(Bermula mencuri itu) mengambil akan harta dengan sembunyi maka tiada dipotongkan yang mukhtalas (peragut) iaitu yang menyambar akan harta dan iaitu pegang atas lari dengan ketiadaan mengalahi serta berhadapan si malik dan tiada pula mentahat dan iaitu mereka yang mengambil akan harta berhadapan mata berpegang ia atas kuat dan mengalahi. Dan tiada pula yang menginkarkan perkiriman dan pinjaman dan difarakkan (diceraikan) antara mereka yang tersebut dan antara yang mencuri dengan bahawasanya yang mencuri itu mengambil akan harta dengan tersembunyi dan tiada dapat ditegah akan dia maka disyara’kan dipotongnya kerana menakuti baginya dan segala mereka yang tersebut itu mengqasadkan harta berhadapan mata maka dapat ditegah akan mereka itu dengan sultan (kekuatan) dan lainnya demikianlah berkata oleh Syeikh Rafie dan lainnya.
(Dan dipotongkan) tangan yang mencuri akan kanannya daripada pergelangan kemudian daripada cabutkan dia yakni ditarikkan dia dengan tali supaya mudah dipotongnya. Dan dipotongkan dia dengan besi yang tajam sekali potong dipotongkan dia tangan yang kanan ini pada curi yang pertamanya. Dan dikehendaki dengan curi yang pertamanya itu curi yang dahulu daripada dipotongkan dia dan jikalau sudah berulang-ulang mencurinya sekalipun kerana bersuatu sebabnya seperti berzina ia beberapa kali atau ia minum yang memabukkan beberapa kali dipadakan dengan had yang satu jua.(Maka jika) ia curi yang kedua kalinya dipotongkan kaki yang kirinya dengan besi tajam sekali potong kemudian daripada dicabutkan dia daripada pergelangan kakinya. (Dan jika) ia curi yang ketiga kalinya dipotongkan tangan yang kirinya kemudian daripada dicabutkan dia. (Maka jika) ia curi yang keempat kalinya dipotongkan kaki yang kanannya kemudian daripada dijatuhkan dia. Dan dicelupkan tempat yang dipotongkan dia itu pada zaitun atau minyak yang dipanaskan dia supaya tertutup segala lubang urat. (Maka jika) ia curi kemudian daripada empat kali itu ditakzirkan dia dan kata Qil dibunuhkan dia tetapi hadis yang suruh dibunuhkan dia pada kali yang kelima itu mansukh.
(Tambah) Adakah sabit dipotongkan mencuri dengan sumpah yang diradkan dia atau tiada seperti mendakwa ia atas seorang mencuri akan nisab maka enggan ia daripada bersumpah maka dikembalikan sumpah atas mendakwa maka bersumpah mendakwa. Maka berlaku dalam ‘manhaj’ bahawasanya sabit dengan sumpahnya dan wajib dipotongkan dia kerana sumpah yang diradkan dia itu seperti ikrar atau baiyinah. Dan wajib dipotongkan dia dengan tiap-tiap daripada keduanya dan yang dijazamkan dengan dia di dalam Rudhah seperti asalnya pada bab yang ketiga. Pada yamin daripada dakwai dan menjalani atasnya di dalam Jawi AsSaghir bahawasanya tiada dipotongkan dengan dia. Ialah yang muktamadnya bahkan berkata Syeikh Azra’i ialah yang mazhabnya dan yang sawabnya yang diputuskan dia oleh jumhur al ashab. Bermula khilaf ini dengan nisbah kepada memotongnya adapun harta itu sabit ia.
(Dan sabit) dipotongkan mencuri dengan ikrar yang mencurinya dan tiada disyaratkan berulang-ulang ikrarnya seperti segala hakuk dan disabitkan dipotongkan dengan ikrarnya itu dengan dua syarat. (Pertamanya) bahawa ada ikrarnya kemudian daripada dakwa atasnya. Maka jika ia dahulu daripada dakwa tiada sabit potongan pada ketika itu dihentikan dia atas hazir yang mempunyai harta dan tuntutannya. (Dan keduanya) bahawa ia tafsilkan ikrarnya maka ia nyatakan curinya dan yang dicurikan daripadanya dan kadar yang dicurinya akan dia dan pertaruhannya dengan ditakyinkan dia atau disifatkan dia. Bersalahan jika tiada ia nyatakan yang tersebut dan diterimakan rujuknya daripada ikrar dengan mencuri dengan nisbah kepada potongan dan jika pada pertengahan potongnya sekalipun kerana bahawasanya ia hak Allah . Adapun harta maka tiada diterimakan rujuknya kerana bahawasanya ia hak anak Adam.
(Bermula) mereka yang ikrar ia dengan yang menghendaki akan ‘akubah bagi Allah seperti zina dan mencuri dan meminum khamar adalah bagi kadi bahawa ia sindirkan baginya dengan kembali daripada barang yang ia ikrar dengan dia. Seperti ia berkata baginya pada zina mudah-mudahan engkau hantarkan paha jua atau engkau menyentuh akan dia atau engkau mubasyarah akan dia dan pada mencuri mudah-mudahan engkau ambil daripada bukan tempat pertaruhannya dan pada meminum khamar mudah-mudahan engkau tiada ketahui
(Dan sabit mencuri) dengan dua saksi laki-laki keduanya seperti segala ‘akubah yang lain daripada zina. Maka jika saksi seorang laki-laki dan dua (perempuan) sabitlah harta dan tiada dipotongkan dia. (Dan disyaratkan) menyebut oleh saksi akan segala syarat mencuri yang mewajibkan potongnya. (Dan wajib) atas yang mencuri mengembalikan barang yang diambilnya jika ada lagi tinggal maka jika sudah binasa dhamankan dia dengan gantinya.
Sumber : (Matla'al Badrin Wa Jami' al Bahrain, ms 194-197 Cetakan 13 Oktober1984 dari karangan asal bertarikh 12 Syaaban 1303H oleh Muhammad bin IsmailDaud Fatani)
Friday, June 15, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment