Ini kitab pada menyatakan hukum Sil yakni menyegajai seorang akan seorang dan barang yang dibinasakan oleh binatang.
(Bermula) orang yang diqasadkan dia oleh yang menyegajai samada Islam atau kafir, berakal atau gila, baligh atau kanak-kanak, kerabatnya atau ajnabi atau binatang. Menyengaja yang tersebut itu dengan menyakiti akan dia pada dirinya seperti membunuh atau memotong anggota atau membatalkan manfaat atau pada hartanya jika sedikit sekalipun, atau ikhtisas seperti kulit bangkai atau pada harimnya isterinya atau sahaya perempuannya atau anaknya atau kerabatnya dengan wathi’ atau muqadimahnya seperti mengkucup atau berpeluk. Maka berbunuh-bunuh ia kerana menolak daripada dirinya atau daripada hartanya atau daripada haramnya dan membunuh akan yang menyegajainya itu maka tiada wajib sesuatu atasnya daripada qisas dan diyat dan tiada kifarah dan tiada pula harga binatang dan tiada berdosa atasnya. Dan samada yang tersebut itu bagi yang menolakkan ia bagi orang lainnya dan harus ditolakkan yang menyegajai itu dengan ghalib zan akan menyegajanya . Maka tiada disyaratkan pada harus menolak itu sudah memakan ia dengan menyegajanya.
(Dan hendaklah) ditolakkan yang menyegajai itu dengan yang ringan. Maka yang ringannya jika boleh seperti lari, kemudian maka ditakuti akan dia, kemudian maka minta tolong, kemudian maka dipukul dengan tangan, maka dengan tongkat kecil, maka dengan yang besarnya dengan memotong, maka dengan membunuh bahkan jikalau sudah bercampur berbunuh-bunuh antara keduanya. Dan payahlah pekerjaan daripada hendak disabitkan dia gugurlah tertib yang tersebut. Dan faedah tertib yang tersebut itu bahawasanya manakala menyalahi dan berpaling ia kepada satu martabat serta dapat dipadakan dengan barang yang kurang daripadanya wajib dhamannya. Dan dipeliharakan tertib itu lain daripada zina maka jika dilihat akan dia telah dimasukkan zakarnya pada perempuan yang ajnabi maka harus baginya bahawa dimulakan dengan membunuh dan jika tertolak dengan yang kurang daripadanya sekalipun dan yang muktamadnya wajib tertib pada zina.
(Maka jika tiada) ada padanya melainkan pedang maka harus baginya dipukul dengan dia dan jika tertolak yang menyegajai itu dengan tongkat kecil atau besar sekalipun kerana tiada dapat ditolaknya melainkan dengan dia. (Dan tiada wajib) tertib jika yang menyegajai itu tiada dihormati akan dia seperti kafir harbi dan murtad maka harus dibunuhkan dia pada permulaannya kerana tiada hormatnya.
(Dan orang yang) membawa binatang wajib ia dhaman barang yang dibinasakan dia nyawa atau harta samada yang membawa itu miliknya, atau yang menyewanya, atau meminjamnya, atau yang merampasnya. Dan samada ia menghalaukan dia atau menaikkan dia atau menuntunkan dia. Maka wajib dhaman orang yang menyertai binatang itu pada ghalibnya dan terkadang tiada wajib ia dhaman seperti dipernaik akan binatang orang ajnabi akan kanak-kanak dengan tiada izin wali atau akan yang gila atau dicucuk akan binatang oleh seseorang dengan tiada izin orang yang menyertai binatang itu atau dikeraskan dia oleh binatang maka berhadap oleh seseorang dan mengembalikan dia maka membinasa binatang itu akan sesuatu pada ketika berpalingnya. Wajib dhamannya atas yang ajnabi pada masalah yang pertama dan yang menyucuknya pada yang kedua dan atas yang mengembalinya pada yang ketiganya.
(Dan wajib dhaman) orang yang membawa binatang akan sesuatu yang binasa dengan sebab berkencingnya atau tahinya pada jalan atau berlarinya pada jalan jika lari yang beradat sekalipun. Ini dijazamkan dia pada Rudhah dan usulnya dan ialah yang dinaqalkan daripada nas ‘al Umm’ dan ‘Azhab’ dan dijazam dengan dia pada ‘Majmuk’ dan padanya ikhtimal (ditimbang) bagi imam dengan tiada wajib dhaman dan ialah yang muktamadnya tetapi disyaratkan pada lari yang beradat.
(Maka wajib dhaman) yang tersebut itu seperti wajib dhaman orang yang menanggung kayu jika atas binatang sekali pun jika digores cedera orang maka roboh atau binasa sesuatu dengan sebab kayu itu pada ketika bersesak-sesak atau pada ketika tiada bersesak dan orang yang binasa itu memberi belakang atau orang buta atau binasa sesuatu beserta kepadanya dan tiada ia menjagakan keduanya.
(Dan jika ada binatang) ia asing sendirinya pada padang atau pada kampung dan membinasa ia akan sesuatu seperti perhumaan maka wajib dhamannya atas mempunyai tangan iaitu malik atau yang menyewa atau lainnya jika takzir ia pada tambatnya atau pada lepasnya seperti ditambatnya pada jalan jika luas sekali pun atau dilepas ke padang yang pada tengah perhumaan orang dan dibinasakan dia wajib dhaman. Maka jika tiada takzir seperti dilepas ke padang yang tiada ia tengah perhumaan tiada wajib dhamannya.
Dan tiada wajib dhaman jika takzir empunya benda yang dibinasakan dia oleh binatang seperti ‘di……..’ badannya kepada binatang atau dihantarkan pada tengah jalan atau ada hazir ia dan tiada ditolakkan binatang itu atau ada bendanya di dalam pagar atau kandang yang ada pintunya dan ditinggalnya terbuka maka tiada wajib dhaman atasnya kerana takzir empunyai benda itu. Maka jika tiada takzir empunya benda maka padanya tafsil iaitu jika ia lepaskan binatangnya pada waktu yang telah berlaku adat tambatnya pada waktu itu wajib dhamannya atas empunya binatang . Dan jika dilepaskan pada waktu yang telah berlaku adat dengan dilepasnya tiada wajib dhaman atasnya.
(dan istisna’) daripada segala binatang itu segala burung-burung seperti merpati yang dilepas oleh empunyanya maka memecah ia akan sesuatu atau dimakan biji-bijian orang tiada wajib dhaman atas empunyanya kerana telah berlaku adat dengan dilepasnya disebutkan dia di dalam ‘rudhah’ seperti usulnya daripada Ibnu Assabiq.
(Dan tiap-tiap) binatang yang sudah biasa membinasakan yang melampui had atau adat seperti kucing yang diketahuikan dia dengan membinasakan burung-burung dan mencuri makanan dan lainnya wajib dhaman atas miliknya barang yang dibinasakan dia pada malam hari atau siangnya jika takzir ia pada menambatnya kerana sayugianya ditambatkan dia. Bersalahan jika tiada melampaui had atau adat maka bahawasanya jika daripada binatang yang tiada beradat ditambatkan dia seperti kucing tiada wajib dhamannya ……..Dan jika ia daripada yang beradat ditambatnya wajib dhamannya siang hari tiada malam (tambat)
Jika ada pada rumahnya anjing yang akur atau binatang yang penyepit dan masuk pada rumah itu oleh seseorang dengan izinnya. Tiada diberi ketahui akan dia dengan hal. Maka digigitnya oleh anjing atau disifatnya oleh binatang wajib didhaman akan dia itu dan jika yang masuk itu melihat sekali pun. Maka jika ia masuk dengan tiada izinnya atau sudah diberi ketahui dengan hal tiada wajib dhaman. Demikian lagi jika ada yang tersebut itu di luar rumah. Dan jika ada ia pada tepi pintu rumahnya sekali pun tiada wajib dhamannya kerana nyatanya dan dapat terpelihara daripadanya.
Sumber : (Matla'al Badrin Wa Jami' al Bahrain, ms 198-200 Cetakan 13 Oktober 1984 dari karangan asal bertarikh 12 Syaaban 1303H oleh Muhammad bin Ismail Daud Fatani)
No comments:
Post a Comment