(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya satu peluang untuk mengambil bahagian dan turut serta membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang saya hormati Dewan yang mulia, negara kita negara Malaysia mempunyai satu iklim dan alam sekitar yang amat sesuai bagi pengeluaran pertanian serta ternakan. Malangnya kita masih mengimport bahan-bahan makanan daripada negara-negara lain bagi menampung keperluan negara. Untuk makluman, negara kita dianggap sebagai satu rumah hijau dengan izin, green house yang sesuai untuk menghasilkan bahan pertanian sepajang tahun berbanding dengan negara-negara seperti Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat. Negara-negara ini hanya mempunyai masa yang terhad kerana iklim sejuk dengan izin, number of growing days are short, tetapi hasil keluaran keseluruhannya adalah lebih tinggi dan mereka juga dapat mengeksport ke serata dunia.
Kerajaan gagal mencapai tindakan susulan terhadap dasar-dasar pertanian yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Kerajaan juga tidak mempunyai satu pelan yang berfungsi. Segala-galanya kucar-kacir. Kerajaan hanya respond apabila satu-satu isu berlaku. Program-program pertanian yang dilaksanakan oleh kerajaan hanya beroperasi sewaktu memotong reben tanpa tindakan susulan. Pelan tindakan program serta aktiviti sering kali bertukar. Baru-baru ini berlaku pula isu kekurangan bekalan beras. Jumlah pengeluaran padi bagi tahun 2007 adalah 2.01 milion tan dengan purata hasil sebanyak 4.03 tan per hektar. Jumlah keluasan padi adalah 499,842 hektar. Ini merupakan 70% keperluan negara.
Untuk makluman, menggunakan statistik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hasil purata jelapang padi MADA adalah 4.46 tan sehektar, keluasan 193,056 hektar. Hasil purata jelapang padi KADA adalah 3.6 tan sehektar, keluasan 52,401 hektar. Akan tetapi, hasil purata jelapang padi, Projek Pembangunan Pertanian Integrasi Barat Laut Selangor (IADP PBLS) adalah 5.04 tan/hektar, keluasannya 36,530 hektar. Jika kerajaan dapat meningkatkan hasil padi MADA sebanyak 0.58 tan/hektar dan KADA sebanyak 1.44 tan/hektar sama seperti PBLS Sekinchan, Kuala Selangor itu, kerajaan dapat mengeluarkan lebih daripada 100% keperluan negara. Ini bermakna negara kita tidak akan mengalami kekurangan makanan bagi rakyat Malaysia, serta menjamin harga beras yang berpatutan.
Di samping itu, negara juga dapat mengeksport serta membantu negara-negara yang menghadapi kekurangan beras. Ini merupakan satu strategi yang mudah dapat dilaksanakan tanpa membuka kawasan baru serta tidak perlu perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan kawasan penanaman padi yang baru, selaras dengan program mengekalkan kehijauan negara dan dunia. Saya hairan kenapa kerajaan tidak mengambil satu kaedah yang mudah bagi mengatasi isu kekurangan padi. Untuk makluman juga, saya hairan purata hasil kawasan Sekinchan, Daerah Kuala Selangor adalah 9-10 tan/hektar. Ditambah pula, petani-petani di kawasan berkenaan dapat mengusahakan sebanyak lima musim dalam dua tahun. Adakah kerajaan sedar pengeluaran yang tinggi dari petani-petani ini? Jika ya, bilakah amalan-amalan kultura ataupun teknologi serta pengurusan dapat diperkenalkan di kalangan petani-petani jelapang padi dan di luar jelapang padi di negara ini.
Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan melawat kawasan Sekinchan dan mempelajari amalan kultura dan pengurusan yang dipraktikkan oleh mereka serta menyebarkan maklumat kepada pengusaha-pengusaha padi dengan segera, bagi mengatasi isu kekurangan beras. Kebiasaannya menteri serta rombongan akan melawat untuk pelajari teknik dan cara penanaman yang terbaik di negara-negara lain seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan sebagainya dengan satu perbelanjaan yang tinggi dengan menggunakan duit rakyat. Eloklah kerajaan mempelajari daripada belakang rumah kita sendiri, dengan mengadakan lawatan ke Sekinchan, yang hanya akan mengambil masa satu jam dari Dewan yang mulia ini.
Kerajaan harus memberikan subsidi tunai, kepada pengusaha-pengusaha padi dan bukan dalam bentuk input seperti baja, racun perosak dan sebagainya. Insentif dalam bentuk kewangan diberi untuk hasil padi. Untuk memastikan petani-petani terus mengusahakan penanaman padi, pendapatan yang diperoleh daripada padi mestilah lebih lumayan berbanding dengan komoditi lain. Kerajaan juga harus memberi permit AP untuk lebih banyak syarikat dan individu, supaya ada competition dan bukannya hanya dimonopoli oleh BERNAS untuk kepentingan beberapa pihak sahaja.
Bagi perhatian Dewan yang mulia ini, kerajaan telah gagal menghasilkan buah tempatan seperti pisang dan manggis dengan cara komersial yang berjaya. Di mana sahaja hidangan buah-buahan tempatan adalah terhad. Buah pisang berasal dari negara kita. Ia mengandungi banyak keistimewaan dan boleh memberi faedah serta mengandungi unsur kalium dan lain-lain zat makanan yang amat baik untuk kesihatan. Hari ini negara-negara Amerika Selatan, Amerika Tengah serta negara-negara lain menjadi pengeksport pisang yang utama. Manggis juga yang mempunyai banyak faedah yang boleh mengurangkan darah tinggi, kencing manis, serta dengan izin ‘anti-ageing properties’ dan lain-lain faedah, hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh ahli-ahli saintis daripada Amerika Syarikat empat tahun lepas. Buah manggis diiktiraf sebagai buah yang terbaik di dunia. Oleh yang demikian permintaan dan harga pasaran di Amerika Syarikat adalah USD40 untuk seliter jus buah manggis. Malangnya keluasan dan hasil buah manggis adalah sangat menyedihkan.
Hari ini Australia, Thailand serta beberapa negara yang lain telah mengambil kesempatan ini dengan menanam beribu-ribu hektar pokok manggis. Pada hal kerajaan kita pula, sedang membazir duit rakyat dengan memperkenalkan buah-buahan dengan izin, temperate seperti anggur, epal dan kiwi. Buah-buahan ini memerlukan iklim yang sejuk. Kerajaan harus fokus kepada kehendak negara. Saya berharap kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya, supaya bekalan bahan makanan adalah mencukupi.
Tuan-tuan dan puan-puan, Dewan yang mulia ini.... setelah mendengar keluhan, rintihan rakan-rakan dari Sabah yang berasa dipinggirkan, saya dari Padang Serai melihat sendiri dalam zaman pemerintahan UMNO Barisan Nasional, bagaimana rakyat Melayu desa yang miskin, sama juga dengan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak dan di seluruh negara. Beginilah juga keadaannya dengan masyarakat India di negara ini. Kini mereka hilang keyakinan sama sekali dengan Barisan Nasional.
Kerajaan Malaysia harus minta maaf kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga. Jelas kita nampak sumbangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia. Beliau telah menyumbang kepada pembangunan rakyat miskin melalui dasar-dasar Amanah Ikhtiar, PPRT, Yayasan Basmi Kemiskinan dan pelbagai lagi. Beliau juga menyumbang kepada pembangunan keseluruhan negara ini, dan saya adalah di antara mereka yang kagum dengan kerja-kerja beliau, di mana saya sanggup meninggalkan jawatan saya dalam MIC dan menyertai dan berjuang bersama-sama dengan reformasi dan Parti Keadilan Rakyat. [Tepuk]
Tidak ada di antara menteri-menteri yang duduk di hadapan saya ini, yang setaraf dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memecahkan benteng perkauman sama seperti apa yang berlaku pada Tembok Berlin di German. [Tepuk] Hari ini dengan bangganya, kita boleh menjadi ahli dalam satu parti politik yang diilhamkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tanpa sentimen perkauman. Beliaulah pengasas politik era baru di negara dengan satu harapan untuk masa hadapan negara ini. Beliaulah pemimpin yang membawa paradigma politik pada masa ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia, pendidikan di negara ini, ada dua sistem untuk sekolah-sekolah rendah iaitu sekolah bantuan modal dan sekolah bantuan penuh. Saya mohon agar kerajaan hapuskan sistem bantuan modal supaya ada sama ratanya.
Tsunami PRU-12 berlaku selepas masyarakat Malaysia merasakan mereka terpinggir. 10 November BERSIH turun ke jalanan menuntut PRU yang adil. Masyarakat Malaysia Sabah, Sarawak semuanya terabai oleh tindakan Barisan Nasional dan ditindas sama sekali. Mereka turun bersama-sana menuntut satu pilihan raya yang bebas dan bersih serta adil. Pada 25 November 2007, masyarakat India, iaitu melalui Hindraf sekali lagi turun dalam jumlah ratusan ribu menuntut keadilan serta kebebasan beragama, dan juga menuntut supaya tokong-tokong mereka dilindungi. Pada 16 Februari 2008, dengan sedihnya saya mengatakan segolongan rakyat Malaysia turun ke kawasan Parlimen untuk memberikan bunga ros kepada Perdana Menteri memandangkan 14 Februari adalah Hari Valentine, dengan izin. Akan tetapi Perdana Menteri kita menyambut mereka, dengan menembak mereka dengan air asid, gas, dipukul lagi. Kerajaan harus sedar bahawa mereka melakukan kezaliman demi kezaliman dan kerajaan harus membebaskan semua tahanan ISA dengan segera, dan mansuhkan ISA di negara ini dan berikanlah kebebasan kepada keluarga-keluarga yang ditindas itu. [Tepuk]
Ahli-ahli politik bertanggungjawab terhadap kemusnahan sistem pendidikan di negara ini sehingga taraf pendidikan dan status Institusi pengajian tinggi telah jatuh ke taraf yang amat memalukan Malaysia. Biarlah para profesional yang merancang serta melaksanakan sistem pendidikan negara ini sebelum ianya hancur. Ahli-ahli politik mestilah berhenti campur tangan dalam isu sistem pendidikan negara...
Tuan Yang di-Pertua: Satu minit lagi Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: ...Kerajaan menggunakan murid-murid sekolah bagi kepentingan politik. Padahal anak-anak mereka telah dihantar ke luar negara untuk dididik. Mereka tidak yakin terhadap sistem pendidikan awam negara. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah tidak merangsang pembentukan intelek khususnya sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan daif dan usang. Tahniah Barisan Nasional!
Adalah amat penting untuk memastikan bahawa hanya ada satu sistem iaitu sekolah bantuan penuh sahaja yang diamalkan bagi seluruh negara. Bantuan kewangan kepada semua pelajar, penuntut yang miskin perlu diberi kepada setiap rakyat Malaysia sehingga mereka mendapat ijazah Bantuan biasiswa penuh perlu kepada semua murid, penuntut yang cemerlang. Masa kini para intelek dan para saintis dalam bidang-bidang profesional telah melarikan diri ke negara-negara lain. Kerajaan harus kaji semula keberkesanan Program Kembali Berkhidmat Untuk Negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat, marilah kita menunjukkan kemuliaan kita dengan menyokong supaya ISA dimansuhkan di negara ini dan juga marilah kita sedar bahawa di Dewan yang mulia ini pernah duduk seorang yang bernama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau adalah timbalan presiden dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau dihina dan hari ini ada beberapa orang di dalam Dewan ini yang masih mahu meneruskan penghinaan itu dan sedarlah Ahli Yang Berhormat. Kalau belum insaf saya akan minta Tok Guru Nik Aziz menunggu supaya kamu boleh pergi jumpa untuk ditarbiyah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan.Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Berapa banyak minum ‘todi’ ooo! [Ketawa] Bagilah sedikit.

No comments:
Post a Comment