Wednesday, May 14, 2008

Ucapan Penasihat DAP – Usul terima kasih titah diRaja – Bahagian 3 dan Akhir


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih Yang Berhormat daripada Bandar Tun Razak dan selaku Menteri Besar negeri Selangor. Tentulah selepas buang RM4.6 bilion boleh menyelamatkan Port Klang Free Zone, tentulah sesiapa pun mahu menyelamatkannya selepas buang, bazir RM4.6 bilion. Masalahnya ialah adakah ia sudah menjadi bottomless pit, lebih banyak wang diletakkan di dalam, lebih bottomless the pit itu. Kenapakah ini sebenarnya dibayangkan dalam apa yang dikatakan oleh pengerusi yang baru dalam surat khabar semalam dan dengan izin saya petik mengenai Datuk Lee Hwa Beng berkata “For starters, an international firm of auditors will be appointed to go through the entire accounts and activities of the PKFZ. But more importantly, the focus will be on getting to the bottom of how costs escalated to RM4.6 billion - far above the original RM2 billion”. Soalnya sekarang, yang saya hendak bertanya dalam Dewan yang mulia ini pada Parlimen dahulu dan sekarang ditanya oleh Pengerusi PKFZ.


Namun Yang Berhormat bagi Bintulu menafikannya. Beliau berkata ini blessing kepada negara dan rakyat. Blessing kepada beliau sendirilah. Mahu saya repeat outside, I'll repeat outside, okey. You want me to repeat outside, blessing kepada beliau sendiri. Nanti. Most importantly he said the selection of an international firm of auditors. Kenapa sekarang perlu international firm of auditors kalau everything sangat baik, sangat sempurna sangat bagus kepada negara. Kenapa perlu satu international firm of auditors and to ensure that it is independent and free from interference while conducting its audit. People have no confidence in the ACA, siapa yang berkata? Bukan kita yang berkata. Pengerusi Port Klang Authorities sekarang people have no confidence in the ACA or PAC (Public Accounts Committee) yang dipengerusikan oleh pada satu masa itu ialah Ahli Parlimen Johor Bahru dan sekarang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. “The people have no confidence in the ACA (Anti-Corruption Agency) or PAC, so this is the best option. Asked if wrong-doers will be named and shamed, Lee said; “I will recommend that the findings of the audit be made public and in case of impropriety, that the law takes its course”,


Inilah satu skandal besar, janganlah kita tutup skandal ini dan saya sangat terperanjat sungguhpun Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang baru ada janji bahawa akan tell all, akan cerita semua mengenai skandal itu selepas mendapat laporan yang sepenuhnya daripada pegawai-pegawai berkenaan dan sekarang kick the ball kepada Port Klang Authority tubuh satu independent audit. Tidakkah Yang Berhormat Menteri ada segala butiran yang boleh mengeluarkan satu kenyataan yang sepenuhnya.


Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Yang Berhormat dan juga terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan saya, tidakkah Yang Berhormat bagi Ipoh Timur merasakan Yang Berhormat dengan izin saya sebutkan jumping the gun. You are making a conclusion sebelum penyiasatan ataupun apa-apa juga laporan dibuat. Kalau sudah begitu Yang Berhormat menghukum atas perkara ini. Yang Berhormat bagi Shah Alam jangan senyumlah. Saya bercakap betul ini. Perkara ini belum lagi diputuskan, you membuat andaian itu dan ini berdasarkan laporan yang dibaca. Lagi satu Menteri Besar Selangor bercakap, saya hendak mendapat penjelasan. Saya mendengar khabar dahulu, Menteri Besar Selangor pun ada pinjam duit hendak beli saham dia pun menghadapi masalah juga.


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Cadangan untuk membaharui Kempen Anti Rasuah perlulah multidimensional and multifaceted. Kita perlu pindaan kepada undang-undang, kita perlu bukan sahaja perubahan institusi-institusi, tetapi kita perlu pertukaran mindset. Semalam saya sangat tertarik dengan Yang Berhormat bagi Rembau dalam perkara ini di mana ada sekali beliau mencadangkan bahawa perlulah memberi kuasa dan pendakwaan kepada ACA atau MCAC apabila ditubuhkan pada akhir tahun ini. Namun adakah kita semua rela adakan satu mindset yang baru bahawa zero tolerance untuk korupsi. Saya ingat dalam jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Rabu lalu, beliau berkata bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan jumlah kontrak yang telah diberikan adalah RM165 bilion. Sebanyak RM63 bilion telah ditawarkan untuk runding terus dan 38% projek-projek secara runding terus 62 ditawar secara tender. Kita tahu mengenai masalah ketirisan, leakage, ketirisan...


Rancangan Malaysia Kesembilan sebenarnya adalah projek-projeknya bernilai RM220 bilion. Kalau tidak ada satu leakage 10%, apa ertinya? RM22 bilion, masuk kocek orang-orang tertentu. 10% sahaja, dan inilah saya percaya kita semua kalau tahu ini adalah satu underestimate. Mana ada 10%. Dahulu kata misal 10% ialah apa yang dituntut oleh orang yang memberi kontrak. Sekarang 10% ialah apa yang diberi kepada sub - sub kontraktor sahaja. Sudah tukar dan ketirisan 10% sangat rendah. Ada 20%, ada 20%, ada 30%, ada orang kata 50%. Ada kes sekolah di Muar yang dibangkitkan oleh Menteri Pengangkutan sekarang, dahulunya timbalan menteri mengenai ketirisan 90. Satu projek pembinaan atau renovation RM30 ribu akhirnya RM3 ribu sahaja didapati. It’s a fact, no denial.


Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Saya cuma hendak mohon Yang Berhormat bagi Ipoh Timur bagi takrif apa maksud pengertian ketirisan secara pandangan dan fahaman Yang Berhormat bagi Ipoh Timur.


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ketirisan ialah komisen-komisen yang didapati unearned commission bukan yang earn oleh mereka yang buat kontrak itu. Kontrak, sub kontrak, sub, sub, sub beberapa kali sehingga kerja sebenarnya yang dibuat, untung yang diperoleh sangat nipis.


Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Kalau saya boleh terima penjelasan ketirisan ini, maknanya apa Yang Berhormat maksudkan ketirisan itu adalah penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berlaku di dalam perkara ini. Jadi kalau Yang Berhormat ada perkara-perkara yang tertentu berhubung kait tentang penyalahgunaan kuasa, saya ingat ini bukan avenue untuk membangkitkan perkara ini secara spesifik. Bangkitkanlah di luar Dewan dan membuat perkara-perkara yang tertentu dengan hendak membuat generalization on ketirisan melibatkan 10%, 20%. I think dengan izin that is not sending the right message to the Dewan yang mulia ini.


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah Yang Berhormat berdiri kata ini tidak berlaku? Langsung tidak pernah berlaku? Or living in a dream world? Ini hakikat. Ini kenyataan. Semua tahu. Masalah ialah betapa seriusnya. Adakah gravy train atau gravy train pelaksanaan projek-projek pembangunan. Dahulu dan sekarang, adakah Yang Berhormat kata tidak ada gravy train lagi?


Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut pengertian saya bahawa Yang Berhormat menggunakan terma ketirisan itu sebagai satu penyalahgunaan kuasa di dalam pemberian kontrak sama ada dia berhubung kait dengan perolehan secara tender terbuka ataupun tender terhad ataupun secara runding terus. Apa Yang Berhormat maksudkan itu adalah sebagai satu perkara wastage. Wastage ini Yang Berhormat kalau Yang Berhormat sedia maklum dia berlaku di dalam beberapa peringkat tetapi kalau Yang Berhormat kata hendak buat pertuduhan sebagai sejumlah wang yang disatukan RM220 bilion, 10% maknanya RM22 billion is just go down to the drain. Jadi Yang Berhormat kena mendapat bukti yang jelas dan nyatalah. Jangan buat generalization benda ini tiris. You have to be specific. I think you are misleading this Dewan.


Kalau Yang Berhormat kata ada berlaku rasuah, ada berlaku perkara-perkara yang wastage dan perkara ini adalah masalah yang dengan izinlah Tuan Yang di-Pertua, masalah universal. We have to handle with a very care and responsibility. Just not doing… doesn’t have dengan izin untuk membuat generalization. Let’s be specific. Kalau Yang Berhormat kata ketirisan berhubung kait dengan satu-satu kementerian yang berhubung dengan kait dengan sesuatu projek. Let’s do a proper benchmarking. I think dalam proses untuk buat...building all these things, ataupun perhaps kalau ada cadangan Yang Berhormat, kita mewujudkan Jabatan Forensik Kejuruteraan supaya kita boleh semak benda ini. This is kind of correct civilizations we are looking forward from a learned person like Yang Berhormat.


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kita ada kes yang dibangkitkan mengenai Sekolah di Muar di mana projek ialah RM30,000 tetapi akhirnya nilai yang dikerjakan ialah RM 3,000. Apa keputusan hasil siasatan itu? Tidak tahulah. Ini satu cara untuk mengelakkan masalah ini ialah meminta bahawa bukti-bukti spesifik. Itu perlu sebab itu ada ACA tetapi masalah kalau sudah menjadi begitu bermaharajalela, yang begitu buruk, kita perlu menangani. Sebab itu korupsi, tak guna Yang Berhormat, menteri-menteri ataupun timbalan menteri berkata, “Apa bukti mengenai korupsi” tetapi apabila dalam 10 atau 20 tahun corruption sensation indeks sudah jatuh. Sudah jatuh daripada tahun 1995, daripada tangga 23 sehingga sekarang 43 tahun lalu dan semua telah mengakui korupsi yang lebih teruk sehingga Yang Amat berhormat Perdana Menteri perlu umumkan bahawa akan mengambil beberapa tindakan untuk mengatasinya. Apa bukti spesifik yang ditanya? Adakah minta bukti yang spesifik? Fenomena sama ada korupsi atau ketirisan penyalahgunaan kuasa atau breach of trust, inilah kita perlu hadapi.


Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Yang Berhormat Ipoh Timur. Soal korupsi, corruption ini, saya ingat tidak ada satu negara dalam dunia ini yang terlepas daripada penyakit ini tetapi apa yang kita, yang daripada awal ini dengan izin Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya I think the terma ketirisan ini dia bermaksud bahawa mana-mana projek yang telah pun dikhaskan, diperuntukkan kepada bumiputera, dia tiris kepada bumiputera tetapi Yang Berhormat yang menyalahgunakan ketirisan itu sebagai penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ini adalah terma yang tidak betul Yang Berhormat. You cannot just make that generalization tentang ketirisan. Jadi atas berlaku bahawa kalau dalam RMK-9, RM220 bilion dikatakan tiris 20% RM40 bilion berlaku corruption dalam hal ini yang ini yang saya tidak bersetuju Yang Berhormat.


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Sebab itulah kita perlu satu siasatan dalam perkara ini. Setiap projek yang raksasa. Apalah percentage, peratus ketirisan? Apa percentage penyalahgunaan kuasa? Mengatakan inilah penting. Kalau kita mahu satu kerajaan yang transparent, yang bersih dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada membuat beberapa cadangan mengenai memerangi rasuah. Sungguhpun kita mengalu-alukan, kita tidak mencukupi. Semacam cadangan mengadakan pencegahan rasuah menjadi Suruhanjaya Menentang Rasuah Malaysia, Malaysia Commission Against Corruption (MCAC) yang bebas pada akhir tahun ini dan bertanggungjawab terhadap Parlimen, penambahan kakitangan MCAC menjadi 5,000 pegawai dalam tempoh lima tahun, perundangan melindungi whistle-blowers dan memperbaiki sistem procurement awam. Sesuatu Badan Pencegah Rasuah tidak akan menjadi bebas hanya kerana kerajaan menghuraikan sebagai bebas. Khasnya bila ia masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukannya beroperasi sebagai sebuah badan yang autonomies keseluruhannya yang memberikan kuasa pendakwaan yang pada masa kini masih di bawah bidang kuasa peguam negara.


Sama ada Malaysia dapat mengatasi masalah rasuah yang semakin mudarat tidak bergantung hanya ke atas perubahan yang dilakukan ke atas organisasi atau institusi yang terlibat tetapi sama ada wujudnya semangat politik di peringkat kerajaan yang tertinggi yang menyokong sepenuh hati perang membanteras rasuah yang menyeluruh dan mengizinkan institusi-institusi membanteras rasuah dan memberikan kuasa yang sewajarnya. Setelah mendapat kemenangan yang begitu besar sekali empat tahun yang lepas, Yang Amat Berhormat melancarkan Rancangan Integriti Nasional yang menetapkan sasaran lima tahun untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Transparency International Corruption Perception Index dari tempat ke-37 dalam 2003 menjadi nombor 30 dalam 2008.


Bagaimanapun, sasaran Rancangan Integriti Nasional tersebut di atas tidak lagi dibangkitkan selepas itu dan kedudukan Malaysia dalam Transparency International Corruption Perception Index telah merosot sebanyak enam tempat. Daripada nombor 37 menjadi nombor 43 dalam tahun 2007 dan perkembangan itu memberikan peluang kepada Bekas Perdana Menteri untuk mendakwa bahawa masalah rasuah di bawah zaman pimpinan Perdana Menteri kini adalah lebih buruk daripada zaman pimpinan beliau dan bahawa rasuah yang sepanjang tempoh pimpinan beliau hanya berlaku di bawah meja dan kini dilakukan secara terbuka. Ya, Yang Berhormat daripada Rembau.


Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya pohon penjelasan. Saya tertarik dengan soal anti rasuah yang dibahaskan oleh Yang Berhormat dan saya juga melihat kepada pengalaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh anak kepada Yang Berhormat sendiri iaitu Ahli-Yang Berhormat daripada Bagan.


Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kroni.


Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Bukan kroni. Janganlah kita buruk sangka, tetapi saya hendak pohon penjelasan daripada Yang Berhormat. Apakah saranan Yang Berhormat kepada kerajaan-kerajaan negeri lain yang ada di bawah kerajaan ataupun pemerintahan Pakatan Rakyat. Sama ada mereka perlu melaksanakan sistem tender terbuka seperti mana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara total seperti mana dilaksanakan di negeri Pulau Pinang supaya kita dapat melihat keseragaman antara kerajaan-kerajaan negeri yang ada di bawah Pakatan Rakyat. Ini termasuk di Perak, di negeri Kedah dan juga di negeri Selangor dan juga di negeri Kelantan di mana sistem tender terbuka itu perlu diamalkan untuk menunjukkan uniformity di kalangan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Terima kasih.


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat telah pun berucap selama 129 minit.


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: 80% diganggu Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Rembau bersetuju dengan pengumuman dan pendirian kerajaan pakatan di negeri Pulau Pinang? Nampaknya dia bersetuju dan dia sokong, dan terima kasih, dan mengenai sama ada ini patut diselaraskan, kita akan bincang perkara-perkara ini. Tapi apa yang mustahak ialah prinsip, accountability, transparency dan good governance. Antara lain kita mahu tahu bagaimana seorang yang menggelarkan sendiri sebagai unemployed menjadi the richest unemployed in the world. Bagaimana, seorang unemployed tetapi real, sanggup, untuk jual saham dengan menghadapi kerugian ECM Libra, unemployed, tetapi boleh jual dengan kerugian. Wang dari mana? Adakah...


Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: 36(9). “...36(9) Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat siapa-siapa ahli-ahli Parlimen ataupun siapa-siapa pegawai Kerajaan selain daripada kelakuan menjalan urusannya sebagai ahli Parlimen...” Dan di situ diheretkan semula saya apabila saya bertanya soalan yang mudah saja untuk dijawab, saya diheretkan dalam kelakuan yang luar daripada tugas saya sebagai Ahli Parlimen.


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah beliau mengakui dia richest unemployed in the world?


Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Boleh minta penjelasan. Adakah Yang Berhormat Ipoh Timur setuju dengan pepatah Melayu, “Siapa makan cili, dia rasa pedas” [Dewan riuh] ataupun “Tepuk dada tanya selera”.


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya rasa dia sebenarnya berdiri untuk menjawab bagaimana dia boleh jadi richest unemployed in the world.


Tuan Yang di-Pertua, dua bulan telah terlepas, sejak tsunami politik, 8 Mac, Pilihan Raya Umum 2008 di mana BN buat pertama kali kehilangan majoriti 2/3 dan kehilangan kuasa di lima negeri. Lebih dari dua minggu selepas tsunami politik, Yang Amat Berhormat mengakui bahawa keputusan pilihan raya ini merupakan satu mesej yang serius, bahawa beliau tidak bertindak cukup pantas untuk melaksanakan pengubahbaruan yang beliau janjikan. Apabila beliau diberikan mandat besar, yang tidak pernah berlaku sebelum pilihan raya 2004, di mana Barisan Nasional memenangi 91% dari jumlah kerusi di Parlimen. Dan beliau kata bahawa polemik dan politician. Ini merupakan petanda bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedang bergelut dengan masalah serius ialah penafian. Bagaimanapun, semua ini masih tidak meyakinkan kerana beliau telah salah faham dengan makna sebenar.


Keputusan Rilihan Raya Umum 8 Mac ianya bukan mengenai fakta bahawa Yang Amat Berhormat tidak bertindak cukup pantas dalam usaha pembaharuan yang dijanjikan lebih dari empat tahun yang lepas, tetapi bahawa beliau hampir tidak mengambil apa-apa tindakan konkrit melainkan melaung-laungkan slogan dan kata-kata kosong mengenai pembaharuan dari semasa ke semasa. Adakah Yang Amat Berhormat dan Jemaah Menteri ini kini benar-benar faham dalam mesej yang disampaikan oleh rakyat Malaysia dalam tsunami politik, 8 Mac itu. Ini merupakan pertanyaan Parlimen saya yang pertama, ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Rabu yang lepas meminta beliau menggariskan sepuluh langkah pembaharuan keutamaan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh 12 bulan ini untuk menunjukkan bahawa beliau sedar mengenai hajat rakyat dalam tsunami politik 8 Mac 2008, dan daripada jawapan yang bertulis yang diberikan ada menggariskan tujuh bidang untuk pembaharuan;


(i) Menangani impak kenaikan harga barang terutamanya makanan akibat arus pasaran global.


(ii) Mengkaji semula pelaksanaan pelan-pelan ekonomi negara bagi memastikan agar faedah pembangunan negara akan dinikmati oleh setiap rakyat.


(iii) Mengurangkan jurang pendapatan di kalangan dan di antara golongan etnik di samping memastikan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia.


(iv) Mengurangkan kadar jenayah.


(v) Meneruskan usaha ke arah memerangi rasuah dan meningkatkan budaya integriti.


(vi) Menyokong pembaharuan seta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman.


(vii) Menangani isu sensitif berhubung agama termasuk pembinaan dan pemindahan rumah ibadat.


Saya sungguh terperanjat bahawa selepas hampir dua bulan berlakunya tsunami politik, 8 Mac, dan kegagalan lebih dari empat tahun dalam menunaikan pembaharuan yang dijanjikan dalam pilihan raya 2004, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih tidak dapat menggariskan sepuluh langkah pembaharuan terutama yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan, tetapi hanya menggariskan tujuh langkah sahaja. Mungkin Tingkat Empat di Putrajaya tidak bekerja dengan kuat.


Bagaimana dengan pembebasan segera tanpa syarat lima pemimpin Hindraf P. Uthayakumar, ADUN Selangor DAP M. Manoharan, V. Ganabatirau, R. Kenghadharan, T. Vasantha Kumar serta lain-lain mangsa tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang berjumlah lebih dari 60 orang dan antaranya ada yang telah ditahan lebih dari enam tahun lamanya.


Bagaimana pula dengan penghapusan segala undang-undang yang menindas dan draconian, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Bagaimana pula dengan pelaksanaan sepenuh 125 cadangan Suruhanjaya Polis Diraja yang bertujuan mencipta Pasukan Perkhidmatan Polis yang efisien, bersih, profesional, bertaraf dunia yang mengurangkan jenayah, menghapuskan rasuah dan menjunjung hak asasi manusia khasnya pembentukan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis Bebas (IPCMC)?


Bagaimana pula dengan pembaharuan media untuk membolehkan media yang bebas dan bertanggungjawab dan berkembang di Malaysia? Bagaimana pula dengan pembaharuan dan pemodenan Parlimen demi mencipta Parlimen bertaraf dunia? Bagaimana pula dengan komitmen sepenuhnya untuk memperkukuhkan daya saingan antarabangsa Malaysia supaya negara kita berjaya menghadapi cabaran-cabaran globalisasi, melancarkan mesej yang jelas bahawa kesejahteraan dan kemajuan negara yang berterusan bergantung ke atas keupayaan rakyat Malaysia bersaing dengan masyarakat dunia, dan bukannya persaingan di antara kaum Melayu dengan bukan Melayu? [Tepuk]


Dan yang penting sekali bagaimana pula dengan pembaharuan pembinaan negara memandangkan mesej terpenting dalam tsunami politik, 8 Mac adalah pemikiran marginalization alienation rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, geografi dan penggabungan politik dari proses pembangunan negara. Kerajaan Barisan Nasional telah membelanjakan sebanyak RM100 juta untuk meraikan ulang tahun ke-50 Merdeka, dan kita masih berada dalam tempoh keraian ini yang bermaksud mengambil masa selama setahun dari 31 Ogos tahun lepas sehingga 31 Ogos yang akan datang. Wang telah dihabiskan secara boros atas majlis-majlis, perayaan-perayaan dan persembahan-persembahan bunga api yang tidak bermakna langsung kepada rakyat jelata atau negara pada keseluruhannya dalam segi menunjukkan Malaysia ke masa depan yang lebih bersatu padu, harmoni, adil, maju dan sejahtera.


Sebenarnya, sepanjang tempoh menuju ke perayaan Merdeka ke-50, pada 31 Ogos tahun lepas serta bulan-bulan yang berikutnya merupakan masa-masa yang paling memecahbelahkan negara, kerana jelas kelihatan kesan-kesan polarisasi dalam bentuk kaum, agama, politik dengan peristiwa-peristiwa semacam menghunus keris dan lain-lain. Yang ironiknya peristiwa yang paling penting dan bermakna...


Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi ada sebut tentang perpecahan dari segi politik. Saya cuma pohon penjelasan daripada Yang Berhormat tentang isu yang sedang berlaku di negeri Perak, mengenai pemindahan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak yang telah ditarik balik oleh Menteri Besar Perak atas nasihat daripada pihak istana. Akan tetapi semalam, Ahli Parlimen dari Bukit Gelugor iaitu satu parti dengan Yang Berhormat telah mengatakan bahawa tindakan Tuanku adalah tindakan yang melanggar Perlembagaan, unconstitutional, dengan izin. Jadi saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat, yang telah sebut tentang perpecahan politik. Adakah ini melambangkan perpecahan politik di kalangan Pakatan Rakyat di negeri Perak, di mana Menteri Besar dari Parti PAS telah setuju supaya Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak direinstate, tetapi pada masa yang sama Ahli Yang Berhormat dari Bukit Gelugor mengatakan bahawa ini adalah tindakan yang unconstitutional? Terima kasih. [Tepuk]


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kita ingat bahawa UMNO dan Perdana Menteri sendiri pernah berkata bahawa Yang di-Pertuan Agong ada bertindak tidak constitutional, bukan? Mengenai krisis Terengganu.


Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Bila dia kata, Yang Berhormat? Bila dia keluar statement Yang di-Pertuan Agong unconstitutional?


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah UMNO tidak setia kepada sistem raja-raja apabila boleh buat tuduhan semacam itu?


Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Dia cuma bagi cadangan sebagai ketua parti...


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah UMNO rela memohon maaf dalam perkara ini? Saya tunggu jawapan, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan meminta maaf.


Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Yang ironiknya peristiwa yang paling penting dan bermakna dalam Ulang Tahun Ke-50 Merdeka ini, sebenarnya adalah tsunami politik 8 Mac, dan Pilihan Raya Umum 2008 yang berikutan dengan berakhirnya kuasa dua pertiga UMNO dan BN di Parlimen, khasnya UMNO political hegemony serta kehilangan kuasa mereka di lima negeri merupakan satu amaran kepada rakyat Malaysia bahawa wujudnya masalah besar dalam proses pembinaan negara selama 50 tahun ini.


Dua hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum 2008 diumumkan, satu rencana Op Ed muncul di Asian Wall Street Journal di bawah nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bertajuk “Malaysia Will Heal Her Divisions”. Bagaimanapun, dua bulan selepas itu janji-janji baru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melancarkan pembaharuan masih kekal sebagai retorik sahaja. Mengapakah Yang Amat Berhormat gagal dalam ujian pertamanya, dalam janji-janji baru kononnya akan memberikan perhatian kepada suara rakyat dan memulakan proses national healing selepas “Tsunami 8 Mac” itu dan sebaliknya meneruskan dengan dasar-dasar yang tidak adil, sembarangan dan tidak demokratik dengan terus menahan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA. Apa yang telah dilakukan oleh kelima-lima orang ini hanya melancarkan kempen nasional membantah fakta marginalization rakyat India yang mengakibatkan kaum India tertinggal sebagai underclass di Malaysia.


Adakah Yang Amat Berhormat bersedia untuk menggalakkan pembebasan segera tanpa syarat, kelima-lima pemimpin Hindraf dari Pusat Tahanan Kemunting dan melibatkan mereka dalam proses national healing ini demi mengakhiri masalah marginalization semua kaum di Malaysia sama ada India, Melayu, Cina, Kadazan, Iban atau Orang Asli?
Sekiranya Yang Amat Berhormat betul-betul mendengar suara rakyat jelata, beliau akan tahu bahawa salah satu sebab utama tsunami politik 8 Mac dan kegagalan besar BN di mana sokongan di kalangan masyarakat India terjunam sebanyak 35%, dari 82% menjadi 47% dan MIC hampir-hampir terhapus daripada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah kerana marginalization masyarakat India dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosiobudaya dan agama yang akhirnya melahirkan pergerakan Hindraf dan fenomena Makkal Sakti. [Tepuk]


Mengapakah Yang Amat Berhormat tidak mengambil tindakan segera dalam tempoh dua bulan ini untuk membebaskan Hindraf 5 daripada tahanan ISA demi menunjukkan bahawa beliau memang bersedia mula mendengar suara rakyat jelata. Sekiranya Yang Amat Berhormat masih tidak mendengar suara rakyat jelata yang terserlah dalam tsunami politik pilihan raya ini, bagaimana pula menteri-menteri, pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional sama ada MIC, MCA, Gerakan atau UMNO sendiri. Adakah mereka telah mendengar suara rakyat dalam tsunami politik akan mendesak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya dengan segera membebaskan Hindraf 5 ini untuk memulakan proses national healing ini selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Adakah para Ahli Parlimen dan penyokong Kerajaan Barisan Nasional bersedia berdiri dalam mesyuarat Parlimen ini untuk meminta supaya Hindraf 5 ini dan lain-lain tahanan ISA di bebaskan dengan segera.


Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan cadangan pembaharuan untuk Badan Kehakiman dan dalam segi perang membanteras rasuah. Ramai orang kecewa dengan ucapan Yang Amat Berhormat bertajuk ‘Delivering Justice, Renewing Trust’ di satu jamuan malam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 17 April 2008 kerana apa yang seharusnya diumumkan adalah jauh lebih banyak dari apa yang sempat diumumkan jika keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap kebebasan, kesaksamaan, dan kualiti kehakiman kita hendak dipulihkan. Antara pengumuman yang dinanti-nantikan termasuklah yang ada diumumkan ialah mengenai bayaran ex-gratia kepada lima hakim yang dianiaya pada 1988. Satu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengkaji semula terma-terma perkhidmatan dan ganjaran kehakiman. Tepukan gemuruh dan berpanjangan di jamuan makan malam di Majlis Peguam yang diberikan terhadap pengiktirafan Yang Amat Berhormat mengenai sumbangan enam hakim ini terhadap negara, komitmen mereka dalam mendukung keadilan dan pengakuan mengenai kesukaran dan penderitaan yang terpaksa mereka lalui dalam krisis kehakiman 1988 tidak dapat melindungi rasa kecewa orang ramai bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri gagal memastikan bahawa mother of judicial crisis ini patutlah ditamatkan secara adil dan saksama khasnya kerana sumbangan, kesukaran dan penderitaan enam hakim yang tersilap hukum ini tidak boleh dinilai dengan mata wang.


Maka bayaran ex-gratia yang ditawarkan ini amat tidak mencukupi. Hakim-hakim yang disalah hukum itu sepatutnya diberi pampasan yang sepenuhnya dan sewajarnya. Dalam ucapan beliau, Yang Amat Berhormat tidak menangani isu betul dan salah dan legality dan morality mengenai mother of judicial crisis yang menjahanamkan negara kepada dua dekad kegelapan kehakiman atau judicial darkness. Mangsa ibu kepada krisis kehakiman 1988 dan judicial crisis selama dua dekad selepas itu di mana tiga daripada empat Ketua Hakim Negara dalam tempoh itu, Tun Hamid Omar, Tun Eusoffe Chin dan Tun Ahmad Fairuz memburukkan lagi ke persendaan keadilan oleh sistem kehakiman bukan sahaja terhad kepada enam hakim yang salah di hukum dalam tahun 1988 tetapi juga termasuk rakyat Malaysia yang tidak bersalah yang beridealistik dan patriotik yang mahu segala yang terbaik untuk negara tercinta ini.


Sebenarnya satu generasi rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada kegelapan kehakiman selama 20 tahun ini. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menghulurkan bayaran ex-gratia kepada lain-lain mangsa krisis kegelapan kehakiman dua dekad ini seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid. Disebut yang pertama dari bidang kehakiman yang mengeluarkan 112 tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan salah laku terhadap 12 hakim dalam tahun 1996 dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Yang Berhormat Wee Choo Keong serta 106 mangsa tahanan ISA dalam Operasi Lalang 1987.


Bayaran goodwill ex-gratia kepada enam hakim yang salah dihukum ini memang dialu-alukan sungguhpun agak terlambat. Bagaimanapun bayaran ini amat tidak mencukupi dalam membersihkan nama baik dan reputasi mereka atau dalam segi mengakhiri sepenuh krisis kehakiman 1988 serta kegelapan kehakiman dua dekad sepanjang tempoh perjawatan ketua hakim yang berikut itu. Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri sehari selepas Jamuan Makan Malam Majlis Peguam bahawa bayaran ex-gratia untuk enam bekas hakim krisis kehakiman 1988 bukannya suatu bentuk meminta maaf tetapi hanya cara kami menangani sesetengah pertimbangan peribadi dan sesetengah pengalaman peribadi, kesukaran yang dilalui mereka telah membangkitkan persoalan mengenai nilai dan erti sebenar bayaran ex-gratia tersebut.


Bayaran ex-gratia goodwill tanpa mengkaji semula betul dan salah krisis kehakiman 1988 amatlah tidak memadai tetapi ia menjadi lebih tidak dapat diterima apabila keseluruhan asas bayaran adalah berlandaskan rasa kasihan atau pampasan demi menangani sesetengah pengalaman dan kesukaran peribadi yang dialami oleh enam hakim yang salah dihukum. Kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebenarnya telah bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa sumbangan kesukaran dan penderitaan enam hakim yang salah dihukum itu tidak boleh disamakan dengan mata wang yang dibayar. Dan bermaksud bahawa segala kesilapan dan ketidakadilan yang telah berlaku itu boleh diatasi dengan pampasan kewangan. Inilah sebab mengapa saya bertegas bahawa untuk memulakan satu bab baru untuk badan kehakiman Malaysia yang menghentikan kegelapan kehakiman selama 20 tahun ini, maka perlu tubuh satu Suruhanjaya Truth and Reconciliation untuk mengkaji apakah pengajaran yang harus diingat dari krisis kehakiman 1988 serta siri-siri skandal dan krisis kehakiman yang berlaku selepas itu, yang menggegarkan Malaysia selama 20 tahun ini.


Bukan untuk membalas dendam atau bersikap dendam tetapi untuk menghalang berulangnya perkara yang sama di masa depan. Menumpu hanya ke atas sebab mengapa pelbagai stakeholder negara, kehakiman, Parlimen, parti-parti politik, media
massa, masyarakat madani, semua gagal mempertahankan prinsip-prinsip perlembagaan utama doktrin pemisahan kuasa dari kebebasan kesaksamaan serta kecekapan badan kehakiman serta dua dekad. Saya pernah menyeru supaya diadakan pembaharuan kehakiman di dalam dan di luar Parlimen sepanjang dua dekad ini semasa negara terhuyung hayang dari satu krisis kehakiman ke satu krisis kehakiman yang lain.


Sejak berlakunya ibu kepada semua krisis kehakiman 1988 dan hakim-hakim yang berfikiran bebas sering dianiaya, Yang Amat Berhormat janganlah mengambil langkah yang setengah masak tetapi harus melaksanakan pembaharuan kehakiman yang mendalam demi memulihkan kehakiman Malaysia ke tahap bertaraf dunia yang pernah dicapai sejak merdeka pada 1957 sehingga dua dekad yang lepas. Untuk memastikan bahawa Malaysia bergerak keluar dari kegelapan kehakiman selama dua dekad ini, program pembaharuan kehakiman haruslah mengandungi elemen-elemen yang mendalam dan berleluasa seperti satu Suruhanjaya Penyiasat Diraja mengenai pembaharuan kehakiman yang mengemukakan cadangan-cadangan terperinci setelah mengkaji secara mendalam perihal kegelapan kehakiman dua dekad ini.


Kedua, menutup episod krisis kehakiman 1988 yang mengakibatkan pelucutan jawatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara, Datuk George Seah serta Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh sebagai Hakim Mahkamah Tertinggi mengambil hati bahawa mangsa-mangsa mother of judicial crisis in Malaysia tidak terhad kepada tiga hakim tertinggi yang dipecat ini, tiga lagi hakim yang dianiaya dan diheret ke depan tribunal kehakiman tetapi juga rakyat Malaysia dan negara yang menderita selama dua dekad berikutan dengan ‘penjarahan’ kegelapan kehakiman yang semakin serius ini.


Ketiga, menjunjung doktrin pemisahan kuasa menerusi pindahan fasal 121(a), Perlembagaan untuk memulihkan kuasa kehakiman termaktub sebagaimana yang tersedia dalam Perlembagaan merdeka dulu yang dihapuskan oleh satu pindaan Perlembagaan yang berlaku dalam tahun 1988 sebagai sebahagian dari tindakan keras terhadap hak asasi Operasi Lalang 1987/88. Suruhanjaya Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Kehakiman dan membaik pulih kod etika hakim untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kebebasan, kewibawaan dan integriti kehakiman dan menyediakan satu mekanisme yang memuaskan dan bertanggungjawab supaya orang awam supaya berpeluang membuat aduan terhadap hakim termasuk Ketua Hakim Negara sekiranya didapati mereka melanggar kod etika hakim.


Adalah sungguh mengecewakan bahawa cadangan-cadangan perundangan untuk tujuan pembaharuan kehakiman belum siap lagi untuk dibincang dalam mesyuarat Parlimen ini. Bilakah pindaan-pindaan Perlembagaan yang penting demi memperbaharui kehakiman seperti penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan dibentang di Parlimen dan diberi kuat kuasa. Adakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan dibentuk supaya ia dapat mempengaruhi pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru dalam tempoh kurang dari enam bulan lagi dan memastikan bahawa negara kita tidak akan mencapai nombor satu yang buruk nama iaitu seorang Ketua Hakim UMNO yang pertama.


Dalam Parlimen yang lepas saya pernah mempersoalkan kenaikan pantas secara fast-track Tan Sri Zaki Tun Azmi dalam badan kehakiman yang melihat beliau melonjak tiga langkah untuk sekali gus pada September yang lepas menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan tanpa melalui proses Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan dan seterusnya lonjakan keempat iaitu dinaikkan pangkat dalam tempoh tiga bulan menjadi Presiden Mahkamah Rayuan. Semua ini akan diikuti dengan lonjakan kali kelima dan menjadi Ketua Hakim Negara dalam tempoh satu tahun apabila Datuk Abdul Hamid Mohamed mengakhiri perkhidmatan dari jawatan penghakiman tertinggi Oktober ini. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersedia untuk membuat komitmen terbuka bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara yang seterusnya akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang telah mendapat persetujuan beliau untuk ditubuhkan.


Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, kita tidak akan berjaya mengadakan pembaharuan sama ada mengenai kehakiman atau memerangi rasuah kalau kita tidak ada pembaharuan, bukan mass media tetapi juga Parlimen. Kita perlu Parlimen yang bertaraf dunia dan dalam tahun 2004 saya ada kemukakan 12 cadangan bagaimana kita boleh mengadakan satu Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen boleh memainkan peranan yang berkesan seperti Select Committee yang menyeluruh sebagaimana Parlimen di negara-negara lain yang ada melalui reformasi beberapa generasi, tetapi di Malaysia belum pernah berlaku sungguhpun sudah 50 tahun. Setiap menteri patutlah dischedule oleh satu Parliamentary Select Committee mengadakan Parliamentary business yang ditentukan oleh pihak pembangkang atau opposition business. Ini adalah lebih mustahak apabila kita ada satu demografi yang baru dalam Parlimen. Sekurang-kurangnya ada sehari dalam seminggu yang boleh dinamakan sebagai opposition’s business day yang ditentukan oleh opposition oleh kerana Parlimen bukanlah dimiliki oleh parti-parti pemerintah atau kerajaan sahaja. Parlimen ialah komposisi kesemua Ahli-ahli Parlimen sama ada pemerintah atau pembangkang dan juga bahawa peruntukan di mana Perdana Menteri perlu setiap minggu sekurang-kurangnya sekali datang untuk Prime Minister’s question time.


Saya berharap bahawa 12 cadangan itu yang boleh dirujuk dalam ucapan saya pada Mei 2004 boleh menjadi satu asas untuk perubahan modenisasi Parlimen supaya kita tidak tertinggal di belakang. Akhirnya, selepas election ini apa yang mustahaknya ialah healing process. Kita lihat bahawa healing process bermula tetapi sebaliknya rakyat di tempat-tempat berlaku pecah belah yang lebih serius daripada desakan mengenai ketuanan Melayu dan sekarang ada kedaulatan Melayu. Kenapa kita tidak terdengar mengenai ketuanan Malaysia dan kedaulatan Malaysia? Masa sudah sampai Malaysia bersaing dengan dunia. Masa belum sampai. Kita masih mahu ke belakang. Itulah sikap sesetengah orang. Kalau kita tidak rela untuk mengadakan satu sikap yang baru, mengadakan satu conference, summit - kemuncak, semua parti, NGO dan rakyat Malaysia berbincang mengenai masa depan 50 tahun akan datang tentulah kita akan regret kita tidak akan mendapat tempat sewajarnya di dunia dalam cabaran zaman globalisasi. Sekian, terima kasih.

No comments: