Monday, May 4, 2009

Gobind kena gantung - 3/5


USUL MENGGANTUNG TUGAS YANG BERHORMAT PUCHONG SEBAGAI AHLI PARLIMEN MENGIKUT PERATURAN MESYUARAT 27(3)

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Biarlah saya habis. Inilah peraturan mesyuarat kita, biar kita ikut ini. kita boleh buat tergesa-gesa..

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Ahli Yang Berhormat Subang semua ikut peraturan mesyuarat, tidaklah saya sakit kepala duduk sekarang begini ini.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya faham, tapi sekarang kita mencadangkan, kita buat...

Tuan Yang di-Pertua: Saya respons, saya respons, saya faham.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya kata Tuan Yang di-Pertua, notis ini kandungan ini baru sampai sejam tadi, dan ini tidak mencukupi 27(4).

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Subang saya faham.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya ingin mencadangkan bahawa perbahasan usul ini di tangguh esok untuk memenuhi 27(4), kalau tidak ini bermaksud, itu tidak bagi masa.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat Subang sudah saya faham, itu diulang-ulang lagi. Sudah saya faham. Ahli Yang Berhormat saya ini baru duduk juga sebagai Tuan Yang di-Pertua, tidaklah saya expert dalam segala-gala kerana semua akan dipertikai tetapi harus kita terima hakikat bahawa Peraturan Mesyuarat 43, if we agreed on that bermakna tidak ada permasalahan. Cuma sekarang ini bagi saya interpretasi saya kepada 27(4) ialah tidak ada keadaan-keadaan yang saya fikir, saya perlu notis seperti yang di sebut. Akan tetapi dalam soal ini ialah perkara yang ada kaitan dengan tabiat-tabiat, gelagat, keceloparan dan sengaja oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berselindung di bawah freedom of speech berlaku dalam sini bukan di luar sana bukan di luar sana yang semua Ahli Yang Berhormat perlu. Adakah Ahli-ahli Yang Berhormat yang dalam sini tidak tahu menahu apa yang berlaku pada hari itu? Semua tahu.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sudah. Dewan telah pun kasi post di website Parlimen pada 13 Mac. Jadi kalaulah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri mengatakan bahawa notis ini, sedangkan yang dibuat ini berhubung dengan tabiat kelakuan, gelagat keceloparan Ahli Yang Berhormat sendiri, mahu berapa notis yang mahu diminta? Persediaan apa yang mahu dibuat? Maka itu saya berpuas hati bahawa perkara ini perlu dibahaskan, biarlah Ahli-ahli Yang Berhormat bahas dengan kelakuan-kelakuan Ahli Yang Berhormat sendiri. [Tepuk] Ini terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau umpamanya tindakan itu diambil nanti kamu undilah. Kamu sekarang berbahaslah kerana saya tidak mahu nanti apabila selepas ini satu lagi Yang Berhormat daripada BN selepas itu berdiri pula menuduh daripada sebelah sini. Atau pernah buat ini, kau ini macam, kau ini macam [Sambil menunjukkan ke arah Ahli Yang Berhormat]. Saya tidak mahu begitu. Sudah, Yang Berhormat Muar teruskan.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Peraturan mesyuarat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Point of order, point of order.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalaamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(2).

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Point of order.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini merasakan sungguh sukacita.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bandar Kuching tidak apa, tengok saya, jangan tengok sana, tengok sini. 36(2) apa? Dan Ahli Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Sub judice.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-Ahli Yang Berhormat! Harus ingat jangan cite peraturan mesyuarat yang tidak relevan, kerana itu pun abusing peraturan mesyuarat. 36(2) apa?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Sub judice. [Dewan riuh] Tuan Yang di- Pertua, saya belum hujah lagi kenapa tabiat-tabiat seperti di sana sebelah sana?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bandar Kuching, jangan tunjuk sana, sini.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Mereka yang menjerit-jerit. Tetapi..

Tuan Yang di-Pertua: Belum pernahkah Yang Berhormat Bandar Kuching menjerit? [Ketawa]

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Pardon?

Tuan Yang di-Pertua: Belum pernah? Belum pernah menjerit?

Seorang Ahli: Belum pernah.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Saya sebut point of order.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu. Belum pernah menjerit. Belum pernah menjerit kah Yang Berhormat Bandar Kuching?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Jangan, jangan tunjuk jari Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Belum pernah menjerit saya tanya. Okey tidak tunjuk jari. Belum
pernah menjerit?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ada, pernah. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ada. Teruskan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Okey. Point of order yang saya kata.

Seorang Ahli: Sudahlah.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Adalah sub judice. Sub judice kerana motion ini sub judice. Kita teliti apa yang dituliskan dalam dalam motion ini. Ia dikatakan Yang Berhormat Tuan Gobind Singh, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan. Maka, subject matter usul ini adalah sama ada tuduhan bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan ini adalah satu penghinaan. Sama ada Yang Berhormat dari Puchong dapat menjustifikasikan apa yang dia dakwa dan pada hari Khamis, Tuan Yang di-Pertua, pada masa itu telah memutuskan bahawa...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Gelugor saya tahu.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Saya bukan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Saya faham apa yang berlaku tidak payah lagi, saya faham point of order.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Belum, belum. Saya belum habis bercakap..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, adakah dalam peraturan mesyuarat bahawa kalau Tuan Yang di-Pertua kata sudah berhenti. Ada peraturan mesyuarat yang mengatakan Ahli Yang Berhormat cakap “Saya belum habis, saya
belum habis”. Ada? Cuba tunjuk sama saya. [Ketawa] Ada dalam peraturan mesyuarat?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua...[Tidak menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Tiada. Sudah saya sudah dengar itu Ahli Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Motion ini akan membincangkan, kita akan membincangkan sama ada..

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: …ini satu fakta yang betul. Terlibat dalam pembunuhan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching! Sudah, sudah. Sudahlah Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, dengar dulu Ahli Yang Berhormat. Saya cuma membenarkan usul dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berbahas. Ahli Yang Berhormat, dia tidak sub judice, sudah difikirkan. Itu interpretasi saya. Sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudah!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat berdegil juga! Kerana keputusan saya, terpulang kepada Ahli Yang Berhormat. Saya tidak mengugut Ahli Yang Berhormat. Saya tidak mengugut. Duduk. Sudahlah Ahli Yang Berhormat. Sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudahlah, sudahlah. Sudahlah Ahli Yang Berhormat!.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Mesti berkait dengan perkara lain. Jangan ada kerana itu mengulang-ulang namanya. Sila.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Tetap 43. Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis.. dengarlah dulu! Tuan Yang di- Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya menjaga supaya Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau jawatankuasa diendahkan dan keputusan yang berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta, ditimbang semula. Ditimbang semula, tidak boleh diulang kaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu. Usul sedemikian ini tidak berkehendakkan dikeluarkan atau diberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu. Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah berlaku pada hari Khamis yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu, nanti dulu. Apakah tidak mengenai..

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Iaitu Tan Sri..

Tuan Yang di-Pertua: 43 ini kuasa saya, apabila saya buat tafsiran itu mesti diikut. Bermakna Yang Berhormat Beruas bersetuju dengan saya.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Betul.

Tuan Yang di-Pertua: Apa lagi yang mahu dihujahkan ini?

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Dengar hujah. Tan Sri telah membuat keputusan, telah menghukum. Telah menghukum Yang Berhormat Puchong pada hari Khamis dan keluar. [Dewan riuh] Dengar, dengar dan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, senyap Ahli Yang Berhormat-Ahli Yang Berhormat. Saya tidak dengar.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Okey, Tuan Yang di-Pertua kerana keputusan telah dibuat dan hukuman telah dijatuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi di negara kita di mana Parlimen pun adalah tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah artikel perkara 7 di mana mahkamah tidak boleh menghukum seseorang itu dua kali. Begitu juga Dewan yang mulia ini tidak boleh menghukum dua kali. [Tepuk]. Sebab itu kita boleh tidak mengikut peraturan ini 43, tidak boleh dibangkit semula. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian kita tidak boleh membahaskan isu ini sekali lagi. Kalau tidak, orang kata double jeopardy. Orang itu tidak boleh dihukum dua kali. Oleh yang demikian perkara ini harus digugurkan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, bertenang Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat saya biarkan tadi Ahli Yang Berhormat yang ada point of order supaya perkara sebegini sejelas-jelas kepada kita semua. Saya ingatkan lagi perkara usul di bawah 23 ini tidak akan timbul kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bersikap sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat. Percayalah ini semua bukan berpunca daripada saya. Peraturan Mesyuarat 43 yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas tadi adalah kuasa Speaker. Apabila Speaker memutuskan, itulah tafsiran sesuatu peraturan mesyuarat, maka itulah. Itu yang disebut dalam 43.

Yang disebut sebagai double jeopardy ini oleh sebab Ahli Yang Berhormat Puchong didenda dua kali juga sudah saya buat pertimbangan. Saya sudah baca Hansard sewaktu perbahasan itu, saya di Ante Chambers, saya ikuti. Yang dikeluarkan oleh Timbalan pada ketika itu ialah apabila beliau enggan mematuhi arahan iaitu janganlah sebut perkara sub judice seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi. Akan tetapi Yang Berhormat Puchong tidak juga mahu, disebut juga. Apabila Timbalan Tuan Yang di-Pertua kata, “Ahli Yang Berhormat Puchong, saya perintah untuk keluar”, bermakna perintah telah dikeluarkan untuk sehingga selesai Mesyuarat pada ketika itu. Akan tetapi sewaktu Ahli Yang Berhormat Puchong berdiri, lagi satu kesalahan yang dia buat. Iaitu “Tuan Yang di-Pertua, you should be ashamed of yourself”. Apa yang should be ashamed of himself? He didn’t say anything, yang cakap adalah Yang Berhormat Puchong. Iaitu kalau saya ingat di sini, peraturan mesyuarat yang dilanggar oleh Yang Berhormat Puchong pada ketika itu 36(6) - sangkaan jahat. 36(4) - bahasa kurang sopan, 36(9) - menyebut kelakuan atau sifat seorang Ahli Parlimen selain daripada kelakuan pada menjalankan urusan. 36(2) – menyebut perkara dalam timbangan mahkamah. Perkara 36(10)(B) dan 36(10)(C), 36(10)(B) – membangkit perasaan melawan kerajaan, kerana Yang Berhormat Pekan adalah Timbalan Perdana Menteri. 36(10)(C) - menaikkan perasaan sakit di antara kaum. Semua ini pada ketika itu melanggar peraturan mesyuarat. Sudahlah, sudahlah. Ahli Yang Berhormat sudah. Sila, Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar sila.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warmatullaahi Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Saya mengucapkan terima kasih dan kita telah lama menantikan ketegasan dalam Dewan ini atas perlakuan yang berlaku. [Tepuk] Saya bersimpati dengan Tuan Yang di-Pertua kerana terpaksa memberi penjelasan kepada satu perkara yang sangat mudah yang telah dipersetujui oleh Tuan Yang di-Pertua untuk dibawa ke Dewan. Sebenarnya pada saya Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu sebut perkara-perkara itu, itu adalah kuasa Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Banyak perkara telah kita lakukan dan saya sebenarnya ingin menarik keadilan usul yang dibawa. Saya ucapkan tahniah kerana perkara ini serius. Kalau hendak kata tidak tahu saya nampak tersusun perkara yang dibangkitkan tadi. Sudah macam ada satu perancangan, tetapi yang ada di hadapan kita ini bukan soal sub judice seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya nampak perkataan pembunuh ini tidak perlulah kita kaitkan kepada mana-mana. Peraturan 36(9) jelas, saya membaca keputusan yang pernah dibuat oleh rakan-rakan Ahli Parlimen kita yang terdahulu.

Tahun 1966, perkataan yang diguna oleh Yang Berhormat SP. Sinavasagam kepada Yang Berhormat Menteri Tun Dr. Ismail. Dia guna diktator sahaja. Dia tidak guna pembunuh. Dia guna diktator pun didapati bersalah. Ini perkara yang kita hendak timbulkan. Dia tuduh saya pun pembunuh pun boleh salah. Tidak perlu kait dengan kes mana-mana pun. Bukan sebab sub judice. Yang Berhormat yang bangun tadi saya nampak semua peguam. Dalam satu kes yang sedang berjalan di mahkamah disebut oleh Puchong. Dia sebut. Kalau hendak kata dia tidak kaitkan dia sebut. Banyak kes yang masih belum dibawa ke mahkamah tetapi sebelum itu ada dia kata ada saksi penting yang tidak dibawa cuba mengaitkan Yang Berhormat Pekan. Walaupun dia bukan pihak dalam kes yang terbabit, mengaitkan itu pun pada saya tidak betul. Jangan kata pembunuh kes tahun 1966 diktator pun salah.

