Menteri Penerangan dalam ucapan sulung di kementeriannya menyarankan RTM bakal bertindak sebagai "agen perubahan". Minggu lepas, orang awam di Selangor telah dipalitkan dengan isu penternakan babi. Lama sebelum ini, isu babi di Selangor seperti di Tanjung Sepat pernah mendapat liputan luas di TV. Juga di Melaka, penternak babi dipaksa keluar dan cari tempat ternakan baru. Namun isu tersebut gagal untuk diselesaikan secara komprehensif. Penternakan haram terus berleluasa, yang berlesen pula, pengurusannya tak beretika, isu alam sekitar masih tak selesai dan mangsa keadaan masih rakyat biasa, terutama orang Melayu sebab sentimen agama. Tiba-tiba Kerajaan Selangor mengumumkan satu projek yang komprehensif disamping dapat menangani implikasi negatif ternakan babi.
Persoalan utama dalam tulisan ini bukan bagaimana projek itu bakal menyelesaikan isu yang dah berpuluh tahun. Itu tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyampaikan secara efektif. Namun isu utamanya ialah bagaimana media arus perdana (elektronik dan cetak), juga ahli politik meng'instrumen'kan isu tersebut untuk menyentap emosi rakyat biasa yang tak sempat mendapat penerangan secukupnya.
Selangor telah mencapai status negeri maju di bawah kerajaan BN. Rakyat Selangor dan Malaysia amnya harus dicetuskan untuk berfikir secara bijak dan rasional sejajar dengan status negeri ini. Pemangkinnya ialah orang berpendidikan yang rapat denagn rakyat. Tak lain tak bukan ialah ahli politik dan orang media. Namun isu ini digembar-gemburkan oleh media arus perdana dengan andaian-andaian cetek dan rakyat biasa disogokan dengan kesangsian dan keresahan. Dengan latar belakang akademik ahli politik dan orang media, mereka tahu impak positif yang dapat disumbangkan oleh keputusan kerajaan Selangor itu, tetapi lebih rela membelakangkan ketinggian intelektual mereka sendiri dengan menyampaikan berita yang mengusutkan keadaan. Penternakan babi yang sistematik dan moden, ditenggelamkan dengan isu-isu subjektif. Dari liputan media, seolah-olah tiada bezanya ternakan cara moden dengan cara tradisional.
Rakyat sudah faham, dalam negara majmuk, menghalang penternakan babi bukan satu pilihan, kerana permintaan tetap wujud, mencecah berbillion ringgit (cukai dikutip kerajaan pun bukan sedikit), tapi bukan itu isunya. Isunya, dari pihak berkuasa bertungkus lumus menjejak pencemaran yang dilakukan penternak babi, lebih baik penternak diberi tempat khas, dididik dan didedahkan denga pengurusan moden, menjamin alam sekitar dan menjamin keselesaan rakyat setempat. Ternakan babi ini, walau dimana pun, memang mendapat tentangan penduduk setempat, jadi lokasi juga mesti mengambil kira supaya pihak berkuasa dapat membuat pengawalan dan pemantauan yang cekap. Jadi cadangan di buat disebuah pulau, mungkin tak praktikal.
Dengan ini tak perlulah Karam Singh Walia keluar masuk ladang babi. KSW boleh beralih kepada isu yang lebih berat, disamping membongkar kelemahan sistem perundangan dan pengurusan alam sekitar yang disimpulkan denga pantun-pantun sadisnya. Wartawan seperti beliau patut diramaikan lagi, begitu juga dengan Wan Kamarudin (walaupun trademark 'apakah jadahnya' agak keras). Meraka adalah wartawan yang membuat orang berfikir.
Sedikit masa dulu, ramai pemimpin mengatakan Malaysia punyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga. Diharap melaui tulisan ini kita berjumpa sebahagian jawapannya. Banyak pihak bersetuju, salah satu punca keputusan PRU memihak kepada pembangkang sebab media terlalu banyak melaporkan hal negatif tentang pembangkang. Namun mereka masih tidak mahu mengambil iktibar dan memperkecilkan tahap pemikiran rakyat marhaen.
Kegusaran yang jelas dari situasi ini ialah bagaimana acuan pemikiran rakyat yang hendak melangkah hidup dalam negara maju, sedangkan agen pembentukan minda rakyat iaitu media, belum terlepas dari kongkongan dunia ketiga. Sebagai agen perubahan, mereka patut sudah sampai ketahap pemikiran kelas pertama. Hanya 12 tahun saja lagi menjelang Malaysia dinobatkan setaraf dengan Singapura, negara maju. (Rakyat juga faham peranan media kerajaan atau pro kerajaan yang menyebelahi kerajaan, tetapi jangan pula kebenaran yang tak menyebelahi pemerintah disulam dengan cerita-cerita 'twillight zone'.
Saranan Menteri Penerangan untuk RTM menjadi agen perubahan, harus disambut oleh agensi media yang lain.Namun peubahan yang dimaksudkan mesti holistik, pemikiran dan pendekatannya. Mungkin ya atau tidak, kredibiliti dan integriti media patut dijadikan satu 'pre-requisite' untuk pengiktirafan sebagai negara maju. Sebabnya mudah saja, bagaimana untuk menjana dan mengekalkan minda kelas pertama dikalangan rakyat jika agen penyebaran maklumat hanya dikelas ketiga.
Pihak media harus menunjukan pada rakyat yang mereka memiliki 'set of thinking' yang betul dan berwibawa. Paparkan pada rakyat maklumat yang disiarkan hasil dari 'methodology' yang kukuh. Rakyat harus digalakan berinteraktif dengan maklumat yang tepat. Reputasi media akan dipersoal jika mereka memainkan isu tanpa 'homework' dan sumber yang tak ' reliable'. Kerajaan mensasarkan 40% rakyat mempunyai pendidikan formal sekurangnya diploma. Ini harus dijadikan 'benchmark' intelektual rakyat. Ada pihak mengatakan terlalu banyak hiburan dihidangkan oleh media dan unsur-unsur 'hedonisme' telah menjalar dengan subur. Ini akan kita bincangkan di lain ruangan.
Pentadbir dan pengamal media mesti melihat apa sumbangan mereka dalam membentuk minda masyarakat supaya pemikiran rakyat sentiasa berinteraktif dengan suasana dalam dan luar negara. Tingkap untuk melihat dunia luar dan masa depan adalah media TV dan suratkhabar, kerana keduanya masih popular dan menjangkau keserata pelusuk negara.
Di awal kebangkitan nasionalisme Melayu, golongan guru dan wartawan lah yang berperanan besar dan golongan ini dihormati untuk sekian lama. Mereka berjuang untuk mengubah 'mind set' rakyat ketika itu. Golongan inilah yang mencetuskan artikel-artikel yang memberi acuan yang betul dalam membentuk pemikiran rakyat masa itu.
Namun bila masa beredar, golongan guru tidak lagi disanjung. Jika watawan dan orang media pula bakal tidak dihargai dimasa depan, 'sendiri mau ingatlah', jika mereja sendiri merendahkan martabat profession mereka. Mereka harus menjaga taraf intelektual mereka tanpa di 'barter-trade' kan dengan gelaran, banglo,mercedes dan saham. ('media' merujuk kepada televisyen dan suratkhabar arus perdana) (dari blog : rainwonder.blogspot)
No comments:
Post a Comment