampaknya begitu tidak efektif.

Sebagai satu contoh yang ada direct connection mengenai perkara ini. Semalam bila ada satu rancangan yang dibuat bahawa adalah patut NGO India ada satu jabatan hal ehwal bukan Islam, Perdana Menteri ada kata ada buat satu reaksi. Namun apa laporan yang kita dapat? Kerajaan tubuh satu Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam, Berita Harian tetapi New Straits Times, - Government considers setting up panel for non Muslims; The Sun - ‘Non-Muslim affairs dept, if necessary; The Star - Non-Muslims looked after - We already have panels to handle their affairs, Abdullah. Yang dahsyatnya BERNAMA - Not Necessary for Non–Muslim Affairs Dept Now, says PM. Ada tiga reaksi akan ditubuh, kedua kita kaji, ketiga tidak perlu, satu ucapan tiga reaksi. Apa itu? Ini bukan satu kerajaan yang cekap, apa elektronik government? Apa elektronik warta yang kita ada? Ini satu simbolik government, ini somnambulant governance! Apa itu somnambulant? Kalau check dictionary somnambulant ialah sleepwalking. Kita ada satu Perdana Menteri sleepwalking through his government.

Adakah dia kata bahawa itu hal ehwal sekarang adalah menteri untuk Menteri Kerajaan Tempatan jaga hal ehwal Buddhist, Menteri Kerja (MIC) Dato’ Seri S. Samy Vellu jaga hal ehwal Hindu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Bernand jaga hal ehwal Kristian. Bila kita tahu adalah mereka pun menjawab yang tambahan bahawa adalah menteri untuk hal ehwal Kristian Dato’ Bernand Dompok, ada menteri untuk hal ehwal Buddhist Dato’ Onn Ka Tiang, ada Menteri untuk Hal Ehwal Hindu Dato’ Seri S. Samy Vellu. Adakah itu? Kenapa Ahli-ahli Parlimen tidak tahu? Bila ini dibuat? Keputusan dibuat? Adakah ini digazet? Bolehkah kita kemukakan soalan kepada mereka? Apa ini Kabinet? Kalau begitu simbolik, begitu somnambulant. Bagaimana e-government boleh berjaya? Pada pokoknya kita perlu ada satu efisien kompeten government, barulah egovernance, e-warta dan lain-lain boleh mendapat hasil yang kita mahu. Kalau pokoknya kita ada satu kerajaan yang simbolik dan somnambulant, kita pun akan mendapat simbolik dan somnambulant e-kerajaan. Saya harap dalam perkara ini kita boleh adalah lebih improve on our kecekapan.

Minggu lalu ada satu pengumuman dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kata banjir kali ini tidak begitu serius, apa sudah berlaku? 28 orang sudah meninggal dunia. Adakah perkara menjadi pokok dibahas dalam Parlimen ini shame kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Isu ini bukan isu yang pertama, I said shame on all the Barisan Nasional, UMNO MP’s.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat adakah ini terkeluar daripada perbahasan?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Itu ada sedikit keluar tetapi mengenai kerajaan. Yang Berhormat Jasin boleh go all over the world. Banjir tidak pernah bahas dalam Parlimen inilah malu kepada UMNO-UMNO Parlimen yang sudah mengabaikan tanggungjawab mereka. Kerana itu e-government, apa e-government? Bagaimana mangsa-mangsa banjir boleh dapat bantuan melalui e-government? E-warta, ekerajaan bagaimana? Itulah pokok. Saya harap bahawa kita seriuslah... Mungkin perlulah lahirnya, mungkin Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh ketepikan masa supaya kita boleh bahas banjir yang nampaknya satu isu yang besar lebih serius daripada dua tahun dahulu sungguhpun ada jaminan dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa tidak begitu serius. Supaya Ahli Parlimen tidak terus mengabaikan tanggungjawab mereka kepada constituent-constituent kepada mereka. Sekian , terima kasih.

No comments: