(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Tuan Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dan turut sama membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, this land of ours is blessed with milk and honey. Negara Malaysia tercinta ini memang mendapat limpahan rahmat dari Ilahi. Kita mempunyai tanah yang luas seluas 329,347 kilometer persegi yang jauh dari bahaya gunung berapi. Jauh dari gunung pasir yang kontang mahupun sejuk salji membeku. Lautnya penuh dengan ikan dan tidak pernah berkurangan. Dasarnya ada minyak dan gas asli terbaik di dunia. Nun, yang letaknya di bumi bertuah Terengganu, Sabah dan Sarawak. Juga bumi menghijau yang subur, hutan belantara yang masih banyak di Sabah dan Sarawak, bumi bertuah ini telah menjadi negara pengeluar getah, minyak sawit dan juga nanas terbesar di dunia. Negara bertuah ini tidak pula kurang dengan bahan-bahan galian.
Tuan Yang di-Pertua, namun semua pemberian Yang Maha Esa ini suatu hari akan habis. Mengikut perkiraan Malaysia cuma mampu bertahan sekadar 15 - 18 tahun untuk minyak dan 35 tahun untuk gas asli. Oleh itu, apakah alternatif kita dalam menyediakan masa depan untuk rakyat Malaysia yang jumlahnya pada Februari 2007 ialah 26.6 juta orang. Saya ingin memulakan dengan melihat isu pembangunan insan dan proses membina negara bangsa. Kita adalah pemimpin sama ada pembangkang atau pemerintah adalah manusia yang bertanggungjawab jika negara ini mundur, jika negara ini miskin ataupun jika negara ini hancur, kitalah yang bertanggungjawab.
Pemerintah pasti bertanggungjawab kerana gagal dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemerintah, dan pembangkang kerana gagal memainkan peranannya sebagai menegur pemerintah. Jika pembangkang menegur, teguran itu bertindak bagi memastikan pemerintah tidak terbabas dalam tugasnya. Kita bukan maksum atau dengan izin, we can do no wrong. Kita semua manusia biasa. Oleh sebab itu kita faham peranan masing-masing. Bercakap tentang insan, kita bercakap tentang manusia, tentang haknya, tentang masa depannya. Kita juga bercakap tentang membina negara bangsa. Sudah pasti dalam menyediakan masa depan rakyat di negara ini pemerintah mesti jelas tentang ke manakah kita hendak membawa rakyat negara ini? Apa jenis manusia yang akan menghuni negara ini? Adakah kita akan membawa negara ini ke pentas yang lebih tinggi dalam bidang pertanian atau pembuatan atau perkhidmatan?
Jawapannya ada di tangan pemerintah. Bila pemerintah sudah membuat keputusan, dalam bidang yang wajar diceburi oleh rakyat, maka sudah pasti keputusan itu datang dengan persiapan mental dan materialnya. Yang pasti, tidak mungkin kita boleh bercakap tentang impian, jika kita tidak mampu melaksanakan ataupun tidak mahu melakukannya. Ini kerana jika retorik semata, yang menjadi mangsa ialah rakyat, bukan kita di Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010, terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia di muka surat 3, kata-kata aluan Perdana Menteri menyebut, saya quote, “Sesungguhnya kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Selaras dengan ini, salah satu agenda kerajaan ialah untuk membangunkan satu pendidikan bertaraf dunia.” Manakala di muka surat 4 pula, Menteri Pelajaran berkata, “Sesungguhnya sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan kelas pertama walaupun mengambil masa yang lama.” Itu kata-kata indah dan murni. Data asas laporan ini menyebut, pada tahun 2005 ada 7,601 buah sekolah rendah, 66% berada di luar bandar dengan jumlah murid pada tahun 2005 berjumlah 3.14 juta orang. Ada sebanyak 2,028 buah sekolah menengah yang 39.1% berada di luar bandar dengan bilangan murid pada tahun 2005, berjumlah 2.22 juta orang.
Namun Tuan Yang di-Pertua, bila merenung jauh ke dalam laporan ini, hati kecil akan berkata, “Mana mungkin kita boleh mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia jika sebanyak 767 atau 10% sekolah rendah di Malaysia masih tidak mempunyai bekalan elektrik. Sebanyak 28 buah sekolah menengah tiada bekalan elektrik, yang tadi sekolah rendah, sekarang sekolah menengah. Sebanyak 767 sekolah rendah tiada bekalan elektrik. Baru-baru ini ditunjukkan di dalam siaran satu program televisyen yang menunjukkan anak-anak kecil, berjalan kaki ayam kerana jalan di sebuah negeri di Sabah, berjalan sejauh tiga kilometer dengan membawa beg untuk ke sekolah. Jarak dari rumahnya ke sekolah sejauh tiga kilometer. Mengikut jawapan yang diterima oleh saya, berat beg budak-budak darjah satu sekarang ini, ditolak bekalnya, airnya dan juga buku-buku tambahan yang lain, berat beg itu tiga kilogram. Anak kecil yang berumur tujuh tahun ini, terpaksa menjinjing beg dan kasutnya sejauh tiga kilometer.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat sekolah seperti yang dikatakan oleh Bapak Menteri pagi tadi, juga menggunakan jana kuasa elektrik berkuasa rendah yang tidak dapat digunakan untuk perkakasan ICT seperti TV dan komputer. Di samping itu, angka ini akan lebih mengejutkan. Terdapat 1,517 buah sekolah rendah yang tiada bekalan air bersih awam. Sebanyak 1,639 ataupun 20% sekolah rendah, tiada bilik Sains.
Saudara-saudara, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, yang lebih parah lagi, dalam laporan ini menyebut di peringkat pendidikan menengah, kadar keciciran ialah sebanyak 16.7% pada tahun 2000 hingga 2004, ataupun kira-kira 200,000 murid-murid yang tercicir. Saya tidak ada angka untuk tahun 2007, mungkin lebih besar.
Persoalan yang kita hendak bawa Tuan Yang di-Pertua, adakah kementerian tidak mampu memberikan ini semua, kerana kerajaan tidak mempunyai wang ataupun wang yang sepatutnya mengalir kepada anak-anak kecil yang miskin ini, anak-anak kecil di luar bandar ini, digunakan di tempat yang salah? Seperti contoh; saya bawa kos asal untuk projek jalan MRRII yang sepatutnya RM120 juta, tetapi kos pemulihan akibat kerosakan jalan tersebut bertambah kepada RM70 juta. Kos asal membangunkan MATRADE ialah RM167 juta tetapi setelah MATRADE siap, kos naik kepada RM287 juta. Projek Jambatan Bengkok JB-Singapura batal, tetapi kita kena bayar pampasan RM360 juta. Begitu juga projek incinerator yang sepatutnya diwujudkan di Broga, Selangor juga dibatalkan. Berapakah pampasannya? RM500 juta.
Saudara-saudara Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, sejak Perbadanan Petronas diperbadankan, laporan menunjukkan Petronas telah menyumbang sebanyak RM340 bilion kepada kerajaan. Di samping itu, kerajaan mendapat pendapatan hasil daripada sumber-sumber lain. Rejim Dr. Mahathir selama 20 tahun, yang kini disambung oleh Perdana Menteri yang baru, Dato’ Seri Abdullah terlalu banyak mempelopori projek pembangunan mega yang hebat dilihat, tetapi tidak semestinya berfaedah kepada rakyat ramai. Tiada sesiapa yang tahu berapa banyak dana sebenar dibelanjakan untuk projek-projek ini. Ada yang berkata RM150 bilion atau ada yang mengatakan lebih daripada itu. Apa pun jua jumlahnya, umum mengetahui kos dalam membina projek-projek tersebut jauh lebih tinggi dari kadar biasa. Soalan yang bermain di kepala kita, adakah rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa ini, benar-benar digunakan untuk rakyat terbanyak ataupun berlegar di kalangan kaum kerabat dan sahabat handai pemimpin-pemimpin perintah sahaja?
Jika kita melawat Langkawi Tuan Yang di-Pertua, saya orang Kedah. Terlalu banyak contoh bagaimana projek bernilai berjuta ringgit ditinggalkan tanpa beroperasi. Ada hotel yang dibina dalam masa yang singkat dengan kos berjuta bukan sahaja rosak dan usang, malah untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, hilang dari muka bumi ini. Hotel hilang! Projek Formula One Litar Sepang yang tidak tahu apakah faedahnya, dan banyak lagi projek-projek yang hendak disenaraikan tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, kita tinggalkan di situ sahaja.
Di samping itu, pemerintah juga terlibat dengan kegiatan yang ajaib tetapi benar. Pada tahun 1992 sehingga tahun 1993, pemerintah telah terlibat dengan kegiatan spekulasi mata wang Sterling British. Waktu itu, watak bernama George Soros turut terlibat dalam spekulasi mata wang ini. Soros untung berbilion, tetapi Kerajaan Malaysia rugi sekitar RM25 milion. Sebagai ingatan, manusia George Soros yang selama inilah yang Dr. Mahathir panggil penyangak mata wang. Oleh kerana beliaulah ekonomi Malaysia hampir lumpuh pada tahun 1997 hingga 1998. Kegiatan spekulasi ini dicemuh habis-habisan oleh pemerintah. Rupa-rupanya dalam kegiatan tidak bermoral ini, pada tahun 1992 hingga 1993, Soros membuat keuntungan tetapi Malaysia juga rugi RM25 juta.
Akibatnya, Tuan Yang di-Pertua, pegawai Bank Negara yang terlibat dalam mengendalikan transaksi ini dan insan tidak bermoral ini bernama Encik Mohamed Nor Yakcop telah dipecat dari jawatannya. [Tepuk] Namun walaupun beliaulah yang bertanggungjawab dalam merugikan wang negara yang terlalu banyak ini, kemudiannya dilantik menjadi Penasihat Ekonomi oleh Dr. Mahathir dan selepas itu dilantik pula menjadi Menteri Kewangan oleh Dato’ Abdullah. Di Malaysia, orang yang menggerhanakan masa depan rakyat rupanya boleh naik pangkat dan mendapat kehormatan. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik, cukuplah, Yang Berhormat.

No comments:
Post a Comment