Wednesday, May 20, 2009

Usul Menjunjung Kasih 2009 – DSAI (siri 3 dari 5 siri)



(Ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen pada 19 Feb 2009)

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya nak ulang kepada Batu Pahat saya bukan marah orang nak keluar parti, saya marah cara menculik, ugut, bini pun tak tahu, isteri pun tidak tahu, menangis rayu pada saya “Mana suami saya dilarikan?” Yang Berhormat Batu Pahat, sekarang saya akan bagi Kinabatangan. Jadi jangan kita pertahankan jenayah, ini tuduhan ini Akuan Bersumpah, siasat tanya Fauzi, tanya saksi dia, tanya Timbalan Perdana Menteri betul tak dia pergi ke rumah sekian hari bulan? Mengapa bila datang Timbalan Perdana Menteri kes pembunuhan Altantuya tidak boleh tanya, kes hilang rekod imigresen tidak boleh tanya, kes Bala Subramaniam hilang ke mana, tidak boleh tanya.

Saya tidak tuduh siapa bersalah, tanya pun tidak boleh, nak harapkan Polis macam ini nak jaga, kawal jenayah macam mana? Ini yang disebut double standard. Kalau Batu Pahat sebut Tuan Yang di-Pertua, dia kata “Kalau Anwar panggil saya, apa salahnya Tajul Rosli, Datuk Tajul Rosli, Tan Seri kalau tak silap, Tan Seri Tajul Rosli panggil orang lain”. Saya tidak kata salah, dengar betul-betul. Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk pilih nak sertai, saya pertikai cara dibuat. Ramai Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional yang ada tahu, banyak yang dah bincang dan dah datang ke rumah tu jumpa saya, ada yang dah tanda tangan, ada yang kata at the right time, ada saya sebut? saya tak sebut? Sebab apa? itu understanding, ada saya bagi RM5 juta? Ada saya ugut kalau you tak buat, aku sula kamu sampai mati, tak ada. Ada saya bawak lari dia seminggu sampai isteri tak tahu.

Tuan Yang di-Pertua saya tidak akan gunakan Dewan ini kalau isteri dia tak telefon saya bagi tahu dalam keadaan menangis teresak-esak. Yang Berhormat Batu Pahat kena ingat ini bukan politik lagi dah, ini sudah satu jenayah yang dilakukan bawa lari orang dan sebelum Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan kawan lama, saya pun nak pergi Sandakan juga. Bukan masalah-masalah keluar parti, masuk parti, kena ingat yang saya bangkitkan cara ia dibuat, baik ADUN Bota, kawan saya Nasaruddin, telefon datang ke rumah, saya kata okey bila? Saya kata tidak sempat lepas jamuan, okey pukul 10 malam datang. Dia kata saya tidak ada keyakinan sama sekali dengan pimpinan sekarang lebih-lebih lagi bila ada peralihan kuasa. Saya tengok rasuah, jenayah banyak, saya sudah fed up.

Saya kata, “kalau begitu ambil keputusan.” Dia kata “boleh.” Saya kata “kalau boleh ambil keputusan, saya tahu saudara akan didera dan dicaci oleh media UMNO.” Mereka mempunyai kekayaan, mereka mempunyai media. You kena decide betul-betul. Dia kata, “saya sudah ambil keputusan, saya sudah bertekad, saya sudah beristikharah”. Okey, kalau begitu you kena berdepan dengan media. Biar media tanya you sendiri, saya tidak mahu umum bagi pihak saudara. Maka kita uruskan buat media. Dia draf sendiri kenyataan, dia tanya pendapat Datuk Seri, “Boleh, kenyataan?”. Saya kata, “Saya tidak mahu campur kenyataan, sebab kalau saya campur nanti rekod kata, Anwar campur untuk pinda kenyataan.” Dia buat kenyataan. Kemudian saya kata, “Kalau begini, saudara bertanggungjawab menerangkan kepada pengundi-pengundi saudara di Bota, Parit, Perak.” Dia kata, “Okey”. Dalam tempoh tiga hari 10,000 orang lebih berhimpun dan dia berucap dengan tegas depan 10,000 orang. Saya hilang kepercayaan kepada pimpinan UMNO. Parti yang tidak punya idealisme, yang bergelumang dengan rasuah dan saya memilih Parti Keadilan dalam pakatan Rakyat.

Kemudian dia jumpa saya di Ipoh, dia pergi jumpa saya di Permatang Pauh kerana ada hadir ke satu majlis. Selepas itu ada sekali lagi telefon dari isteri, suami dia hilang lagi. Yang Berhormat Batu Pahat, saya tidak tambah. Saudara pun orang politik, saya pun orang politik. Saya pun bertanggungjawab akhirnya kepada Allah SWT. Bila saya sebut ada telefon, menangis, kata hilang, dengarnya pergi ke rumah Timbalan Perdana Menteri. Ini Tuan Yang di-Pertua, saya sebut the polemic. Hilang setelah beberapa hari menjelma dengan Timbalan Perdana Menteri, saya sudah sokong UMNO semula. Walaupun saya tahu perlembagaan UMNO tidak boleh terima balik sebelum lima tahun tetapi itu masalah UMNO bukan masalah saya. Akan tetapi perlembagaan UMNO itu saya ingat, Yang Berhormat Batu Pahat tidak hafal, saya hafal perlembagaan UMNO ini. Jadi...

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mohon penjelasan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak sebut yang ini, bukan hendak pertikai apa Yang Berhormat Batu Pahat sebut soal saudara juga diajak melalui teman-teman, ada bezanya. Akan yang saya pertikai ini, boleh tidak cara menculik orang. Boleh tidak seperti mana dalam ini.... [Menunjukkan satu dokumen] Mengugut orang.You charge, dakwa dua orang pasal kes rasuah. Kes yang entah ke mana sekarang kerana Badan Pencegah Rasuah ketika itu pun didakwa, dia pun dakwa. Selepas itu bila ada kes rasuah, ambil dia buat deal Saudara kita tunggu.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Minta penjelasan, sikit lagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang Berhormat Kinabatangan dulu.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ada dua isu, yang pertama saya ditanya bolehkan kita tersenyum dalam keadaan isteri dia menangis? Memang, saya bukan tersenyum pasal itu, saya bersimpati sebetulnya. Cuma, apabila melibatkan culik ini bermakna satu perbuatan yang tidak baik. Akan tetapi mungkin, kalau kita percaya bahawa politic is possible game, mungkin dia ada understanding agreement di antara yang mahu berpindah dengan yang merunding. Ini kita tidak boleh tuduh culik juga. Sebab kalau culik ini boleh dikatakan kekerasan. Dia tiba-tiba hilang dan saya sendiri pun saya mengakui, perkara-perkara politik kita tidak boleh bagi tahu orang rumah kita sekali pun sebab dia rahsia. Jadi mungkin dia pun berpendapat tidak perlu bagi tahu isteri dia, dia hendak berhijrah. Sebab politik ini...

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Hendak kahwin seorang lagi tidak perlu bagi tahu bini.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kadang-kadang kita lihat kotor, tetapi realitinya begitu. Jadi persoalan yang ingin saya kemukakan, mungkin bagi pihak Pakatan Rakyat di Perak cari kaedah pendekatan yang baru. Sebab saya juga mendapat laporan, dulu pun Yang Berhormat Batu Gajah sebelum pilihan raya dia kata, “Saya tidak mahu bertanding sebab saya tidak sehaluan dengan pemimpin DAP di Perak.” Dua kerabat, sepupu, adik beradik yang menguasai segala-galanya. Tiba-tiba dia punya mentor campur tangan, Yang Berhormat Batu Gajah bertanding balik. Akan tetapi yang satu ini mungkin sudah tidak tahan walaupun dia deputy speaker di Perak tetapi sudah tidak tahan kerana kena tekan, dia pun lari. Akan tetapi DAP kata tidak ada kronisme, tidak ada apa-apa, tetapi jelas. Jadi mungkin inilah yang berlaku. Dua orang ini pun mungkin kerana tekanan dalaman. Mungkin dia dalam PR Melayu tetapi tidak tahan dengan DAP di Perak. Dia pun “Ah, buat apa tunggu kalau tidak tahan.” Dia pun lari bukan pasal diculik, dia sengaja mahu lari, cuma dia rahsiakan, mungkin itu yang berlaku.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih. Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan politik serba kemungkinan. Ini saya bagi ini fakta. Kalau Yang Berhormat fikir isterinya itu pura-pura nangis depan saya, itu soal Yang Berhormat. Pada masa itu saya benar-benar runsing, okey.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta maaf. Saya bukan kata pura-pura. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku sebab dirahsiakan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Baik. Kalau benar dia tidak tahu Yang Berhormat, kita pilih Datuk Nasar dia pilih. Saya tidak mahu kata apa-apa yang menyinggung dia, saya bagi tahu fakta. Dia datang, dia buat kenyataan terbuka besoknya depan 10,000, dia berdepan. Orang pakatan Rakyat, dua Keadilan, satu DAP masuk. Sudahlah dia hilangkan macam kes dua Exco itu sepuluh hari, sembilan hari hilang. Kemudian menjelma hanya sekali di depan awam, di depan Timbalan Perdana Menteri. Kemudian hilang semula. Sampai sekarang tidak sanggup berdepan dengan rakyat yang memilihnya. Ada beza Yang Berhormat Kinabatangan. Bezanya besar, orang datang dengan conviction, dengan datang dengan pelbagai cara kaedah yang lain. Memalu dan mengaibkan kita kerana ia melibatkan langsung nama Timbalan Perdana Menteri dalam kes ini. Tidak ada langsung sense of shame. Tidak rasa tersinggung sama sekali bahawa ada orang hilang sembilan hari, jelma depan dia kemudian hilang semula. Ini dari segi yang disebut etika, moral, akhlak, prinsip semua. Boleh katakan “Oh, Anwar pun ajak”. Saya jumpa Yang Berhormat, saya kata “Bila Yang Berhormat boleh?” Itu ada saya sorok, ada saya paksa, ada saya larikan orang? Saya cakap soal prinsipal kerana saudara pernah..., dan sekarang saya menganggap sebagai sahabat. Saya cakap terus terang dan ini agenda kita. Jangan hairan kalau perkara ini berlaku dalam politik kerana Yang Berhormat sebut art of the possible tetapi possible itu jangan cara sogok, khianat, tipu, culik dan jenayah. Saya akan sambung dengan bukti yang lain. Kedah Darul Aman ....

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Penjelasan sikit.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Sebelum itu Yang Berhormat Batu Gajah, bagaimana saudara hendak kaitan dengan Yang Berhormat Batu gajah. Ini soal dalam parti. Apakah Yang Berhormat Batu Gajah diugut, cuba dibeli? Tidak. Dia ambil satu sikap dan pendirian tidak hendak. Pengalaman saya dengan ahli parlimen Parti Keadilan pun banyak. Dia berbeza pendapat dengan satu dua keputusan dari Kerajaan Negeri, dia ambil keputusan begitu begini kemudian kita panggil, kita bincang. Tapi yang kita bahaskan ini soal khianat, soal culik, soal bunuh, soal ugut. Akan sampai Yang Berhormat Kinabatangan. Saya hendak gunakan majlis ini hendak bincangkan titah di raja ini. Kalau tidak diganggu, saya tidak akan pendekkan. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, sudah lihat jam.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sikit sahaja penjelasan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Baik,sebab itu Yang Berhormat Batu Gajah, dia ada prinsip dia. Dia masuk parti, bertanding berdasarkan prinsip. Dia berbeza pendapat dengan satu dua tokoh kemudian dia leraikan kerana prinsip perjuangan itu mengatasi sedikit satu dua pendapat perbezaan dengan parti. Bagaimana kita hendak bezakan pendirian Yang Berhormat Batu Gajah dengan prinsip dengan orang yang lari entah ke mana. Tidak tahu ke mana, tidak tahu sampai sekarang. Hendak kontak tidak tahu, pengundi dia tidak tahu mana. Sesekali telefon, tengok ini apa dia ini? Yang Berhormat Batu Pahat saya faham saudara Yang Berhormat Batu pahat wakil UMNO dan Barisan Nasional. Tidak apa saya faham, saya juga menghormati kerana Yang Berhormat Batu Pahat ini di antara ahli parlimen yang bercakap dan pertahan juga beberapa prinsip. Akan tetapi saya hendak sebut di sini, bila saya sebut kes-kes ini dan kes yang hendak sebut di sini, ini fakta.

Saya dengar khabar-khabar angin, saya tidak berani sebut kerana ini saya terpaksa pertahankan dan saya berkewajipan membentangkan hanya apa yang saya yakin sebagai fakta, ada laporan polis atau …statutory declaration. Kalau tidak ada, saya tidak berani. Akan orang kata diugut, saya kata buat laporan dia tidak mahu. Kalau begitu saya tidak mahu sebut.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab itulah di awal tadi saya membangkitkan soal kredibiliti kepada akuan bersumpah apa yang dinyatakan oleh si isteri tadi kebenarannya. Sebab itu saya kata bahawa ini berbangkit bertambah-tambah lagi apabila dalam kes Bukit Lanjan itu, mereka terus membuat satu andaian, ini adalah konspirasi Barisan Nasional. Jadi sebab itulah saya mengatakan bahawa bila melihat kepada kes Bukit Lanjan dikaitkan dengan apa yang berlaku di Perak, maka ini yang kita katakan kredibiliti itu yang mengatakan mereka ini dilarikan, diculik, diugut dan sebagainya. Kalau soal wakil rakyat DAP yang jadi Bebas itu sekarang menghilang diri, mungkin dia sebenarnya diugut oleh orang DAP sendiri ataupun PKR atau sebagainya, sebab itu dia takut untuk keluar. Dia sebenarnya yang terugut sekarang ini, sebab dia sendiri pun kata, dia kata dia mempertaruhkan nyawanya bila dia keluar daripada DAP. Maksudnya, dia tahu dia diugut, mestilah dia diganggu, keluarga dia diganggu dan sebagainya. Ini yang saya kata bahawa kita sebenarnya sudah muak mendengar perkataan diugut, diculik dan sebagainya ini. Sebab kredibilitinya itu tidak ada, yang saya katakan tadi asasnya ialah kelemahan dalam memilih calon-calon tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ini yang sepatutnya diberi keutamaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Okey...

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Apabila membangkitkan perkara itu. Ini salah siapa?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Salah PKR lah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Baik, saya terima. Saya tak pernah menolak, memang ada kelemahan dan insya-Allah kita perbaiki, termasuk program tarbiah dalam parti. Saya tak ada masalah, [Tepuk] tetapi jangan gunakan itu untuk menghalalkan jenayah, Yang Berhormat Batu Pahat sebagai tokoh muda yang kena ingat perkara ini, jangan halalkan jenayah. Jikalau nak gunakan satu alasan teknikal, oh belum bukti, mengapa Polis tak siasat? Mengapa tidak ada siasat, seorang buat tuduhan kepada Timbalan Perdana Menteri tentang penculikan, bagi tarikh jumpa, di rumah, pukul berapa, dengan siapa. Jumpa di rumah Timbalan Perdana Menteri dengan siapa, siasat. Kalau itu tidak boleh dilakukan dan nak katakan ini teknikal kerana dia lemah, memang betul dia lemah, sebab dirangka satu pertuduhan rasuah dan dia rasa gelisah.

Jumpa saya dua tiga kali nak selamatkan. Bagaimana, saya kata kena lawan di mahkamah sajalah, itu cara saya jawab. Bukan saya kata nak boleh runding dengan Timbalan Perdana Menteri, bukan kerja saya begitu. Jadi saudara kata tuduhan itu palsu, seorang ahli Exco hilang 10 hari, kemudian saya kata, ha mana boleh di culik, ini apa dia ini? 10 hari seorang Exco hilang, Menteri Besar tak tahu, ketua parti tak tahu, bini pun tak tahu dan saudara nak pertahankan. Ini pertahan apa? Tak betul, tidak boleh, tidak boleh kita pertahankan,

Tuan Yang di-Pertua, kalau nak buat dengan rela hati, ya berdepan, jumpa Press, biar Press tanya. Ini dah sebulan, belum lagi pergi ke depan kepada rakyat, ya kita tak percaya dengan Pakatan Rakyat dan Anwar dan apa pun. Sebut, dia sebut, kita berdepan dengan politik, jangan hilang. Kalau macam ini pun politik begini, direstui oleh kepimpinan tertinggi dalam negara, ini yang saya pertikai Yang Berhormat Batu Pahat.

Saya nak sambung kalau boleh, kerana ada isu Kedah dan Selangor belum habis lagi dan ini bangkit Bukit Lanjan, saya sampai kalau perlu. Laporan dibuat, di Kedah Darul Aman, di bawah pimpinan Dato Seri Azizan Abdul Razak, 11 April 2008, ini lebih serius daripada tadi. Sri Gading, dengar betul-betul, ya, betul. 11 April 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Yang Berhormat Lim Soo Nee daripada Pakatan Rakyat telah dihubungi oleh seorang agen Barisan Nasional yang mewakili Datuk Seri Mahadzir Khalid, Pengerusi Barisan Nasional Kedah dan bekas Menteri Besar, minta Lim Soo Nee melompat parti, dengan tawaran RM4 juta. Betul, Yang Berhormat kata ini hanya tuduhan longgar. Okey, saya terima. Saya sambung. Tawaran itu dinaikkan RM5 juta. Ya, ini juga mungkin kenyataan melulu. Kemudian perjumpaan diatur untuk menemukan Yang Berhormat Lim dengan Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Timbalan Perdana Menteri. ADUN Kulim itu diganggu dengan tawaran, pujukan lompat parti April, Mei, Jun dan Julai 2008, kemudian itu pun tuduhan Yang Berhormat Sri Gading. Kita tak boleh pakai politik ini, banyak orang tuduh, baik.

Yang Berhormat ADUN Lunas, buat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah mengatakan dengan bukti tarikh-tarikh agen UMNO cuba beli beliau, maka beliau bersedia berpakat dengan BPR untuk menjadikan diri sebagai umpan untuk menangkap orang yang cuba beli. Ini kali pertama saya dedah kepada awam, saya nak tengok BPR, suruhanjaya sekarang sanggup bertindak ataupun tidak. [Tepuk] Saya nak tengok benar atau bebas, bebas benar yang mereka dakwa. Saya sokong suruhanjaya itu, saya sokong kenaikan gaji dan elaun mereka, saya yakin dengan keupayaan mereka. Akan tetapi saya nak tengok sejauh mana tekanan yang diberikan oleh pimpinan politik. Pertemuan demi pertemuan diatur oleh agen Barisan Nasional dan Yang Berhormat Lim. Semuanya dengan pantau BPR, Kinabatangan yang ini memang pukulan K.O. [Tepuk]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Siapa nama itu agen-agen? [Ketawa]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ada, ada, jangan lupa, baik. Kemuncak pemantauan ini Tuan Yang di-Pertua, pertemuan di antara bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid dengan Yang Berhormat Lim di sebuah hotel di Seberang Jaya pada akhir 2008. Dia pilih hotel Seberang Jaya di Permatang Pauh, memang cari maut. [Tepuk][Ketawa] Ini kerana hotel Permatang Pauh itu walaupun UMNO punya tapi penyokong kita 100% [Tepuk] maka apabila sampai, pertemuan itu dirakam CCTV. Bukan astaghfirullah, alhamdulillah. [Ketawa][Tepuk] Sri Gading kata astaghfirullahlah. Alhamdulillah kerana dia nak cari bukti jenayah berlaku. Kita tuduh berbuih mulut-mulut, dia tak nak dengar, baik CCTV pasang, Yang Berhormat Lim, Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah.

Semua perbicaraan, sogok menyogok, ugutan, dirakam oleh BPR ketika itu, belum lagi Suruhanjaya, apa jadi? Tidak ada tindakan susulan diambil, pegawai yang bertanggungjawab dikeluarkan dari Kedah, saya difahamkan. Ya, yang itu astaghfirullah betul. Yang Berhormat ini macam mana, tadi dikatakan belum cukup bukti. Sekarang ini, CCTV, pegawai BPR, rakam, siapkan semua di Hotel Seberang Jaya. Saya ucap tahniah kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh kerana membantu dalam mendedahkan kes jenayah besar ini. Tindakan sampai sekarang tidak ada. Jadi saya persilalah kalau ada soalan daripada Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Saya cuma nak tanyalah pasal apa ni, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nak tanyalah pasal video tadi tangkap tadi, ada gambar tengah bagi duit.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ini maknanya kalau dah sampai dah, tak mahu juga, terima kenyataan ini, jawapan saya [membaca sepotong ayat Al-Quran] selamatlah kamu...

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Laluan.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jawablah terus terang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya tidak tengok, saya bukan, dengar dulu...

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Cakap terus terang, ada nampak tak bagi duit.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Dengar dulu. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tonton kerana saya bukan pegawai BPR; yang saya tahu ada rakaman. Dengar dulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Pahat duduk dahulu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang Berhormat Batu Pahat ialah, hendak jadi jaguh murahan kata Yang Berhormat Gombak. Pertahan, sudahlah, sudah. Ada hal lagi yang kita boleh pertahankan. Lagi banyak Yang Berhormat Batu Pahat bercakap,pertahankan ini lebih jatuh kredibiliti dia sebagai wakil rakyat. [Tepuk]

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Itu sebab, apa salahnya saya tanya berterus terang nampak atau tidak gambar tersebut, kenapa tidak mahu jawab?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Malu kepada anak-anak kita. Yang Berhormat Permatang Pauh cuba bangkitkan bukti, Yang Berhormat Permatang Pauh bangkitkan bagaimana berbulan-bulan seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat bekerjasama dengan BPR untuk memerangkap orang yang hendak beri sogokan rasuah dengan diambil CCTV. Yang Berhormat Batu Pahat pertahankan, mana tahu, mana bukti, mana gambarnya? Bukan kerja saya, saya bagi tahu suruhanjaya ambil tindakan dan dedahkan sekarang kerana saya boleh bertahan.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Yalah, kalau setakat berjumpa, saya pun selalu jumpa orang-orang PKR. Orang boleh ambil gambar saya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Kalau inilah cara ahli Barisan Nasional yang agak terbaik dalam sidang yang ini, qaalu salamaa. Yang Berhormat Machang...Bersambung...

Usul Menjunjung Kasih 2009 – DSAI (siri 2 dari 5 siri)

(Ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen pada 19 Feb 2009)

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih. Pasir Salak, ini kalau disebut ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat saya pun sebut itu. Bila saya sebut ketuanan rakyat mengapa kita sebut ketuanan rakyat itu kita menghina Raja tidak. Raja Melayu itu Raja rakyat Malaysia bukan Raja orang Melayu. [Tepuk]

Saya iktiraf Raja itu Raja Melayu tetapi Raja Melayu itu berdaulat atas takhta pelindung rakyat Malaysia semuanya. Ini kita terima dan iktiraf baik dalam Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat walaupun dalam kempen UMNO tidak disebut begitu. Akan tetapi saya ada bukti dan yang ditandatangani bersama tentang mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu oleh Parti Keadilan, DAP dan PAS. Jadi oleh yang demikian kita lihat kepada kenyataannya. Yang Berhormat Pasir Salak menyebut yang dirundingkan secara tertutup oleh Majlis Kerajaan Negeri. Saya tidak tahu. Kalau benar ada penghinaan itu harus dibetulkan tetapi itu hanya tafsiran. Saya boleh sebut puluhan kali kisah penghinaan terhadap Raja-raja dalam Mesyuarat Kabinet.[Tepuk]

Akan tetapi apakah wajar saya buat begitu? Tidak wajar kerana minit mesyuarat Kabinet itu rahsia sifatnya dan saya tidak akan keluarkan. Cuma saya nak sebut perkara itu berlaku. Janganlah kita pilih. Kalau benar berlaku kita betulkan tetapi saya ingin pertahankan di sini kerana dalam pertemuan saya dengan pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan Keadilan pendirian kita dan juga komitmen kita untuk mempertahankan ciri asas Perlembagaan itu tidak berganjak sama sekali. Kalau tidak, tidak mungkin Pakatan ini boleh mantap kalau asas-asas Perlembagaan ini tidak dipertahankan. [Tepuk].

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut di sini kerana apa yang dibicarakan tadi dalam kisah Mamanda Menteri itu persamaan dengan Edmund Burke yang berselisih pendapat dengan Thomas Paine penulis The Rights of Man. Pemikiran Burke tercurah dalam karya Reflections on French Revolution. Jadi oleh itu, saya ingin mengulangi tentang prinsip ini kerana kita tidak boleh kawal bagaimana media UMNO dengan hilang pertimbangan kerana takut kemaraan rakyat ini akan cuma menggunakan isu derhaka tetapi tidak isu yang pokok. Saya ingin pertahankan sekali lagi hak Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah di Perak dan rakan-rakannya. [Tepuk]

Ini adalah untuk mencabar keputusan di mahkamah dan keputusan Menteri Besar kerajaan haram yang baru dan rakan-rakan dia. Ini cara yang kita buat melalui proses mahkamah yang diakui oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan bukan untuk menyatakan derhaka kerana derhaka seperti mana yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja itu derhaka yang menyelamatkan Tun Tuah dan menyelamatkan dalam kita tahu kisah Hikayat Hang Tuah. [Tepuk]

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Haji Noh bin Haji Omar]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya dengar ucapan Yang Berhormat tadi dekat luar. Bukan kata Menteri tidak dengar kita dengar dekat luar. Masa zaman Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dahulu dekat luar belum ada TV lagi. Ini tadi bila kata derhaka saya nak tanya Yang Berhormatlah dalam sejarah Yang Berhormat dalam UMNO dahulu pun pernah tidak kita mengganggu sampai sanggup menghalang perjalanan Sultan? Baring di jalan. Kacau laluan seperti yang demikian. Pernah tidak benda berlaku? [Dewan riuh] Itulah saya hendak tanya?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih. Dalam pengalaman saya dalam UMNO pernah Perdana Menteri, Menteri-menteri dan pemimpin UMNO menghina Raja-raja. Dalam pengalaman saya cuma saya tidak pernah dengar seperti mana yang berlaku di Terengganu di mana ada tunjuk perasaan yang mencemar duli dan menghina dan memanggil nama Raja dengan perkataan yang kesat. Akan tetapi saya sudah sebut dan sudah jawab pada Yang Berhormat Pasir Salak tadi.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Saya ingat Yang Berhormat tidak jawab soalan saya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tidak. Saya hendak jawab. Saya jawab. Dengar. Sabar.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Yang Berhormat tidak jawab soalan saya. Soalan saya ialah pernah tidak sampai orang UMNO baring di jalan ini? Sultan hendak jalan, baring di jalan. Polis grip macam tu .

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya. baik-baik. Saya nak sebut...

Dr. Mohd. Hatta bin Othman [Kuala Krai]: Lantik Sultan baru pun ada lebih teruk daripada baring tu.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Polis grip macam tu. Itu bukan perbuatan yang derhaka?

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Bukan kurang ajar ini perbuatan derhaka kah?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]:Tidak apa.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Bukan kurang ajar ini perbuatan derhaka?

Seorang ahli: Hoi. Lantik Sultan...

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Kalau kita bercakap Datuk Seri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ini Menteri ini.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: I know. Saya Menteri pun, saya ada hak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Menteri pun tidak ikut peraturan.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah sudah.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Saya pun ada Raja. Ini soal Raja. Soal Melayu. Bukan hak itu hak saya.

Seorang ahli: Lantik Sultan baru.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Hak-hak tetapi Menteri pun kena ikutlah. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Menteri pun kena ikut peraturanlah. [Dewan riuh]

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Sebab Yang Berhormat pun cakap lain yang kita tanya lain Yang Berhormat jawab.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan sudah di aju Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Soalan dia tanya belum habis jawab dia dah melompat. [Ketawa] Saya jawab yang pertama saya kata ada kisah-kisah penghinaan dan tapi saya tidak pernah tengok poster menghina Raja seperti yang berlaku di Terengganu. Saya jawab kepada Yang Berhormat Pasir Salak tadi sama ada oleh UMNO atau bukan UMNO cara mana pun menghina termasuk yang berlaku di Kuala Kangsar yang dituduh menghina Raja saya tidak setuju tetapi dia tidak dengar Yang Berhormat Tanjong Karang ini. Jadi pandangan saya konsisten.

Seorang ahli: Dia lena di luar kot.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang saya pertikai...

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya]: Duduk-duduk dekat tepi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: ...yang saya pertikai memilih untuk marah di Kuala Kangsar tetapi kelu membisu di Terengganu. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya kata kita tegur kesalahan di Terengganu, kita tegur kesalahan di Kuala Kangsar dan kita tegur kesalahan di Perlis. Siapa sahaja yang menghina institusi harus ditegur termasuk kalau Menteri pun kita tegur.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kelantan Sultan baru.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Marang. Jam sudah pukul 1.02. Jadi saya mohon maaf untuk mengganggu perbahasan yang begitu robust dan demokratik. [Ketawa] Jadi perbahasan ini akan diteruskan pada pukul 2.30 nanti. Mesyuarat saya tangguhkan hingga pukul 2.30 nanti.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin merumuskan bahagian pertama tentang isu institusi Raja, Perlembagaan dan derhaka. Saya harap dengan penjelasan ini, walaupun media UMNO, Barisan Nasional memilih untuk memadamkan tapi kita harap rakyat akan dapat terdedah dengan kenyataan yang sebenar. Dalam merumuskan isu ini juga, saya ingin mengulangi pendirian kita tentang keperluan untuk membuat sedikit rombakan dan pindaan Perlembagaan untuk memantapkan semula kekuatan institusi tersebut.

Dalam hal ini juga, dalam membicarakan Perlembagaan sebagaimana titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, maka isu bahasa ada kaitannya. Kita berbangga dan mempertahankan prinsip Perlembagaan dan bahasa Melayu di antara tunggaknya. Akan tetapi bila pelaksanaan di Kementerian Pelajaran kini mengkhianati prinsip ini, orang yang menjadi juak-juak Melayu dan Perlembagaan itu mendiamkan diri. Maka saya hanya mengulangi pandangan beberapa rakan termasuk Yang Berhormat Marang yang menggesa Kementerian Pelajaran supaya segera membuat perubahan, menghormati semangat Akta Pelajaran Razak, Penyata Rahman Talib dan apa yang dilaksanakan selama puluhan tahun, memartabatkan kedudukan bahasa Melayu. Alasan yang dikemukakan oleh Menteri Pelajaran, beliau memohon sedikit lagi waktu, saya fikir itu hambar sama sekali kerana enam tahun pelaksanaannya, laporan dan kajian dikemukakan, dan melengahkan ini maknanya terus mengorbankan kepentingan bahasa dan mengkhianati amanah yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Salah satu tunggak Perlembagaan juga adalah kedudukan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan bumiputera. Yang dipertikaikan kini adalah cara kita mengendalikan. Kita menggunakan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera itu untuk memperkayakan segelintir pemimpin-pemimpin dan memberikan hadiah kecil-kecilan kepada rakyat terbanyak. Oleh yang demikian, ada kewajarannya supaya kita melihat semula maksud peruntukan 153 itu, mempertahankan kedudukan orang Melayu dan bumiputera supaya majoriti bumiputera memperoleh manfaat bersama dengan rakan-rakan mereka masyarakat Cina, India dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kini kepada permasalahan demokrasi dan jenayah di negara kita. Pertama, soal pencabulan demokrasi. Pimpinan negara sehingga kini belum dapat menerima, menelan kenyataan bahawa ada kemaraan rakyat yang inginkan perubahan dan Pilihan Raya Umum 8 Mac memberi kejutan besar kepada UMNO dan Barisan Nasional. Jadi apa langkah yang mereka ambil sekarang ialah menidakkan kenyataan itu dengan meneruskan cara ugutan dan rakus memastikan perubahan mandat rakyat itu berlaku. Saya ingin memberikan bukan saja kenyataan longgar, saya memberikan hujah dan bukti yang nyata.

Percubaan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin, mengugut, melarikan orang, memberikan rasuah dengan jenayah yang besar, ini hanya meneruskan rekod dan tradisi rasuah yang memang dipalitkan kepada tokoh-tokoh berkenaan.

Terima kasih kerana Yang Berhormat Kuala Krau pun bersetuju dengan senyuman. Saya mulakan dengan akuan bersumpah. Seorang pemimpin Keadilan, Fauzi Muda yang mengaku awal 8 Mac pilihan raya, 11 Mac beliau di bawa bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri di rumah kediamannya. Apa kenyataan Fauzi Muda? “Dalam perbincangan tersebut, Dato' Sri Mohd Najib telah merayu kepada saya agar membantu memujuk sekurang-kurangnya dua Adun Negeri Perak daripada Parti Keadilan Rakyat melompat kepada UMNO atau menjadi wakil Bebas. Beliau sanggup menawarkan kepada saya sebanyak RM50 juta bagi tujuan tersebut dan terpulang kepada saya berapa jumlah yang saya hendak bayar kepada mana-mana ADUN Pakatan Rakyat yang mahu lompat.’’

Tuan Yang di-Pertua, ini pengakuan bersumpah. Kalau salah, ini terserah kepada siasatan pihak polis tetapi tidak ada siasatan daripada pihak polis. Cuma yang di war-war, yang dihebahkan oleh pimpinan UMNO, yang memulakannya Anwar. Ini orang yang buta sejarah... [Tepuk] Bodoh alang kepalang. Tidak tahu apa berlaku di Kelantan, di Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Daud Samad tidak berlaku apa yang diketahui dilakukan di Sabah, itu pertama.

Keduanya, saya meminta dan saya ulangi kepada rakan-rakan saya Barisan Nasional secara terbuka, saudara-saudara dipelawa untuk bersama menerima agenda ini termasuk Yang Berhormat Batu Pahat. Apa isu dia? Apakah saya sogok kepada Yang Berhormat Batu Pahat dengan janji nak jadi Perdana Menteri seperti mana yang beliau harapkan benar-benar? Saya tidak janjikan. Saya melalui teman-teman mengatakan kepada beliau ini agenda kita, kita mahu perubahan. Ini, di mana salahnya? Saya kata ini tawaran kita.

Apakah saya janji RM5 juta ataupun RM50 juta seperti mana yang dibuat oleh pemimpin beliau dalam pengakuan bersumpah ini? Tidak ada! Jadi, mengapa nak dikaitkan cara dan kaedah saya mengajak orang memilih Pakatan Rakyat dengan cara bawa lari orang, simpan di rumah, sembilan hari kemudian muncul bersama Timbalan Perdana Menteri. Tidak malu sama sekali, tidak ada maruah sama sekali. [Tepuk]

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Memang muka tidak malu puak ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih. Ya, tidak ada maruah, maruah pemimpin, ambil orang hilang. Tuan Yang di-Pertua saya mulakan dengan pengakuan Fauzi Muda, Pengakuan Bersumpah, saya ulang di Parlimen kerana pimpinan polis tidak boleh diharap untuk membuat apa-apa penyiasatan. Kalau kes yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat selak habis kelambu, tetapi kalau kes yang melibatkan pemimpin, kes bunuh pun tidak berani disoal. Saya tidak katakan siapa yang terlibat tetapi soalan pun tidak ada, penyiasatan yang teliti pun tidak ada. Ini negara apa ini? Somalia, Chad atau Malaysia?

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi Batu Pahat Yang Berhormat?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Boleh.. Biar saya habis yang sebahagian dahulu, saya memang tunggu nak Yang Berhormat Batu Pahat mencelah. Dalam pengakuan bersumpah Fauzi Muda tadi beliau menambah pengakuan “ Usaha mereka memujuk saya semakin kerap semenjak kes dua Exco Keadilan yang didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah.” Mereka mensasarkan kedua-dua Exco tersebut agar dapat dipujuk dan kali terakhir ialah sebelum hari sebelum Tahun Baru Cina di mana mereka telah berjumpa saya dan menawarkan jika kedua-dua Exco tersebut bersetuju untuk melompat dari Pakatan Rakyat, Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bersedia membayar RM5 juta bagi setiap orang termasuk untuk saya RM 5 juta.

Ini percubaan awal untuk menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Dato’ Seri Nizar. Jadi bila hilang dua Ahli Dewan Undangan Negeri Jelapang dan Changkat Jering, isteri ADUN Changkat Jering dan Behrang. Yang Berhormat Batu Pahat dengar baik-baik. Ini bukan wakil parti, isteri telefon menangis minta tolong saya “ Dato’ Seri, suami saya dibawa lari”. Saya kata di mana? Kata mereka” berjumpa Timbalan Perdana Menteri “. Saya kata telefon, tak jawab telefon, SMS, tak jawab SMS. Menangis, Yang Berhormat Batu Pahat kerana masa itu empat hari suami tu hilang. Hari kelima saya telefon, ada berita? Tak dapat, cuma ada hanya satu berita bagi tahu jangan bimbang kerana pimpinan UMNO jaga dia dengan baik. Saya jawab kalau ada perkembangan tolong bagi tahu. Cukup tujuh hari dua orang ini muncul bersama Timbalan Perdana Menteri tersengih, “Kami sekarang tidak percaya lagi dengan Pakatan Rakyat dan jadi Bebas dan menyokong pimpinan UMNO “

Yang Berhormat Kinabatangan bolehkah kita senyum dengan cara yang sedemikian? Tidak, betul saya bagi tahu, ini isteri dia telefon menangis. Ya, ini politik kotor, jijik, politik hambar, politik yang melibatkan pembunuhan, penculikan dan rasuah. Orang yang terlibat dalam ketiga-tiga kes ini nak diamanahkan jaga pimpinan negara ini, ini dia politik yang di banggakan. [Tepuk]

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini yang menjadi masalah kepada kita iaitu bahawa akhirnya apa yang sering kita katakan ialah diugut, dilarikan orang dan berbagai-bagai-bagai lagi. Sedangkan di manakah puncanya? Puncanya ialah kelemahan kepada PKR sendiri kerana itu adalah Wakil Rakyat mereka, yang mereka pilih untuk menjadi calon dan mereka ini ialah sebenarnya yang sebelum ini apabila didakwa di Mahkamah di tuduh bahawa ini adalah konspirasi Barisan Nasional ketika mereka di buat tuduhan dahulu, diperangkap dan sebagainya, sedangkan bagaimana nasibnya mereka ini terpilih menjadi calon? Itu juga menjadi satu persoalan.

Sebab itulah bila dikaitkan dengan Akuan Bersumpah, ini adalah perkara yang kita tahu bahawa sekarang ini Akuan Bersumpah pun di mana kredibilitinya? Banyak sudah Akuan Bersumpah yang dibuat, Saiful pun buat Akuan Bersumpah dan sebagainya macam-macam. Apakah kita nak dengar? apakah kita nak guna pakai? Begitu juga dengan perkara ini, Fauzi ini, bolehkah di guna pakai? Kredibiliti atau tidak sedangkan ada pula orang lain berhujah bahawa apa yang dikatakan oleh Fauzi itu tidak benar. Jadi itu kita nak gunakan itu sebagai hujah kita dalam Parlimen? Di mana kredibilitinya? Sebab itu...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: [Menyampuk]

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sikit lagi Permatang Pauh ya..sikit lagi. Sebab itu saya kata saya lebih mempersoalkan kredibiliti kita dalam melihat mereka ini, sebab itu sekarang ini timbul pula berbagai-bagai isu yang memperlihatkan kredibiliti Wakil-wakil Rakyat daripada sebelah sana tapi semuanya dikaitkan dengan kita. Saya membangkitkan soal, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ini bukan kerana saya nak berhujah, maksudnya begini, iaitu apabila kita diminta menyokong Yang Berhormat Permatang Pauh ya, maka yang saya hujahkan ialah tidak kah ini double standard? Iaitu kita minta orang lain tandatangan surat untuk dihantar pada Agong itu dengan tujuan untuk membuktikan kepada Agong bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, maka perlu lah Permatang Pauh diterima sebagai Perdana Menteri.

Inilah yang berlaku di Perak iaitu apabila tiga ahli Bebas menyatakan sokongannya kepada BN apabila Wakil Rakyat Bota itu kembali kepada BN ia telah menjadi 28:28, tidak perlulah maksudnya dibawa kepada Dewan Undangan Negeri. Ini yang saya buatkan perbandingan, apa bezanya kalau dulu kita nak buat cuma tidak berjaya, gagal 16 September, tetapi berlaku di Perak. Kenapa kita nak marah? itu sahaja, mohon penjelasan...Bersambung...

Usul Menjunjung Kasih 2009 – DSAI (siri 1 dari 5 siri)

(Ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen pada 19 Feb 2009)

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengambil kesempatan menjunjung kasih atas Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan juga memohon maaf kepada Tuan Yang di-Pertua kerana tidak menghadirkan diri seperti mana yang telah saya jelaskan kerana saya tergendala di Doha.

Saya juga meneliti Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya ingin merujuk pertamanya pada perenggan 21 mengenai keluhuran Perlembagaan. Ini satu isu yang penting kerana setelah setengah abad merdeka Tuanku Agong masih merasakan perlu untuk mengulangi keperluan menggesa rakyat supaya memahami semula semangat Perlembagaan. Ada yang pernah menyebut seperti mana yang disebut Yang Berhormat Menteri pagi tadi bahawa Perlembagaan kita itu tidak ada mukadimah atau preamble.

Saya ingin membacakan preamble dalam pemasyhuran Perlembagaan yang disebut oleh, dibacakan, diisytiharkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1997,

“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan, berdasarkan demokrasi cara Parlimen.”

Tuan Yang di-Pertua, tiga perkara utama yang menjadi asas kepada pemasyhuran Perlembagaan adalah keutamaan Raja-Raja Melayu, hak asasi dan kebebasan rakyat serta sebuah negara aman makmur yang mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Perlembagaan. Perkara ini diungkit kerana mutakhir ini perkataan derhaka diulang, dilaung-laungkan dan sebahagiannya oleh rakan-rakan saya di sebelah sana. Saya faham kalau agenda itu politik biasa tetapi isu ini, isu yang berkaitan dengan Perlembagaan dengan pendirian saya sebagai anak Melayu dan jiwa saya jiwa Melayu dan warga Malaysia.

Saya tahu mereka menggunakan media selain daripada Utusan Malaysia dan TV3 yang menjadikan isu derhaka isu besar dan menuduh saya di antara penderhaka. Saya hendak gunakan kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, untuk menjelaskan apa maksud institusi diraja dalam sejarah Melayu kerana tidak ramai yang melaung-laungkan dan uar-uarkan itu sebenarnya faham budaya dan sejarah mereka sendiri dan sebahagianya kerana tidak mampu bertarung berdepan sebagai pahlawan pendekar dalam parti. Mereka terpaksa berselindung di bawah istana yang mereka hina dan remehkan sebelumnya. [Tepuk]

Sejarah UMNO ditubuhkan itu sejarah yang mempertahankan institusi Raja. Saya tidak nafikan tetapi sejak 80-an kekuatan dan kuasa terhakis besar. Dalam ucapan 18 Januari 1993 di Dewan ini, Perdana Menteri ketika itu menyebut;

“Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah satu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja dengan cara ini raja tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negara diri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.”

Apakah kenyataan dan ayat terakhir itu tidak menghina Raja di Institusi Raja? Benar, ada yang ditelah oleh rakan-rakan di sebelah sana. Saya pada ketika itu seorang Menteri dan memang saya konsisten untuk menyokong langkah-langkah yang mengikat semua institusi supaya tunduk kepada Perlembagaan tetapi maksud kita mendukung seperti mana yang telah saya jelaskan kepada Almarhum Tuanku Yang di-Pertuan Agong sendiri kepada ketika itu dan beliau menziarahi saya setelah saya menjalani pembedahan di Munich. Saya mengulangi pendirian saya. Kita menyokong Tuanku pindaan itu dengan maksud kuasa hanya mempertahankan kuasa Raja mengikut Perlembagaan dan selebihnya itu kuasa dipulangkan kepada rakyat.

Bukan apa yang berlaku iaitu kuasa yang diambil dari Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dipulangkan kepada penguasa pemimpin-pemimpin negara yang boleh bertindak lebih rakus dalam sejarah. [Tepuk]

Saudara bagi orang yang menjana dan mencanang soal raja dan derhaka, rujuk semula sejarah Melayu, himbau semula kisah si Kitol celaka itu dan rakan konspirasinya, Raja Mendaliar yang tercatat dalam teks klasik Sejarah Melayu. Akibat hasutan dan fitnah si Kitol, dengan kekayaan melimpah Raja Mendaliar, Laksamana akhirnya termakan umpan lalu menyampaikan kepada Sultan bahawa Bendahara menderhaka. Fitnah bahawa Bendahara itu menderhaka dipersembahkan dan Sultan mengambil keputusan membunuh Bendahara dan seisi keluarga kecuali Tun Fatimah.

Tuan Yang di-Pertua rekayasa cerita ini adalah sama dikaitkan dengan apa yang berlaku di Perak Darul Ridzuan. Muncul kembali si Kitol dan Raja Mendaliar moden, ada yang terang ada yang berselindung dan media menghebahkannya. Ada peluang untuk orang berkarier seperti saya menjelaskan Tuan Yang di-Pertua, pagi ini ada arahan ulangan dalam RTM, jangan siar satu perkataan atau satu minit foto. Saya tidak hirau, 11 tahun saya alami ini lebih parah dari sekarang. Sekurang-kurangnya saya diberi ruang berbicara depan Tuan Yang di-Pertua tetapi jangan kita anggap rakyat boleh mudah dihina dan diperbodohkan. [Tepuk]

Retorik derhaka, derhaka, derhaka itu hanya untuk melindungi pekung rasuah jenayah yang dilakukan dan derhaka itu tidak ada maknanya. Sekarang konon-kononnya orang yang meraut, mengaut kekayaan berbilion ringgit menjadi pejuang, yang miskin kerdil menjadi penderhaka. Sejak bila Sejarah Melayu mengajar kita begitu? [Tepuk]

Saya sentuh pindaan Perlembagaan sebelum ini dan ada kalau di kalangan Ahli-ahli Parlimen muda kerana yang lain seperti mana yang kita tahu selain daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tidak ada kebiasaan tidak ada tradisi, tidak mendengar hujah. Menteri datang untuk berucap, tinggalkan sidang. Apa ingat ini semua pendengar-pendengar
dan tidak punyai kekuatan untuk berhujah. Apa tradisi dan budaya untuk kita kekalkan?

Mereka akan bicara kemudian ulang derhaka. Pengulasan itu tidak ada, memang ada rakan-rakan saya sebahagiannya dari backbenchers yang mendengar tetapi ini budaya yang tidak boleh dipertahankan. Apa semuanya sibuk ketika ini? Jadi tidak mahu langsung hargai hujah yang dibawa.

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya tidak mahu ulang apa yang berlaku 1993 dan pindaan yang berikutnya kerana UMNO pada ketika itu telah meminta di antara lain mulanya dipengerusikan oleh panel yang diketuai oleh Tun Ghaffar Baba termasuk saya dan kemudian akhirnya dalam membincangkan dengan Raja-Raja, saya yang diminta dan ditugaskan berbicara akhir dalam beberapa pertemuan dengan Tuanku Sultan Azlan Shah selaku Yang di-Pertuan Agong. Saya faham benar dan saya cuba meleraikan ketegangan itu dengan memberikan usul supaya dapat diperkenankan Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua bila bangkit umpamanya oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor membuat kenyataan mencadangkan untuk menyaman Tuanku. Saya berpendapat saman itu perlu terhadap kerajaan negeri yang kita anggap tidak sah tetapi tidak perlu kepada Tuanku. Yang Berhormat Bukit Gelugor memilih untuk menegur saya dan ini dijadikan isu besar oleh Yang Berhormat Batu Pahat kerana dalam tradisi UMNO dan budaya, Perdana Menteri tidak boleh ditegur. Akan tetapi dalam budaya kita, saya ditegur agak garang juga oleh singa Bukit Gelugor ini tetapi saya anggap sebagai teguran yang baik, saya boleh bekerja dan tidak ada masalah bagi saya. Kita tidak boleh anggap parti di dalam Pakatan Rakyat ini, dalam kesepakatan ini seperti mana budaya dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Apa yang diperintah oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu macam fatwa nabi semuanya. Itu sebabnya jadi rosak, punah, tidak berani bangun untuk membuat teguran. Jadi oleh yang demikian, saya hendak sebut sementara saya berbeza pendapat dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor mengenai soal menyaman Tuanku, saya menentang keras percubaan menghina beliau, hak beliau dan mengugut beliau untuk menangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. [Tepuk] Inikah cara kita berunding? Kita tidak setuju, bangun, hujah macam Yang Berhormat Pasir Salak hendak lakukan. Sila.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya bersimpati dengan Yang Berhormat Permatang Pauh dengan perasaan yang begitu marah dan geram kerana beliau sekarang dalam situasi tertekan dan ditekan. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang disuarakan oleh Yang Berhormat, biar kita berbicara secara rasional dan secara berhemah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, adakah Yang Berhormat menganggap bahawa untuk mempertahankan hak-hak Perlembagaan, maka ianya perlu dilakukan tindakan biadab seperti yang berlaku di depan istana Tuanku tempoh hari. Di mana maki hamun, bukan sahaja terhadap orang ramai seperti saya yang hina ini tetapi juga kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Muda Perak. Bawa perkara ini ke mahkamah, tidak ada hal, kalau ada peruntukan-peruntukan yang dipercayai bahawa ada peruntukan Perlembagaan, perundangan yang boleh menjadi hujah kepada pihak Pakatan Rakyat, silakan. Tidak perlu untuk menjerit, mengadakan demonstrasi, mengacau keselamatan, memaki hamun, mencampuradukkan ayat Quran, ayat Allah SWT dengan maki hamun, tidak perlu, tidak perlu ini Yang Berhormat!

Saya tidak menafikan hak-hak Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan rakan-rakan penyokong beliau untuk menuntut keadilan, menegakkan kebenaran, itu di pihak Yang Berhormat. Yang Berhormat kena fikir di pihak Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dia ada hak-hak dia. Di sini saya ada bawa Perlembagaan, Perlembagaan Perak, The Constitution of The State of Perak, saya ada bawa Perlembagaan Malaysia. Memang ada interpretasi masing-masing, peguam pihak sana mempunyai interpretasi yang sedemikian. Bagi pihak istana, Tuanku mempunyai interpretasi beliau. Jadi biarlah mahkamah yang memutuskan.

Kalau mengikut interpretasi yang ada, saya juga merujuk kepada lawyer-lawyer atau peguam-peguam yang boleh kita pakai, yang independent, yang neutral dari segi politik. Mereka mengatakan hak Tuanku ada dua yang mutlak, ini dalam Perlembagaan. Pertamanya, melantik Menteri Besar, ini ada dalam Perlembagaan. Yang kedua, sama ada hendak membubarkan Parlimen atau tidak, juga hak mutlak Tuanku. Jadi ini kalau hendak dipertikaikan, bawa ke mahkamah, tidak perlu menjerit, tidak perlu maki hamun supaya kita boleh hidup dalam satu demokrasi yang dikatakan berhemah. Terima kasih.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya menyambut baik penjelasan Yang Berhormat Pasir Salak untuk memberikan ruang kepada kita menjawab dan juga menghadapkan kes ini ke mahkamah. Akan tetapi, Yang Berhormat Pasir Salak juga tahu di antara sebab kita dihina kerana kes ini dibawa ke mahkamah oleh sahabat-sahabat Yang Berhormat Pasir Salak. Kalau Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan ada ruang, saya setuju dan soal Perlembagaan, saya pun ada bawa Perlembagaan. Bukan setakat itu, saya hendak ingatkan Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak mungkin tahu bahawa di peringkat akhir rundingan masalah Institusi Raja, pindaan Perlembagaan, etika Raja, itu saya yang merundingkan bagi pihak UMNO dengan Tuanku Raja Azlan Shah pada ketika itu.

Jadi saya bukan hendak berbahas soal itu. Dalam isu ini, seperti mana yang dibawa oleh Dato’ Seri Nizar berulang kali ialah mengambil daripada buku Governance Constitution Monarchy yang ditulis oleh Paduka Seri Sultan Perak yang kebetulan dikirim kepada saya semasa saya di penjara. Di antara lain menyebut tentang Constitution of Monarchy Rule of Law and Good Governance, dengan izin ‘under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role is purely formal’. Ini hujah Paduka Seri Sultan Perak yang kita gunakan, apa yang derhakanya? Kalau Yang Berhormat Pasir Salak menyebut ada orang yang menghina ataupun maki hamun, saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Akan tetapi mengapa ditujukan kepada sebahagian orang yang marah pada ketika itu di Kuala Kangsar, saya setuju kita patut tegur.

Tuan Yang di-Pertua, mengapa kita tidak tegur bila Ahli-ahli UMNO di Terengganu menghina Yang di-Pertuan Agong dengan istilah yang paling kesat yang dipamerkan dalam akhbar. [Tepuk] Dan lebih daripada hina kerana istilahnya itu istilah yang cukup kesat yang saya tidak mahu ulang di sini. Kalau pendekatan yang digunakan itu konsisten, kita guna cara konsisten dan saya ingin menyebut di sini bahawa saya tidak bersetuju apa juga cara maki hamun atau menghina kerana institusi Raja itu harus dipertahankan. [Tepuk]

Dan bukan setakat itu, di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua masih ingat kenapa saya berpendapat isu imuniti kekebalan itu boleh dipertahankan yang telah dimusnahkan, dipinda oleh UMNO dan saya anggap satu hal yang salah yang harus diperbetulkan. Akan tetapi ia juga tertakluk kepada peraturan-peraturan, kita berpegang kepada prinsip iaitu Raja tidak melakukan kesalahan selagi mana dia berada di dalam parameter atau sempadan undang-undang dengan izin, ‘but kings that could do no wrong or that could not wrong because their power was circumscribed by laws’. ‘Raja tidak melakukan kesalahan kerana kuasa mereka terikat dengan undang-undang’, kata Bernard Mandeville dalam The Grumbling Hive.

Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi perbezaan pendapat kita bukan dengan hal yang berkaitan dengan ingin menyaman Tuanku. Walaupun kita ada perbezaan pandangan dan pendapat tetapi apa yang berlaku di negeri Perak tidaklah sampai kepada peringkat kita menabalkan seorang Raja baru. Bolehkah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan saya bahawa pemimpin UMNO pernah terlibat dalam menabalkan seorang Sultan baru sehingga kepada peringkat mencemar institusi Raja. Terima kasih. [Tepuk]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, kita boleh bawa rentetan peristiwa tentang apa yang dilakukan, bukan sahaja yang dianggap dari sudut yang dikaitkan dengan Perlembagaan dan undang-undang tetapi penghinaan yang jelas yang mengakibatkan pindaan Perlembagaan yang besar dan ucapan rasmi di Dewan yang jelas dan nyata menghina institusi dan kedudukan Raja-Raja.

Saya hendak sambung Tuan Yang di-Pertua kerana Institusi Raja ini dikaitkan dengan sejarah dan budaya Melayu. Maka oleh yang demikian, kitab-kitab klasik yang berkaitan harus disingkap semula. Di antara lain Bukhari Al-Jauhari yang menulis di Acheh di terbit di sekitar 1603, berjudul ‘Tajul Salatin Mahkota Segala Raja’. Kata Bukhari Al-Jauhari, “Sesungguhnya Allah Taala menitahkan akan adil dan ihsan dan barang siapa daripada Raja-Raja yang tiada dua peri ini pada-Nya tiada dapat dibilang Raja adanya”. Ini orang yang menasihati Raja. Orang yang menasihati Raja itu mengingatkan Raja-Raja. Apakah kenyataan ini kenyataan derhaka? Tidak. Kenyataan ini tercerna dari perasaan kasih untuk mempertahankan Institusi Raja bukan untuk mendukung semua keterlanjuran. Ada kupasan-kupasan lain yang saya tidak singkap di sini dan saya akan edarkan. Akan tetapi saya nak rujuk semula kepada kitab atau sejarah kitab klasik yang sangat penting bagi kita orang Melayu dan rakyat Malaysia iaitu Hikayat Hang Tuah - Bab 15. Saya faham Tuan Yang di-Pertua arif tentang Hikayat Hang Tuah ini iaitu bila Bendahara Paduka Raja bertindak menyalahi keputusan Sultan Melaka ketika itu.

Bendahara ini orang taat. Dia tahu apa yang berlaku sebelumnya dengan kisah Hang Jebat yang dianggap si penderhaka. Sekarang sebelumnya maaf, Hang Tuah dititah oleh Tuanku Sultan untuk dibunuh. Bendahara memutuskan untuk tidak membunuh Tun Tuah dan sembunyikan Tuan Tuah di Hulu Melaka. Ini yang dikatakan Bendahara pintar. Bendahara yang dalam sejarah Hang Tuah dianggap bijaksana. Masjid Tanah dia tahu dia orang Melaka. Derhaka Bendahara Paduka Raja derhaka. Akan tetapi derhaka Bendahara Raja sebab itu disebut ‘Ampun Tuanku, sembah derhaka patik sembahkan’. Itu dibolehkan Yang Berhormat Pasir Salak bukan maknanya derhaka ini semua tidak boleh. Ini orang yang jerit derhaka tidak faham istilah bahasa. Ini masalahnya dalam UMNO ini, dia tidak faham. Derhaka ini salah semua. Tak betul.

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tak reti bahasa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ha betul. Terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tak reti Melayu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Derhaka Bendahara Paduka Raja bukan derhaka Hang Jebat malah sikap Mamanda Menteri itu menyelamatkan keadaan umpamanya dalam karya klasik Melayu Hang Tuah itu pembentuk peribadi dan kebudayaan kita, kemahiran pelbagai bahasa, penampilan tokoh berani dan handal, taat dan bijak. Jadi membaca karya itu menambahkan rasa kagum kita kepada apa yang ditonjolkan sebagai tokoh dan pahlawan Melayu sejati. Akan tetapi saya nak sebut tentang derhaka Bendahara Paduka Raja yang memilih untuk menyelamatkan Tun Tuah di Hulu Melaka. Saya tidak tahu di Hulu Melaka di mana? Dekat Masjid Tanah saya kira.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta laluan sikit. Sikit lagi. Sekali lagi. Saya rasa cerita Hang Tuah dan sebagainya itu tadi tidak perlu dalam konteks yang kita hadapi sekarang ini. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat. Dalam satu perhimpunan merayakan kemenangan Parti Pembangkang di Perak iaitu di stadium. Di mana semua pemimpin-pemimpin besar Pakatan telah turut hadir dengan ribuan penyokong. Ada beberapa pemimpin daripada DAP berucap dengan begitu lantang dan berani sekali dan melaungkan kata-kata bahawa sudah berakhirnya ketuanan Melayu dan bermulanya ketuanan rakyat. Memang kalau secara literalnya ditafsirkan rakyat itu yang lebih berkuasa. Merekalah yang menjadi tuan kononnya. Akan tetapi dalam satu Sistem Raja Berperlembagaan pemerintah ketua kerajaan ialah Raja, Sultan, Agong dan memberi erti bahawa di situ orang ramai sudah merasakan bahawa Pakatan membawa satu perjuangan untuk menghapuskan kedudukan dan kuasa Sultan serta mengangkat rakyat lebih mengatasi Raja-raja. Ini telah dibuktikan untuk pengetahuan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri di Perak. Exco Pakatan membuat kenyataan-kenyataan khususnya Exco daripada DAP yang memperlekeh dan menghina Sultan-sultan. Apa ada pada kuasa Sultan? Apa peduli pada Sultan? Kita yang berkuasa sekarang? Keangkuhan ditunjukkan oleh mereka dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ini betul. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh bukankah ini tanda-tanda menunjukkan penderhakaan sudah dilihat bibit-bibitnya? Bersambung ...

Monday, May 4, 2009

Now Gobind takes Speaker to court



By Debra Chong

KUALA LUMPUR, April 22 – The Federal Court’s ruling last week overturning a decision made by an elected state assembly speaker crossed the boundaries separating the powers between the judiciary and legislature and has churned up a new challenger.

Suspended Puchong MP Gobind Singh Deo plans to sue Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia for his ruling last month barring him from taking part in Parliament.

Fondly known as the “Little Lion of Puchong,” Gobind is set to file his suit at the High Court here at 11am tomorrow, his father and DAP chairman Karpal Singh told reporters here today.

Karpal appeared to relish the chance to challenge the Speaker’s decisions. The Bukit Gelugor MP has often found himself on the receiving end of Pandikar Amin’s unwanted attention.

“He’s got a precedent. They started it,” noted Karpal.

Gobind was suspended for one year from March 16 without an MP’s allowances and benefits after an outburst inside Parliament involving Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

The fiery first-term lawmaker had allegedly linked Najib to a highly sensationalised murder case involving a Mongolian model, Altantuya Shaariibuu, whose remains were found in a jungle clearing in nearby Shah Alam three years ago – The Malaysia Insider

Gobind kena gantung - 5/5

USUL MENGGANTUNG TUGAS YANG BERHORMAT PUCHONG SEBAGAI AHLI PARLIMEN MENGIKUT PERATURAN MESYUARAT 27(3)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya juga meneliti usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Walaupun saya merasakan perlu diberikan tempoh supaya diteliti, tetapi saya akur keputusan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Puchong memang kenyataan serius. Saya tidak nafikan, dalam keadaan biasa baik pembangkang atau kerajaan tidak boleh pandang ringan sebab itu saya faham mengapa Menteri merasakan perlu usul ini dibawa segera.

Cuma saya ingin menjelaskan di sini, ini satu tuduhan yang berat dan sesiapa juga Ahli Yang Berhormat sama ada pihak kerajaan atau pembangkang tidak harus mengeluarkan kenyataan yang serius begini, yang kasar begini kalau tidak mampu mempertahankan dakwaan itu. Saya tidak berkesempatan untuk berbincang panjang dengan Yang Berhormat Puchong, tetapi sepatutnya sebelum kita berbicara soal hukum. Kita harus beri ruang mengapa sanggup seorang Ahli Yang Berhormat mengeluarkan kenyataan yang begitu kasar mendakwa seorang Timbalan Perdana Menteri tidak membunuh, tetapi terlibat dalam pembunuhan, dalam kes pembunuhan.

Sebab itu kita tahu dalam hal ini sepatutnya ada dua pertimbangan yang saya rasa kita harus berikan perhatian. Pertama, oleh kerana tuduhan ini serius dan dia tidak terlepas begitu sahaja, kita hukum orang itu. Tuduhan masih kekal sebab itu jangan kita terburu-buru untuk menggunakan kuasa majoriti kita menghukum kemudian kes ini dengan sendirinya terhenti. Sebaiknya kes ini harus diselesaikan melalui ketegasan, memberi ruang kepada orang yang mendakwa kalau tidak mampu memberikan hujah dan bukti, maka menghukum mengikut peraturan undang-undang yang ada.

Inilah sebab mengapa ada kebijaksanaan bila rakan-rakan mengemukakan supaya diteliti di bawah Peraturan Mesyuarat 80(1) iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kerana ini bukan soal seperti mana yang saya dengar enam kali diulang oleh Tuan Yang di-Pertua tentang celopar begitu sahaja. Kalau orang celopar tuntut dia minta maaf atau hukum begitu. Akan tetapi ini tuduhan yang begitu serius, ia tidak boleh ditutup hanya dengan kenyataan Menteri ataupun undi. Ini tuduhan jenayah yang berat dan besar, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Puchong akan menjelaskan kemudian. Mungkin di sini atau juga di luar, tetapi oleh kerana dakwaan itu dakwaan yang agak keras yang tidak sepatutnya dikeluarkan kalau tidak ada keupayaan mengemukakan bukti.

Ini saya tidak pertikai, sesiapa juga yang mengeluarkan kenyataan yang menuduh sesiapa bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri. Rakyat biasa, buruh kasar sekalipun kalau tidak dapat mengeluarkan bukti dan tidak boleh mempertahankan hujahnya, tidak boleh menggunakan haknya sebagai manusia apatah lagi sebagai Ahli Parlimen. Sebab itu saya kurang mengerti walaupun telah dibuat keputusan mengapa kita tidak berikan ruang supaya diberikan penjelasan dan rakyat juga puas hati. Ada tuduhan yang begitu kasar dan keras dilemparkan, siasatan dilakukan kemudian didapati tidak benar, maka orang yang membuat dakwaan itu dihukum keras. Akan tetapi kalau kita gunakan hanya ruang ini, bahas dari segi politik kemudian jatuhkan hukuman yang keras, itu tidak menyelesaikan masalah, itu yang pertama.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah sesiapa sahaja, bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen atau orang lain bila terkena tuduhan begitu harus berupaya untuk mempertahankan dirinya menolak ini sebagai satu fitnah kemudian menuntut supaya penyiasatan yang rapi dan terbuka dilakukan. Yang dibangkitkan kebimbangan adalah kerana dalam kes ini dicurigai dan dikhuatiri kerana rekod penyiasatan dan perjalanan mahkamah, hal ini tidak dipatuhi dan diikuti. Ini yang menimbulkan permasalahan dan persoalan ini terus dibangkitkan berulang kali. Saya tidak mahu menyenaraikan apa yang dijadikan pengetahuan umum yang berkaitan dengan kes yang menyebabkan Yang Berhormat Puchong yang juga peguam dalam kes ini, yang melemparkan tuduhan yang keras begitu. Ada yang dibangkitkan yang sampai sekarang ditutup begitu sahaja, soal pegawai penyiasat yang hilang, soal rekod imigresen yang hilang, soal keterangan yang saksi tidak dipanggil. Hal-hal ini adalah hal yang kita sebut sahaja ia terus sub judice, jadi akhirnya semua kes yang ditafsirkan dan persepsi rakyat yang melibatkan tokoh-tokoh besar tertutup kerana menggunakan kuasa dan kekuatan sub judice yang disebutkan itu.

Sebab itu saya inginlah meminta pertimbangan Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan, saya tidak bermaksud supaya menarik balik usul ini tetapi bagi ruang. Yang Berhormat jika Yang Berhormat bercakap tentang rule of law, the principle of natural justice ada orang membuat tuduhan, dia mempertahankan tuduhan itu. Kalau dia tidak buat balik tuduhan orang yang dizalimi atau difitnah berhak untuk menuntut tuduhan. Dalam kes ini orang yang buat tuduhan tidak ada hak untuk mengeluarkan keterangan yang terperinci dan siasatan teliti dan orang yang dituduh tidak pun menyebut dan menafikan dan ada untuk mempertahankan dirinya. Dalam dua-dua prinsip tidak ada, yang ada hanya menggunakan ruang dan kuasa kerana jumlah yang ramai dan majoriti untuk menghukum tanpa dua prinsip ini diambil kira.

Jadi saya pohon setakat itu, saya minta Tuan Yang di-Pertua beri pertimbangan kalau tidak - sukar, kita diminta untuk terus membuat keputusan dalam tuduhan yang berat. Ini bukan soal yang Tuan Yang di-Pertua ulang sebut, ini soal kenyataan yang longgar. Saya faham, saya juga dihamun banyak walaupun rakan-rakan saya cakap soal prinsip hari ini, yang melanggar batas akhlak dan etika baik khazaf, baik fitnah tetapi itu soal lain. Ini kalau berkaitan dengan tuduhan jenayah besar, ia tidak tertutup. Menteri Dalam Negeri ada di sini, ia tidak boleh ditutup dengan hanya undi majoriti.

Soal tuduhan jenayah besar harus ada keupayaan, pertama biar hak, bukan sahaja hak yang menuduh. Bahkan saya dalam hal ini, terkeluar daripada pertimbangan lain yang saudara-saudara boleh tafsirkan. Hak Yang Berhormat Pekan, Timbalan Perdana Menteri untuk mempertahankan dirinya dan membersihkan dirinya. Itu harus diberikan sepenuhnya. Akan tetapi dalam kes ini, yang ada bukan soal principle of natural justice. Yang ada hanya brute power, force untuk mengatakan right or wrong berdasarkan undi bukan berdasarkan siasatan dan keputusan yang sebenarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya cuma benarkan perbahasan ini sehingga jam satu. Saya mahu Menteri menjawab mungkin dalam lima hingga sepuluh minit. Ahli Yang Berhormat-Ahli Yang Berhormat, perkara ini jelas, saya membenarkan usul itu atas sebab saya duduk di sini hampir setahun. Saya dengar segala ungkapan-ungkapan yang dikeluarkan. Akan tetapi malangnya apabila ditegur tidak ada siapa yang mendengar. Akan tetapi apabila satu perkara yang berbangkit begini, semua angkat peraturan mesyuarat. Ada lagi perkara-perkara lain yang perlu dibincangkan. Peringkat Jawatankuasa, Menteri menjawab, ada lagi lebih kurang 20. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bersikap seperti Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ada perkara begini yang menghabiskan masa kita. Silakan Yang Berhormat Batu Pahat. Saya juga ada kuasa untuk saya tetapkan masa itu kerana saya sendiri yang menerima usul ini. Usul ini, apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh saya terima dengan baik tetapi saya terima usul ini proper. Saya mahu Ahli-ahli Yang Berhormat bahas, saya juga mahu Ahli-ahli Yang Berhormat juga kasi jatuh hukuman, bukan saya supaya lain kali, jangan lagi ada hujah-hujah yang melanggar peraturan mesyuarat. Silakan.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin tanya beberapa minit kah Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Dua, tiga minitlah. Jangan terlampau panjang lebar. Yang Berhormat sudah berucap di sini berapa puluh jam kalau dikira dari tahun lalu lagi. [Ketawa] Dua, tiga minit cukup.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul ini sebab mesti ada noktah kepada perkara ini, kelakuan ini dan tindakan yang tidak mengikut peraturan sebab perkara ini sudah diulang dua tiga kali dan tindakan pun pernah diambil terhadap Yang Berhormat Puchong tetapi beliau mengulang juga perbuatan ini. Maka saya fikir apa yang diusulkan oleh Menteri pada hari ini adalah cukup penting supaya memberi pengajaran kepada kita untuk mematuhi peraturan yang sedia ada yang begitu banyak disebut oleh Tuan Yang di-Pertua, 36(2), 36(4), 36(6) dan sebagainya. Jadi sebab itulah, pada saya apa yang berlaku pada hari ini, cukup jelas menyatakan bahawa ada orang yang berpengetahuan undang-undang seperti Yang Berhormat Puchong tetapi menyalahgunakan kekebalan yang ada di Parlimen ini untuk sebenarnya menimbulkan persepsi buruk terhadap individu tertentu khususnya kepada Yang Berhormat Pekan.

Saya ingin menghujah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh yang menyatakan kenapa tidak perlu disiasat sedangkan kita lihat hujah Yang Berhormat Puchong hanyalah berdasarkan kepada kenyataan Ketua Penyiasat, Chief Inspector Gan itu yang dia kata bahawa Yang Berhormat Pekan adalah saksi utama. Akan tetapi apa yang jelas bila saya baca balik apa yang dibangkitkan dalam kes Raja Petra ini hanyalah dibaca statement tersebut tetapi tidak disebut sepenuhnya sedangkan Chief Inspector itu dengan jelas menyatakan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua “Pekan was not interrogated because the police had dismissed his involvement in this case.”

Cukup jelas. Kenapa dia tidak baca habis? Jadi, hujah beliau menggunakan hujah yang tidak kukuh, maka itu yang saya katakan bahawa tindakan perlu diambil. Kalau berani kenapa tidak bawa dakwaan ini luar daripada Parlimen dan bila di bawa di dalam Parlimen, berasaskan kepada andaian dan hujah yang tidak kukuh dan sebenarnya ramai yang teraniaya. Bukan sahaja Inspector Gan teraniaya kerana dia menyatakan bahawa Yang Berhormat Pekan tidak perlu dipanggil kerana tidak ada kes. Kenapa tidak disebut? Kemudian Yang Berhormat Pekan juga teraniaya dan ramai orang teraniaya termasuk rakyat teraniaya kerana ditipu dengan hujah...

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: ...Yang tidak kukuh daripada Yang Berhormat Puchong itu tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Pahat. Cukup, cukup.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Oleh sebab itu bagi saya tindakan tegas mesti diambil terhadap Yang Berhormat Puchong. Saya setuju setahun, sepatutnya lebih daripada itu. Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya dalam kes seperti ini, kalau ada orang membuat tuduhan terutama dalam kes berat melibatkan pembunuhan ini, maka sepatutnya perlu ditanya pada dia, boleh tidak buat dakwaan di luar? Kalau dia enggan juga, sebenarnya kita tidak perlu tunggu lama. Ambil tindakan tegas sahaja kepada orang ini sebab ini tidak bertanggungjawab sebenarnya kepada rakyat, menyalahgunakan institusi Parlimen...

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: ...Sebab dia seorang peguam. Oleh itu saya harap perkara seperti ini jangan berulang lagi. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya harap juga lain kali Yang Berhormat Batu Pahat jangan melanggar peraturan mesyuarat. [Disorak]. Silakan Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, hari ini Parlimen kita bertindak sebagai satu mahkamah untuk buat keputusan dan buat hukuman dan kita pun perlu mengikut suasana dan syarat-syarat satu-satu mahkamah. Kalau mengikut mahkamah, mungkin sudah ada permohonan bahawa hakim patut fikir untuk recuse himself oleh kerana sangat jelas daripada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Tuan Yang di-Pertua sudah buat satu prejudgment mengenai perkara ini dan Tuan Yang di-Pertua pun mahu hukuman dibuat. Tuan Yang di-Pertua perlu bukan sahaja adil tetapi justice not to be done but must seen to be done tetapi saya harap...

Tuan Yang di-Pertua: Saya buat justice pun Yang Berhormat Ipoh Timur, dituduh juga tidak adil. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menganggap Parlimen ini sebagai jungle. It is like jungle out there.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, jangan kita menjadi satu kangaroo court. Kita nampaknya dilihat orang ramai satu kangaroo court dan saya tidak mahu memohon Tuan Yang di-Pertua untuk recuse yourself, withdraw daripada ini kerana dalam mahkamah tentulah ada satu permohonan dibuat dan yang Tuan Yang di-Pertua adalah seorang peguam, tahu latar belakang ini. Akan tetapi dalam perkara ini saya harap kita baca usul ini bahawa tindakan dicadangkan diambil terhadap Yang Berhormat Puchong oleh kerana ada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Ini satu public interest question. Satu public interest question kerana beberapa perkara yang timbul yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, sama ada mengenai Chief Inspector yang ada testimoni beliau bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri seorang important witness tetapi tidak ada disoalkan, sama ada mengenai testimoni dalam mahkamah, mengenai gambar Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Altantuya Shaaribu, sama ada mengenai keadaan di mana Elite Squad yang menjaga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, sama ada mengenai kenyataan RPK.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Celahan yang saya ingin buat, dalam peranan selaku legislator, law maker, perkara yang ditimbulkan adalah sebenarnya dalam bidang kuasa sebuah peranan legislative yang seharusnya menyemak imbang sistem judiciary. Kita berlainan daripada pandangan Yang Berhormat Batu Pahat, tidak perlu setiap kali kalau membuat satu dakwaan mesti dibuat di luar. Kita mempertikaikan the procedure, the rule of law. Jadi apabila Yang Berhormat Puchong membangkitkan perkara ini, ia adalah dalam peranannya untuk membangkitkan satu perkara yang penting selaku law maker. Mempertikaikan atau menyemak imbang peranan judiciary. [Tepuk]. Saya kira itu perkara yang cukup penting Yang Berhormat Ipoh Timur kerana ia perlu dilihat sebagai peranan kita dan kita berhak untuk menjalankan tugas semak imbang itu di sini. [Tepuk]. This is the rule of law. Jadi saya minta Yang Berhormat Ipoh Timur tolong perjelaskan peranan ini dan bukannya dakwaan-dakwaan ini mesti dibuat di luar, di sini tempatnya.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, sebab itu saya kata sangat mustahak apabila kita bertindak sebagai satu mahkamah, kita jangan dilihat bertindak sebagai satu kangaroo court dan kita perlulah bincang dengan panjang lebar dengan semua fakta-fakta yang relevan. Tadi ada sebut beberapa perkara yang menimbulkan soalan, adakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya termasuk statutory declaration, private investigation kita, Bala Subramaniam yang ada kata bahawa ada penglibatan. Semua ini perlu dijelaskan. This is public interest question. Dalam Parlimen ada hak kebebasan bersuara dan tentu ada check and balance, betul. Saya mahu memetik satu quotation mengenai Parliamentary Privileges, dengan izin,
“Procedures are in place for both the House and Select Committees to ensure natural justice (fairness of process) is observed. These allow right of reply to those who consider their reputation has been damaged by statements made under privilege.”

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada more than the right to reply. Tidak pernah dia buat apa-apa, menggunakan right of reply di dalam Dewan ini mengenai semua perkara ini. Ini satu public interest question yang sangat mustahak, khasnya oleh kerana Yang Amat Berhormat akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi, dua minggu lagi dan kita mahu seorang yang menjadi Perdana Menteri disokong oleh semua rakyat. PM untuk semua rakyat Malaysia disanjung di dunia juga. Bukan oleh kerana soalan-soalan yang begitu penting timbul, haunted, hounded and doubt by all these questions. Sebab itu... [Disampuk] Ya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih. Rakan saya dari Ipoh Timur ada nyatakan tadi, natural justice. Adakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri demand natural justice. Di Dewan ini satu tuduhan serius ada dibuat terhadap dia terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, dia tidak ada di sini hari ini. Dia tidak ambil berat. Dia tidak ada di sini untuk cabar Yang Berhormat dari Puchong untuk mengeluarkan apa yang dikatakan oleh dia di sini di luar daripada Dewani ini. Kenapa dia tidak hadir hari ini? Dia takut. Bolehkah...

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Ipoh Timur.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bolehkah saya dapat penjelasan daripada rakan saya dari Ipoh Timur?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, ini daripada yang saya sebut, dia ada right of reply.

Tuan Yang di-Pertua: Ipoh Timur, saya bagi dua, tiga minit lagi. Selepas itu saya mahu menteri menjawab.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Dia ada right of reply dalam perkara ini dan ini penting, bukan sahaja kepada Yang Amat Berhormat kita, kepada rakyat, kepada dunia sama ada kita akan mempunyai satu Perdana Menteri, there will be a respected by all atau all the doubts. Oleh sebab itu dalam perkara ini patutlah dirujuk kepada Committee of Privileges dan saya harap selain daripada kita menggunakan group majority, kita sekarang ada Barisan Nasional majoriti untuk luluskan apa yang disukai tetapi dalam pandangan dunia, inilah abuse of power.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: [Bangun]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, okey,.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat Tumpat, pendekkan pasal saya mahu Ahli Yang Berhormat menjawab dan saya mahu perkara ini diselesaikan sebelum jam 1.00.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Insya-Allah, sangat pendek. Hanya tidak sampai dua minggu yang lalu, Yang Berhormat Bukit Gelugor telah dikepung oleh pemuda-pemuda UMNO. Apabila dipersoalkan tindakan apa yang diambil, maka kita menggunakan Peraturan 80A, tetapi kenapa kes 80A tidak boleh digunakan misalnya, dalam kes yang kita hadapi hari ini. [Tepuk] Kenapa kita pilih begini? Terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh timbang kenapa kita perlu tamat pukul 1.00? Ini satu perkara yang penting. Ada ramai Ahli di sini, tidak tahu di sana, yang mahu mengambil bahagian dalam perbahasan dan saya harap kita ada masa oleh kerana betul ada perkara yang penting yang kita mahu bahas tetapi ini kalau kita mengeluarkan gambaran kepada orang luar bahawa kita sudah ada kangaroo court, saya rasa imej Parlimen akan jatuh. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Menteri, sila gulung, sila.

Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun] [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Sila Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggulung di mana beberapa perkara yang telah dibangkit...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengar itu. Apabila saya tidak respons bermakna saya tidak layan. [Disampuk] Sila, sila. Menteri, sila.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Kita hendak buat usul untuk menghukum Yang Berhormat Puchong. Sekarang Yang Berhormat Puchong berdiri, kita kena bagi ruang Puchong bagi penjelasan. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya faham itu, Yang Berhormat, tetapi tindakan saya ialah saya menjemput Menteri untuk menggulung perbahasan kerana semua sudah saya dengar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Akan tetapi Puchong belum berucap.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tahu Yang Berhormat. Ini kan berbahas? Saya akan panggil siapa yang saya mahu panggil, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya, terima kasih. Yang Berhormat, saya tidak mahu...

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Sayalah orang terakhir mahu berbalah dengan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua tahu itu, tetapi saya minta, kita hendak buat satu usul hendak hukum berat seorang Ahli Yang Berhormat dan kita tidak mahu bagi ruang kepada dia berucap. Saya fikir ini satu yang janggal, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta sebelum Yang Berhormat Menteri jawab, biar Yang Berhormat Puchong diberikan floor untuk menjelaskan pendirian dia. [Tepuk] Dia buat tuduhan...

