(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua pemilih di Kota Melaka yang mengembalikan wakil DAP ke Dewan yang mulia ini. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini hasrat rakyat untuk satu perubahan amat jelas. Perubahan ini demi satu kerajaan yang lebih bersih, adil, saksama dan efisien dalam menentukan polisi dan pelaksanaannya. Perubahan untuk menghapuskan semua kelemahan dan ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan, terutamanya akta-akta yang menjejaskan hak kemanusiaan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan beberapa perkara dan harap dapat dijawab oleh pihak kerajaan. Perkara yang pertama Tuan Yang di-Pertua ialah tentang syarat-syarat dan juga penguatkuasaan kerajaan tempatan. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum di Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan tempatan memperoleh syarat-syarat tentang pembinaan projek-projek termasuk membaik pulih atau diubahsuai di setiap bangunan, dan syarat-syarat ini seperti perlu mohon permit untuk menjalankan kerja dan juga perlu mendirikan papan tanda dengan jelasnya, siapa tuan punya atau pemaju, nama kontraktor, tarikh memulakan kerja dan juga tarikh siap dan nombor permit yang diluluskan.
Saya amat bersetuju dengan syarat-syarat ini, sebab ini bukan hanya boleh menjalankan penguatkuasaan atau pengawalan, tetapi jika pembinaan ini melanggar dengan syarat-syarat tertentu dan juga jika ada sebarang kemalangan berlaku memang ada pihak yang akan bertanggungjawab. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah syarat-syarat ini atau permit ini ada pengecualian kepada pihak yang membina menara pemancar. Mengapa di negeri Melaka pembinaan menara pemancar ini dikecualikan dari memohon permit dan tidak perlu mengikut seperti yang disyaratkan kepada lain-lain kontraktor. Mengapa projek membina menara ini yang besar juga dan membahayakan orang awam ini tidak perlu memohon permit dari Majlis Perbandaran atau Bandar Raya Melaka? Saya ingin dapat satu jawapan dari pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Dewan yang mulia ini telah diberitahu tentang satu insiden berlaku di Melaka, di kawasan Kota Melaka. Saya ingin memberikan latar belakang tentang perkara ini supaya Dewan yang mulia ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mendapat satu gambaran yang berlainan atau yang salah. Tuan Yang di-Pertua, memang di Taman Kampung Lapan ada satu projek mendirikan satu menara pemancar. Atas bantahan dari penduduk-penduduk tempatan termasuk Yang Berhormat Exco pada masa itu juga bersama-sama dengan penduduk, projek itu diberhentikan.
Pada 2 Mac, saya hendak tunjukkan surat khabar yang menunjukkan bahawa menara itu dipindah keluar dari kawasan tapak menggunakan treler-treler yang ada bendera Barisan Nasional. Tengok semua bendera Barisan Nasional. [Menunjukkan keratan akhbar] Ada nampak? Tengok ini. Kenyataan oleh calon Barisan Nasional Kota Melaka dan juga calon untuk DUN Kesidang ini, amat jelas mengatakan projek itu telah dipindah ke tempat lain tiada lagi projek pembinaan menara pemancar akan diadakan di sana. Akan tetapi apa yang berlaku selepas ini, apa yang tertinggal... saya tunjuk lagi satu kepada Tuan Yang di-Pertua. [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Inilah yang ditinggalkan ditapak iaitu beberapa skru besi di tepi jalan. Ini yang tinggal. Bukan ada projek di sana, tapi beberapa batang skru besi yang ditinggalkan di tepi jalan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Tun Tuah menggunakan jalan tersebut, sama ada berbasikal atau berjalan kaki. Begitu juga dengan papan-papan yang berpaku, saya ingat tidak kurang daripada 50 keping papan berpaku ditinggalkan di sana.
Sejak bulan Ogos 2007 sampai 1st May dengan izin, Tuan Yang di-Pertua masih di sana dan kita, demi permintaan dari penduduk-penduduk Kampung Lapan berharap kita dapat berbuat sesuatu untuk membersihkan tempat tersebut supaya tidak membahayakan keselamatan penduduk dan juga murid-murid. Kita tanya kepada MICT iaitu agensi kerajaan yang menguruskan pemindahan menara pemancar. Mereka kata, “Tiada sesiapa akan bertanggungjawab sebab permohonan telah dibatalkan”. Saya percaya semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini jika diminta oleh rakyat atas perkara begini, tiada satu pihak yang mahu mengaku dan bertanggungjawab atas perkara ini. Demi keselamatan penduduk dan murid-murid, kita potong skru-skru ini sahaja supaya tidak membahayakan. Ini memang sudah berlaku di Melaka, di mana pelancong ‘treat’ dengan skru yang tegak di tepi jalan dan menyebabkan kecederaan badannya. Kita tidak mahu ini berlaku lagi dan berulang.
Oleh sebab itu saya tidak mahu Ahli Yang Berhormat ini memberi satu gambaran yang salah mengatakan kita sabotaj kepada projek kerajaan, atau kita curi besi-besi ini. Besi-besi yang hanya 10 batang bernilai RM7 sahaja dan kita tidak ambil satu besi pun, semua masih di sana. Kita akan menguruskan perkara ini dengan meminta lori membersihkan semua papan yang berpaku tersebut, tetapi terlambat sebab polis telah mengambil tindakan dengan menahan dan menggari seorang wakil rakyat.
Saya hendak tahu, mengapa pembinaan menara pemancar ini boleh dikecualikan dan mendapat permit? Begitu juga dengan meletakkan papan tanda supaya kita tahu siapa yang bertanggungjawab dan kita boleh mencari pihak tersebut untuk membersihkan kawasan tapak demi keselamatan penduduk. Oleh sebab itu saya merasakan amat hairan, mengapa pihak Kerajaan Negeri Melaka mengatakan kita ini take law on the own hand dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita ambil undang-undang di tangan kita sendiri dan memotong besi kepunyaan Kerajaan Negeri Melaka. Saya amat kesal dengan perkara ini.
Satu lagi mengenai menara ini juga, saya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua. Mengapa di Malaysia ini kita nampak dan juga saya ingat telah disebutkan oleh Yang Berhormat dari Batu Pahat, mengapa kita nampak di atas bumbung bangunan berdiri begitu banyak menara pemancar? Seperti di Melaka, mereka membuka bumbung rumah pangsa melalui bilik untuk menaikkan menara begini. Begitu juga di rumah kediaman dan rumah kedai. Adakah ini dibenarkan? Mengapa kita dapati terdapat beratus menara pemancar, tetapi di negara lain langsung kita tidak nampak? Namun begitu, mereka punya cell phone masih boleh berfungsi.
Tuan Yang di-Pertua, adakah kita ada melalui satelit? Kalau melalui satelit, mengapa ia masih diperlukan? Tadi saya juga nampak dalam jawapan dari pihak kerajaan mengatakan kesan-kesan radioaktif ini adalah mengikut piawaian antarabangsa. Akan tetapi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini tidak boleh dengan senang hati menerima kenyataan dari pihak kerajaan. Saya ingat, saya hendak puji Profesor Madya Dr. Arina Sulaiman bersama dengan seorang bekas jurutera untuk membantu mencipta alat pengukur kadar radiasi (elektro magnetik) dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, saya minta jawapan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebab...
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya bangunan UMNO ini juga telah disewakan untuk menara pemancar. Begitu juga di Jasin. [Menunjukkan sekeping gambar] .Dan kita berharaplah supaya mendapat satu jawapan yang jelas dan penuh dari pihak kerajaan. Terima kasih.

No comments:
Post a Comment