Thursday, April 17, 2008

Pertukaran Ahli Majlis - Kedah batal ahli lama, lantik yang baru


ALOR STAR 16 April 2008 – Kerajaan negeri Kedah membuat keputusan membatalkan perkhidmatan semua ahli majlis daerah dan perbandaran di negeri itu berkuat kuasa hari ini. Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata, penamatan perkhidmatan ahli-ahli majlis itu bertujuan melantik ahli majlis baru yang akan bermula esok.

“Bagaimanapun, dua daripada 11 majlis daerah dan perbandaran ini belum meletak jawatan iaitu Majlis Bandaraya Alor Star dan Majlis Perbandaran Sungai Petani kerana belum ada pindaan dibuat. “Semua senarai nama ahli-ahli majlis baru telah pun diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan akan diumumkan kemudian,” kata beliau kepada kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurut Azizan, setiap majlis daerah dan perbandaran akan mempunyai bilangan ahli yang tidak melebihi 24 orang dan selepas diberi taklimat mereka akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua masing-masing.

“Bilangan ahli majlis bergantung kepada keluasan daerah jajahan masing- masing,” jelasnya. - Utusan

1 comment:

roslisalem said...

ADUAN:

Assalamualaikum semua.
Pagi tadi sy ada complain ke TNB psl lampu jalan di hujung jalan 3/39 , Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, yang kadangkala menyala dan kadangkala padam. kalau x silap, tiang lampu ni berada di antara rumah Sdr Johar dan Dr Din.

saya tanyakan pd TNB kerana itu adalah tiang TNB. Tp menurut mereka, tiang shj milik TNB tp pembayaran bil adalah di antara pemaju dan MPKJ. sy x pasti siapa yg punya. Pihak TNB memerlukn no tiang di samping no IC dan akaun no pihak pengadu. sy x smpt nk amik data tsb. Tp lupa plak nk tanya, bila dia dh amik no akaun TNB pengadu, nt slps repair dia charge ke akaun pengadu plak ke atau tidak. Thanks.

p/s: blogspot Dr Shafie (ADUN Bangi)
http://drshafie.blogspot.com