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: ...Saya terima, Tuan Yang di-Pertua, bahawa Yang Berhormat Puchong buat tuduhan yang berat.

Seorang Ahli: Its only fact.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Kalau begitu, beri dia ruang untuk memberi penjelasan sebelum dibuat keputusan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Persidangan di bawah usul yang dibawa tadi itu bagi saya tidak ada beza dengan perbahasan lain. Tidak ada beza dengan perbahasan lain. Saya telah buat ketetapan dan saya akan teruskan dengan ketetapan itu, sila gulung.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan, teruskan.

Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun] [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sebenarnya kita berlaku adil.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.

Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun] [Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam soal ini dan saya ingin membuat penjelasan berkenaan dengan perkara yang telah dibangkit. Pertama, berkenaan dengan...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sudah buat ketetapan apa pun persepsi Ahli Yang Berhormat, itu sudah diambil kira. Biarlah dia menggulung. Sila, teruskan. [Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya perkara yang dibangkit berkenaan dengan apa yang telah Yang Berhormat dari Permatang Pauh cakap sebentar tadi iaitu bahawa kita harus melihat niat apa yang di sebalik yang dilakukan oleh Yang Berhormat dari Puchong.

Semua Ahli Pembangkang: [Bangun] [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya ingin menjelaskan di sini iaitu ini bukan satu jenayah di mana yang kita hendak bincangkan bukan satu jenayah yang harus kita membukti dan menyelami apakah niat di sebalik dia membuat kenyataan itu. Jadi oleh kerana itu, cukup sahaja kalau tindakan itu telah pun dilakukan dan jelas tindakan itu menampakkan sikap kurang ajar terhadap Timbalan Perdana Menteri, sudah cukup kita mengambil tindakan terhadap beliau.

Keduanya, melainkan kalau Yang Berhormat dari Puchong dia mengaku dia gila, itu lainlah. Akan tetapi saya percaya waktu dia membuat kenyataan itu dia tidak gila dan dia tahu apa yang dilakukan itu adalah salah.

Ketiganya, saya ingin mengatakan di sini iaitu Timbalan Perdana Menteri, dia tidak hadir pada hari ini disabitkan kes dia sedang dibincangkan dan dia tidak mahu kehadirannya itu akan mempengaruhi sebagai Ketua WHIP, mempengaruhi Ahli daripada Barisan Nasional membuat keputusan untuk menyokong dia. Maka itulah yang dikatakan mengapa dia tidak hadir pada hari ini.

Selain daripada itu, Yang Berhormat, dalam perkara yang dibangkit sebentar tadi iaitu mengatakan segala apa tindakan yang diambil oleh Puchong dilakukan dalam Dewan. Memanglah, kita tidak suruh pun dia keluar daripada Dewan kerana tindakan yang kita hendak ambil ialah sebagai Majlis di atas tindakan perbuatan dia di dalam Dewan. Bermakna apa salah laku yang dia buat di dalam Dewan ini, kita berhak untuk mendengar dan kalau dia merupakan satu offences, penghinaan terhadap Dewan, maka kita berhak untuk membincang dan mengambil keputusan sama ada dia telah melakukan kesalahan ataupun tidak.

Semua Ahli Pembangkang: [Keluar Dewan]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Soal memberi kesempatan kepada dia, pihak kita lebih adil. Bapa dia kita suruh bela. Bapa dia itu, lawyer yang bela dalam ini, lebih daripada apa yang boleh kita berikan. Bukan setakat dia sebagai Wakil Rakyat Puchong dibenarkan membela, bapa dia pun kita bagi bela dia. Apa lagi yang hendak dikehendaki oleh kita? Jadi sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya kira tidak ada banyak perkara yang penting dibangkitkan oleh mereka. Jadi saya mohon supaya usul ini dibahas dan diterima. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul atas nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, jam sekarang sudah 1.01 petang, maka saya tangguhkan Mesyuarat ini hingga ke pukul 2.30 petang.

Gobind kena gantung - 4/5

USUL MENGGANTUNG TUGAS YANG BERHORMAT PUCHONG SEBAGAI AHLI PARLIMEN MENGIKUT PERATURAN MESYUARAT 27(3)

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warmatullaahi Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Saya mengucapkan terima kasih dan kita telah lama menantikan ketegasan dalam Dewan ini atas perlakuan yang berlaku. [Tepuk] Saya bersimpati dengan Tuan Yang di-Pertua kerana terpaksa memberi penjelasan kepada satu perkara yang sangat mudah yang telah dipersetujui oleh Tuan Yang di-Pertua untuk dibawa ke Dewan. Sebenarnya pada saya Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu sebut perkara-perkara itu, itu adalah kuasa Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Banyak perkara telah kita lakukan dan saya sebenarnya ingin menarik keadilan usul yang dibawa. Saya ucapkan tahniah kerana perkara ini serius. Kalau hendak kata tidak tahu saya nampak tersusun perkara yang dibangkitkan tadi. Sudah macam ada satu perancangan, tetapi yang ada di hadapan kita ini bukan soal sub judice seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya nampak perkataan pembunuh ini tidak perlulah kita kaitkan kepada mana-mana. Peraturan 36(9) jelas, saya membaca keputusan yang pernah dibuat oleh rakan-rakan Ahli Parlimen kita yang terdahulu.

Tahun 1966, perkataan yang diguna oleh Yang Berhormat SP. Sinavasagam kepada Yang Berhormat Menteri Tun Dr. Ismail. Dia guna diktator sahaja. Dia tidak guna pembunuh. Dia guna diktator pun didapati bersalah. Ini perkara yang kita hendak timbulkan. Dia tuduh saya pun pembunuh pun boleh salah. Tidak perlu kait dengan kes mana-mana pun. Bukan sebab sub judice. Yang Berhormat yang bangun tadi saya nampak semua peguam. Dalam satu kes yang sedang berjalan di mahkamah disebut oleh Puchong. Dia sebut. Kalau hendak kata dia tidak kaitkan dia sebut. Banyak kes yang masih belum dibawa ke mahkamah tetapi sebelum itu ada dia kata ada saksi penting yang tidak dibawa cuba mengaitkan Yang Berhormat Pekan. Walaupun dia bukan pihak dalam kes yang terbabit, mengaitkan itu pun pada saya tidak betul. Jangan kata pembunuh kes tahun 1966 diktator pun salah.

Jadi pada hari ini, kita perlu membuat pendirian sama ada kita Yang Berhormat ingin terus bermain dengan isu politik. Terus membakar sentimen sampai nanti ada orang sebut ada kes diputuskan di mahkamah walaupun percanggahan pendapat oleh hakim, perlakuan tetap berlaku kenapa kita tidak bangkitkan? Kenapa kita terima keputusan mahkamah? Ini bukan sub judice. Ini keputusan mahkamah. [Tepuk] Tidak kita bangkitkan. Kita tidak mahu perkara ini dimainkan oleh Ahli-ahli Parlimen kerana kita di antara tugas yang lebih besar. Ada banyak kes sebelum ini Yang Berhormat pada saya perkara ini tidak perlu kita panjangkan. Besar sungguh dua perkara salah yang dibuat:-

(i) Menghina Speaker apabila di sebut tadi “You should be ashamed of yourself”, enam bulan; dan
(ii) Menyebut Ahli Parlimen Pekan pembunuh, enam bulan.

Sudah betullah 12 bulan. [Ketawa] Ini bukan perkara ini bukan precedent selalunya enam bulan Yang Berhormat Bukit Gelugor pernah kena enam bulan, Yang Berhormat Batu Gajah pun pernah kena enam bulan sebab satu salah. Hari ini dua salah.

Seorang ahli: Banyak lagi.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Sebelum ini pun disebut dengan apartheid, kita tidak ambil tindakan Yang Berhormat Speaker. Saya pun kalau hendak ikut hati, kita patut lebih awal. Kalau katakan diktator pun salah, apartheid pun salah.

Beberapa ahli: [Bangun]

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Janganlah bangun dulu. Saya tidak bagi. Saya tidak bagi. Tak apa, tak apa. [Dewan riuh] Ramai lawyer hendak bangun pun bangunlah saya tidak bagi. Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Yang Berhormat lepas ini bahas.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang berdiri ini minta penjelasan. Mahu kasi laluan tidak?

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Saya tidak bagi.[Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, dekat satu jam kita dengar dia guna peraturan mesyuarat. Kita yang ada undang-undang ini gunalah ilmu itu cara betul. [Tepuk] Janganlah kita bawa... Saya lebih mementingkan apa persepsi rakyat. Kita tidak mahu besok, bila kita buat keputusan 12 bulan...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat yang tidak mahu buat penjelasan. Sila duduk.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Kita buat keputusan 12 bulan, dia keluar ini dia buat cerita kat luar kata kita hendak menganiaya kawan-kawan. Bukan, ini perkara yang tidak betul. Saya kata saya tidak bagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat. Penjelasan apabila yang berucap itu tidak kasi laluan bermakna tiada penjelasan. [Dewan riuh. Kenapa sering kali diangkat peraturan mesyuarat ini segala Yang Berhormat terlibat juga tidak ikut. Apa sebab? Yang Berhormat Beruas sudah. Sila terus. [Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat. Kalau perkara ini keceloparan tidak melebihi tiada hari ini. Jadi mulai daripada hari ini, ambil iktibar. Kalau berucap, berucap macam Yang Berhormat Permatang Pauh. [Dewan riuh] Sila teruskan.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Tuan Yang di-Pertua, tadi disebut banyak perkara-perkara yang (a) sampai (f), (n) sembilan itu semua privileges itu bukan bawah kita. Tuan Yang di-Pertua, atas kita perlembagaan kita buat undang-undang untuk dijalankan di mahkamah. Kita bukan mahkamah. Jadi perkara-perkara yang diberi kuasa kepada para hakim kita pada hari ini harap dapat dijalankan dengan baik tetapi dalam kes ini pada saya usul yang dibawa ini perlu disegerakan. Perkataan segera itu kalau kita bawa privileges pun ia akan bahaskan di sini juga. Buat apa kita buang masa. Ayatnya segera. Kalau tidak, bukan segeralah. Bukan kalau kita buat Jawatankuasa dia terus putus kita terima, kita bahas juga. Jadi hari ini disebabkan kesegeraan supaya tidak berpanjangan kita ini semua diberi amanah untuk berbahas. Tidak puas hati, puas hati, hendak beritahu dalam Dewan ini. Tidak perlu kita tunggu.

Beberapa Ahli: [Bangun].

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Saya sudah kata saya tidak bagi dan berdiri apa lagi? Duduklah sekejap. Saya cakap tidak panjang. Saya tidak niat hendak cakap panjang. Kalau bagi saya sepuluh minit ini habis sebab perkara ini perkara yang perlu kita putuskan kerana kesegeraan. Nanti Yang Berhormat dapat peluang Yang Berhormat cakaplah. Cakap saya tidak ganggu. Saya hendak beritahu kita ada rules of law.

Dalam perkara yang disebut 36(1) sampai sembilan itu semua dilanggar. Dalam perlembagaan disebut satu sampai tiga pasal apa? Sebutlah empat sekali. Peraturan 63(4) kata perkara yang berlanggar dengan hasutan, 63(5) yang menyentuh tentang Yang di-Pertuan Agong, kenapa tidak sebut. Jangan baca separuh-separuh.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat apa ini. Point of order kah penjelasan? Point of order. Sila.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 83 yang dibahas oleh Yang Berhormat sebelum ini mengatakan bahawa Dewan ini dapat membuat keputusan kerana perkara-perkara adalah diketahui oleh semua. Ini tidak benar Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita teliti 83 ia memberi ruangan untuk memanggil saksi-saksi di antaranya dia kemungkinan besar Yang Berhormat Puchong akan memanggil saksi-saksi yang ada berkaitan dengan apa yang dituduhkan. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Maka Tuan Yang di-Pertua, mereka mungkin tidak setuju pada saya.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, jadi dia.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih Ipoh Barat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya belum habis. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat telah mengelirukan Dewan ini, mungkin dia tidak tahu belajar daripada kita.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat sudahlah. Sudahlah Yang Berhormat Ipoh Barat sudahlah. Ahli Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat Ipoh Barat. Duduk. Yang Berhormat Ipoh Barat duduk. Semua peraturan-peraturan mesyuarat yang telah dibangkitkan dan akan dibangkitkan bagi tafsiran saya di bawah Peraturan Mesyuarat 43, Peraturan Mesyuarat 27(3) yang dibawa oleh Menteri itulah muktamad. Ahli-ahli Yang Berhormat, kenapa takut berbahas dengan soal gelagat Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. Apa pasal? Saya cuma benarkan usul mengikut pendapat saya usul itu adalah proper. Yang dibahas adalah tabiat Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri bukan orang lain. Kenapa harus sangat dipertikaikan ini? Sila. Teruskan.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Jadi.

Tuan Yang di-Pertua: Kenapa ini harus mendapat halangan sudahlah 27(7), (3) saya kata proper. Proper lah. Sekarang yang dibahas, adakah kamu mahu juga bercakap lebih-lebih kecuali itu yang kamu mahulah. Memaki hamun sesama sendiri, tuduh-menuduh, fitnah. Kalau itu kamu mahu bagi tahu. Buat press statement di luar sana. Pergi luar sana buat press statement. Ini yang kami mahu. Sila.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya simpati Tuan Yang di-Pertua tidak perlu cerita panjang-panjang Tuan Yang di-Pertua. Memang itu kebijaksanaan kita bahaslah. Kenapa diserang Tuan Yang di-Pertua sebab keputusan.

Tuan Yang di-Pertua: Sila bahaslah. Yang you pun ini juga Yang Berhormat, kamu punya hal yang sendiri. Terpulang kepada kamu.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Tuan Yang di-Pertua, banyak kes yang pernah kita putuskan dalam Dewan mungkin bukan oleh kita tetapi oleh yang terdahulu. Bila kita buat kenyataan dalam surat khabar pun salah. Betul kita ada imuniti tapi kita tidak sewenang-wenang buat kenyataan di luar. Mengeluarkan kenyataan dalam PAC pernah jadi tahun 1960 pun salah kerana tidak dibawa di Dewan. Betul kita ada PAC tetapi ia tidak boleh buat kenyataan di luar tanpa membawa ke Dewan sebab Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh kita.

Jadi hari ini kita berpeluang untuk melihat satu kes yang straight forward, dengan izin disebut dengan jelas. Saya tidak minat hendak tengok yang panjang-panjang, panggil saksi dan yang sebagainya. Saya ada dalam Dewan, saya dengar tiga kali dia sebut kalau saya hendak ulang balik dalam ini pun ada, tidak payah. Dalam Hansard nanti dapat seorang satu baca, apa yang dia sebut. Yang Berhormat Serdang pun ada juga tokok tambah dalam itu, baca sendiri .

Akan tetapi hari ini Usulnya kepada Yang Berhormat Puchong dan Usul itu dipersetujui oleh Tuan Yang di-Pertua dan kita tidak ada masalah menerima 12 bulan. Kalau ikut kita hendak suruh tambah, tetapi sebab mereka yang berwajib di pihak kerajaan telah membawa Usul - 12 bulan, maka kita bahaskan. Sebab itu akhir sekali jangan kita ingat, kita ini berada di atas undang-undang. Kes public prosecutor Datuk Mark Koding Ahli Parlimen Kota Kinabalu disebut semasa Usul Titah Diraja tahun 1978 dibawa ke mahkamah. Dibuat keputusan tahun 1982 didapati bersalah, mana kita ada imuniti? Sebab itu apabila tidak mahu mengulangi kenyataan dalam Dewan, di luar, impolitely bersalahlah itu. Kalau berani buat balik di luar, saya hendak tengok. Semua ini peguam jangan kita gunakan undang-undang, saya pun kadang-kadang terfikir juga tadi padanlah banyak kes mahkamah tertangguh. Benda yang mudah, yang boleh kita putuskan dengan segera, panjang, sebab banyak sangat tahu undang-undang. Minta maaf saya dalam Dewan...

Seorang Ahli: Tidak payah maaf.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: ... saya sebut sebab saya terfikir tadi. Sama ada tahu atau tidak pada saya usul ini mudah, saya ingin menyarankan menjadikan ini sebagai pengajaran dan saya harap Tuan Yang di-Pertua kita tidak mahu esok dijadikan isu politik. Cerita seolah-olah ada pertimbangan politik, sentimen dan sebagainya. Saya tidak minat dan saya rasa kami di Barisan Nasional tidak minat tentang itu. Kita tahu perkara yang dibuat itu salah walaupun dilakukan oleh rakan bijaksana di sebelah sana. Akan tetapi salah tetap salah, hukuman yang diberi perlu kita tunjukkan teladan supaya tidak diikuti pada masa depan. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong. [Tepuk]

Beberapa Ahli: [Bangun]

Gonind kena gantung (3/5)

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Biarlah saya habis. Inilah peraturan mesyuarat kita, biar kita ikut ini. kita boleh buat tergesa-gesa..

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Ahli Yang Berhormat Subang semua ikut peraturan mesyuarat, tidaklah saya sakit kepala duduk sekarang begini ini.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya faham, tapi sekarang kita mencadangkan, kita buat...

Tuan Yang di-Pertua: Saya respons, saya respons, saya faham.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya kata Tuan Yang di-Pertua, notis ini kandungan ini baru sampai sejam tadi, dan ini tidak mencukupi 27(4).

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Subang saya faham.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya ingin mencadangkan bahawa perbahasan usul ini di tangguh esok untuk memenuhi 27(4), kalau tidak ini bermaksud, itu tidak bagi masa.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat Subang sudah saya faham, itu diulang-ulang lagi. Sudah saya faham. Ahli Yang Berhormat saya ini baru duduk juga sebagai Tuan Yang di-Pertua, tidaklah saya expert dalam segala-gala kerana semua akan dipertikai tetapi harus kita terima hakikat bahawa Peraturan Mesyuarat 43, if we agreed on that bermakna tidak ada bermasalahan. Cuma sekarang ini bagi saya interpretasi saya kepada 27(4) ialah tidak ada keadaan-keadaan yang saya fikir, saya perlu notis seperti yang di sebut. Akan tetapi dalam soal ini ialah perkara yang ada kaitan dengan tabiat-tabiat, gelagat, keceloparan dan sengaja oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berselindung di bawah freedom of speech berlaku dalam sini bukan di luar sana bukan di luar sana yang semua Ahli Yang Berhormat perlu. Adakah Ahli-ahli Yang Berhormat yang dalam sini tidak tahu menahu apa yang berlaku pada hari itu? Semua tahu.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sudah. Dewan telah pun kasi post di website Parlimen pada 13 Mac. Jadi kalaulah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri mengatakan bahawa notis ini, sedangkan yang dibuat ini berhubung dengan tabiat kelakuan, gelagat keceloparan Ahli Yang Berhormat sendiri, mahu berapa notis yang mahu diminta? Persediaan apa yang mahu dibuat? Maka itu saya berpuas hati bahawa perkara ini perlu dibahaskan, biarlah Ahli-ahli Yang Berhormat bahas dengan kelakuan-kelakuan Ahli Yang Berhormat sendiri. [Tepuk] Ini terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau umpamanya tindakan itu diambil nanti kamu undilah. Kamu sekarang berbahaslah kerana saya tidak mahu nanti apabila selepas ini satu lagi Yang Berhormat daripada BN selepas itu diri pula menuduh daripada sebelah sini. Atau pernah buat ini, kau ini macam, kau ini macam {Sambil menunjukkan ke arah Ahli Yang Berhormat]. Saya tidak mahu begitu. Sudah, Yang Berhormat Muar teruskan.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Peraturan mesyuarat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Point of order, point of order.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalaamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(2).

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Point of order.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini merasakan sungguh sukacita.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bandar Kuching tidak apa, tengok saya, jangan tengok sana, tengok sini. 36(2) apa? Dan Ahli Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Sub judice.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-Ahli Yang Berhormat! Harus ingat jangan cite peraturan mesyuarat yang tidak relevan, kerana itu pun abusing peraturan mesyuarat. 36(2) apa?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Sub judice. [Dewan riuh] Tuan Yang di- Pertua, saya belum hujah lagi kenapa tabiat-tabiat seperti di sana sebelah sana?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bandar Kuching, jangan tunjuk sana, sini.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Mereka yang menjerit-jerit. Tetapi..

Tuan Yang di-Pertua: Belum pernahkah Yang Berhormat Bandar Kuching menjerit? [Ketawa]

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Pardon?

Tuan Yang di-Pertua: Belum pernah? Belum pernah menjerit?

Seorang Ahli: Belum pernah.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Saya sebut point of order.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu. Belum pernah menjerit. Belum pernah menjerit kah Yang Berhormat Bandar Kuching?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Jangan, jangan tunjuk jari Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Belum pernah menjerit saya tanya. Okey tidak tunjuk jari. Belum
pernah menjerit?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ada, pernah. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ada. Teruskan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Okey. Point of order yang saya kata.

Seorang Ahli: Sudahlah.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Adalah sub judice. Sub judice kerana motion ini sub judice. Kita teliti apa yang dituliskan dalam dalam motion ini. Ia dikatakan Yang Berhormat Tuan Gobind Singh, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan. Maka, subject matter usul ini adalah sama ada tuduhan bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan ini adalah satu penghinaan. Sama ada Yang Berhormat dari Puchong dapat menjustifikasikan apa yang dia dakwa dan pada hari Khamis, Tuan Yang di-Pertua, pada masa itu telah memutuskan bahawa...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Gelugor saya tahu.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Saya bukan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Saya faham apa yang berlaku tidak payah lagi, saya faham point of order.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Belum, belum. Saya belum habis bercakap..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, adakah dalam peraturan mesyuarat bahawa kalau Tuan Yang di-Pertua kata sudah berhenti. Ada peraturan mesyuarat yang mengatakan Ahli Yang Berhormat cakap “Saya belum habis, saya
belum habis”. Ada? Cuba tunjuk sama saya. [Ketawa] Ada dalam peraturan mesyuarat?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua...[Tidak menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Tiada. Sudah saya sudah dengar itu Ahli Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Motion ini akan membincangkan, kita akan membincangkan sama ada..

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: …ini satu fakta yang betul. Terlibat dalam pembunuhan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching! Sudah, sudah. Sudahlah Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, dengar dulu Ahli Yang Berhormat. Saya cuma membenarkan usul dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berbahas. Ahli Yang Berhormat, dia tidak sub judice, sudah difikirkan. Itu interpretasi saya. Sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudah!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat berdegil juga! Kerana keputusan saya, terpulang kepada Ahli Yang Berhormat. Saya tidak mengugut Ahli Yang Berhormat. Saya tidak mengugut. Duduk. Sudahlah Ahli Yang Berhormat. Sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudahlah, sudahlah. Sudahlah Ahli Yang Berhormat!.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Mesti berkait dengan perkara lain. Jangan ada kerana itu mengulang-ulang namanya. Sila.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Tetap 43. Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis.. dengarlah dulu! Tuan Yang di- Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya menjaga supaya Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau jawatankuasa diendahkan dan keputusan yang berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta, ditimbang semula. Ditimbang semula, tidak boleh diulang kaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu. Usul sedemikian ini tidak berkehendakkan dikeluarkan atau diberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu. Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah berlaku pada hari Khamis yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu, nanti dulu. Apakah tidak mengenai..

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Iaitu Tan Sri..

Tuan Yang di-Pertua: 43 ini kuasa saya, apabila saya buat tafsiran itu mesti diikut. Bermakna Yang Berhormat Beruas bersetuju dengan saya.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Betul.

Tuan Yang di-Pertua: Apa lagi yang mahu dihujahkan ini?

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Dengar hujah. Tan Sri telah membuat keputusan, telah menghukum. Telah menghukum Yang Berhormat Puchong pada hari Khamis dan keluar. [Dewan riuh] Dengar, dengar dan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, senyap Ahli Yang Berhormat-Ahli Yang Berhormat. Saya tidak dengar.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Okey, Tuan Yang di-Pertua kerana keputusan telah dibuat dan hukuman telah dijatuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi di negara kita di mana Parlimen pun adalah tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah artikel perkara 7 di mana mahkamah tidak boleh menghukum seseorang itu dua kali. Begitu juga Dewan yang mulia ini tidak boleh menghukum dua kali. [Tepuk]. Sebab itu kita boleh tidak mengikut peraturan ini 43, tidak boleh dibangkit semula. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian kita tidak boleh membahaskan isu ini sekali lagi. Kalau tidak, orang kata double jeopardy. Orang itu tidak boleh dihukum dua kali. Oleh yang demikian perkara ini harus digugurkan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, bertenang Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat saya biarkan tadi Ahli Yang Berhormat yang ada point of order supaya perkara sebegini sejelas-jelas kepada kita semua. Saya ingatkan lagi perkara usul di bawah 23 ini tidak akan timbul kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bersikap sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat. Percayalah ini semua bukan berpunca daripada saya. Peraturan Mesyuarat 43 yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas tadi adalah kuasa Speaker. Apabila Speaker memutuskan, itulah tafsiran sesuatu peraturan mesyuarat, maka itulah. Itu yang disebut dalam 43.

Yang disebut sebagai double jeopardy ini oleh sebab Ahli Yang Berhormat Puchong didenda dua kali juga sudah saya buat pertimbangan. Saya sudah baca Hansard sewaktu perbahasan itu, saya di Ante Chambers, saya ikuti. Yang dikeluarkan oleh Timbalan pada ketika itu ialah apabila beliau enggan mematuhi arahan iaitu janganlah sebut perkara sub judice seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi. Akan tetapi Yang Berhormat Puchong tidak juga mahu, disebut juga. Apabila Timbalan Tuan Yang di-Pertua kata, “Ahli Yang Berhormat Puchong, saya perintah untuk keluar”, bermakna perintah telah dikeluarkan untuk sehingga selesai Mesyuarat pada ketika itu. Akan tetapi sewaktu Ahli Yang Berhormat Puchong berdiri, lagi satu kesalahan yang dia buat. Iaitu “Tuan Yang di-Pertua, you should be ashamed of ourself”. Apa yang should be ashamed of himself? He didn’t say anything, yang cakap adalah Yang Berhormat Puchong. Iaitu kalau saya ingat di sini, peraturan mesyuarat yang dilanggar oleh Yang Berhormat Puchong pada ketika itu 36(6) - sangkaan jahat. 36(4) - bahasa kurang sopan, 36(9) - menyebut kelakuan atau sifat seorang Ahli Parlimen selain daripada kelakuan pada menjalankan urusan. 36(2) – menyebut perkara dalam timbangan mahkamah. Perkara 36(10)(B) dan 36(10)(C), 36(10)(B) – membangkit perasaan melawan kerajaan, kerana Yang Berhormat Pekan adalah Timbalan Perdana Menteri. 36(10)(C) - menaikkan perasaan sakit di antara kaum. Semua ini pada ketika itu melanggar peraturan mesyuarat. Sudahlah, sudahlah. Ahli Yang Berhormat sudah. Sila, Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar sila.