(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana membenarkan saya menyertai perbahasan usul menjunjung kasih titah perasmian Agong... Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada saya dan Pakatan Rakyat dan khususnya pengundi Batu. Sebelum saya mulakan, saya juga ingin ingatkan bahawa bila kita bahas tadi tentang isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai seolah-olah disifatkan sebagai agen Yahudi, Israel.
Saya ingin ingatkan dan juga mempersoalkan pendirian kerajaan yang membenarkan dua pemain Israel dari Chelsea yang berasal dari Israel dibenarkan bermain dalam negara kita dan juga di bawah tuntutan Amerika Syarikat, negara kita di bawah Menteri Pertahanan telah menghalau keluar penyertaan Iran dari menyertai Pameran Alat Tentera di Langkawi. Adakah ini menunjukkan bahawa kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan juga bebas dari pengaruh negara-negara barat. Perkara yang ingin saya sentuh adalah mengenai satu kes kematian yang berhubung kait dengan Menteri Pertahanan. Baru-baru ini, seorang anak gadis yang tidak berdosa telah meninggal dunia kerana cita-cita menteri yang ingin menguasai agenda politik masa depan negara.
Kita kesal dengan sikap menteri berkenaan sehingga hari ini masih keras dan berdiam diri dalam isu ini. Saya renung adakah menteri faham dan bersimpati terhadap rintihan, kesedihan dan kegelisahan ibu-bapa gadis yang mati ini. Saya bukan saja merujukkan kepada Altantuya Shariibu, tetapi yang saya maksudkan juga adalah Too Hui Min, seorang gadis muda yang mati pada 07 Mei di Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Baru. Program Latihan Khidmat Negara yang telah dicadangkan pada tahun 2001 dan dilaksanakan pada 2003 di mana 85,000 anak muda mula mengambil bahagian dalam program latihan pada tahun itu. Sepanjang pelaksanaan PLKN, banyak accident dan kecelakaan berlaku. 16 April yang lalu, adik Afiq Zuhairi yang menjalani latihan di Kem Sentosa, Chendriang, meninggal dunia setelah dihantar ke hospital. Sehingga hari ini, ibu-bapa adik Afiq belum lagi tahu punca penyakit dan kematian. Senarai kematian dalam kem latihan adalah panjang sekali.
Tahun 2004, Awang Mohamad Fadzil, 17 tahun mati dalam 23 April. T Saravanan yang berada di Kem Gua Musang juga lemas semasa ber picnic di Gua Musang. Saya boleh bacakan list yang panjang yang merupakan peristiwa-peristiwa kemautan anak-anak muda kita. Dalam senarai yang panjang ini, belum lagi kita masukkan isu rogol, kecederaan dan kejadian-kejadian accident yang lain. Jika Dato’ Seri Najib adalah seorang menteri yang berwibawa, beliau seharusnya mengaku tanggungjawab terhadap kematian 20 lebih anak-anak muda ini.
Di banding dengan Program Khidmat Negara di Singapura, yang telah dijalankan lebih daripada 30 tahun telah hanya mencatatkan kematian, satu kematian dalam tempoh empat tahun. Ini bukan satu rekod yang sangat membanggakan. Kalau program ini adalah program yang kita ingin membentuk generasi akan datang yang akan memimpin negara kita, program ini harus dikaji semula sehingga kita mendapatkan formula untuk menyelesaikan masalah dan mempertingkatkan keselamatan untuk anak-anak muda kita. Ini bukan dosa yang paling besar bagi Menteri Pertahanan. Bagi saya, Menteri Pertahanan gagal di banyak lagi bidang. Keselamatan negara bukan dijamin dengan alat-alat pertahanan yang canggih dan moden. Pembelian Sukhoi dari Rusia, Perancis yang membekalkan Scorpene, kereta kebal dari Poland, dan lain-lain senjata yang mahal bukan penjaminan keselamatan negara.
Pembelian peralatan moden atau yang hi-tech tidak semestinya memperkukuhkan kedudukan keselamatan negara. Dato’ Sri Haji Mohd. Najib telah menjamin kepada kita bahawa pembelian Sukhoi dan submarine ini adalah mengikut prosedur yang betul. Sepatutnya kalau prosedur ini betul, saya harapkan pembelian senjata ini dapat diaudit di bawah supervision Parlimen. Keselamatan negara. Dalam isu keselamatan negara, yang lebih penting bukan senjata atau peralatan yang moden, kalau kita sering menyatakan modal insan di zaman ini kita seharusnya menjaga modal insan dalam industri keselamatan atau pertahanan.
Saya tidak bersetuju sama sekali dari Ahli Parlimen Maran yang telah mengkontradiksi sendiri bahawa kita sepatutnya menjaga kebajikan dan kesejahteraan tentera dan pasukan keselamatan kita dan cara kita berasa bersyukur kepada pasukan keselamatan bukan dengan membiarkan mereka hidup dalam keadaan sengsara. Bukan membenarkan mereka kehidupan yang tidak tentu selepas bersara, pencen yang tidak mencukupi, peluang pekerjaan yang tidak ada, tidak ada peruntukan perumahan dan lain-lain lagi. Sungguhpun kita mengkritik profesionalisme pasukan polis atau pasukan tentera kita, tidak bermakna kita tidak harus memberi jaminan kepada kebajikan dan kesejahteraan pasukan kita. Ini adalah satu tanggung jawab kerajaan kepada sesiapa yang berkorban dan berkhidmat kepada negara kita. Isu pokok dalam keselamatan negara adalah keutuhan dan kedaulatan nasional. Dalam isu ini, keutuhan nasional tidak boleh dikekalkan hanya melalui paksaan atau propaganda patriotisme yang kosong.
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ancaman yang paling besar bagi keselamatan negara dan kedaulatan nasional adalah pembangunan yang tidak seimbang di antara timur dan barat. Di harap negara kita, kalau kita hidup di bawah sistem yang merupakan tidak seimbang, kita tidak akan dapat menjamin kedaulatan nasional. Bila negara kita tidak menjaga keseimbangan dalam pengagihan kekayaan di wilayah-wilayah yang kita anggap sebagai sempadan Malaysia ini, kita tidak merasa adil kepada rakyat kita sendiri dan secara indirect keselamatan negara kita akan terancam.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan negara kita selama ini, Barisan Nasional bangga dengan rekod pembangunan. Setiap kali ada pilihan raya, pembangunanlah disebut. Kita tidak nafikan pertumbuhan ekonomi yang dicapai oleh Malaysia selama sepanjang tahun hujung 80an ke 90an sebanyak dua digit. Kita juga tidak menafikan banyak pembangunan telah dibawa oleh kerajaan, tetapi ini adalah merupakan tanggung jawab kerajaan. Kita harus meneliti adalah pengagihan dalam isu ini kalau kita memandang dengan gini coefficient yang kita mengukur sebagai standard pengagihan negara kita dapat kedudukan gini coefficient Malaysia dari segi ketidaksamarataan individu, Malaysialah paling teruk di Asia dalam Gini coefficient satu posisi yang lebih baik dari Papua New Guinea di negara Asia. Kuala Lumpur penuh dengan gedung-gedung gergasi sky scrappers dengan izin, dan bangunan yang tertinggi di dunia, tetapi pembangunan ini kita telah dapat membiayai dengan dana dan sumbangan dari kebanyakan dari negeri-negeri yang mengeluarkan petroleum. Anehnya, negeri-negeri yang mengeluarkan petroleum seperti Sarawak, Sabah dan Terengganu merupakan negeri yang paling miskin di Malaysia.
Semua pembangunan fizikal dan apa yang kita nikmati hanya terhad kepada golongan-golongan tertentu. Kita dapati bahawa pembangunan merupakan gergasi dua mata. Pembangunan membawa kemajuan dan kemakmuran juga membawa peminggiran kepada masyarakat kita. Di kawasan saya, kawasan Batu terdapat warga emas, ibu tunggal, OKU yang hidup dengan peruntukan hanya RM300.00 sebulan. Di sebuah kota yang kita anggap sebagai world class city, masih terdapat ramai penduduk yang hidup di dalam kemiskinan. Itulah sebabnya kita harus mengingati perancangan perbandaran ini amat penting untuk memastikan bukan sahaja pengagihan kekayaan yang baik tetapi juga perancangan untuk memastikan mutu hidup penduduk-penduduk di kota kita.
Hakikat yang sebenar dalam pembangunan yang telah kita alami dalam 40 tahun yang lalu, kita telah menyaksikan kemiskinan di bandar semakin teruk. Jenayah berleluasa, masalah perumahan yang tidak diselesaikan, traffic jam yang telah memburukkan imej kota kita. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya di sini membawa satu kisah seorang pengundi saya. Sheikh Ahmad adalah seorang pengundi di kawasan saya, seorang penyokong UMNO turun-temurun selama tiga generasi. Dia juga seorang askar yang berpangkat mejar yang sudah bersara. Tiga generasi ebelum Encik Sheikh Ahmad ini berkhidmat untuk negara kita di dalam tentera. Mereka duduk di pinggir Sungai Batu berhampiran dengan Jalan Ipoh, berhampiran dengan KTM. Mereka telah mula, keluarga mereka telah membuka kawasan paya di kawasan KTM dan dibenarkan untuk mendirikan rumah keluarga mereka. Datuk dan nenek moyang mereka telah mula membangunkan sebuah kampung yang kemudiannya telah dibangunkan sebanyak dua ratus lebih keluarga....
Di bawah dasar setinggan sifar, rumah mereka dirobohkan dengan ganti duit RM2,000.00 sahaja. Ini adalah kisah banyak yang disifatkan sebagai setinggan di tanah kita. Sebenarnya banyak setinggan ini ada yang disifatkan setinggan ini duduk di atas tanah rizab Melayu. Tanah rizab Melayu hari ini telah hilang di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang lama, Selangor telah hilang 9,000 hektar tanah rizab Melayu di bawah Akta Pengambilalih Tanah 1960. Pemilik tanah tidak diganti dengan tanah tetapi dibayar dengan pampasan yang begitu sedikit sahaja. Kampung tradisi di kawasan Batu, seperti Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak, Kampung Melewar, Kampung Bandar Dalam, Kampung Puah akan menjadi nama-nama kenangan dalam sejarah kita....Kalau kita betul-betul mempertahankan agenda Melayu, inilah nasib orang-orang Melayu yang kita harus bela.
Saya juga ingin membawa rintihan guru-guru Sekolah Agama di Wilayah Persekutuan. Guru-guru agama sekolah agama tidak dibayar gaji. Mereka dibayar elaun yang kurang RM600 hingga RM700 sebulan. Kita tidak akan harap guru-guru agama hidup di bawah taraf gaji minimum yang dicadangkan oleh MTUC. Apa yang kita sebutkan semua ini, saya ingin memperingatkan seorang tokoh intelek yang baru meninggal dunia pada 23 April yang lalu iaitu Saudara Rustam Sani. Rustam Sani telah menyifatkan nasionalisme yang kita telah laungkan dengan penuh semangat ketuanan Melayu, agenda Melayu ini sebagai failed nationalism. Kalau kita lihat di Dewan ini dengan perebutan tentang babi, dengan kekurangan negara kita minyak masak, beras dan inflasi yang tinggi bukan saja kita failed sebagai failed nationalism tetapi kita adalah sebuah failed nation….
Kita selama ini telah gagal menjadi sebuah bangsa negara selama 44 tahun. Kemerdekaan Malaysia ini hanya 44 tahun kalau kita mengambil sensitif bahawa kemasukan Sabah Sarawak adalah tarikh permulaan kita membentuk sebuah negara yang dinamakan Malaysia....Kita merasa malu bila kita melihat di Malaysia ini kita tidak dapat seimbangkan pembangunan negara kita. Saya harap, di sini saya ingin menyeru kepada semua kita mulakan satu yang disebutkan new dew dalam hari ini ulang tahun 13 Mei, kita mulakan, melupakan hantu 13 Mei dan kita move forward sebagai sebuah nation yang baru, dengan izin.
Saya menganggap sebagai apa yang kita laungkan dalam ketuanan rakyat iaitu kita membawa semula seluruh rakyat Malaysia baik pun dari Sabah dan Sarawak atau semua kaum di Malaysia ini untuk membentuk sebuah negara yang saksama dan tanpa dihantui oleh sejarah lama dan dibebani oleh sifat perkauman yang lama.

No comments:
Post a Comment