Monday, May 4, 2009

Najib pembunuh – Gobind



(Ucapan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat pada 12 Mach 2009)

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk menjawab berkenaan dengan P.06 Butiran 09000 - Bangunan-bangunan Mahkamah di mana sebanyak RM95 juta diperlukan lebih kurang untuk bangunan mahkamah di Kuantan. Tuan Pengerusi ingin saya menyatakan di sini bahawa saya berpendapat tidak perlu kita membiayai wang sebanyak ini kepada mahkamah. Apakah yang ingin dicapai dengan menggunakan wang sebanyak ini untuk bangunan mahkamah di mana sistem di sekeliling keadilan itu tidak langsung dibangunkan. Kita ada bangunan-bangunan yang cantik, tetapi polis dalam negara ini tidak cukup anggota, tidak cukup siasatan dibawa dalam kes-kes misalnya kes Kugan. Sampai hari ini walaupun laporan bedah siasat diberikan dua minggu lalu, sampai hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil. Akan tetapi wang kita berikan untuk binakan bangunan mahkamah. Bukan sahaja itu, kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya di mana Ahli Parlimen Pekan yang keluar sekarang...

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Point of order Tuan Pengerusi, point of order.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Come back...! [Disampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh Yang Berhormat macam itu. Yang Berhormat Puchong. Dua perkara, sila duduk dulu Yang Berhormat Puchong. Dua perkara yang membantah Yang Berhormat daripada meneruskan ucapan terhadap kes yang disebut, pertama kes ini dalam mahkamah. Kedua Yang Berhormat, Yang Berhormat ditegah oleh peraturan mesyuarat untuk menunjukkan mana-mana Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Saya minta Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat beri amaran kepada diri...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi menipu... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dengarlah Yang Berhormat! Dengar, dengar Yang Berhormat. Okey saya minta Yang Berhormat tidak menyentuh perkara ini seperti yang
saya katakan tadi.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Kenapa tidak boleh?... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya ada jelaskan sebab itu, Yang Berhormat tidak dengar. Saya katakan perkara ini dalam mahkamah. Kedua, Yang Berhormat, perkara ini menyentuh tentang peribadi seseorang di dalam Dewan. Tidak boleh Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi kena dengar saya dulu. Dengar saya dulu.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat menyentuh perkara ini. Saya tidak benarkan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bukan, bukan isu yang dibangkitkan kali ini.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: [Bangun].

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak benarkan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dengar dulu.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Tidak boleh dengar.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi, kalau boleh isu yang dibangkitkan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak benarkan Yang Berhormat. Dua perkara itu bercanggah dengan isu yang Yang Berhormat kemukakan. Perkara yang lain Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Saya hendak teruskan. Saya hendak teruskan. Sila dengar saya Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya hendak bangkitkan berkenaan dengan 81
negara kita membelanjakan banyak wang. We spend lots of money, dengan izin. Beautiful building there but the system...

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Mahkamah teruk pun... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: ...Sistem. Saksi-saksi dalam kes-kes tertentu walaupun polis tahu mereka saksi penting tetapi tidak disiasat. Banyak kes masih belum dibawa ke mahkamah tetapi bangunan mahkamah ada. Macam kes Altantuya....

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [Rompin]: Yang Berhormat ini apa ini, Tuan Pengerusi, apa kena mengena dengan bangunan ini?... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sabarlah Yang Berhormat. Ya memang betul Yang Berhormat, tidak berkenaan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tiada kaitan, tiada kaitan. Buang masa sahajalah.

Seorang Ahli: Bagaimana sensitif sangat.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Hak dia…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Buang masa sahajalah.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dengar dulu. Pegawai penyiasat dalam kes itu sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pekan...

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [Rompin]: Perkara satu, Ahli Parlimen...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Kenapa kita kena bawa wang sebanyak ini...[Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat terlalu degil, saya perintah Yang Berhormat keluar hingga petang.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Hantar dia keluar. Hantar dia keluarlah. Tiada kaitan, mengganggu… [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Jemputlah…., Bentara!

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: You stand up and answer! You are there, isn’t?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Bentara!

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [Rompin]: Tuan Pengerusi.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Pengerusi, keterlaluan.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Involved in a murder case. Deputy Prime Minister!

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Apa ini?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Stand up and answer me! I want an answer now.

Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Arahan Tuan Pengerusi keluar. Tuan Pengerusi sudah arahkan, keluarlah... [Dewan riuh]

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tanya soalan biasa tidak boleh? Tidak mahu pergi, guna kekerasan…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Bentara, sila jalankan tugas.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Saya tidak akan keluar. No need, no need to fight, huh?.... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya perintah Yang Berhormat keluar, Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, no. no...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya perintah Yang Berhormat keluar Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ya?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya perintah Yang Berhormat keluar.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bila?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sekarang, sehingga habis mesyuarat petang ini.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bila?

Beberapa Ahli: One day, and for today... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi, you should be ashamed of yourself. Hey!... [Sambil berdiri] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli -ahli Yang Berhormat lain saya minta duduk Yang Berhormat… [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong duduk Yang Berhormat.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Hei cukuplah.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Membunuh!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Perangai itu.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Bagi peluang untuk...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Pembunuh!

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Jawablah. Deputy Prime Minister jawab soalan ini.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa itu semua berdiri? Tidak ada peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong… [YB Puchong bangun berjalan keluar dewan]
[Tepuk]

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Semua sensitif. Yang Berhormat hanya sebut nama itu sahaja. Jawab soalan lah… [Dewan riuh]

Beberapa Ahli: Usir keluar, keluar.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, diam Yang Berhormat… [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Gelang Patah. Yang Berhormat Gelang Patah. Point of order Yang Berhormat, point of order...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Untuk dapatkan penjelasan. Bolehkah Tuan Pengerusi terangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan, supaya kita... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya duduk Yang Berhormat. Saya sudah jelaskan Yang Berhormat, mana-mana Ahli Yang Berhormat berdegil tidak mahu ikut arahan
Tuan Yang di-Pertua, dan berdegil untuk mengikut arahan Tuan Yang di-Pertua adalah satu kesalahan. Bukan soal isu yang dibangkitkan tetapi isu melanggar tidak mengikut perintah yang diminta oleh Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah]: [Bangun]

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Boleh saya dapat penjelasan. Adakah?... [Dewan riuh] Dengarlah. Saya hanya dapat…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini pun kalau berdegil-degil.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Saya hanya ingin dapatkan penjelasan.

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Ini kalau degil keluar.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Adakah...

Seorang Ahli: Nampaknya Yang Berhormat Batu pun hantar dia keluarlah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak payahlah Tuan Pengerusi sudah buat keputusan.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Ya, saya hendak tanya soalan. Adakah ini bermaksud perkataan Altantuya tidak boleh dibangkitkan dalam Dewan ini?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dalam mahkamah. Dalam mahkamah… [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Saya tidak perlu menerangkan kepada Yang Berhormat lagi. Cukuplah Yang Berhormat.

No comments: