Monday, June 18, 2007

Fasal fi Qata'a Tariq


Ini fasal pada menyatakan hukum orang perampas jalan.

(Bermula qata’a tariq) itu orang yang dilazimkan bagi segala ahkam dan jikalau ……. atau Zimmi sekalipun lagi yang mempunyai ikhtiar yang menakuti bagi jalan lagi yang melawan akan orang yang menyatakan diri baginya pada tempat yang jauh padanya oleh yang menolong kerana jatuh daripada ‘imarah atau dhaif ahlinya. Dan keluar dengan segala qid yang tersebut ini segala lawannya. Maka tiada dinamakan orang yang bersifat dengan segala lawannya itu qata’a tariq.

(Dan jika) masuk satu perhimpunan pada malam akan kampung dan menegah mereka itu akan ahlinya daripada minta tolong serta kuat sultan dan hazirnya dinamakan qata’a tariq.

(Bermula) qata’a tariq itu atas empat bahagi. (Pertamanya) jikalau membunuh mereka itu akan orang yang maksum lagi kufu bagi mereka itu dengan sengaja dan tiada mengambil mereka itu akan harta wajib bunuhkan mereka itu. (Dan keduanya) jika membunuh mereka itu dan mengambil akan harta yang dikadarkan pada nisab Sariqah iaitu serbang dinar atau lebih daripada tempat pertaruhannya dengan tiada disyubahat wajib dibunuhkan dan disulakan mereka itu tiga hari kemudian daripada dimandikan dan dikafankan dan sembahyang atas mereka itu. Dan diturunkan kemudian daripada tiga hari daripada tempat sulanya. Maka jika ditakut berubahnya dahulu daripada tiga hari diturunkan pada ketika itu.

(Dan ketiganya) jika mengambil akan harta yang kadarkan pada nisab Sariqah daripada tempat pertaruhannya dengan tiada syubahat dan tiada membunuh mereka itu dikeratkan tangan kanannya dan kaki yang kirinya dan jika kembali pula dikeratkan tangan kirinya dan kaki yang kanannya. (Dan keempatnya) Jika menakuti mereka itu akan orang yang lalu pada jalan dan tiada mengambil harta dan tiada membunuh dihabiskan (disuraikan) pada lain daripada tempat
mereka itu dan ditakzirkan dengan tilik imam daripada pukul dan lainnya.

(Maka orang yang) taubat daripada mereka itu dahulu daripada ditangkap oleh imam, gugur daripadanya segala hudud yakni segala siksa yang tertentu dengan qata’a tariq iaitu wajib membunuhnya dan sulanya dan memotong tangannya dan kakinya daripada barang yang ada ia hak Allah Taala. Dan dituntuti akan dia dengan segala hakuk yang bergantung dengan anak Adam seperti qisas dan had qazaf dan mengembalikan harta tiada gugur sesuatu daripadanya daripada qata’a tariq dengan taubatnya.

Sumber : (Matla'al Badrin Wa Jami' al Bahrain, ms 197-198 Cetakan 13 Oktober 1984 dari karangan asal bertarikh 12 Syaaban 1303H oleh Muhammad bin Ismail
Daud Fatani)

No comments: