KITAB AL JINAYAT
Ini kitab pada menyatakan hukum jenayah. Iaitu membunuh atau memotongkan anggota atau melukakan atau menghilangkan pendengaran atau penglihatan dan lainnya.
(Bermula) membunuh itu terbahagi atas tiga bahagi sengaja semata-mata dan tersalah semata-mata dan menyerupai sengaja. (Maka yang sengaja) semata-mata itu bahawa menyegajai oleh jani (pembunuh) kepada memukul seseorang dengan sesuatu yang membunuh ia pada ghalibnya maka wajib qud yakni qisas atas jani. Dan disyaratkan pada wajib qisas pada diri yang kena bunuh (mangsa) atau memotongkan anggotanya hendak ada ia Islam atau Iman. Maka jadi hadir (diqisas) kafir harbi dan yang murtad pada hak Muslim (jika membunuh/mencederakan Muslim). Maka jika dimaaf mujani alaihi (mangsa atau waris mangsa) daripada jani pada surah (kes) sengaja semata-mata ini wajib atas orang yang membunuhnya diyat yang mughalazah (berat) lagi tunai ia pada harta yang membunuh seperti lagi akan datang sebutnya. Dan dikehendaki dengan maaf ini, masanya atas diyat (tempoh jelaskan diyat). Maka jika katanya aku maafkan dia semata-mata gugurlah qud dan tiada wajib diyat. Demikian lagi jika diitlak (tidak berniat) akan maafnya seperti (tetapi) katanya aku maaf daripadanya jua maka gugur qud dan tiada wajib diyatnya.
(Dan yang tersalah semata-mata itu) seperti ia melontarkan sesuatu seperti perburuan atau pohon kayu maka mengenai seseorang atau ia melontarkan si Zaid maka mengenai akan si Omar dan mematikan dia maka tiada wajib qud atas yang melontarnya bahkan wajib atasnya diyat yang muhaffafah (ringan) atas aqilah (saudara sebelah bapa) ditangguhkan mereka itu di dalam masa tiga tahun dengan ijmak seperti barang yang dihikayatkan dia oleh Imam Syafie dan lainnya diambil pada akhir tiap-tiap tahun daripadanya kadar salasa diat (sepertiga) yang sempurna atas aqilah yang kayanya yang ada ia mempunyai emas pada akhir tiap-tiap tahun setengah dinar dan daripada yang mempunyai perak enam dirham seperti dikata oleh Syeikh Mutawalli.
Maka aqilah yang kaya itu mereka yang memiliki ia lebih daripada barang yang memadai umur yang ghalib baginya dan bagi orang yang wajib nafkahnya dua puluh dinar atau lebih. Maka jika memiliki ia lebih daripada barang yang memadai umur yang ghalib kurang daripada dua puluh dinar atau lebih daripada serubuk (suku) dinar maka iaitu mutawasitah wajib atasnya serubuk dinar jika ia daripada orang mempunyai emas dan tiga dirham jika ia daripada yang mempunyai perak. Dan jika tiada memiliki ia akan yang tersebut adalah ia faqir tiada aqilah akan sesuatu. (Dan dikehendaki) dengan aqilah itu segala asbah (darah daging –saudara mara) bagi jani yang lain daripada usulnya (bukan saudara sebapa) dan furuknya (anak cucu cicit sendiri atau anak cucu cicit saudara sebapa) maka segala usul bagi jani dan segala yang furuknya tiada wajib diaqilah sesuatu.
(Dan yang menyerupai sengaja itu) bahawa ia qasad memukul akan dia dengan sesuatu yang tiada mematikan pada ghalibnya seperti dipukulkan dia dengan tongkat yang ringan atau tongkat yang halus dan umpamanya maka mati orang yang dipukulkan dia. Maka tiada qud di atas yang memukulnya bahkan wajib atasnya diyat yang mughalazah atas aqilah ditangguhkan dia di dalam masa tiga tahun.
(Bermula) syarat wajib qisas membunuh empat perkara. (Pertamanya) bahawa ada yang membunuh itu baligh maka tiada wajib qisas atas kanak-kanak dan jika berkata ia aku sekarang kanak-kanak dibenarkan dia dengan tiada sumpah jika mumkin dan patuh ia itu kanak-kanak. Maka bahawasanya yang belum lagi baligh tiada qisas atasnya seperti yang gila yang lagi akan datang tetapi wajib diyat daripada harta kedua-duanya seperti sesuatu yang dibinasa oleh keduanya wajib didhamankan (gantirugi) dia daripada harta keduanya. Adapun (jika mangsa) kafir harbi maka tiada wajib qisas atasnya (kanak-kanak Muslim) dan tiada diyat pula apabila membunuh akan yang lainnya pada ketika ia harbi.
(Dan keduanya) bahawa ada yang membunuh berakal maka tertegah mengambil qisas daripada yang gila melainkan jika berputus-putus gilanya maka diambil qisas daripadanya jika jenayahnya di dalam masa siumannya bersalahan (kecuali) jika jenayahnya di dalam masa gila (tidak diambil qisas). Dan wajib qisas atas orang yang hilang akalnya dengan meminum sesuatu yang mabuk dengan sengaja pada meminumnya. Maka keluar (kecuali) orang yang tiada sengaja seperti ia meminum sesuatu sangkanya tiada memabukkan maka hilang akalnya maka tiada wajib qisas atasnya.
(Dan ketiganya) dan tiada ada yang membunuh ibu bapanya bagi kena bunuh yakni usul (keturunan) baginya dan jika tertinggi sekalipun (datuk,nenek,moyang) samada lelaki atau perempuan dan jika ia kafir sekalipun. Maka tiada diqisas akan bapa dengan sebab dibunuh akan anaknya dan jika terkebawah sekalipun. Dan bunuh akan anak dengan sebab ia bunuh akan bapa dan dibunuh akan segala mahram setengah mereka itu dengan sebab membunuh akan setengahnya. Maka apabila membunuh akan saudara akan saudaranya dibunuhkan dia dengan sebab membunuh ia akan dia.
(Dan keempatnya) bahawa tiada yang dibunuhkan dia kurang daripada yang membunuhnya dengan kafir atau sahaya. Maka tiada dibunuh (qisas) akan Muslim dengan membunuh akan kafir samada harbi atau zimmi atau mu’ahad. Dan tiada dibunuhkan orang yang merdeka dengan membunuh akan sahaya. (Dan jika) yang dibunuh akan dia itu kurang daripada yang membunuhnya dengan besar atau kecil atau panjang atau pendek umpamanya maka tiada diiktibar dengan yang tersebut. Maka dibunuh akan yang muda dengan membunuhnya akan yang tua. Dan dibunuh akan yang besar dengan membunuhnya akan yang kecil. Dan akan yang panjang dengan pendek dan akasnya. Dan demikian lagi dibunuh akan yang alim dengan membunuhnya akan yang jahil dan yang mulia dengan membunuhnya akan yang hina. Dan dibunuh akan laki-laki dengan membunuhnya akan perempuan dan khunsa dan akasnya. Kerana tiada diiktibarkan berlebih kurang pada segala pekerjaan ini. Dan sanya diiktibarkan berlebih kurang itu pada sifat yang telah lalu itu jua seperti Islam dan merdeka dan usul dan siyadah (kedaulatan) bersalahan yang lain daripadanya (seperti warna kulit dsb).
(Dan dibunuh akan jamaah) yakni perhimpunan jikalau banyak sekalipun dengan membunuh mereka itu akan seorang jika kafir ia akan mereka itu (sekumpulan kafir membunuh seorang Muslim). Dan adalah perbuatan tiap-tiap seorang daripada mereka itu jika tinggal seorang dirinya (si mangsa) nescaya mematikan.
(Dan tiap-tiap dua orang) yang berlaku qisas antara keduanya pada membunuh nescaya berlaku pula antara keduanya pada (mencederakan) segala anggota seperti tangan dan kaki dan telinga dan pendengar dan penglihat dan pembau maka berlaku pada sekeliannya itu qisas. Dan seperti disyaratkan yang membunuh dahulu itu hendak ada ia mukalaf iaitu aqil baligh dan segala syarat yang dahulu itu disyaratkan pula pada yang memotongkan anggota bahawa hendak ada ia mukalaf iaitu aqil baligh dan segala syarat yang dahulu itu.
Maka orang yang tiada dibunuh akan dia dengan sebab membunuh ia akan seseorang nescaya tiada dipotongkan dia dengan sebab ia memotongkan anggota seseorang. Maka tiada dipotongkan anggota kanak-kanak dan gila dengan sebab memotong keduanya akan anggota yang lainnya. Dan tiada dipotongkan anggota bapa dengan memotong anggota anaknya. Dan tiada dipotongkan anggota orang Muslim dengan memotongnya akan anggota kafir.
(Dan disyaratkan) wajib qisas pada segala anggota kemudian daripada segala syarat yang tersebut dua syarat pula.
(Pertamanya) bersekutu pada nama anggota itu iaitu kanan dengan kanan yakni dipotongkan kanan umpama telinga atau tangan atau kaki dengan sebab ia potongkan yang kanan daripada yang tersebut. Dan dipotongkan yang kiri daripada yang tersebut dengan sebab memotongnya akan yang kiri daripada yang tersebut. Maka tiada dipotongkan kanan dengan yang kirinya dan tiada akasnya.
(Dan keduanya) bahawa tiada ada pada salah suatu daripada dua anggota itu lasa (lumpuh). Maka tiada dipotongkan tangan atau kaki yang sahih dengan sebab memotongkan akan tangan atau kaki yang lasa iaitu yang batil pekerjaannya. Adapun anggota yang lasa maka dipotongkan dia dengan sebab memotongnya akan yang sahih melainkan jika berkata dua orang yang adil daripada ahli al habrah bahawasanya yang lasa itu jika dipotongkan dia tiada putus darahnya bahkan terbuka segala lubang uratnya dan tiada tertib dengan diserapi maka tiada dipotongkan yang lasa dengan yang sahihnya. Dan disyaratkan serta aman daripada tiada putus darah itu bahawa reda pula dengan yang lasa itu oleh yang menyempurnakan dia dan tiada dituntuti asyr (kadar diyat) bagi lasanya.
(Dan tiga-tiga) anggota yang dipotongkan dia daripada sendinya maka padanya qisas kerana dapat disabitkan dia serta amannya daripada bertambah pada tatkala menyempurnakan dia dan anggota yang tiada sendinya tiada boleh qisas padanya. Maka tiada qisas pada pecah tulang kerana tiada dapat disabitkan dia.
Dan wajib qisas pada memecahkan mata dan memotongkan telinga dan kelopak mata bibir mulut yang di bawah dan yang di atas dan lidah dan zakar dan dua bijinya dan dua bibir faraj dan dua daging punggung kerana bagi sekelian itu kesudahan yang dapat disabitkankan dia. Tetapi tiada diambil mata yang baik dengan yang buta dan tiada lidah yang bertutur dengan lidah kelu dan wajib qisas pada gigi dan tiada qisas pada segala luka-luka melainkan pada muzahah yakni luka yang sampai kepada tulang kerana mudah disabitkan dia.

Sumber : (Matla'al Badrin Wa Jami' al Bahrain, ms 185-188 Cetakan 13 Oktober1984 dari karangan asal bertarikh 12 Syaaban 1303H oleh Muhammad bin IsmailDaud Fatani)
No comments:
Post a Comment