(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Usul Terima Kasih Kepada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang merasmikan Penggal Pertama Parlimen Keduabelas.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang dalam masa yang terbatas ini untuk mengutarakan beberapa persoalan yang menjadi perhatian berat rakyat di atas perlakuan dan tindakan sesetengah pihak, kakitangan kerajaan terutama di Kuala Lumpur yang terlibat dengan DBKL. Kita semua telah membaca pengumuman kerajaan untuk menaikkan umur bersara wajib kakitangan awam dari 56 tahun ke 58 tahun yang terdapat pandangan pro dan kontra daripada kalangan rakyat, serta insentif menambahbaikkan perkhidmatan yang diperjuangkan oleh CUEPACS.
Apa yang saya ingin tegaskan di sini bahawa ia wajib menjadi titik tolak perubahan sikap kakitangan awam supaya menyumbang perkhidmatan yang lebih baik untuk kebajikan rakyat. Jangan terjadi selepas begitu banyak manfaat yang diberikan, cerita tentang pegawai dan kakitangan yang masih banyak kelemahan bila rakyat berjumpa mereka. Titah Ucapan Diraja yang menyentuh komitmen perkhidmatan awam Malaysia 2008 berkonsepkan satu perkhidmatan satu penyampaian, dan dasar di atas pintu yang salah. Ke arah menyediakan perkhidmatan awam kelas pertama wajar menjadi ikrar harian mereka.
Tuan Yang di-Pertua, ini mengingatkan saya kepada satu Majlis Retreat anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL bersama Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada 17 dan 18 April 2008, yang bertujuan untuk bertukar pandangan, pendapat dan teguran wakil-wakil rakyat Wilayah Persekutuan. Selepas kejayaan 10 Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac tahun ini, bahawa apa jua resolusi yang diputuskan oleh retreat tersebut tidak hanya tinggal atas kertas sahaja, tetapi hendaklah dilaksanakan sepenuhnya menurut keutamaan dan peringkat.
Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi yang menyedihkan sebahagian rakyat Kuala Lumpur ialah walaupun DBKL dirayu supaya jangan bertindak keterlaluan dan kasar ke atas masyarakat peniaga di Kuala Lumpur, namun rayuan dan permintaan tersebut diketepikan. DBKL dalam operasinya bernama operasi kerja telah menyita dan menahan apa sahaja kepunyaan para peniaga, penjaja, pengusaha restoran, kerusi, meja, motosikal, gerai, barang-barang jualan atas kesalahan berniaga melebihi hak kawasan yang dibenarkan. Tidak memiliki lesen sah DBKL dan sebagainya.
Tindakan tersebut telah menyebabkan ramai penjaja dan peniaga terpaksa menutup perniagaan dan jualan, kerana barang-barang ditahan bagi tempoh yang lama seperti dua bulan dan dikenakan kompaun yang tinggi, sedangkan itu merupakan sumber pendapatan dan periuk nasi keluarga mereka. Saya ingin menegaskan di sini bahawa, selagi masalah dan dasar penjaja bandar raya yang jelas tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya, maka DBKL hendaklah bersikap tolak ansur. Apalah gunanya Bandar Raya Kuala Lumpur dengan megah mengumumkan banyak tangkapan dan penyitaan barang-barang perniagaan, tetapi tindakan itu tidak menghalang mereka dari terus berniaga untuk hidup.
Kita harus sedar bahawa di atas kerusi dan meja para penjaja di sekitar Kuala Lumpur adalah medan pertemuan pelbagai lapisan rakyat untuk bergaul, berbual dan kita melihat itu suatu medan mewujudkan integrasi antara kaum di Kuala Lumpur. Mereka akan menghabiskan masa pada sebelah petang dan malam untuk berjumpa rakan sambil menikmati makanan. Bolehkah kita nampak pada saat itu rakyat pelbagai lapisan dan keturunan berjumpa di dewan orang ramai yang dibina dan diduduki oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional seperti di Kuala Lumpur melainkan dewan orang ramai-dewan orang ramai tersebut sepi tanpa sebarang aktiviti.
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan merampas dewan orang ramai-dewan orang ramai yang telah disalahgunakan dan diserahkan kepada rakyat untuk ditadbir dan dijalankan aktiviti mengintegrasikan kaum. Cuba kita lihat lagi seperti rukun tetangga, rumah ibadat, padang permainan, persatuan semuanya sepi kecuali pada masa-masa tertentu sahaja. Jadi di manakah tempat rakyat di Kuala Lumpur boleh berkumpul dan bermesra bersama-sama mereka melainkan di restoran, pusat penjaja, gerai dan sebagainya. Semua lapisan rakyat boleh kita temui.
Mengapakah kerajaan tidak mengambil kesempatan ini untuk menjalankan usaha mempererat hubungan rakyat di tempat-tempat ini, jika kita lihat sudah terdapat kemudahan TV, radio dan sebagainya yang mana mereka boleh menjamu selera pada harga yang berpatutan murah pula untuk mereka. Kita janganlah pandang kesalahan para penjaja dan peniaga lakukan sahaja tanpa melihat aspek positif ke arah menggiatkan hubungan kaum dan rakyat di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, datuk bandar dan pegawai di Kuala Lumpur malah juga di majlis perbandaran yang lain jangan cepat melenting dengan mengambil tindakan penguatkuasaan. Para penjaja dan peniaga masih boleh diajak berunding, tidak dikasari supaya perniagaan mereka sedikit-sebanyak mesti selaras dengan kehendak undang-undang sedia ada. Gunakanlah tindakan berhemah, beradab dan bukan tindakan biadab merampas kehidupan mereka. Tiada rakyat yang tidak marah jika hak milik mereka dikasari.
Yang Berhormat Menteri hendaklah bertindak ke atas direktorat dalam DBKL. Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment