(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.”
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan ucapan Titah Diraja untuk membuka Penggal Pertama bagi Parlimen Yang Keduabelas baru-baru ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada saya untuk menduduki Kerusi Dewan Rakyat dan juga khususnya kepada seluruh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kerana telah berani membuat perubahan sehingga menguasai lima negeri.
Saya juga mengambil kesempatan untuk menyeru kepada sahabat-sahabat saya daripada Sabah dan Sarawak supaya berani melakukan perubahan kerana tidak ada erti kesetiaan yang telah ditunjukkan selama 45 tahun tetapi masih ada rintihan, masih ada tangisan yang mana masih ramai rakyat yang kesedihan kerana diabaikan, masih ramai pelajar sekolah yang masih berada di atas lantai dan masih ada elektrik dan air yang tidak diberi kemudahan kepada rakyat. Ini merupakan satu penganiayaan dan pengabaian yang tidak seharusnya berlaku dalam sebuah negara yang sudah merdeka lebih daripada 50 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, kepimpinan adalah satu amanah yang akan disoal oleh Allah di akhirat. Sebagai pemimpin sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan juga wakil-wakil rakyat akan disoal apa yang dilakukan terhadap amanah yang telah diberikan kepada mereka. Semua projek dan peruntukan yang diberi kepada rakyat seharusnya benar-benar sampai kepada rakyat supaya tidak ada satu sen yang tiris masuk kepada mana-mana poket-poket pemimpin sama ada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ataupun mana-mana pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, saya memetik satu kata-kata daripada Imam Al-Ghazali sebab Perdana Menteri kita, dia berminat untuk mencari Imam Al-Ghazali. Jadi saya mengambil petikan daripada Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa “Agama itu satu asas. Pemerintah adalah pengawal. Maka sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang.”
Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah telah menjadikan satu realiti, satu rujukan, pesanan Imam Al-Ghazali ini dalam pentadbiran negara Malaysia. Apakah pengabaian penggubalan undang-undang murtad walaupun sudah 50 tahun kita merdeka yang sekarang ini sudah ratusan ribu rakyat yang murtad, yang masih tidak digubal undang-undangnya, apakah ini selaras dengan pesanan apa yang disebut oleh Imam Al-Ghazali? Apakah undang-undang yang tidak mengembalikan hak rakyat iaitu bagaimana kezaliman terhadap hak kemanusiaan itu sendiri seperti undang-undang ISA, apakah ini selaras dengan pesanan Imam Al-Ghazali? Adakah membebaskan perasuah atasan yang tidak didakwa, perasuah ikan bilis didakwa dan diambil tindakan, apakah ini selaras dengan pesanan Imam Al-Ghazali?
Menafikan hak per kapita sekolah agama rakyat, apakah ini selaras dengan pesanan Imam Al-Ghazali? Sebagaimana kita tahu bagaimana hak yang diberi kepada artis dan kumpulan orkestra lebih bernasib baik daripada pembelaan kepada sekolah agama rakyat. Begitu juga kita lihat banyak lagi perkara-perkara yang menjatuhkan maruah agama. Di antaranya bagaimana ribuan tempat-tempat judi, kelab-kelab malam yang diberi lesen berleluasa yang boleh membawa kepada keruntuhan, yang membawa kepada masalah bertambahnya masalah sosial dalam negara kita.
Hari ini kita dapat mendengar pelbagai masalah yang sedang berlaku dalam negara. Bermula daripada masalah penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan, pembaziran, gejala sosial, masalah wanita, masalah kesihatan, pendidikan, pendatang tanpa izin, diskriminasi, keselamatan, kenaikan harga barang, kemiskinan dan sebagainya. Semua ini adalah menuntut supaya kerajaan yang memerintah hari ini supaya berlaku adil dan bukan memandang remeh setiap isu yang telah dikemukakan oleh rakyat di Dewan yang mulia ini.
Saya mengambil kesempatan ini juga Tuan Yang di-Pertua, untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru kepada semua ibu-ibu dan guru-guru yang ada di seluruh negara. Kita amat sedih bagaimana fenomena yang ada pada hari ini, kita lihat bagaimana masalah wanita seolah-olah tidak dihormati maruah mereka. Mereka digunakan sewenang-wenangnya sebagai bahan iklan. Begitu juga kita lihat bagaimana mereka tidak dijaga maruah mereka. Ada yang dinafikan hak mereka dalam menutup aurat dalam pekerjaan seperti pekerja-pekerja hotel, supermarket dan begitu juga dalam pengangkutan, penerbangan seperti Air Asia, MAS dan sebagainya yang mana mereka seolah-olah terpaksa mendedahkan aurat mereka.
Saya ingin penjelasan dengan pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini, apakah sikap dan stand kerajaan terutama yang melibatkan pekerja-pekerja wanita Islam. Saya amat sedih apabila ada Yang Berhormat dalam Dewan ini menghina pakaian serban dan jubah, sedangkan di masa yang sama mereka tidak mempertikaikan pakaian artis yang cukup menjolok mata yang menjadi idola para remaja hari ini. Maka sekiranya perkara ini kita biarkan, kita menghina para ulama, kita menyanjung para artis, kita membiarkan kemungkaran berlaku, maka tunggulah saat kehancuran, bukan sahaja BN akan hilang kerusi, malah BN akan hilang sebuah kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kita amat sedih mendengar rayuan dan rintihan rakyat yang mengenang kenaikan harga beras yang semakin tidak terkawal. Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah usaha untuk mengawal kenaikan harga beras supaya tidak terus membebankan masalah rakyat? Begitu juga saya ingin menyentuh berkenaan dengan masalah pelancongan yang mana di antara pintu masuk utama yang membawa masuk pelancong ke negara Malaysia ialah satunya ialah melalui pekan Rantau Panjang iaitu kawasan pekan yang saya wakili.
Merujuk kepada statistik Lembaga Penggalakan Pelancongan didapati bahawa 1.8 juta pelancong masuk ke negara ini melalui pekan Rantau Panjang. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Kementerian Pelancongan tidak mengambil sebarang peranan aktif di setiap pintu masuk sempadan, malah pihak kastam dan Kementerian Dalam Negeri yang lebih berperanan dalam meningkatkan tahap penyampaian dan perkhidmatan di sempadan pintu masuk. Saya ingin penjelasan apakah usaha-usaha untuk melengkapkan infrastruktur khususnya supaya zon bebas cukai di Pekan Rantau Panjang ini setaraf dengan zon bebas cukai di pintu masuk di negeri-negeri yang lain di negara kita, Malaysia. Apakah usaha untuk membangunkan pekan Rantau Panjang yang saya kira walaupun sudah diisytiharkan sebagai pekan zon bebas cukai sejak daripada zaman Allahyarham Tun Ghafar Baba jadi Timbalan Perdana Menteri lagi sampai sekarang, kita melihat bahawa suasananya masih tidak banyak berubah.
Malah kita lihat jalan dalam pekannya masih sempit, pembangunannya dalam pasarnya masih tidak secanggih sebagaimana ada di kawasan sempadan yang lain seperti Johor dan di Kedah dan begitu juga sistem pengalirannya terutamanya sungai yang sentiasa terdedah dengan bencana banjir. Saya ingin penjelasan juga bagaimanakah perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan supaya kita dapat menyaingi sebagaimana kawasan sempadan yang ada di Bandar Golok. Kita lihat bagaimana sungai-sungai di Golok ditambak menyebabkan apabila setiap kali berlaku banjir maka hakisan hanya terkena kepada negeri di sebelah kita dan mereka selamat daripada hakisan sebab mereka sudah lama menambak di perairan sungai mereka.
Jadi, apakah usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian supaya perkara ini tidak menjadi masalah yang terus berpanjangan pada kami penduduk di Rantau Panjang. Saya ingin juga penjelasan daripada pihak kerajaan, berapakah peruntukan yang telah diberi kepada PBT sebab di dalam kawasan kami, kita lihat banyak lagi masalah keperluan asas yang belum selesai seperti lampu jalan, traffic light dan begitu juga jalan-jalan yang masih belum diselenggarakan dengan baik dan saya mengharapkan supaya sokongan dan dukungan daripada kerajaan supaya masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada kedatangan pelancong malah memberi kebaikan kepada rakyat kita seluruhnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga penjelasan berkenaan dengan peruntukan rumah mesra rakyat yang diperuntukkan kepada negeri Kelantan. Berapakah peruntukan untuk membina rumah mesra rakyat yang disalurkan melalui kerajaan negeri bukan melalui JPP dan saya mengharapkan supaya kewujudan JPP ini dihapuskan bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat kerana seolah-olah kita menafikan hak dan mandat rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki.
Saya ingin juga penjelasan daripada kerajaan tentang apa yang berlaku pada baru-baru ini iaitu tentang kemalangan kereta api yang kita lihat bagaimana diisytiharkan dalam akhbar, 10 Mei 2008 bagaimana dilaporkan 20 lokomotif KTMB bermasalah walaupun baru dibeli hanya tiga tahun. Sedangkan harganya bernilai melebihi daripada RM220 juta dan pembelian ini adalah pertukaran perdagangan melalui pengeksportan kira-kira 110 ribu tan minyak kelapa sawit ke China. Jadi, saya ingin penjelasan apakah di sini ada lagi skandal sebab sebelum ini kita dapat pendedahan bagaimana KTMB pernah mengalami kerugian melebihi RM150 juta.
Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan supaya menyiasat perkara ini dan supaya tidak berulang lagi kes yang sama bagaimana negara terpaksa membayar harga yang cukup mahal di atas barang yang sudah usang. Jadi dengan kata itu, Tuan Yang di-Pertua , saya turut menyokong, terima kasih.

No comments:
Post a Comment