Jadi pada hari ini, kita perlu membuat pendirian sama ada kita Yang Berhormat ingin terus bermain dengan isu politik. Terus membakar sentimen sampai nanti ada orang sebut ada kes diputuskan di mahkamah walaupun percanggahan pendapat oleh hakim, perlakuan tetap berlaku kenapa kita tidak bangkitkan? Kenapa kita terima keputusan mahkamah? Ini bukan sub judice. Ini keputusan mahkamah. [Tepuk] Tidak kita bangkitkan. Kita tidak mahu perkara ini dimainkan oleh Ahli-ahli Parlimen kerana kita di antara tugas yang lebih besar. Ada banyak kes sebelum ini Yang Berhormat pada saya perkara ini tidak perlu kita panjangkan. Besar sungguh dua perkara salah yang dibuat:-

(i) Menghina Speaker apabila di sebut tadi “You should be ashamed of yourself”, enam bulan; dan
(ii) Menyebut Ahli Parlimen Pekan pembunuh, enam bulan.

Sudah betullah 12 bulan. [Ketawa] Ini bukan perkara ini bukan precedent selalunya enam bulan Yang Berhormat Bukit Gelugor pernah kena enam bulan, Yang Berhormat Batu Gajah pun pernah kena enam bulan sebab satu salah. Hari ini dua salah.

Seorang ahli: Banyak lagi.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Sebelum ini pun disebut dengan apartheid, kita tidak ambil tindakan Yang Berhormat Speaker. Saya pun kalau hendak ikut hati, kita patut lebih awal. Kalau katakan diktator pun salah, apartheid pun salah.

Beberapa ahli: [Bangun]

Gobind kena gantung -2/5

USUL MENGGANTUNG TUGAS YANG BERHORMAT PUCHONG SEBAGAI AHLI PARLIMEN MENGIKUT PERATURAN MESYUARAT 27(3)

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Belum habis, belum habis Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Belum habis, ada lagi. Saya rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan. Itu jadi undang-undang yang terutama dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua: Artikel mana Yang Berhormat Bukit Gelugor?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Just take it easy. 63(1), khasnya 63(2), dengan izin. No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in any proceedings of either House of Parliament or any committee thereof. Ini harus dibaca Tuan Yang di-Pertua, dengan apa jadi peruntukan dalam House of Parliament, (Privileges and Powers Act) 1952, dengan izin.

Peruntukan seksyen 3 itu, there shall be freedom of speech and debate or proceedings in the House and such freedom of speech and debate or proceedings shall not be liable to be impeached or questioned in any court or tribunal out of the House. Apa tafsiran perkataan out of this House?. Itu bermakna dalam Dewan ini boleh, tetapi ada kawalan Tuan Yang di-Pertua, bukan absolute. Apa jadi Tuan Yang di-Pertua, penghinaan Dewan yang mulia ini. Saya rujuk kepada seksyen 9 akta yang sama, yang saya baca tadi. In marginal note dengan izin, power of House to punish for contempt of the House, peruntukan seksyen 9 adalah, contempt, contempt of this House. Ini jadi contempt of this House Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9. Your offences which constitute contempt of this House adalah, perenggan (a) sampai perenggan (n).
Saya tak mahu baca, panjang ada dalam itu, tetapi apa yang terus terang adalah ini, Tuan Yang di-Pertua. Penghinaan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, tidak memasuki dalam mana-mana perenggan (a) hingga (n). Adakah Tuan Yang di-Pertua meneliti peruntukan seksyen 9, di mana dalam perenggan itu (a) sehingga (n), memasuki penghinaan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Kenapa dikatakan dalam usul ini, saya baca itu Tuan Yang di-Pertua, bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009, telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan, terlibat dalam kes pembunuhan.

Adakah percakapan itu menjadi contempt Dewan ini? Dan saya rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, Peruntukan 36(2).

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Tolong senyap sikit nanti saya bingung. Sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: 36(2) dengan izin. Reference shall not be made to any matter, which is sub judice in such a away, bukan sub judice sahaja ada qualification, in such a way as might in the opinion of the Chair, prejudice the interest of parties thereto, prejudice the interest of the parties thereto, Tuan Yang di-Pertua, bukan sub judice absolute. Bagaimana apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Puchong, iaitu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan. Ia tak ada disebut di sini kes pembunuhan Altantuya. Apa kes pembunuhan itu [Dewan riuh] jika kes pembunuhan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat mengganggu, lambat, kerana saya juga kena respons. Sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jika Tuan Yang di-Pertua, apa yang bererti ini adalah terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, bagaimana Tuan Yang di-Pertua ini jadi sub judice. Sub judice adalah apabila it is prejudice to the interest of parties thereto. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak didakwa di mahkamah sebagai seorang yang dituduh. Tuan Yang di-Pertua, tak bolehkah usul ini dibentang oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini baby boy Menteri ini. Tuan Yang di-Pertua, siapa jadi bagi usul ini mengadu, siapa mengadu? Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak ada dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah, sudahlah Bukit Gelugor. Saya rasa saya faham, saya faham kerana yang sekarang ini kalau pun ada point of order yang di raised, cuma setakat mana-mana yang relevan yang saya faham, sudah saya faham. Ini bukan saya mendengar Bukit Gelugor berucap untuk dalam perbahasan, okey terima kasih.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya belum habis, saya belum habis [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ada juga dalam peraturan mesyuarat, apabila Tuan Yang di-Pertua kata sudahlah, sudahlah, kerana kalau itu pula diteruskan, ia nya merupakan satu keingkaran yang juga melanggar peraturan mesyuarat.

Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Sampai petang nanti tak habis.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: You might be a judge, you must hear.

Tuan Yang di-Pertua: But I said this I have heard enough. About your ...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Not heard, if you are heard… I am saying you are not heard enough.

Tuan Yang di-Pertua: Saya bagi.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bolehkah saya dapat tahu daripada Tuan Yang di-Pertua, dalam perenggan mana, dalam seksyen 9(a) sehingga (n), House of Parliament (Privileges and Powers Act).

Tuan Yang di-Pertua: Baik, Baik. Saya dengar semua itu.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Adakah di mana ini boleh Tuan Yang di-Pertua, dipakai.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih Bukit Gelugor, saya sudah faham itu. Sekarang saya respons. Pertama kepada peruntukan Perlembagaan, artikel 63(1), 63(2), 63(3),63(4) dan seterusnya. Semua itu saya sudah baca Bukit Gelugor. 63(1),63(2), 63(3), berkaitan dengan imuniti bahawa apa pun yang di bahas dalam Parlimen, dalam Majlis seperti ini, ataupun peringkat Jawatankuasa, tidak boleh sama sekali dibicara di mahkamah. Akan tetapi artikel 63(1), 63(2), 63(3), tidak memberitahu kepada kita pun bahawa Majlis tidak boleh menghukum Ahlinya. Itu imuniti bahawa Parlimen is supreme; it cannot be questioned outside
including Mahkamah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan, Tuan Yang di-Pertua penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu saya belum selesai menjawab kepada semua yang dibangkitkan.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua, Parlimen is supreme, Parlimen in Malaysia tidak supreme. Constitution is supreme. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Itu pun tidak tahu.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Constitution is supreme.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Parlimen is not supreme in Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat yang saya maksudkan kalaulah segala apa yang dihujah di Parlimen ini berhubung dengan freedom of speech dan imuniti dapat juga diambil umpamanya tindakan di luar, tidakkah ada Ahli-ahli Yang Berhormat habis berbahas refuse to answer outside Dewan. Itu maksudnya, Umpamanya I don’t know whether Yang Berhormat Puchong, ini ekoran daripada question daripada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kenapa Yang Berhormat Puchong tidak diberi masa untuk berbahas dan sedemikiannya. Yang itu kalau perkara yang berlaku di Dewan orang tidak tahu, yang ini semua tahu, semua masuk dalam Hansard. Saya terbaca pagi tadi sama ada Yang Berhormat Puchong bersetuju atau tidak di Utusan bahawa apabila dikejar oleh pemberita ditanya, “Adakah Yang Berhormat sanggup untuk ulang hujah yang dia sebut dalam Dewan?” Ini jawapan dia, “Saya tidak mahu ulang kerana di dalam Dewan saya dilindungi oleh kekebalan ahli Dewan”.

Bermakna perkara ini, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sengaja untuk berselindung di sebalik kekebalan demi untuk membuat huru-hara dalam Dewan yang tidak dibenarkan peraturan mesyuarat.

Mengenai dengan apa yang disebut dalam seksyen 9 tadi yang semua disenaraikan di sana, yang kira Yang Berhormat Bukit Gelugor itu saya baca. Maka itulah, yang itu Yang Berhormat Bukit Gelugor ada kaitan dengan kalau umpamanya apabila sedang berbahas, satu orang Ahli Yang Berhormat berdiri untuk di refer kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Bagi saya apabila saya menimbang semua ini dan terima notis dari Menteri Jabatan Perdana Menteri, saya mentafsirkan segala itu. Ahli Yang Berhormat perlu akur kepada Peraturan Mesyuarat 43 bahawa apa-apa pun interpretasi saya sebagai Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Sama ada salah bagi persepsi semua...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, mencelah, kalau boleh bagi saya mencelah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Gelugor, sudah Yang Berhormat Bukit Gelugor...

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Perak punya Speaker tidak supreme.

Tuan Yang di-Pertua: ...tidak ada masa, masa sudah terlampau jauh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya tidak mahu menimbang segala-gala.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Perenggan a to n di mana boleh pakai? Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9(a) to 9(n)?

Tuan Yang di-Pertua: Maka itulah usul ini adalah di bawah lain peraturan mesyuarat, bukan Peraturan Mesyuarat 26.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: I understand that, seksyen 9.

Tuan Yang di-Pertua: Saya faham, cool down Yang Berhormat Bukit Gelugor, bertenang, relax.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: You don’t understand.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak payah menghina lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9(a) to (n), di mana?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah.

Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Wow, dia semua yang faham, orang lain tidak faham.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya faham semua itu.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tidak faham.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor ingkar juga dan menghabiskan masa Dewan ini, saya tidak teragak-agak gunakan kuasa Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan ugut Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tidak mengugut, saya akan tunaikan, saya tidak mengugut, jangan habiskan masa persidangan. Saya sudah kasi penjelasan sepenuhnya dan tafsiran saya bahawa Peraturan Mesyuarat 27(3) yang dibawa oleh Menteri adalah itu usul yang sepatutnya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Seksyen 9(a) to (n), di mana?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada kena mengena.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Mana boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah saya timbang itu semua.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad kecuali...

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sila Muar, sila.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Peraturan apa lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, adakah ini berkaitan dengan seperti yang dibangkitkan tadi?

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tidak ini point yang lain.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua saya ingin bangkitkan Peraturan Mesyuarat 27(3) dan (4). Dengar dulu, I will address the Speaker dengan izin. Saya baru dengar kandungan usul...

Tuan Yang di-Pertua: Yang 27 ini sudah dibangkitkan tadi.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, tetapi point yang lain Tuan Yang di-Pertua dan saya minta Tuan Yang di-Pertua dengar saya dulu.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, apa point yang lain, selepas ini saya tidak mahu dengar lagi point of order.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Dengan izin saya baca ya dalam bahasa Inggeris.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, jangan cakap boleh atau tidak boleh, kalau tidak dikasi kebenaran. Itulah makanya kita sampai pada saat begini kerana keceloparan. Sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: ...Boleh berbangkit point of order, mana boleh. Kami ada hak.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tuan Yang di-Pertua, usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dari kandungan ini, ini satu usul yang cukup serius, yang perlu kita fikir dengan baik-baik. Saya rujuk balik kepada 27(3) dan (4) dan saya ingin bawa hujah bahawa usul yang dibawa tidak memenuhi syarat-syarat di sini serta tidak boleh dibicara, dibahaskan pada hari ini atas alasan ini. Saya baca 27(3) dengan izin dalam bahasa Inggeris -

“Except as provided in Standing Order 43 and in paragraph (5) of Standing Order 86 and 26(1), not less than 14 days notice of any motion shall be given unless it is the name of a Minister, in which case seven days notice or, if Tuan Yang di-Pertua is satisfied upon representation to him by a Minister that the public interest requires that a motion should be debated as soon as possible, one days notice shall be sufficient.”

Kami difahamkan bahawa pada hari Jumaat, Tuan Yang di-Pertua di beritahu tentang usul ini. Sekarang kami alih kepada 27(4) sebab ini menjaga kepentingan Dewan yang mulia ini dan kepentingan semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita tahu, kita yang akan bahas tahu dengan teliti apakah yang dicadangkan. Ini yang disebut, saya bacakan dengan izin,

“All notices shall if possible be printed, cyclostyled or typewritten and sent to members not later than the day before the sitting for which they had been put down.”

Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan, kami semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini termasuk saya, kita baru dapat ini pada pagi ini. Kita baru dengar kandungan apa yang dicadangkan, yang cukup serius pada pagi ini. Inilah maksud Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi, kita tidak boleh melakukan satu yang cukup serius secara tergesa-gesa dan inilah maksudnya 27(3) dan (4). Dia bagi kuasa untuk memendekkan tempoh asal yang 14 hari, untuk Menteri tujuh hari dan Tuan Yang di-Pertua diberi kuasa sehari juga kalau the public interest warrants it. Namun sekarang kita baru dapat ini, kita akan bincang satu yang cukup serius dan inilah point 27(4) di mana at least one day notice perlu supaya and even Yang Berhormat Puchong himself perlukan masa itu. Saya memohon ini bagi pihak kita semua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Subang. [Dewan riuh]

Gobind kena gantung - 1/5

USUL MENGGANTUNG TUGAS YANG BERHORMAT PUCHONG SEBAGAI AHLI PARLIMEN MENGIKUT PERATURAN MESYUARAT 27(3)

11.33 pg.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan saya berpuas hati bahawa ianya adalah bagi faedah orang ramai dan mustahak dibahaskan seberapa segera. Oleh itu saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan usul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua ....

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ..mengikut Peraturan Mesyuarat 27..

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of Order 27. Sungguhpun Tuan Yang di-Pertua ada kata bahawa Tuan Yang di-Pertua puas hati bahawa atas public interest perlukan usul ini diizinkan untuk bahas satu hari sahaja bolehkah kita tahu apa itu public interest yang peraturan memerlukan tujuh hari untuk notis diberi oleh seorang Menteri mengenai usul dikecualikan. Oleh kerana public interest mustahak apa itu public interest?

Tuan Yang di-Pertua: Yalah betullah kepentingan orang ramai. Dia seperti kepentingan Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini yang bertunjuk-tunjuk maki atas sendiri. Orang semua lihat Parlimen ini bahawa satu Parlimen bukan lagi world class Parliament iaitu tempat pergaduhan macam pasar. Bukankah itu public interest?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukankah ini public interest dan oleh kerana terlibat Timbalan Perdana Menteri sahaja yang.....

Tuan Yang di-Pertua: Ipoh Timur, Ipoh Timur...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: ....menyebabkan public interest sebab itu ini menjadi satu...

Tuan Yang di-Pertua: Ipoh Timur itu persepsi Ipoh Timur. Sila Menteri.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mohon mencadangkan usul seperti berikut:-

BAHAWA pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

DAN BAHAWA kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.


MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama 12 bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dalam soal seperti begini tidak ada penjelasan. Kalau boleh point of order. Yang Berhormat Beruas kalau point of order boleh, penjelasan tiada. Tumpat.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Tuan Yang di-Pertua Point of Order. Saya mendengar apa yang dibaca oleh Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua: Point of order di mana Yang Berhormat?

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: 80(1) Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: 80(1) sila.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Saya dengar Yang Berhormat Menteri tadi menyebut dan membaca yang akhir ayatnya hak dan keistimewaan. Dalam 80(1) disebutkan di sini,

“Hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengandungi Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Kepada jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa hak-hak dan kebebasan majlis. Adalah kewajipan atas Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan padanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara itu kepada Majlis.”

Jadi saya fikir jelas peruntukan Perkara 80(1) ini mengarahkan dan mewajibkan kita untuk menyerahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa hak-hak dan kebebasan majlis kepada jawatankuasa tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tumpat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua perkara yang sama di mana saya telah memberi notis kepada Tuan Yang di-Pertua pagi ini.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat, saya deal dahulu dengan point of order yang dikemukakan oleh Tumpat. Ahli Yang Berhormat Tumpat dan untuk makluman ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya membenarkan usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah 27(3) saya telah membaca peraturan-peraturan mesyuarat yang ada kaitan termasuk Peraturan Mesyuarat 80(1) yang tadi dibaca oleh Tumpat. Akan tetapi ada juga peraturan-peraturan Mesyuarat yang pada fikiran saya sebagai Yang di-Pertua yang mempunyai hak mutlak untuk mentafsir makna-makna Peraturan Mesyuarat. Saya berpendapat bahawa 27(3) yang ada kaitan dengan Peraturan Mesyuarat 44(8) yang patut dan wajar untuk dibahas dalam Dewan ini. Itu adalah tafsiran dan ketetapan saya maka itu saya membenarkan...

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: ...Menteri yang berkenaan..

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Peraturan, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua: Saya belum lagi siap Peraturan Mesyuarat 42. Peraturan Mesyuarat 42 apabila Tuan Yang di-Pertua itu sedang bercakap tidak ada sesiapa Ahli Yang Berhormat boleh berdiri dan berhujah, yang dikecualikan bernafas, bernafas boleh. Saya sudah menimbang semua itu saya fikirkan bahawa Peraturan Mesyuarat di bawah 27(3) yang ada kaitan dengan 44(8) ada kaitan dan ini pernah dibuat di satu ketika dahulu dalam Dewan ini pada tahun 2001.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pagi ini saya telah memberi satu usul dialamatkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan usul itu berbunyi bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1)(a) iaitu pertama, membatalkan perenggan ketiga dan keempat usul berkenaan, menggantikan perenggan ketiga dan keempat dengan perenggan baru berikut;

maka ini adalah dipersetujui Ahli Yang Berhormat kawasan Puchong hendaklah dirujuk kepada satu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk siasatan selanjutnya.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun usul ini telah dikemukakan oleh saya mengikut peraturan mesyuarat tetapi usul ini tidak ada di meja-meja Ahli-ahli Parlimen hari ini. Bolehkah saya pohon agar ia dipanjangkan, kalau tidak cukup masa, kita tunda debat hari ini supaya semua perkara yang perlu dibawa untuk perhatian semua Ahli Parlimen dapat diberi perhatian. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Permohonan Yang Berhormat Ipoh Barat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) adalah untuk usul hendak meminta cadangan yang telah dikemukakan kepada Mesyuarat oleh Pengerusi tanpa notis. Kalau atas budi bicara saya sebagai Tuan Yang di-Pertua membenarkan tanpa notis, maka ianya tidak perlu diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat lah, kan begitu? Okey, itu jelas. Saya telah baca usul pindaan Yang Berhormat, Yang Berhormat mahu supaya perenggan tiga dibatalkan, perenggan empat diganti dengan usul Yang Berhormat baca tadi. Akan tetapi Yang Berhormat, saya mohon perhatian Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat 30.

“Pada masa sesuatu usul itu dalam timbangan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa Majlis Mesyuarat, bolehlah dicadangkan pindaan-pindaan jika pindaan itu berkaitan dengan usul ini atau usul itu”.

Akan tetapi usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah di bawah perkara 27(3). Manakala pindaan yang dibawa oleh Yang Berhormat ini menentang usul yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya usul Yang Berhormat itu adalah usul persendirian yang ada kaitan dengan 30 Perkara 3. Jadi apabila saya baca peruntukan 30(1) iaitu usul Yang Berhormat tidak kena-mengena dengan usul pertama tadi, maka saya menolak di bawah 30(1). Usul Yang Berhormat itu adalah bertentangan dengan usul 30(3). Jadi atas sebab itu, maka saya memberi kebenaran kepada Menteri untuk membawa usul itu. Jadi terima kasih Yang Berhormat bahawa bagi pendapat saya, tafsiran saya, itu muktamad di bawah Peraturan Mesyuarat 42, 43 bahawa usul di bawah 27(3) itu adalah berkenaan. Ada lagi Yang Berhormat?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, with the highest respect to the Chair Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Thank you very much.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca 26(1)(a), saya rasa it speaks for itself bahawa seorang Ahli Parlimen ada kuasa untuk membawa pindaan ini dan ini adalah tertakluk kerana Yang Berhormat Menteri bawa...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya tahu. Duduk dulu Yang Berhormat. Itulah makanya tadi apabila saya baca Peraturan Mesyuarat 26(1), saya tegaskan lagi, saya tinggikan pitch suara saya, ‘boleh’ mencadangkan. Itu tertakluk kepada saya sebagai Tuan Yang di-Pertua sama ada cadangan itu saya terima atau tidak. [Tepuk] Jadi pengertian saya, apabila saya membaca segala peruntukan mesyuarat yang relevan dengan kes ini iaitu usul yang saya terima adalah di bawah 27(3) dan keputusan saya itu muktamad di bawah Peruntukan Mesyuarat 43. Ianya boleh dikaji semula apabila usul persendirian pula akan dibuat. Maka atas sebab itu, sekarang saya mulai untuk berbahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, point of order.

Tuan Yang di-Pertua: Mana point of order? Sebut point of order Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua ada sebut Point of Order 44(8) untuk mengesahkan bahawa perbahasan ini dan usul di hadapan Dewan yang mulia ini dan 44(8) yang berbunyi dengan izin,

“Nothing in this Order shall be taken to deprive the House of the power to take action against any person, including a non-member, in accordance with any resolution of the House”.

Peraturan 44 ialah mengenai keadaan apabila berlaku disorder dalam House dan bukan di kemudian. Saya tahu bahawa peraturan ini ada digunakan tujuh tahun dahulu, disebutkan tujuh tahun dahulu apabila Yang Berhormat Batu Gajah ada digantung enam bulan dan apabila disoal waktu itu, peraturan ini ada disebut. Sungguhpun kalau kita baca Hansard itu tidak begitu meyakinkan oleh Tuan Yang di-Pertua masa mempengerusikan Mesyuarat pada masa itu. Akan tetapi ini sebenarnya mengenai keadaan hari tersebut apabila berlaku disorder dalam Dewan dan bukan untuk hari-hari yang kemudian. Sungguhpun peraturan ini ada digunakan tujuh tahun dahulu, ada disebutkan apa yang tidak betul, tak patut menjadi satu precedent. Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh timbang semula perkara ini bahawa supaya kita tidak teruskan satu insiden yang tidak wajar.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Apabila saya menimbang usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah 27(3), saya benar-benar memikirkan demi untuk kepentingan Parlimen. Saya duduk di meja ini hampir setahun, saya sering kali mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dalam berbahas, tolonglah patuh kepada peraturan mesyuarat. Saya faham apa itu freedom of speech, saya faham apa itu privilege tetapi freedom of speech dan privilege dalam Parlimen mesti disulami dengan tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. [Tepuk]

Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu berbahas berlagak dan bersifat seperti Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka saya sebagai Tuan Yang di-Pertua untuk memberhentikan perkara begini jangan lagi berlaku, tafsiran saya kepada semua peraturan mesyuarat mengambil kira Peraturan Mesyuarat 43 iaitu keputusan saya mutlak. Maka apa pun yang disebut tadi setelah mengambil kira, saya fikir bahawa 44(8), Majlis ini sebagai Majlis, lagi penuh berkuasa daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan [Tepuk] kerana yang saya mahu yang berbahas ini adalah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. Yang tidak mahu bahas oleh Yang Berhormat Ipoh Timur adalah kelakuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kamu sendiri, bukan saya. [Tepuk]

Dato' Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ini sekarang yang sedang diperhatikan oleh masyarakat, itulah kepentingan ramai. Biarlah kamu bahas kelakuan kamu dan hujah-hujah yang patut kamu cakap, itulah yang saya mahu, maka itu saya benarkan di bawah 27(3). Sila Yang Berhormat Muar.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua: Sila. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mahu pendapat daripada Parliamentarian yang begitu lama dan peguam terkemuka dalam negara ini. Saya mahu belajar, sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Boleh belajar tetapi dengan tenang.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, saya belajar dengan tenang. Saya tidak apa-apa pun, saya boleh senyum, sila teruskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ada masa untuk kita berbahas kerana ini soal penting, ini bukan soal main-main. Sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Semua jangan main-main. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Peraturan mesyuarat mana?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Peraturan Mesyuarat 27(3).

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Menteri Yang Berhormat bertindak di bawah Peraturan 27(3). Apa makna Peraturan 27(3) Tuan Yang di-Pertua? Satu hari notis mencukupi untuk membawa usul seperti ini dalam Dewan yang mulia ini, saya terima itu. Akan tetapi ekoran daripada itu, the consequences Tuan Yang di-Pertua, apa consequences itu? Adakah, adakah mencukupi untuk Dewan yang mulia ini untuk membahas usul ini. Tidak ada, tidak ada apa-apa masa diberi kepada Ahli Yang Berhormat daripada Puchong, untuk bersedia, untuk fahami apa yang jadi, isi kandungan usul ini, penghinaan Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, senyap Ahli Yang Berhormat. Belum selesai daripada Bukit Gelugor.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Belum selesai, kerana ada ganggu, saya pun.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Baik, tidakkah wajar Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang jadi amalan di mahkamah. Seorang dipanggil ke mahkamah untuk dituduh, dan dituduh. Adakah perbicaraan itu dimulakan dengan serta-merta? Tidakkah orang itu berhak mengadakan masa untuk meneliti pertuduhan-pertuduhan itu, mendapat satu peguam untuk jadi peguam dia. Bolehkah court Tuan Yang di-Pertua, usul ini diperbahas hari ini?.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tidakkah wajar memberi Tuan Yang di-Pertua masa, apa saya mengatakan tadi untuk bersedia, untuk mempertahankan diri.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih.

Najib pembunuh – Gobind



(Ucapan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat pada 12 Mach 2009)

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk menjawab berkenaan dengan P.06 Butiran 09000 - Bangunan-bangunan Mahkamah di mana sebanyak RM95 juta diperlukan lebih kurang untuk bangunan mahkamah di Kuantan. Tuan Pengerusi ingin saya menyatakan di sini bahawa saya berpendapat tidak perlu kita membiayai wang sebanyak ini kepada mahkamah. Apakah yang ingin dicapai dengan menggunakan wang sebanyak ini untuk bangunan mahkamah di mana sistem di sekeliling keadilan itu tidak langsung dibangunkan. Kita ada bangunan-bangunan yang cantik, tetapi polis dalam negara ini tidak cukup anggota, tidak cukup siasatan dibawa dalam kes-kes misalnya kes Kugan. Sampai hari ini walaupun laporan bedah siasat diberikan dua minggu lalu, sampai hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil. Akan tetapi wang kita berikan untuk binakan bangunan mahkamah. Bukan sahaja itu, kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya di mana Ahli Parlimen Pekan yang keluar sekarang...

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Point of order Tuan Pengerusi, point of order.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Come back...! [Disampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh Yang Berhormat macam itu. Yang Berhormat Puchong. Dua perkara, sila duduk dulu Yang Berhormat Puchong. Dua perkara yang membantah Yang Berhormat daripada meneruskan ucapan terhadap kes yang disebut, pertama kes ini dalam mahkamah. Kedua Yang Berhormat, Yang Berhormat ditegah oleh peraturan mesyuarat untuk menunjukkan mana-mana Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Saya minta Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat beri amaran kepada diri...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi menipu... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dengarlah Yang Berhormat! Dengar, dengar Yang Berhormat. Okey saya minta Yang Berhormat tidak menyentuh perkara ini seperti yang
saya katakan tadi.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Kenapa tidak boleh?... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya ada jelaskan sebab itu, Yang Berhormat tidak dengar. Saya katakan perkara ini dalam mahkamah. Kedua, Yang Berhormat, perkara ini menyentuh tentang peribadi seseorang di dalam Dewan. Tidak boleh Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi kena dengar saya dulu. Dengar saya dulu.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat menyentuh perkara ini. Saya tidak benarkan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bukan, bukan isu yang dibangkitkan kali ini.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: [Bangun].

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak benarkan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dengar dulu.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Tidak boleh dengar.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi, kalau boleh isu yang dibangkitkan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak benarkan Yang Berhormat. Dua perkara itu bercanggah dengan isu yang Yang Berhormat kemukakan. Perkara yang lain Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Saya hendak teruskan. Saya hendak teruskan. Sila dengar saya Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya hendak bangkitkan berkenaan dengan 81
negara kita membelanjakan banyak wang. We spend lots of money, dengan izin. Beautiful building there but the system...

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Mahkamah teruk pun... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: ...Sistem. Saksi-saksi dalam kes-kes tertentu walaupun polis tahu mereka saksi penting tetapi tidak disiasat. Banyak kes masih belum dibawa ke mahkamah tetapi bangunan mahkamah ada. Macam kes Altantuya....

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [Rompin]: Yang Berhormat ini apa ini, Tuan Pengerusi, apa kena mengena dengan bangunan ini?... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sabarlah Yang Berhormat. Ya memang betul Yang Berhormat, tidak berkenaan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tiada kaitan, tiada kaitan. Buang masa sahajalah.

Seorang Ahli: Bagaimana sensitif sangat.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Hak dia…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Buang masa sahajalah.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dengar dulu. Pegawai penyiasat dalam kes itu sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pekan...

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [Rompin]: Perkara satu, Ahli Parlimen...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Kenapa kita kena bawa wang sebanyak ini...[Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat terlalu degil, saya perintah Yang Berhormat keluar hingga petang.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Hantar dia keluar. Hantar dia keluarlah. Tiada kaitan, mengganggu… [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Jemputlah…., Bentara!

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: You stand up and answer! You are there, isn’t?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Bentara!

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [Rompin]: Tuan Pengerusi.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Pengerusi, keterlaluan.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Involved in a murder case. Deputy Prime Minister!

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Apa ini?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Stand up and answer me! I want an answer now.

Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Arahan Tuan Pengerusi keluar. Tuan Pengerusi sudah arahkan, keluarlah... [Dewan riuh]

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tanya soalan biasa tidak boleh? Tidak mahu pergi, guna kekerasan…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Bentara, sila jalankan tugas.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Saya tidak akan keluar. No need, no need to fight, huh?.... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya perintah Yang Berhormat keluar, Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, no. no...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya perintah Yang Berhormat keluar Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ya?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya perintah Yang Berhormat keluar.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bila?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sekarang, sehingga habis mesyuarat petang ini.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bila?

Beberapa Ahli: One day, and for today... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi, you should be ashamed of yourself. Hey!... [Sambil berdiri] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli -ahli Yang Berhormat lain saya minta duduk Yang Berhormat… [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong duduk Yang Berhormat.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Hei cukuplah.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Membunuh!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Perangai itu.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Bagi peluang untuk...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Pembunuh!

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Jawablah. Deputy Prime Minister jawab soalan ini.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa itu semua berdiri? Tidak ada peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong… [YB Puchong bangun berjalan keluar dewan]
[Tepuk]

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Semua sensitif. Yang Berhormat hanya sebut nama itu sahaja. Jawab soalan lah… [Dewan riuh]

Beberapa Ahli: Usir keluar, keluar.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, diam Yang Berhormat… [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Gelang Patah. Yang Berhormat Gelang Patah. Point of order Yang Berhormat, point of order...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Untuk dapatkan penjelasan. Bolehkah Tuan Pengerusi terangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan, supaya kita... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya duduk Yang Berhormat. Saya sudah jelaskan Yang Berhormat, mana-mana Ahli Yang Berhormat berdegil tidak mahu ikut arahan
Tuan Yang di-Pertua, dan berdegil untuk mengikut arahan Tuan Yang di-Pertua adalah satu kesalahan. Bukan soal isu yang dibangkitkan tetapi isu melanggar tidak mengikut perintah yang diminta oleh Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah]: [Bangun]

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Boleh saya dapat penjelasan. Adakah?... [Dewan riuh] Dengarlah. Saya hanya dapat…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini pun kalau berdegil-degil.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Saya hanya ingin dapatkan penjelasan.

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Ini kalau degil keluar.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Adakah...

Seorang Ahli: Nampaknya Yang Berhormat Batu pun hantar dia keluarlah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak payahlah Tuan Pengerusi sudah buat keputusan.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Ya, saya hendak tanya soalan. Adakah ini bermaksud perkataan Altantuya tidak boleh dibangkitkan dalam Dewan ini?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dalam mahkamah. Dalam mahkamah… [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Saya tidak perlu menerangkan kepada Yang Berhormat lagi. Cukuplah Yang Berhormat.

Hoi beruk, anjing, babi ! (Bhg 4 dari 4 bhg)

(Ucapan Dato’ Ibrahim Ali di Dewan Rakyat pada 19 Feb 2009)

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Anak boleh buat doktor, tidak boleh belajar kerana tidak cukup RM5,000. Usahkan RM5,000 kalau RM2,000 Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada tidak ada juga. Ini saya hendak minta pertimbangkan. Cara kaedah, bagi IPTA biasa ada kerajaan bagi pendahuluan RM1,500 melalui macam-macam agensi. Kemudian diberi pinjaman. Tidak bolehkah cari jalan, saya hendak minta JPA lihat masalah ini. Lihat masalah ini, Ketua Pengarah kah, pegawai-pegawai boleh lihat masalah, lihat masalah budak-budak ini, lihat dan rasakan budak-budak ini macam anak kita sendiri. Cuba kalau anak kita sendiri tidak boleh sambung belajar. Kita tidak apa ada duit, ada kedudukan, ada harta tapi bagi anak-anak yang miskin, orang-orang susah yang tidak ada duit, dia hendak menangis.

Hendak pergi masuk universiti buat MBSB buat jamuan laksa, buat kenduri. Seperti orang kahwin, orang makan laksa bagi RM5, RM7, RM8 kumpul-kumpul, hari buat laksa itu dapat RM1,000 belanja buat laksa RM1,200 rugi pula RM200. Ini benda yang realiti dan inilah yang menyebabkan rakyat gelisah di bawah. Maka bila timbul-timbul isu-isu yang rakyat tengok, yang dibangkitkan oleh parti-parti tertentu. Bukan rakyat tengok mereka ini hero, tapi oleh kerana mereka menghadapi masalah maka mereka pun memujalah pihak ini. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian dalam perbahasan titah dia tadi. Saya setuju peruntukkan RM1.5 juta contohnya hendak buat jalan, dibuat untuk tiga, empat jalan.

Kenapa tidak diagih-agihkan sampai lima puluh kampung. Jadi orang kampung bahagia. Bila orang kampung bahagia, ada golongan-golongan tertentu daripada Kuala Lumpur daripada kayangan turun hendak jadi hero, hendak bercakap pasal tema rakyat, dia bercakap tujuh hari tujuh malam pun tidak laku. Jadi lakunya ialah kerana walaupun dia bercakap betul ke tidak betul tetapi rakyat di bawah, anak hendak masuk universiti tidak boleh, dapat biasiswa JPA pun tidak boleh masuk universiti, jalan kampung banyak berlopak, buat jalan tiga empat batang, dua tiga juta maka ramai yang tidak puas hati.

Ada orang eksploit, isu pun tidak betul pun rakyat akan kata betul, faham tidak? Ini yang menyebabkan keputusan pilihan raya baru-baru ini. Inilah hakikat, sebab itu kalau kita tengok dulu zaman Almarhum Tengku, zaman Allahyarham Tun Hussein Onn, zaman mantan Dr. Mahathir masalah juga. Ada krisis Perlembagaan, ada kes cerita rasuah, ada penyalahgunaan kuasa, ada waktu ekonomi down turn, krisis kewangan berlaku sebelum ini pun. Akan tetapi pada waktu itu rakyat tetap memberi sokongan kepada kerajaan. Kenapa? Sebab pada waktu itu walaupun tidak semua, tapi orang kata rakyat merasakan ini kerajaan sayang merata bukan benci merata kasih bertompok. Dia sayang merata, sikit-sikit seorang bukan kasih bertompok, benci merata. Oleh kerana kaedah dulu ini, dia tengok sayang merata, benci tidak ada sudah kasih bertompok walaupun ada masalah dia tetap beri sokongan kepada kerajaan. Akan tetapi sekarang ini oleh kerana dia tengok banyak sangat lubang-lubang yang saya sebutkan tadi maka bila ada pihak yang pandai bercakap sikit sahaja, turun ke kampung-kampung mengolah perkara-perkara tertentu. Tengok projek ini berjuta-juta, anak kamu tidak boleh masuk universiti, melentinglah. Mudah sahaja, simple untuk kita faham. Saya orang kampung Tuan Yang di-Pertua, lama dalam perjuangan, dalam politik. Saya bercakap pada hakikat yang sebenarnya, Saya tidak ada apa-apa sentiment dan saya tidak ada ambil hati siapa-siapa pun.

Saya kadang-kadang mempertahankan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, apa saya dapat? Dia bukan jadi Perdana Menteri lagi pun. Dia hendak sokong ini orang pegang jawatan baru dapat hadiah. Ini sudah kerepot hendak masuk muzium ini orang tinggal sudah. Tapi saya orang yang mengenang budi. Saya reti menilai jasa pemimpin-pemimpin, itu sahaja saya. Kita boleh tegur, kita boleh tidak bersetuju. Saya hanya setakat itu bukan ada kepentingan apa-apa. Saya pun tidak ada cita-cita hendak jadi Perdana Menteri, tidak ada cita-cita. Hendak jadi pun tidak boleh BEBAS seorang, mana cukup. Jadi tidak boleh, saya tidak ada cita-cita apa-apa cuma saya hendak bercakap benda yang benar lagi saya mampu bercakap untuk mendedahkan benda-benda yang saya rasa perlu saya dedah, terimalah dengan baik.

Mereka boleh hina saya , mereka boleh caci saya malah peristiwa tadi Tuan Yang di-Pertua, mungkin akan disiar dalam blog-blog penyokong-penyokong pembangkang, akhbar-akhbar minggu. Mereka akan caci saya, mereka akan burukkan saya. Silalah, saya tidak ada sedikit pun kecil hati. Lantaklah, saya tidak kisah Tuan Yang di-Pertua, lama sudah orang caci saya ini. Orang kata saya katak ini pun sudah lama sudah. Pada saya satu sahaja, katalah apa pun, saya hendak ulang balik kita sebagai wakil rakyat, sebagai pemimpin kecillah. Ada juga pihak yang bercakap, ada dengar kata kes ADUN Bukit Lanjan, ini orang kata pencerobohan privasi. Encroach of the personnel privilege. Lepas itu jadi masalah, ini kerana pihak itulah buat, konspirasi inilah. Begitu juga kes-kes lain. Dia macam ini, mudah sahaja kita fahamnya. Kita jangan tuduh orang bila sesuatu berlaku, musibah atas diri kita. Kalau kita tidak buat benda-benda kotor, tidak jadilah. Orang hendak blame pun tidak boleh

Tuan Yang di-Pertua, hendak rancang pun tidak boleh, kita tidak buat. Akan tetapi kalau kita
orang politik, kita dalam perjuangan tentu ada musuh. Bila ada musuh, orang tengok nanti peluang. Ini ada kes ini kita boleh gunakan. Orang gunakan, bila orang guna tidak adalah tuduh konspirasi. Itu kesalahan diri kita sendiri. As simple as that. Ini bila letak atas orang. jagalah diri masing-masing. Ini hendak menyalahkan orang. Ini kerana orang itu, ini kerana orang ini. Surat khabar pun siar. Jadi ada sahaja isu di negara kita ini. Kadang-kadang timbul Barisan Nasional, ini timbul Pakatan Rakyat pula. Dalam surat khabar dua tiga muka. Saya buka hari-hari hendak tengok apa masalah rakyat, bila keluar gambar dalam surat khabar ada orang OKU tidak boleh makan ataupun orang sakit anak tidak boleh sekolah, saya baca tengok rasa hiba hati.

Saya hendak baca ini, saya tidak hendak baca semua-semua ini tapi berlaku. Lepas itu salahkan orang. Ini konspirasi, ini orang rancang, ini hendak menjatuhkan. Sudah kamu buat, cuba tidak buat. Kalau tidak buat, tidak ada masalah Tuan Yang di-Pertua. Tuduh macam mana pun asal kita tidak buat. Bila orang ajak kita bersumpah, boleh. Bersumpah dengan apa? Dengan al-Quran. Berapa al-Quran? Sebiji? Tidak cukup sebiji bawa seratus biji. Orang tidak bersalah apa hendak takut. Ini kita buat ataupun saya tidak tahulah buatkah tidak buat tapi heboh bila timbul kesalahan, kita tuduh orang. Apabila kita hendak pertahankan diri pula, dulu berlaku. Kenapa tidak ambil tindakan? Orang ini pun buat. Dulu berlaku kenapa tidak ambil tindakan? Ini hina institusi raja dulu berlaku, jadi kerana dulu berlaku kita boleh buat. Kita hendak betulkan keadaan yang tidak baik, kita jangan buat. Kita jangan buat. Bukannya dasar kita katakan, habis sudah berlaku kita turut buat sebab dulu berlaku. Orang lain pun buat. Tidak bolehlah begitu. Kita hendak suruh orang lain jadi baik, kita baik. Tapi kalau kita ketam tidak usah hendak ajarlah orang lain berjalan, tidak patut, tidak akan berlakunya.

Sebab itu pepatah Melayu kata dulu “Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.” Tidak boleh menyalahkan siapa-siapa. Ini ADUN Bukit Lanjan keluar dalam paper, dia sendiri mengaku. Sudahlah dia mengaku, dunia tahu sudah dia mengaku itu gambar dia. Buat sidang akhbar, saya duduk dekat rumah Tuan Yang di-Pertua, tengok TV keluar dalam berita. Saya sebutkan orang sensitif tapi saya tidak boleh, saya sensitif benda-benda begini saya tengok duduk sebaris. Ini Yang Berhormat Tenggara, ingat ini saya hendak pesan ini. Duduk, dia sudah mengaku, kalau tidak mengaku tidak apa lagi. Ini gambar fitnah, tunggu siasatan bolehlah. Ini dia sendiri mengaku “Yes, this is my photograph”, berlaku sekedudukan. Dalam akhbar kata dengan pemuda Melayu mana tidak tahulah.

Saya memuji Ahli Parlimen Titiwangsa yang buat kenyataan supaya dirujuk perkara ini pada kes Mahkamah Syariah, tetapi yang saya nak sebutnya dalam TV yang saya tengok malam semalam, waktu ADUN ini bercakap, di belakang, di sebelah dia semua wanita Melayu Islam pakai tudung, Apa ini? Ini, pakai tudung, politik, politiklah, kalau tuan badan itu tak mengaku lagi tak apa, ini dah tuan badan mengaku, duduk sekali, umat lain tak ada lagi, bangsa lain tak ada? Ini yang paling ramai sekali, yang bertudung ini, ini perjuangan gender kah ni? Perjuangan hak sama rata kah? Tak malu kah? Sebab saya orang Melayu, saya orang Islam
turut malu, sebab itu bila kita pertahankan, kita nak beritahu kerana anak kita, anak-anak muda termasuk anak saya, kita orang Islam kena pakai tudung, kena elok-elok. Ada orang jawab kita, pakai tudung pun perangai tak senonoh, baik tak pakai tudung, sebab kemuliaan seseorang itu terletak pada hati, bukan pada tudung, sebab contohnya, dia yang pakai tudung, sebab itu kita kena kelakuan baik.

Ini boleh menjejaskan dan mencemarkan nama baik bangsa dan umat dan agama kita. Ini sudah berlaku, it happened already, dengan izin, tidak boleh retrack dah, is already history down in the history, at least saya sudah sebut. Sebab saya cukup terkilan, tidak patut berlaku begitu, sabarlah, tapi saya puji ADUN Bukit Lanjan ini. Dia saya puji, sebab dia dah letak jawatan, dia serah surat letak jawatan sebagai ADUN. Saya baca kenyataan Menteri Besar Selangor, dia letak Exco, ADUN tak letak. Maknanya, ada orang pula pertahan dia letak, lagi sakit jiwa. Betul, bila berlaku macam ini, kita jadi wakil rakyat, memang saya tak tahulah pada pandangan orang lain, pada pandangan saya, bila orang dah tahu cerita, kita sendiri dah mengaku, kita pun masuk kawasan, lalu ikut kedai kopi, ikut kedai,warung, pasar orang kata, ini yang ADUN telanjang ini, tak malu kah?

Kita nak jaga kemuliaan dia dan pemimpin-pemimpin UMNO-Barisan, memang kita dasarnya begitu, bukan setakat yang dah didapati bersalah, yang dituduh, didakwa di mahkamah, belum dapat keputusan pun, kena letak jawatan, kena berhenti, patut begitu, nak menjaga kemuliaan, Ini ada yang pertahankan pula, suruh bersabar melalui, seolah kita mengiyakan pula, mengesahkan pula. Ini saya ingat, cakap tak serupa bikinlah, tak ada ikhlas, cuba fikir, ini yang saya suruh rakyat fikirkan. Bukan bererti saya memihak, kalau saya bercakap benar ini, memihak ini, tidak berbudi kepada pihak ini, seperti peristiwa tadi.

Saya tetap menghargai, saya dulu bertanding, Tuan Yang di-Pertua, guna simbol PAS, saya tetap menghargai budi baik mereka dan saya pun ada buat jasa kepada PAS, jadi dua halalah kerja sama itu, tapi tidak bererti menghalang saya bercakap benda yang benar. Perkara yang benar, perkara yang betul, sebab saya tak mahu jadi pak turut untuk mana-mana pun, waktu saya dalam parti kerajaan dulu UMNO pun, saya bersifat demikian, saya menyatakan perkara yang sama. Waktu saya mewakili Kelantan dulu, Tuan Yang di-Pertua, berucap di perhimpunan Agong dalam Majlis Tertinggi, saya bercakap nada yang sama, sikap dan ...approach yang sama.

Waktu dalam kerajaan ke, duduk luar kerajaan kah, saya sama, saya tidak seperti setengah
orang dalam kerajaan lain, waktu tak ada jawatan lain, waktu dapat jawatan lain, sebab itu rezeki tak lama.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa pun saya mengatakan tadi dah panjang lebar. Seterusnya ada masa sikit lagi, saya nak menyentuh masalah income tax ini, saya nak minta kalau boleh pihak kerajaan mengkajilah, mana-mana rakyat Malaysia sekarang ini yang didakwa tidak membayar income tax di mahkamah, maka pasport dia kena rampas, sebab dia tak boleh berjalan ke luar negara. Betullah, ini satu hakikat, bankrap, hutang tak bayar, takkan nak jalan luar negara. Maka kena rampas, tetapi dari satu sudut lagi saya nak minta kalau boleh pihak kerajaan mempertimbangkan, biarlah ada hadnya, kata dia bankrap, tahapnya 100ribu ke bawah contohnya,kalau 100 ribu ke atas, memang dia kena rampas pasport, dia tidak boleh lari ke luar negeri, takut lari, tetapi kalau 50 ribu, 20 ribu, 30 ribu bankrap, pasport dia kena tahan, dia hendak keluar negeri tak boleh, saya tak percaya orang ini akan lari Tuan Yang di-Pertua. Mungkin dia nak keluar negeri dia nak berniaga, ada orang nak bawa dia ke Mekah, dia boleh pergi, kena minta kebenaran, banyak prosedurnya dan kena lalui. Akan tetapi patutnya, kekallah ada hadnya, bankrap, 100 ribu ke atas tak boleh, tapi kalau bawah-bawah ini maka biarkan dulu. Saya tak percaya mereka sanggup tinggal negara dengan tidak balik kerana kes dia tak bayar hutang dan saya percaya pun kalau mereka yang tak bayar income tax 100 ribu ke bawah ini, mereka pun nak nama mereka dibersihkan sebab mereka tak boleh jadi Lembaga Pengarah Syarikat, tidak boleh bertanding pilihan raya, tak boleh pegang jawatan dalam NGO, tentu mereka nak bersih, tentu mereka cari jalan untuk bayar. Jadi elok kalau boleh dipertimbangkan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara, ini perkara sentimental, cukup sentimental.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Berapa panjang lagi Yang Berhormat?

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Saya tentu akan habis sebelum Dewan ini tamat, insya-Allah, saya janji, saya nak sebut Tuan Yang di-Pertua, di mana kita tahu seniman agung kita ialah Allahyarham P. Ramlee. Sampai hari ini seniman agung hidup di sisi kita, anak-anak kita yang baru walaupun Tan Sri Allahyarham P. Ramlee dah puluh tahun dah sudah meninggalkan kita. Filem-filemnya yang berunsur pendidikan, agamanya, masih hidup sampai sekarang, tak payah saya ulas dan waktu Allayarham ini, pihak kerajaan mengiktiraf seniman agung ini dengan mengiktiraf Panglima Setia Mahkota iaitu Tan Sri di waktu beliau sudah pun tiada. Hari ini, dalam bidang seniman, semalam Jins Shamsudin, Yang Berhormat Senator Jins Shamsudin dianugerahkan seniman negara, Tan Sri pula, kemudian SM Salim, Tan Sri, baguslah, tetapi saya tidak mahu kalau boleh meletakkan seniman agung ini Tan Sri sama dengan yang lain-lain, sebab sumbangan Allahyarham P.Ramlee ini cukup besar .

Oleh itu saya nak minta kerajaan sama ada melalui Perdana Menteri, Timbalan ataupun kementerian KeKKWa, mengangkat dan mempersembahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bagi pihak rakyat, paling tidak Pasir Mas, menyembah kepada Duli yang Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong, apalah sudi kiranya mempertimbangkan anugerah bergelar Tun kepada Allahyarham P.Ramlee. Gelaran Tun ini Tuan Yang di-Pertua, anugerah tertinggi, bekas-bekas Perdana Menteri ada, Ketua Kerajaan, lepas itu kita tengok Ketua Hakim dan ada juga tokoh-tokoh individu, bekas Ketua Turus Tentera Ibrahim Ismail masih hidup lagi, Alhamdulillah yang dipanggil Pahlawan Melayu, Jeneral Tan Sri Ibrahim Ismail. Kemudian diberi kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, apalah salahnya kalau Allahyarham P.Ramlee ini dinobatkan walaupun tidak ada dulu pun gelaran Tan Sri pun dibagi waktu dia tidak ada, meletakkan dia di tempat yang lebih atas sedikit sebagai Seniman Agung Negara sebagai warisan sejarah.

Ini cadangan saya, cadangan saya dan selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, atas cadangan itu juga dulu saya pernah cadang sekali lagi saya nak ulang balik supaya sejarah Seniman Agung P.Ramlee ini, rumahnya di Setapak, saya minta dibuat studio baru juga untuk menarik pelancong daripada buat perkara-perkara yang lain, paling tidak pelancong-pelancong negara kita sendiri. Dibuat satu studio yang baru yang tidak seperti negara-negara luar, pergi tengok apa yang ada di Brisbane, apa yang ada di Hollywood, di Los Angeles ataupun di Britain, ada setengah-setengah bukanlah macam di Wax Muzium, tapi satu studio Seniman Agung P. Ramlee yang dengan teaternya tersendiri yang boleh mempamerkan macam-macam sejarah P. Ramlee yang bila rakyat masuk, pelancong masuk boleh ambil bahagian, bukan sahaja tengok filem, boleh cuba pakaian P. Ramlee, boleh tengok beca, cerita pengayuh. beca dulu, dia boleh tengok kotak tong Musang Berjanggut, sebab Allahyarham P. Ramlee, Tuan Yang di-Pertua, dah lama nampaknya, dia tangkap dulu musang Berjanggut tu siapa dia, tok kadi ada janggut tu duduk dalam tong tu. Jadi P. Ramlee sudah beritahu jangan percaya orang macam ini.

Jadi dalam konteks seniman agung ini saya rasa tidak ada masalah, sebab yang saya sebutkan tadi sudah ada seniman-seniman yang sudah dianugerahkan peringkat Panglima Setia Mahkota. Jadi tentulah kedudukan seniman agung ini mestilah lebih tinggi sedikit dan ini dalam konteks seniman negara, seniman agung menjadi sebagai satu warisan, itu sahaja cadangan saya dan saya rasa amat bertepatan sebab melihat kepada jasa-jasa Allahyarham ini. Jadi sebab itu saya cadangkan supaya dipertimbangkan, buat kajianlah tetapi saya tahu kalau cadangan diterima banyak orang menyokong. Ini sebab saya membawa cadangan ini pun saya jumpa dengan ahli-ahli seni, orang ramai termasuk kakitangan kerajaan, minta.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk itu sekali lagi saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih iaitu menjunjung kasih kepada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mendoakan bagi pihak rakyat saya di Pasir Mas semoga Tuanku berdua sebagai payung negara sentiasa dirahmati Allah, mendapat perlindungan Allah, dipanjangkan dan dilanjutkan usia bersemayam di atas takhta negara, semoga negara kita aman makmur walau apa keadaan sekalipun. Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 21, 2009

Hoi beruk, anjing, babi ! (Bhg 3 dari 4 bhg)

(Ucapan Dato’ Ibrahim Ali di Dewan Rakyat pada 19 Feb 2009)

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Walaupun kita benarkan bahasa lain digunakan tetapi oleh sebab kedudukan, kemuliaan bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan, itu yang dimaksudkan. Akan tetapi dalam soal percanggahan hak asasi, lompat melompat parti, sekarang ini hendak diadakan undang-undang lompat parti, dulu sudah bawa ke mahkamah, mahkamah tolak. Bercakap bertukar parti ini, hak asasi, ada orang tidak setuju. Macam-macam pendapat kita dengar sekarang ini. Ada pihak mahu supaya dilaksanakan akta lompat parti. Akan tetapi selain dari lompat parti ada juga pihak yang sama bercakap di bawah Artikel 11 mereka pula mahu supaya rakyat Malaysia ini tidak kira agama boleh bertukar agama. Ada, ini kumpulan sebelah yang kita dengar sebelum ini. Ada pihak bertukar agama boleh, bertukar parti tidak boleh. Kita mengamalkan demokrasi, siapa hendak tukar parti tukarlah, bukan tukar agama. Macam kita masuk syarikat

Tuan Yang di-Pertua, kita melabur syarikat itu rugi, kita tidak hendak duduk, kita masuk syarikat lain. Kita masuk persatuan NGO, apa sahaja pertubuhan, kita tengok pertubuhan itu dia aktif, kita tukar ke pertubuhan lain. Parti pun samalah juga tetapi dulu-dulu orang kata yang kaki lompat Ahli Parlimen Pasir Mas, hari ini sudah berapa ramai sudah lompatnya, sudah makin ramai katak. Lompat melompat, cuma hujah Ketua Pembangkang, pun dia kata tadi tidak salah cuma kena buat cara beradab. Ini kerana dia marah ini kerana dibeli kononnya, tuduhan beli, kurung, itu kata dialah saya tidak tahulah betul tidak betul. Saya ada orang-orang tertentu bercakap, bila dia bercakap hendak kata betul itu saya kena semak 10 kali hendak tahu betul tidak betul. Ada orang-orang tertentulah.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ya. Jangan panjanglah saya tidak habis lagi ini, tidak payah panjang-panjang.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jangan habis, sambung. Terima kasih Yang Berhormat. Hujah yang bernas kita kalau boleh Tuan Yang di-Pertua sambung lagi sampai besok. Saya terpanggil dengan Yang Berhormat Pasir Mas iaitu cara lompat parti tidak boleh cara kasar, mesti beradab, tidak boleh beli duit dan sebagainya. Apakah Yang Berhormat ada akal, cara mana beradab yang sebenarnya untuk lompat parti ini yang dimaksudkan oleh Ketua Pembangkang?

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Cara yang beradabnya kalau semua masuk parti PKR, Ketua Pembangkang jadi Perdana Menteri, itu yang paling beradab. Ini Tuan Yang di-Pertua, tuduh menuduh ini, lompat sana, ini beli, ini kurung. Ini maknanya isunya isu bawa lari. Isu yang bawa lari tetapi ada pula isu yang mengejar orang sampai ke Taiwan itu apa hal pulanya? Berlegar-legar dekat airport bawa beg cari orang. Hendak pergi cari yang 30, Ahli Parlimen Barisan Nasional hendak tubuh kerajaan, saya BEBAS seorang tidak dicari pun. Akan tetapi kalaulah mereka dapat 29, tidak cukup satu, kenalah cari saya tetapi tidak bolehlah cari saya sebab saya akan mengatakan kepada calon Perdana Menteri, kamu boleh jadi Timbalan, saya Perdana Menteri. Boleh? Begitu kaedahnya, bukanlah hendak ambil kesempatan hendak suka-suka, tidak.

Cuma saya cuak. Cuak kita buat tetapi orang buat tidak boleh. Sebab itu soal betul, tidak betul, ada ugut mengugut, serah kepada polislah, siasat, serah kepada polis. Ini surat sumpah orang ini kita tidak percaya, orang buat surat sumpah kepada kita, kita tidak percaya. Surat sumpah orang kita percaya, Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah. Tidak bolehlah macam itu. Saya pun bercakap macam ini bukan saya hendak membela UMNO, tidak ada, jangan suka sangat BN pun. Saya bercakap ini pendirian saya secara peribadi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, jadi soal lompat melompat ini lepas itu ini nak tubuh kerajaan jatuh Perak, dua kali lima, lima kali dua sepuluh, dua kali dua empat, dua campur dua, empat. Betul tak? Cuma sebelum saya lupa tadi saya ada nak rujuk satu perkara Tuan Yang di-Pertua, saya nak mintalah dalam hal Perak ini, saya nak minta betul-betul pihak kerajaan jawab walaupun kes ini dah pergi ke mahkamah, saya nak minta, saya nak baca dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Perlembagaan Negeri Perak Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak 16(6) dengan izin, “If the Menteri Besar sees to command the confidents of the majority of the members of the legislative assembly, then unless at his request, His Royal Highest resolves the legislative assembly, he shall tender the resignation of the executive council”. Saya nak minta dia terjemahkan bahagian ini saja sebab dalam soal Perak ini, pensyarah undang-undang universiti pun ada yang kata begini, ada yang kata begini, ada yang kata betul, ada yang kata tak betul, bercelaru. Ini pensyarah undang-undang pun sama, kita ini lagi bercelaru. Jadi biarlah kerajaan sendiri mentafsirkan betul2 dan rakyat pun keliru sebab mahu tak mahu akhirnya ia menjejaskan kemuliaan, kedudukan Raja-Raja Melayu.

Dalam apa pun peristiwa, saya tak mahu ada rakyat mengatakan ini perbuatan Ke bawah Duli Maha Mulia Raja Perak, katanya tidak betul sebab ini kemuliaan Raja-Raja. Saya minta juga rakyat Negeri Perak, orang-orang Melayu khususnya di Negeri Perak jagalah kemuliaan Raja-raja ini. Jangan ditafsirkan macam-macam, perbetulkan persepsi ini. Kalau boleh pihak RTM ke jemput pakar-pakar mengemukakan hujah melalui televisyen dan dibukakan talian terus biar rakyat bertanya secara puas hati sebab sampai ke peringkat berguling tepi jalan, tahan kereta, caci mencaci, tak pernah berlaku dulu. Dulu ada juga tegur-menegur bab masalah kedudukan Raja-Raja Melayu, zaman mantan Perdana Menteri dulu. Dia bawa undang-undang di sini dengan tujuan nak memartabatkan kedudukan Raja-Raja. Sama juga yang disebut oleh Ketua Pembangkang. Boleh, kalau dibuat secara beradab.

Pernah dengar ke mantan Perdana Menteri dulu buat kerja-kerja yang tidak beradab? Dibawa dengan cara yang baik, dibawa dalam Kabinet. Mereka pun semua terlibat. Saya bahas dulu,saya tak setuju tapi dah jadi undang-undang. Sekarang ini tuduh menuduh. Jadi minta diberi penjelasan perkara ini. Jadi cukup perkara itu Tuan Yang di-Pertua bab itu, saya nak masuk bab hal ekonomi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam urusan hal ekonomi ini kita tahu dunia dilanda krisis kewangan. Dua hari yang lalu Timbalan Perdana Menteri ada membuat jawapan di Dewan Rakyat ini dengan memberi kedudukan angka-angka bersabit dengan harga minyak, kelapa sawit, getah dan reserve negara kita, GNP negara kita tetapi keseluruhannya semua negara terlibat. Sampai Amerika yang utama, stimulus plan sampai Pelan Rangsangan sampai USD700 bilion lebih. Germany, India, Jepun, Singapura habis terlibat tetapi setakat hari ini satu perkara yang cukup saya agak kagumlah Tuan Yang di-Pertua, yang terlibat semua negara ini ialah keruntuhan institusi kewangan. Macam di Amerika, City Group, RBS Bank, UBS Bank, AIG dan di Germany saya tengok dalam berita CNN semalam meluluskan rang undang-undang untuk memiliknegarakan, to nationalize bank-bank yang runtuh dan hancur akibat daripada krisis kewangan ini. Akan tetapi dalam krisis-krisis ini semua, alhamdulillah Bank Negara di Malaysia ini, bank di Malaysia ini satu pun belum lagi kita dengar menghadapi krisis ataupun runtuh seperti negara-negara lain.

Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, bagi rakyat Pasir Mas dan diri saya sendiri saya ingin menyampaikan penghargaan setinggi-tingginya kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz sebagai Gabenor yang saya percaya pusat central bank inilah berjaya mengawal kedudukan institusi kewangan negara kita. Kita jarang menyebut dan menghargai perkara-perkara yang berjaya. Kita suka ungkit benda-benda yang tidak berjaya, benda-benda yang buruk tapi perkara-perkara yang kita kira patut diberi penghargaan, kita patut beri penghargaan dan inilah kejayaannya di mana sistem kewangan negara kita contohnya bank-bank satu pun tak ada yang runtuh seperti yang berlaku di kebanyakan negara.

Walaupun begitu Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya beri cadangan-cadangan setakat yang saya mampu, pandangan orang yang bodoh seperti saya ini Tuan Yang di-Pertua, bukan pakar ekonomi...

Seorang Ahli: Pandai, pandai.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: ...tetapi saya nak menyatakan di sini ada yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi ada satu aspek yang dia tidak sebut kedudukannya, itu saya nak rujuk kepada syarikat CGLC kerajaan. Bagaimana kedudukan CGLC sekarang ini, Government-Linked Company ini dalam kemelut ekonomi ini. Saya ada buat research sikit, kalau tak betul, kerajaan kena betulkan. Saya dapati Khazanah, keseluruhan di bawah CGLC ini di mana dengan izin share holder return, on listed company shares sudah jatuh 35%, realizable asset value jatuh RM7.8 bilion dari Mei 31 ke 31 Disember 2008. Bermakna kalau kita ambil kira semua, Khazanah sudah kerugian RM1.1 bilion tiap-tiap bulan sekarang ini dan kedudukan Khazanah daripada segi net worth nilai, asset value tolak less liability (tanggungan) sudah jatuh 19.4 bilion ataupun 2.8 bilion sebulan.

