(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir rahmanir rahim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih diberi kesempatan untuk berucap pada lewat malam ini, mudah-mudahan insya-Allah. Saya ingin juga menjunjung kasih di atas Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Saya ingin mengambil masa yang singkat ini untuk berkongsi dengan semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian terutama isu yang membabitkan golongan belia. Golongan belia merupakan golongan yang paling penting dalam negara kita. Di mana kita melihat golongan belia berhadapan dengan pelbagai isu krisis kehidupan yang dapat kita sebut pada malam ini, Dewan yang mulia ini berlakunya pelbagai isu antaranya samseng, isu dadah, penceraian, buang anak, mangsa rogol, mencuri, meragut, bohsia, merempit, pengangguran, lumba haram dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, semua kita Ahli-ahli Yang Berhormat sudah tentulah di kawasan masing-masing terdapat golongan muda. Golongan ini merupakan golongan yang teramai. Maka sebab itu, kita mesti melihat isu-isu melibatkan golongan muda ini perlu diambil perhatian terutamanya bawah Kementerian Belia dan Sukan. Apa yang disebut oleh menteri pada tempoh hari yang lalu, dia telah menyatakan Kementerian Belia dan Sukan sudah pun melaksanakan 5,000 aktiviti di bawah Rakan Muda. Maka kita ingin penjelasan apakah dengan 5,000 aktiviti ini belum cukup ataupun masih gagal untuk mengeluarkan golongan muda daripada keadaan yang cukup membimbangkan kita semua. Maka sudah mestinya pihak Kementerian Belia dan Sukan bukan sekadar memikir tentang sukan di peringkat nasional ataupun antarabangsa tapi mesti menjelajah, mencemar duli turun ke kampung-kampung desa untuk melihat keadaan sebenarnya golongan muda yang ada pada hari ini yang terjebak dalam pelbagai isu yang disebut sebentar tadi.
Saudara sekalian, saya memetik dengan izin kata Iman Shafie Rahimallahalaih [Bercakap dalam bahasa Arab]. Identiti anak muda adalah dengan ilmu dan takwa. Maka kementerian ini perlu melihat kalau membina anak muda mengikut lunas-lunas ilmu dan ketakwaan iaitu hidup dengan maruah, hidup dengan kekuatan jati diri sebagai anak muda yang membebaskan mereka dari belenggu, perkara-perkara yang boleh menghancurkan masa hadapan mereka. Apabila anak muda hancur sudah mestilah negara akan turut hancur kerana anak muda pewaris kepada negara ini. Apa yang kita inginkan ialah anak muda yang akan lahir ini, anak muda bukan setakat bangga dengan perkara-perkara yang lama, tetapi anak muda yang bangga dengan kekuatan jati diri mereka. Seperti disebut oleh kata-kata ulama.... [Bercakap dalam Bahasa Arab] yang bermaksud: “Bukanlah anak muda mereka berkata mereka mempunyai keturunan orang-orang yang hebat-hebat sebelum kami, tetapi merekalah anak muda yang akan melakukan kehebatan di zaman mereka”.
Tuan Yang di-Pertua, dan semua Ahli Yang Berhormat sekalian, pada masa ini marilah kita melihat dengan penuh bertanggungjawab untuk kita keluarkan golongan belia ini daripada belenggu permasalahan agar mereka juga sihat, dan mereka juga adalah merupakan golongan yang penting dalam sesebuah negara. Jadi pada masa ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada golongan muda yang berjaya menyisihkan diri mereka dari hal-hal yang boleh merosakkan diri mereka.
Malam ini saya menyebut, mengucapkan Selamat Hari Belia kepada semua belia-belia negara supaya kita menyambut dengan penuh rasa syukur dan sama-sama menyelamatkan diri kita selaku golongan belia, yang paling penting supaya kita dapat mengurangkan jenayah-jenayah di kalangan golongan belia dan anak-anak muda.
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, Persatuan Belia pada 2006 mempunyai 4,647 Persatuan Belia yang telah terbatal pendaftarannya 1,532, yang ditolak pendaftarannya 322 pendaftaran. Maka yang tinggal hanya 1,191 sahaja Persatuan Belia dalam negara kita. Mana mungkin sebanyak ini membolehkan Persatuan Belia lebih aktif untuk menyelamatkan golongan belia yang keadaannya cukup kritikal. Jadi saya ingin tahu, kenapa dan mengapa golongan belia, anak muda kurang minat dengan Persatuan Belia, dan apakah cadangan pihak kementerian untuk memenangi jiwa belia agar mereka rasa kasih dan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan belia yang ada dalam negara kita ini.
Akhirnya bagi menjimatkan masa yang ada pohon kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menyoal berkaitan dengan isu-isu yang ada di kawasan Jerai, kawasan saya. Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi Jerai yang memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan rakyat. Insya-Allah amanat akan ditunaikan sebaik mungkin.
Yang kedua, ini kita soal kepada pihak kementerian yang melihat bagaimana terdapat pembangunan Kereta Api Tanah Melayu yang sedang mula masuk, yang terdapat di sana lebih 144 buah rumah, yang belum dipindah dan dibayar pampasannya. Saya ingin soal dan ingin tahu bagaimana status keadaan masyakat setempat yang mereka menumpang tanah KTM ini, dan bilakah pembayaran pampasan itu diberikan kepada mereka.
Yang ketiga mewakili petani-petani di kawasan Parlimen Jerai. Mereka merungut bukan sekadar harga padi tidak dinaikkan, bahkan terpaksa menanggung kos-kos racun, bahkan termasuk lesen-lesen racun juga melambung tinggi dari RM25 ke RM700. Ini menyebabkan kos petani makin hari makin bertambah, maka pohon pihak kementerian mengkaji semula agar rakyat lebih selesa dengan keadaan apa yang ada pada waktu ini. Saya menyokong dan mengucapkan terima kasih serta memberi laluan kepada rakan-rakan yang lain.

No comments:
Post a Comment