(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk memberi ucapan Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-12 pada hari ini.
Saya menggunakan peluang keemasan ini bagi merafakkan sembah taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dengan penuh takzimnya menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-12 ini.
Sebagai pembuka kata saya secara peribadi dengan penuh takzimnya menyampaikan ucapan terima kasih terhadap, ucapan tahniah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada ahli-ahli Dewan yang terpilih dan saya melafazkan janji bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku yang terpuji demi maruah diri dan negara sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, setelah membaca teks Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong setebal 20 muka surat kini saya memohon izin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat ke muka 12 perenggan 30. Dalam hal ini perhatian saya tertumpu pada perenggan 30 dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada muka surat 12 iaitu titah Baginda yang berbunyi: “Lebih 12 juta pekerjaan akan diwujudkan dalam pelbagai sector ekonomi. Beta juga sukacita sehingga kini sejumlah RM30 bilion pelaburan akan dilaburkan dalam sektor hartanah, pelancongan dan rekreasi di Wilayah-wilayah Iskandar Malaysia”.
Berhubungan dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengatakan lebih 12 juta pekerjaan akan diwujudkan dalam pelbagai sektor ekonomi. Saya dengan ini mengemukakan maklumat lain yang disandarkan kepada Laporan Tahunan 2007 - Bank Negara Malaysia, bagaimana ia menunjukkan guna tenaga untuk negara kita bagi tahun 2007 adalah berjumlah 11,399,400 orang.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, persoalan yang saya bangkitkan di sini ialah berkaitan dengan jangkaan dan kiraan guna tenaga iaitu sebanyak 11.4 juta pada tahun 2007 dengan 12 juta pekerjaan yang bakal ditawarkan sepanjang lima tahun yang mendatang. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun negara menawarkan lebih 23 juta pekerjaan dan saya mohon kerajaan memberikan andaian-andaian mengapa angka tersebut dapat dinyatakan dan ini memberikan kita kesan kerana andaian-andaian itu mestilah betul kerana dalam keadaan ekonomi dunia yang ada sekarang andaian-andaian itu akan menunjukkan angka-angka tersebut
boleh dan terpaksa ditukar.
Sebagai perbandingan, bagi guna tenaga di negeri Selangor, pada tahun 2007 sebanyak 2.94 juta tidak termasuk kiraan 1.5 juta pekerja asing. Projection ataupun unjuran guna tenaga negeri Selangor mulai tahun ini hingga tahun 2020, hanya pertambahan hampir satu juta iaitu dengan mengambil kira usaha Kerajaan Negeri Selangor mengurangi pergantungan kepada pekerja asing. Di antara misi dan usaha Kerajaan Negeri Selangor ialah usaha merealisasikan visi bagi golongan pekerja. Antaranya mengadakan latihan kemahiran bagi tenaga pekerja tempatan dan bakal pekerja di kalangan anak-anak lepasan sekolah dan penganggur yang berusia 25 tahun ke 35 tahun di samping mengkaji perubahan permintaan pasaran guna tenaga yang dinamik.
Berhubung dengan titah Seri Paduka Baginda yang berbunyi,”Beta juga sukacita sehingga kini sejumlah RM30 bilion pelaburan akan dilaburkan dalam sektor hartanah, pelancongan dan rekreasi di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia”. Saya dengan ini menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap malapetaka yang menimpa Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Pelabuhan Klang yang sudah diberitahu mengalami kerugian berbilion-bilion ringgit akibat pelbagai perilaku yang tidak jujur oleh pihak pelabur dan pihak yang bertanggungjawab. Dalam pada rakyat terutama di Selangor tertanya-tanya terhadap malapetaka yang sudah pun menimpa projek Zon Perdagangan Bebas, Pelabuhan Klang (FTZ) yang masih belum terjawab. Kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat terutama yang baru di dalam Dewan yang mulia ini perlu bersikap berhati-hati dalam hal membelanjakan berbilion-bilion ringgit duit rakyat. Tegasnya, kita tidak sanggup lagi menanggung derita malah menanggung malu kehilangan berbilion ringgit yang sesuatu buruk berlaku. Mungkin kepada Wilayah Pembangunan Iskandar, Malaysia sebab banyak pihak kini sudah mula mempersoalkan yang wilayah itu akan lebih menguntungkan negara lain, bukan rakyat Malaysia.
Justeru itu, kemusykilan saya ini diharap pihak kerajaan prihatin dan memberi penjelasan tentang beberapa financial feasibility dan juga exit strategy pelabur-pelabur agar dapat rancangan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat terutamanya dalam usaha pembangunan negara akhirnya menguntungkan rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga merasakan ramai Ahli-ahli Dewan ini berminat tentang air percuma. Antara yang membincangkan perkara tersebut termasuk rakan-rakan saya daripada Batu Pahat dan juga dari Pontian. Mereka-mereka ini telah membangkitkan dengan adanya air percuma, mereka merasakan terdapat pembaziran penggunaan air yang lebih banyak dan akan memberi beban kepada masyarakat.
Yang sebenarnya untuk pengetahuan Ahli Dewan, walaupun kita bersedia memberi air percuma oleh sebab itu adalah sebagai satu usaha kebajikan Kerajaan Negeri Selangor, mungkin banyak kerajaan-kerajaan lain cemburu tentang kebolehan Kerajaan Negeri Selangor. [Tepuk] Kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan ketidakgunaan yang berlebihan oleh pengguna-pengguna suri rumah. Umpamanya sebagai contoh, mekanisme harga ini telah menekankan penggunaan 20 meter kiub yang pertama dikenakan harga 50 sen dan penggunaan meter kiub yang seterusnya sudah ada dibuat dalam bil air SYABAS ini sudah jelas menunjukkan harganya dinaikkan kepada RM1.03 sen. Kalau penggunaan itu melebihi lagi, harga itu akan naik kepada RM2.00. Jadi, apabila mereka menggunakan air percuma 20 meter kiub dengan percuma, tetapi oleh sebab keghairahan untuk menggunakan air, dia menggunakan lebih banyak, bayarannya akan bertambah dua kali ganda. Jadi oleh sebab itu, kini kita melatih masyarakat kita berjimat cermat menggunakan mekanisme harga bagi salah satu cara untuk menunjukkan bagaimana penggunaan harga itu dapat menentukan masyarakat dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya.
Ini satu pengajaran yang baik untuk negeri-negeri yang lain supaya mereka akan dapat menggunakan perkara ini. Walau bagaimanapun, saya juga berminat tentang beberapa kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat daripada Pontian yang menyatakan pada pemikiran mereka bahawa pemberian air percuma ini merupakan satu rasuah Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor. Walaupun kabilah ini tidak boleh dipastikan, tetapi saya berharap Yang Berhormat dari Pontian bolehlah menulis surat kepada Ketua Perhubungan Negeri UMNO Selangor supaya menyatakan pandangan tersebut dan jika mereka tidak berminat untuk mendapat air percuma bolehlah menulis surat kepada Menteri Besar [Tepuk] dan kita telah menyediakan satu program komputer untuk mengasingkan nama-nama mereka. Lebihan kewangan tersebut, saya akan berikan kepada Sekolah Agama Rakyat, sekolah Cina, sekolah Tamil untuk kegunaan mereka. [Tepuk]
Sebab saya fikir, ini adalah satu pengajaran bagaimana pengurusan social contract, kebajikan yang dapat dilakukan dengan cara teratur dan tertib yang boleh menolong rakyat terbanyak. Jadi, saya berharap perbincangan macam ini terus diteruskan supaya negara kita makmur, rakyat kita makmur dan cara penggunaan kita dengan cara ekonomi yang berkesan. Terima kasih.

No comments:
Post a Comment