Kalau kita kira daripada segi nilai duit, kosnya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, every Malaysian worker RM10.5 bilion ataupun RM1,900 untuk menggantikan kerugian RM19.4 bilion. Memang ini kerana krisis kewangan ekonomi dunia. Temasek Holdings Singapura rugi 50 bilion lebih, 52 bilion lebih, Temasek. Siapa menjadi CEO Temasek? Ialah isteri kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Walaupun dia mengambil kira kerugian Temasek akibat daripada krisis ekonomi dunia, Perdana Menteri Singapura terpaksa menyuruh berhentikan dan menyingkir isterinya dan mengganti CEOnya yang baru. Persoalan saya, dalam hal CGLC ini, dulu pernah saya tanya di Dewan Rakyat ini berapa imbuhan dibayar kepada CEO-CEO syarikat CGLC ini termasuk CEO Khazanah Nasional. Dalam kemelut seumpama ini, kalau Perdana Menteri Singapura boleh meminggirkan isterinya sendiri, apakah mampu, apakah mereka tidak dipertanggungjawabkan tentang kerugian yang dialami oleh Khazanah Nasional ini?

Berapa imbuhan mereka? Gajinya, elaunnya, elaun perjalanannya, tuntutan bulannya, semua sekali termasuk pengerusi-pengerusi non eksekutif. Proton baru lantik pengerusi yang baru pula. Kalau pengerusi itu pengerusi non eksekutif, setahu saya kalau agensi kerajaan yang lain baik FAMA kah, baik FELCRA kah, baik RISDA setahu saya elaun mungkin RM2,000 ke RM3,000, tidak lebih daripada itu. Namun RM5,000, ada RM5,000 tapi ada syarikat CGLC non executive chairman saya diberitahu ada elaun sampai RM25,000 sebulan. Saya nak cadangkan di sini, saya nak cadangkan di sini kepada kerajaan, dalam suasana rakyat kehilangan pekerjaan, dalam suasana kesempitan ekonomi, bukan saja untuk dilihat semula barisan pengurusan CGLC ini, kalau yang dah lama ataupun yang baru pun kalau boleh tukar mesti ditukar.

Kalau Menteri gagal, Menteri diminta letak jawatan. Kalau wakil rakyat tidak pakai baju, wakil rakyat juga diminta berhenti. Sama jugalah dengan pengerusi-pengerusi GLC, tokoh-tokoh korporat yang memegang agensi kerajaan turut dipertanggungjawabkan sama dari segi akauntabilitinya. Kalau perlu ditukar, mesti ditukar. Akan tetapi antara yang saya hendak cadangkan supaya kalau boleh, bukan kalau boleh secara pukul rata elaun dan gaji mereka dipotong 50% serta-merta mengambil kira keadaan yang berlaku sekarang ini. Ekonomi, kerugian yang dihadapi oleh Khazanah Nasional sekarang ini. Mengendalikan syarikat kerajaan ini betullah, tidak mudah dengan pelaburan-pelaburan yang besar tetapi kebanyakan agensi-agensi ini diberi banyak kemudahan oleh kerajaan.

Permit kah, kebenaran kah, modal kah atau suntikkan kah. Bukan seperti syarikat swasta yang lain yang mereka terpaksa bertungkus-lumus mencari projek, mencari kewangan dan pinjam wang. Ini semua dia bagi untuk dia urus dan manage. Ada sesetengah pun gagal. Gaji pun besar. Saya minta supaya ini dikaji. Ini patut diaddress secara serius sebab melibatkan berbilion ringgit dan ia ada kaitan dengan EPF, ia ada kaitan dengan Tabung Haji dan ada kaitan dengan institusi-institusi negara yang lain yang perlu kita pertahankan. Ini yang kita kena jaga sebab keadaan yang berlaku sekarang ini makin meruncing dan boleh merugikan negara dalam jangka panjang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam soal kedudukan sekarang ini, kita tahu Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia ada jawab malam semalam sudah 10,000 orang sudah dibuang kerja akibat daripada kemelut ekonomi sekarang. 4,000 orang berhenti buat pilihan. Itu angka yang rasmi. Yang tidak rasmi macam mana? Kemudian kerajaan ada langkah-langkah yang diumumkan. Saya menyambut baik dengan memberi latihan-latihan kepada mereka yang berhenti. Akan tetapi kalau mereka dapat latihan, adakah mereka akan dapat kerja? Saya hendak buat satu cadangan yang hendak kata ganjil pun tidak ganjil sebab saya bukan pakar ekonomi. Kenapa tidak... saya sudah mencadangkan semalam supaya FAMA menubuhkan hypermarket seperti Carrefour untuk memasarkan barang-barang tempatan. Kita tahu dalam bidang industri pembuatan makanan Tuan Yang di-Pertua, nilai duit berbilion-bilion. Hari ini kita tengok roti canai, karipap, popia dan masakan segera sudah pun masuk di pasaran di Timur Tengah. Malah di Eropah pun ada. Akan tetapi secara kecil-kecilan oleh syarikat-syarikat yang kecil-kecil. Bukan lagi secara yang besar-besaran.

Oleh itu saya hendak mencadangkan seperti mana kerajaan melabur dalam CGLC kerana kita hendak menghidupkan dasar bumi hijau, dasar pertanian negara kembali selain daripada kita hendak simpanan makanan negara kita cukup untuk rakyat dan boleh kita eksport dan dijadikan juga pertanian ini sebagai asas pertanian. Kenapa tidak kerajaan sendiri menjadi pemangkin dengan mengambil pendekatan seperti peranan CGLC menubuhkan syarikat-syarikat pembuatan makanan secara besar-besaran dan kita boleh ambil pekerja-pekerja ini dengan mengeluarkan bahan-bahan makanan seperti yang saya sebutkan tadi.

Roti canai dan karipap saya sebutkan tadi contoh, Tuan Yang di-Pertua, boleh kita eksport dengan harga yang murah lagi. Ambil pengalaman dari negara China. Negara China boleh keluar mass production. Mass production. Radio, computer, electric, telefon sampai ke pembakar roti dan oven harga RM15. Baju harga RM5. Kain sepasang Tuan Yang di-Pertua untuk wanita, bukanlah elok sangat tadi sampai empat meter harga RM5 boleh beli di Shenzhen, dan di Guangzhou yang dijual di Chow Kit Road sekarang ini.

Syarikat-syarikat pembuatan tempatan semua sudah mati. Hatta kain songket pun sudah dibuat oleh India atau Pakistan dengan mesin. Akan tetapi mereka keluar cara mass production. Harga barang-barang elektronik ini lebih susah daripada karipap, lebih susah daripada popia dan lebih susah daripada makanan-makanan dalam tin tetapi mereka boleh keluar dengan mass production dan mereka boleh jual dengan harga yang murah di serata dunia. Maknanya kalau kita juga boleh buat karipap, boleh buat popia dan apa saja piza dengan mass production ini sebab kita ada bahan mentah. Mungkin karipap 5 sen tiga biji dan boleh dieksport di merata tempat. Ini makanan, rakyat kena makan. Habis-habis kita makan sendiri waktu tidak cukup makanan. Rakyat cukup makanan, cukuplah. Tidak ada duit tidak apa asalkan cukup makan.

Kenapa kita tidak boleh memikir ke arah itu? Musim buah-buahan. Musim rambutan, berlambak-lambak rambutan dibuang begitu saja. Musim belimbing, belimbing dibuang begitu
saja. Musim dokong, dokong dibuang begitu saja. Kenapa ini tidak dilihat dengan secara serius yang boleh kita wujudkan industri pemakanan secara besar-besaran. Satu kilang seribu pekerja. Ini buat martabak. Martabak boleh tahan sampai enam bulan bahkan sampai setahun. Tuan Yang di-Pertua sudah rasakah Martabak Diraja Kelantan yang dihasilkan oleh satu usaha yang dibuat oleh Syarikat Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan. Nanti saya bawa kepada Tuan Yang di-Pertua.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ada harga RM8 dan ada harga RM10. Oh, memang, bila makan memang ia punya rasa cukup sedap. Setiap kali saya balik Kelantan ada saja orang pesan suruh saya bawa.

Seorang Ahli: Yang Berhormat Pontian hendak juga.

Seorang Ahli: Ini marketing ini.

Seorang Ahli: Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Putatan.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ahli-ahli Parlimen, musim kempen UMNO ini pergilah Kelantan. Beli sendirilah. Saya hendak bawa kepada Tuan Yang di-Pertua saja.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Masakannya tiga hingga empat minit sahaja tetapi dia punya taste. Akan tetapi harga RM10 hingga RM12 sebab dia buat secara conventional. Akan tetapi pasaran dan permintaan cukup tinggi. Kenapa ini tidak dibuat secara mass production. MARDI ada. Kilang karipap ini 500 orang kerja. Di Perlis ada 500 orang. Kilang popia, karipap dan martabak. Macam-macam makanan. Kita lihat bagaimana Adabi dan Babas yang mengeluarkan rempah-rempah begitu lumayan sekali sehingga boleh mengeluarkan iklan-iklan dalam televisyen. Tentu harganya mahal. Kalau tidak menguntungkan, mereka tidak akan keluarkan iklan ini. Kenapa kita tidak tumpu dalam bidang ini? Ikut langkah negara China. Cuma negara China buat elektronik, kita habis-habisan agresif kita melabur dalam bidang pertanian. FELCRA ada kilang makanan dan RISDA ada kilang makanan. Ini kita boleh buat. Buah-buahan kita cukup banyak. Tidak cukup dari segi bahan mentah, boleh ditambah dan boleh diimport daripada Thailand. Hendak berapa banyak, kita ada teknologi. Kita boleh buat dan kita boleh menampung pekerja. Perdana Menteri kata hendak cadangan, ini saya hendak cadangkan.

Saya cukup dukacitalah seperti negeri saya Kelantan sendiri. Negeri Kelantan, ada kilang-kilang dulu tapi kilang makanan langsung tidak ada. Semua bergantung kepada Thailand. Nasib baik ada negara jiran. Buah baik, itu baik, air minuman. Ada juga air minuman diperbuat oleh Syarikat ABC Jalan Bayan. Saya pergi cari Jalan Bayan tidak ada. Rupa-rupanya buat di Thailand. Tampal buat di Malaysia, bawa masuk. Kenapa tidak dibuat di sini? Di sinilah dulu dikatakan hendak perkasa Kementerian Perindustrian dan Industri Asas Tani. Keluarkan peruntukan sebesar yang boleh sebab dalam bidang makanan pada saya ia repeat sales sebab orang kena makan. Barang-barang elektronik dia tidak repeat sales. Bila rosak, betullah kena beli baru. Akan tetapi makanan orang kena beli.

Maka sebab itu, saya mintalah perkara ini ditumpu dan dilihat oleh kerajaan dengan serius supaya kita dapat membantu memulihkan kembali kedudukan ekonomi negara kita ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya takut lupa. Saya hendak sebut juga perkara-perkara sampingan bersabit dengan biasiswa JPA. Saya hendak minta jawapan. Saya tidak tahu rupanya masih ada anak-anak kita yang dapat biasiswa JPA, dapat tawaran ke Auckland buat MBSB maknanya dalam bidang kedoktoran. JPA bagi biasiswa tetapi hendak pergi itu kena belanja dulu. Hendak pergi ke Auckland RM10,000 hingga RM15,000. Maka tidak ada duit, tolak. Pilih universiti tempatan. Universiti tempatan pun saya hendak bagi satu contoh nama pelajar. Banyak berlaku tetapi saya ambil satu contoh saja. Nur Zuraini binti Mohd Zain daripada Kampung Seriboh, Pasir Tumbuh Kelantan. Bukan kawasan saya tetapi datang jumpa saya. Dapat belajar di International Medical di Malaysia ini. Daftar intake 2009, kena bayar RM5,000. Pendaftaran RM2,900, yuran asrama RM3,187. RM 5,000, tidak ada duit, tidak boleh pergi. Hendak cari duit dekat mana? Jadi oleh kerana dia sudah dapat biasiswa, dan biasiswa ini bila dapat diimbuh balik belanja ini, tidakkah boleh JPA berunding dengan institusi-institusi tempatan yang menempatkan pelajar-pelajar biasiswa JPA ini ataupun di luar negara sekali pun. Bila mereka diberi surat tawaran mereka terus pergi daftar sahaja. Segala bayar-bayaran pendaftaran ini, akan dibayar oleh JPA kemudian nanti tidak bolehkah? Anak orang miskin, bapa miskin tidak ada kerja...bersambung

Hoi beruk, anjing, babi ! (Bhg 2dari 4 bhg)

(Ucapan Dato’ Ibrahim Ali di Dewan Rakyat pada 19 Feb 2009)

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat...

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kita mengata orang boleh, kita tegur sedikit tak boleh. Sudah melenting...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap sambil meninggalkan Dewan]

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, beruk!!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk sahaja kenal dengan beruk tau!

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu jangan kurang ajar ya!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk besar kenal dengan beruk...

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, anjing!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau saya anjing, kamu pun anjing.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu anjing!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-
Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah Yang
Berhormat Padang Serai.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, orang seperti Yang Berhormat Padang Serai ini harus dihalau keluar daripada Dewan. Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Dia bercakap sudah berjalan. Tidak bercakap di tempat. What’s wrong?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Pasir Mas sedang memperkatakan sesuatu yang sedang ditunggu-tunggu oleh seluruh bangsa Melayu. Soal kedaulatan Raja-raja, Sultan-sultan Melayu dan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sedang ditunggu oleh semua bangsa Melayu dalam negara ini. Raja Melayu adalah payung kepada bangsa Melayu, payung kepada semua bangsa dalam negara ini. Jadi kita dengarlah ucapan apa yang dilahirkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebagai seorang rakyat yang setia kepada negara ini. Kenapa semua pihak nak marah? Apakah orang Melayu jadi dosa hendak mempertahankan Raja Melayu? Saya sokong sangat dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Kalau nak balikkan semula kekebalan Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, tonggak memerintah dan asal negara ini sebelum penjajah datang ke negara ini. [Tepuk]

Syabas Yang Berhormat Pasir Mas, teruskan perjuangan anda dan saya tetap bersama-sama dengan Yang Berhormat Pasir Mas dan seluruh bangsa Melayu dalam negara ini mempertahankan Raja-Raja Melayu. Tidak ada orang boleh kurang ajar, biadab dengan Sultan dan Raja-Raja Melayu dalam negara ini.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: [Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tuan Yang di-Pertua, saya tak bagi jalan. Saya nak jelaskan di sini...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang lain dia tak bagi jalan Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam duduk, Yang Berhormat Titiwangsa duduk.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tuan Yang di-Pertua, saya nak beritahu, tadi saya bercakap ada Ahli Yang Berhormat bercakap waktu berjalan keluar, tidak menghormati Dewan, keluar kata-kata kesat, saya pun keluar. Saya nak minta maaf Tuan Yang di-Pertua, semua kata-kata tidak baik tadi, saya hendak tarik balik, saya gentleman. Saya minta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua, cuma saya terpaksa kata oleh kerana dia kata saya waktu berjalan keluar dan saya tak bagi jalan. Saya tidak bercadang untuk berbahas dengan sesiapa, lepas ini nak jawab ucapan saya, jawablah dalam perbahasan nanti, saya tidak mahu buang masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: I don’t want to take any people time, tak payah. Kalau ada masa panjang, boleh, segala masa saya diambil, kalau nak diganti boleh. Tuan Yang di-Pertua jangan larang saya berhenti, saya bagi masa. Saya dah jadi anggota Dewan Rakyat ini bukan baru, bukan saya takut untuk bagi laluan berbahas, boleh. Cuma tinggal lagi saya menghormati masa.

Tuan Yang di-Pertua, jadi saya dah sebut tadi, saya ulang balik, saya tarik balik semua apa yang saya katakan tadi. Saya minta maaf.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bukan you seorang Melayu tau, ramai lagi Melayu.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ya lah, tetapi kalau orang Hindu cakap saya macam itu...

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi pihak Melayu, you have no right.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hey, you shut up! You shut up! You shut up! Babi!

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Awak ingat awak seorang saja Melayu?

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa you bercakap macam itu?

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau kamu berani!

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Penakut!

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa penakut?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Menghempaskan songkoknya]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Mas, teruskan Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya tak nak tengok lagi begitu. Kalau nak keluar, keluar sahaja.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hormatlah pandangan orang!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Astaghfirullah. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya minta maaf, saya minta maaf banyak-banyak kepada Dewan yang mulia tentang apa yang berlaku. Mereka membuat provokasi kepada saya dengan tidak ikut peraturan, dengan tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua. Menuduh, menuding dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar daripada Dewan. Inilah yang dikatakan mereka ini golongan beradab dan pejuang-pejuang Islam, cukup saya kesal.

Jadi kalau ada kesilapan itu Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya minta maaf, saya tarik balik semua kata-kata yang tidak baik untuk didengar tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut tadi tentang soal kedudukan Institusi Raja, perkara-perkara yang dibangkit dalam perbahasan oleh rakan-rakan tadi. Saya juga turut berhak memberi pandangan saya, saya juga turut berhak mengeluarkan pendapat dan apabila keluar kenyataan-kenyataan yang pedas, saya turut dengar dan saya sikit pun tidak rasa tersinggung. Akan tetapi ada pihak mudah rasa tersinggung tapi dia mengata orang tak apa, tapi kalau dia dikata, dia rasa tersinggung dan mereka melenting. Inilah yang perlu diketahui oleh rakyat jelata. Saya minta benar-benar dengan rakyat, saya tujukan ucapan saya ini berkait dengan ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru kepada rakyat terutamanya yang cerdik pandai, jangan terjebak dengan perangkap politik pihak-pihak tertentu yang boleh merosakkan negara kita. [Tepuk]

Kita boleh berbeda pendapat, kita boleh berbeda ideologi, tetapi saya nak minta rakyat jangan menjadi alat kepada mana-mana pihak. Jangan kita mudah bersentimen dan beremosi tak tentu fasal.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini, saya dah sebutkan tadi bersabit dengan PPSMI, bersabit dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang saya sendiri minta kalau boleh diperbetulkan balik. Kalaulah dikirakan bahawa ini boleh menjaga martabat Raja-Raja Melayu, kita betulkan balik.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dalam asas Perlembagaan yang diminta dipertahankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah hak istimewa orang-orang Melayu. Kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu, sekarang ini ada dalam Perlembagaan, ianya sebagai hiasan. Saya hendak minta pihak kerajaan supaya melaksanakan hak istimewa orang Melayu ini. Hak istimewa orang-orang Melayu ini bukan sekadar kalau kita lihat bahawa ekonomi orang Melayu bila maju sudah sampai kepada tahap 30% maka sudah seimbang, maka waktu itu kita boleh lupakan dasar ini sebab kita pelbagai kaum.

Pada saya ini soal Perlembagaan, soal hak, hak tetap hak. Kalau orang Melayu dan capai 40% sekalipun, kalau itu hak istimewa orang-orang Melayu dan kaum bumi kita mesti pertahankan kerana ini kita tukar dengan kerakyatan dahulu. Hak kita tetap menjadi hak kita. Jadi sekarang ini, kedudukan ekonomi orang Melayu kita pun tidak tercapai lagi ke tahap 30%, tidak begitu lagi seimbang. Hak ini sudah mula dilupakan dan dah mula bercakap dasar-dasar baru.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, jadi ini saya minta supaya ianya diperkasakan, dilaksanakan di mana setakat ini saya cukup kecewa dengan isu hak orang Melayu ini, hak istimewa orang Melayu ini dari segi pelaksanaannya dah banyak terhakis, untuk kaum peribumi sekali dengan tidak juga menyentuh kepentingan lain-lain kaum.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Berapakah jumlah Tanah Rizab Melayu sebenarnya di seluruh negara? Berapa banyak, saya minta kalau boleh dijawab sendiri oleh Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri. Berapa jumlah Tanah Rizab Melayu yang sudah diambil oleh kerajaan untuk tujuan-tujuan pembangunan? Adakah tanah-tanah ini sudah diambil, diganti sebab mengikut kehendak Perlembagaan, setiap Tanah Rizab Melayu yang diambil, mesti diganti dengan keluasan yang sama. Saya membangkitkan perkara ini sebab Tanah Rizab Melayu tidak dilindungi di bawah fasal 153. Yang dilindungi oleh fasal 153 iaitu Islam agama rasmi negara, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, hak istimewa Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan juga hak kerakyatan tetapi tidak termasuk melindungi kedudukan Tanah Rizab Melayu. Dalam Artikel 159 kalau tak silap saya, saya dah lupa dah, yang saya maksudkan di sini ialah Tanah Rizab Melayu ini boleh berubah.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: [Bangun]

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Minta maaf, saya takut hilang saya punya aliran pemikiran. Tanah Rizab Melayu ini boleh berubah Tuan Yang di-Pertua, kalaulah mana-mana kerajaan yang menguasai 2/3 majoriti di Dewan Rakyat ataupun di dewan negeri-negeri, mereka boleh mengubah status kedudukan Tanah Rizab Melayu ini. Sebab ia tidak dilindungi di bawah fasal 153 seperti yang saya maksudkan tadi. Maka sebab itulah saya minta supaya Tanah Rizab Melayu ini dilindungi sebaik-baiknya.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya duduk Yang Berhormat, apa peraturan?

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini saya percaya tidak cukup kuorum.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Hendak bagi Yang Berhormat Padang Serai atau?

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Peraturan Mesyuarat 13, tidak cukup kuorum.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey duduk, duduk Yang Berhormat. Setiausaha cuba hitungkan, bilang berapa orang? 29 orang, kena berdiri bilang lain kali. Cukup kuorum Yang Berhormat, silakan.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Cubaan yang gagal.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Sila Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dapat juga minta laluan daripada sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Tahniahlah kerana berhujah dengan begitu lantang Yang Berhormat. Memang Yang Berhormat ini memang lantang dari peringkat pengajian tinggi dahulu, dia saya punya presiden di Kesatuan Penuntut UiTM dahulu Tuan Yang di-Pertua dan memang saya kagum dengan cara beliau berpidato. Jadi soal Yang Berhormat timbulkan tadi berkenaan dengan keistimewaan orang Melayu tadi, Artikel 153 dalam Perlembagaan kita, saya rasa bercelaru sedikit kerana beliau tidak pernah menyentuh soal keistimewaan bumiputera, native dari Sabah dan Sarawak, hanya menumpukan orang-orang Melayu sahaja. Saya minta pandangan Yang Berhormat adakah ini kita juga bukan rakyat Malaysia yang tidak terkandung dalam Perlembagaan?

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat mengingatkan saya. Memang pada saya Melayu itu termasuklah kaum bumiputera yang lain. Jadi kalau ada kesilapan saya minta maaf. Sebab itu waktu kita menubuhkan sebuah pertubuhan NGO untuk memperjuangkan kaum peribumi, kita namakan Pertubuhan Peribumi PERKASA, tidak Melayu dan saya beri jaminan dari segi pendirian saya, setakat lagi mana dianya kaum peribumi termasuk di Sabah dan Sarawak, orang Melayu inilah kita pertahankan dan kita akan sama-sama berjuang, insya-Allah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta tadi penjelasan yang terperinci kedudukan Tanah Rizab Melayu. Saya mengatakan demikian Tuan Yang di-Pertua, bangunan kita boleh buat, kapal terbang kita boleh buat, kapal selam kita boleh buat, tetapi tanah kita tidak boleh buat. Tanah...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Mas, satu sahaja saya kurang jelas.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat kata kalau diambil sebesar itu dan diganti sebesar itu juga. Kalau yang tengah hutan ganti itu Yang Berhormat, nilai dia rendah Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Itu pun satu juga, terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengingatkan saya tetapi nilai itu satu perkara. Dari segi Perlembagaan kalau tidak silap saya Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua seorang peguam, dia hanya disebut, diganti sama dengan apa yang diambil. Mungkin tanah diambil di bandar, Tanah Rizab Melayu, diganti dalam hutan dengan keluasan yang sama. Akan tetapi dari segi nilai tidak disebut saya pun tidak tahu, minta pihak kerajaan yang menjawabnya nanti. Cuma pada saya pentingnya kawasan sebab Tuan Yang di-Pertua, semua benda dalam benda ini bolehlah manusia buat kapal, kereta, kapal selam tetapi yang manusia tidak boleh buat ialah tanah. Tanah...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ada Yang Berhormat, timbus tanah, laut dia timbus jadi tanah. [Ketawa]

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Betul, bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan tetapi berapa banyak kita boleh timbus? Akan tetapi tanah yang kita timbus pun kita bagi dekat orang juga. Jadi persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, apabila semua ini hilang nanti dan tidak boleh diganti, inilah yang berlaku kalau kita tengok sejarah negara Palestin. Cukup, saya tidak bahas, takut sensitif nanti. Saya hanya bercakap dalam konteks untuk mempertahankan kepentingan kaum peribumi dan bangsa saya. Itu hak, pandangan saya walaupun saya juga mendukung bahawa semua kaum di negara kita ini mempunyai hak masing-masing sebagai warga negara. Akan tetapi harus diingat, Islam sebagai agama rasmi. Dalam Artikel 11 mengatakan lain-lain agama bebas boleh dianuti tetapi jangan kita tafsir pula kebebasan ini meletakkan agama lain sama dengan taraf agama Islam. Kita boleh bebas mengamalkan agama-agama lain, diizinkan oleh Perlembagaan tetapi kedudukannya tidak sama dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Sama juga bahasa Melayu, bahasa kebangsaan. Kita izinkan menggunakan apa sahaja bahasa di negara kita ini tetapi kita tidak boleh samakan kedudukan bahasa Melayu dengan bahasa lain sebab ianya bahasa kebangsaan. Sebab itu kalau kita kata nama jalan mesti digunakan bahasa Melayu.... bersambung