(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, dengan secara ringkas. Tuan Yang di-Pertua, kita sentiasa menekankan bahawa tidak ada sebarang kaum yang boleh mencabar hak-hak kaum lain di dalam masyarakat yang majmuk ini. Yang kedua, Jawatankuasa Khas Kabinet membendung inflasi haruslah memastikan keberkesanannya untuk membendung kenaikan harga. Yang ketiga, kita mengesyorkan supaya mengadakan lebih banyak pusat latihan polis, bilangan pelatih disiplin dan kemudahan-kemudahan untuk menambahkan 12,000 rekrut polis setiap tahun dari 2008 hingga 2013. Syor-syor Suruhanjaya Polis termasuk IPCMC patut dilaksanakan. Ini tidak tahulah kali yang ke mana kita menyerukan supaya IPCMC diadakan.
Yang keempat mengumumkan keberkesanan Skim Latihan Graduan yang setakat ini telah membelanjakan lebih RM214 juta mewujudkan peluang bagi semua rakyat Malaysia untuk latihan vokasional dan teknik dan juga untuk mengadakan satu kajian yang menyeluruh, mengenal pasti pertukangan kayu, pertukangan emas, besi, simen dan sebagainya supaya pihak kerajaan dapat menggalakkan semua pertukangan ini, semua kraf ini dapat diiktiraf dan dapat mewujudkan satu pertandingan di dalam negara bagi memberi hadiah kepada apprentices yang terbaik di negara ini.
Yang kelima kerajaan patut mengumumkan cara-cara yang digunakan untuk mengurus serta menyelaraskan 88 buah sekolah bestari dan 30 buah sekolah kluster dan bagaimana 10 ribu buah sekolah akan menjadi bestari pada tahun 2010.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak merakamkan di dalam bencana ribut putting beliung di Myanmar dan malapetaka gempa bumi di China, kerajaan mestilah menyampaikan simpati dan bantuan dari negara ini. Kita sangat bersimpati dan mengucapkan takziah kepada rakyat di negara masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, pada sesi ini kita mengalu-alukan 99 ahli yang menghadiri Dewan ini buat kali yang pertama. Kita nampak ada yang mempunyai potensi dan isi kandungan ucapannya bererti. Selepas Pilihan Raya Umum pada 8 Mac, Dewan ini menjadi lebih hangat. Ketika kempen pilihan raya, setiap parti menonjolkan dasar politik masing-masing. Setiap rakyat sudah membuat keputusan. Kita dari semua parti boleh berusaha untuk sama-sama membangunkan negara ini.
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnya, UMNO menjorokkan hak-hak, adat dan sejarah Melayu MCA menyorongkan hak-hak dan pendidikan Cina dan MIC menyodorkan hak-hak dan kewarganegaraan warga India. Mereka menganjurkan tonggan menjadi dapur diperbuat dengan mengorek tanah untuk kawah atau periuk besar. Tonggan UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional ini memasakkan isu-isu perkauman, semua isu diperkaumankan.
Pada zaman teknologi maklumat dan kemunculan negara-negara seperti negara China dan India, tonggan UMNO dan sebagainya seumpama ini adalah tidak praktikal lagi. Di dalam pilihan raya yang lepas, kita boleh menyaksikan dengan sendiri tonggan seumpama ini tidak guna lagi. Sekarang kita menggunakan ketuhar gelombang mikro dan lain-lain yang lebih canggih, apa berlaku lagi kita bercita-cita mencapai tahap negara maju pada 2010. Tuan Yang di-Pertua, kita mestilah mengelakkan amalan untuk melayang-layang keris semasa perhimpunan parti dan kita nampak...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu hak kita, orang Melayu punya You gaduh pasal apa. Keris itu, you punya barang kita tidak kacau pun.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Datuk-datuk, mujurnya Yang Berhormat Menteri Pelajaran sudah insaflah mengenai hal ini. Semua kaum mempunyai hak di dalam politik, ekonomi, kesihatan, pertanian dan sebagainya tidak ada sebarang kaum yang boleh mencabar hak-hak kaum yang lain. Tak payah nak melihat di dalam Dewan yang mulia ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kita tak pernah mencabar hak orang lain.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bagi yang miskin, yang lemah mesti dibantu tanpa mengira kaum. Kita haruslah sentiasa berikhtiar untuk mengurangkan jurang sama ada jurang kekayaan, jurang digital atau jurang wilayah, dengan berani dan penuh komitmen.
Tuan Yang di-Pertua, kerana masa yang tidak mengizinkan, di sini saya hendak mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Kabinet membendung inflasi yang bermula pada 1 April 2008 ini dan pasukan petugas khas menangani kenaikan harga mestilah menambahkan usaha untuk membendung inflasi. Dari tempoh Januari 2008 hingga 20 April 2008, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membuat 328,352 pemeriksaan ke atas kilang, pemborong, kedai runcit, pasar raya, pasar malam, pasar awam dan lain-lain mengenakan rampasan RM731,000 terhadap 55 kes.
Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya ini memang nampaknya usaha yang dibuat oleh kementerian ini belum mencukupi. Saya berharap usaha yang lebih gigih dikenakan ke atas kedai-kedai yang tidak mematuhi itu kehendak rakyat. Faktor-faktor antarabangsa seperti harga petroleum, USD 122 setong, sorokan beras di banyak negara termasuk China, India, Vietnam, Rusia dan Thailand memburukkan keadaan. Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya Yang Amat Berhormat sudah berjanji untuk memberi 500,000 tan beras dari Thailand tapi dengan harga USD 800 setan. Namun, pihak Thailand menaik harga sekarang itu, dia hendak lebih USD 1000 setan. Kita pun tidak boleh beli lah itu. Saya berharap Yang Amat Berhormat cari pasaran yang lain, mungkin daripada Vietnam, mungkin daripada Kemboja pun, daripada Amerika Syarikat dan sebagainya untuk membeli bekalan 500,000 tan ini. Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment