Monday, June 11, 2007

SENARAI ENAKMEN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI

SENARAI ENAKMEN BERKAITAN AGAMA ISLAM YANG DILULUSKAN OLEH KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI ( SEHINGGA JULAI 2002)

1. SELANGOR

1. Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam Selangor 1952
2. Enakmen Keluarga Islam Selangor 1984
3. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989
4. Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor 1991
5. Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor 1991
6. Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995
7. Enakmen Keterangan Syariah 1996
8. Kaedah-kaedah Peguam Syarie
9. Kaedah-kaedah Fee dan Kos
10. Kaedah-kaedah Materi Mahkamah Syariah

2. TERENGGANU
Negeri Terengganu merupakan satu daripada dua negeri yang paling ketinggalan dalam penggubalan undang-undang yang berkaitan hal ehwal Islam dan Hukum Syara' di Malaysia. Undang-undang yang berjalan kuatkuasanya (sehingga Ogos 2002) di dalam Mahkamah Syar'iah Terengganu hanyalah;
1. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam, 1986; dan
2. Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam, 1985.


Bagaimanapun Kerajaan Negeri yang baru di bawah PAS telah mengorak langkah dengan menggubal, melulus dan menguatkuasakan beberapa lagi enakmen seperti berikut :

1. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2001,
2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2001
3. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001
4. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2001
5. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) 2002


3. JOHOR

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor menjalankan fungsi-fungsi utamanya berbekalkan kuasa yang diberi oleh beberapa buah Enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Johor. Jabatan Kehakiman Syariah tidak boleh berfungsi tanpa Enakmen-Enakmen ini:-

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978;
2. Enakmen Mahkamah Syariah (Penubuhan) 1993;
3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1990;
4. Enakmen Keterangan Syariah 1993;
5. Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah 1997; dan
6. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997

4. PAHANG

1. Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan1987) dan
2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1987.

5. PERLIS

1. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Perlis 1963.
2. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988.
3. Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.
4. Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah 1990 ( Pindaan 1995).

6. SARAWAK

Since 1991, there are six ordinances passed by State Assembly and two rules and regulations passed by Majlis Islam Sarawak to enforce and implementation in the state, that is :-

1. Ordinan Mahkamah Syariah, 1991
2. Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, 1991
3. Ordinan Acara Mal, 1991
4. Kanun Acara Jenayah, 1991
5. Ordinan Keterangan Syariah, 1991
6. Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah, 1991
7. Kaedah Peguam Syarie, 1992
8. Kaedah-Kaedah Prosiding Suami Isteri, 1992

7. WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
2. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
3. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
4. Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
5. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
6. Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
7. Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965

8. MELAKA

Sebelum kedatangan penjajah barat, undang-undang asas dan dasar Negeri Melaka adalah Undang-Undang Islam. Undang-undang ini dilaksanakan meliputi semua bidang iaitu Undang-Undang Keluarga, Jenayah, Undang-Undang Tanah dan Mal. Undang-Undang Islam mulai dikumpul serta dikanunkan sehingga menjadi rujukan dan ia dinamakan "Hukum Kanun Melaka" atau " Undang-Undang Melaka". Pengumpulannya dibuat pada zaman Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444M) dan dilengkapkan pada zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450M). Hukum Kanun Melaka mempuyai pengaruh yang besar dan berkesan di negeri-negeri Melayu dibawah pemerintahan Empayar Melaka dan negeri-negeri yang berjiran dengannya termasuk Brunei dan Pontianak.
Kedatangan British ke Asia Tenggara memberi kesan yang mendalam terhadap Undang-Undang Islam terutamanya kepada Tanah Melayu amnya dan Negeri Melaka khususnya. Institusi Kehakiman di Melaka telah ditubuhkan menerusi Piagam Keadilan 1807, manakala Mahkamah Syariah diletakkan dihirarki yang paling rendah berbanding dengan Mahkamah-Mahkamah yang lain. Penjajahan British telah meminggirkan Undang-Undang Islam dan hanya mempuyai bidang kuasa dalam hal-hal seperti pernikahan, cerai, pembahagian harta pusaka dan lain-lain yang berhubungan dengan kekeluargaan sahaja. Keadaan ini berterusan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Mahkamah Syariah Negeri Melaka adalah dipertanggungjawab untuk melaksanakan keadilan sepertimana yang diperuntukan di bawah Enakmen-Enakmen berikut:

1. Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka 1991.
2. Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (pindaan) Negeri Melaka 1992.
3. Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (pindaan) Negeri Melaka 1994.
4. Enakmen Keluarga Islam Negeri Melaka 1983.
5. Enakmen Prosedur Jenayah Negeri Melaka 1986.
6. Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
7. Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah Negeri Melaka 1991.
8. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Melaka 1985.
9. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (pindaan) Negeri Melaka 1991.
10. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (pindaan) Negeri Melaka 1992.
11. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985 (Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1989)
12. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka 1992.
13. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Islam Kepada Orang Bukan Islam 1988.
14. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Melaka 1988.
15. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama (pindaan) Negeri Melaka 1989.
16. Enakmen Tabung Amal Jariah Melaka 1994.
17. Peraturan-Peraturan Lembaga wakaf, Zakat Baitulmal Negeri Melaka 979.
18. Peraturan-Peraturan Pengawal dan Penyelaras Sistem Pelajaran dan Pendidikan Islam Negeri Melaka

9. NEGERI SEMBILAN

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan berfungsi berdasarkan bidangkuasa yang diberikan di bawah:
1. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan, 1983;
2. Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan, 1991;
3. Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Negeri Sembilan, 1992;
4. Enakmen Kaedah-kaedah Prosedur Mal Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, 1992;
5. Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan, 1992; dan
6. Enakmen Keterangan Syariah Negeri Sembilan, 1992.


10. KEDAH

Dalam melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang syariah, sebanyak 10 Enakmen telah diluluskan dan dikuatkuasakan bagi perbicaraan di Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Enakmen-enakmen tersebut ialah
1. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah 1962.
(Berkuatkusa pada 4 Oktober 1965)

2. Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979 Bil. 1 Tahun 1984.
(Berkuatkuasa pada 1 Januari 1985)

3. Aturcara Mal Islam (Kedah) 1979 Bil. 2 Tahun 1984.
(Berkuatkusa pada 1 Januari 1985)

4. Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 1993 Bil. 4 Tahun 1994.
(Berkuatkuasa pada 1 Januari 1996)

5. Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Kedah) 1988.

6. Enakmen Acara Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

7. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.
(Berkuatkuasa pada 1 Oktober 1988)

8. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988.

9. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah) 1989.
(Berkuatkuasa pada 1 Julai 1990)

10. Undang-Undang Zakat Tahun 1955 (1374)

11. Peraturan Menurut Seksyen 9

12. Peraturan-Peraturan Zakat Tahun 1982 (Berkuasa pada 25 Oktober 1982)

11. KELANTAN

1. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah – No. 3/1982
2. Enakmen Kanun Jenayah Syariah – No. 2/1985
3. Enakmen Acara Jenayah Syariah – No. 9/1983
4. Enakmen Acara Sivil Syariah No. 5/1984
5. Enakmen Keluarga Islam – No. 1/1983
6. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah - No. 1/1991
7. Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan - No. 4/1994
8. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993
9. Enakmen Kawalan Hiburan 1998

12. PULAU PINANG

1. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993
2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 1985 Pindaan 1993
3. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996
4. Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996
5. Enakmen Keterangan Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996
6. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1999
7. Kaedah-Kaedah Acara Jenayah (Borang & Fee) Negeri Pulau Pinang 1998

13. PERAK

1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984
2. Enakmen Keterangan (Mahkamah Syariah) 1994
3. Kanun Acara Jenayah (Syariah) 1994
4. Enakmen Pentadbiran Islam 1992
5. Enakmen Jenayah (Syariah) 1992
6. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 1992
7. Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1992
8. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 1996

No comments: