(Satu analisa mengapa hukuman hudud perlu dilaksanakan -Siri pertama dari 3 siri)
Oleh Dr Haron Din
(Telah dibentangkan dalam, ‘Seminar Pentadbiran Undang-Undang Syariah, Jenayah dan Keluarga Islam Kedah pada 21 Jamadil Awal hingga 23 Jamadil Awal 1398 bersamaan 29 April hingga 1 Mei 1978’ – diterbitkan oleh Pejabat Agung PAS, Cetakan Pertama 1398H/1978)
Pendahuluan
Persoalan ‘hukuman hudud’ adalah persoalan yang amat rapat hubungannya dengan persoalan ‘jenayah’ yang berlaku dalam masyarakat. Apabila Islam mewajibkan hukuman hudud dilaksanakan maka ianya bertujuan untuk membersihkan masyarakat dari perbuatan keji dan mengamankan negara dari bahaya ancaman penjenayah. Manusia hari ini telah menolak hukuman hudud dan menciptakan gantinya suatu bentuk hukuman yang dikenali dengan undang-undang jenayah atau undang-undang pidana. Undang-undang jenayah yang diciptakan oleh manusia adalah juga untuk menjaga masyarakat dari ancaman penjenayah dan mengawal ketenteraman umum. Tetapi apakah realiti yang di hadapan kita sekarang demikian itu hasilnya.
Dalam Dewan Masyarakat , keluaran Julai 1977 di ruangan masalah sosial, sebuah makalah yang bertajuk ‘Hukuman Longgar- Jenayah Makin Kejam’ telah disiarkan dalam makalah tersebut. Tuan Pengarah Cawangan Jenayah Malaysia, antara lain telah menyebut (mengikut makalah itu) dalam tahun 1970 terdapat 1152 kecurian kereta dan motor berbanding dengan 5669 pada tahun 1975 iaitu pertambahan 311.9%. Perompakan pula meningkat dari 800 pada tahun 1970 kepada 3111 tahun 1975 iaitu pertambahan 288.9%. Di antara tahun 1974-75, perompakan bertambah sebanyak 902 kes iaitu bertambah 40.83%. Kecurian dan pecah rumah meningkat dari 6310 tahun 1970 kepada 13235 tahun 1975 iaitu bertambah 109.7%. Tahun 1974 terdapat 10398 kes iaitu pertambahan 27.28%. Peras ugut meningkat dari 428 kes tahun 1970 kepada 697 tahun 1975. Pembunuhan meningkat dari 118 tahun 1970 kepada 188 tahun 1975 tahun 1974 sahaja terdapat 197 pembunuhan)
Bagi kes rogol, mengikut laporan parlimen seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Zaman, 6 November 1977 angka rasmi bagi kes kes rogol terus meningkat.
Tahun Kes
1969 187
1970 190
1971 189
1972 231
1973 211
1974 262
1975 248
1976 265
Angka-angka yang tersebut di atas sudah lebih dari cukup untuk menggambarkan keadaan jenayah di Malaysia di masa yang akhir-akhir ini, Itu adalah sebahagian kecil dari perangkaan jenayah keseluruhannya. Itu juga merupakan angka-angka rasmi. Ada pun kejadian-kejadian jenayah yang berlaku semuanya adalah berlipat ganda dari itu. Ini semua menyebabkan timbul pertanyaan : Mengapa demikian jadinya keadaan jenayah? Mengapa angka-angka jenayah terus bertambah dari tahun ke tahun? Apakah undang-undang jenayah hari ini tidak memberi sebarang kesan kepada penjenayah? Adakah undang-undang jenayah di hari ini sesuai diteruskan bagi menghadapi masa hadapan yang penuh dengan cabaran jenayah? Kalau tidak maka apakah alternatifnya?
Dalam kontek ‘hukuman hudud’ seperti yang diperuntukkan di dalam perundangan Islam amat jelas sekali Allah menekankan bahawa di dalam melaksanakan hukum hudud, terutama hukuman untuk pencuri dan penzina, akan tercegahlah masyarakat dari ancaman jenayah, Allah berfirman (bermaksud) “ Orang-orang yang mencuri lelaki atau perempuan maka hendaklah dipotong tangan mereka, sebagai balasan bagi apa yang mereka lakukan, cegahan akan datang dari Allah.”
Di dalam satu ayat lain yang telah dimansuh bacaannya (bermaksud) : “Orang tua yang berzina lelaki atau perempuan maka rejamkanlah mereka, cegahan akan datang dari Tuhan.”
Di dalam ayat-ayat yang tersebut di atas kita mendapat suatu jaminan dari Allah swt, apabila hukuman Allah terhadap pencuri dan penzina dilaksanakan, maka Allah akan mencegah jenayah seperti itu dari terus berlaku.
Apabila hukuman hudud dilaksanakan di zaman Rasulullah saw maka kejadian-kejadian jenayah dalam segala bentuknya telah berkurangan dan hampir tidak berlaku lagi di akhir-akhir hayat Rasulullah saw. Di zaman Rasulullah saw berlaku beberapa kejadian jenayah tanpa diketahui oleh manusia. Oleh kerana Allah telah menjanjikan bahawa apabila hukumanNya dilaksanakan maka cegahan akan datang dari Allah maka ‘ ma izzatil islami’ dan ‘alGhamidiyah’ telah datang menyerah diri kepada Rasulullah saw dengan mengakui kesalahan hudud yang mereka lakukan. Mereka meminta hukuman Allah dijatuhkan. Apabila hukuman Allah dilaksanakan ke atas mereka maka ianya menjadi contoh tauladan yang berkesan dalam menjauhkan manusia dari melakukan jenayah.
Di zaman pemerintahan khalifah Arrasyidin, jenayah terus berkurangan. Di zaman itu jenayah tidak menjadi satu masalah, baik kepada masyarakat maupun kepada negara, masyarakat Islam terselamat dari ancaman jenayah.
Di zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik, hukuman hudud dilonggarkan setahun kerana sebab-sebab tertentu. Dalam masa tersebut kejadian jenayah menjadi-jadi dan mula bertambah dari bulan ke bulan. Hisyam bin Abdul Malik menguatkuasakan semula hukuman hudud dan didapati pelakuan jenayah berkurangan semula.
Sejarah telah mencatitkan bahawa sejak Islam sampai ke India di zaman Omar ibnu Khattab, hukuman hudud dilaksanakan. Dengan perlaksanaan itu masyarakat India telah menikmati keamanan dan ketenangan. Apabila penjajah menukarkan hukum di negeri itu dari Islam kepada undang-undang Inggeris sejak tahun 1871M. Maka sejak dari itu bermulalah zaman suburnya jenayah. Masyarakat Mesir mula menikmati erti aman damai dengan bermulanya zaman Islam yang telah dibawa oleh Omar bin Al’As. Apabila pengaruh Perancis meresap ke dalam masyarakat Mesir yang akhirnya berjaya mendaulatkan undang-undangnya dalam tahun 1884M maka bermulalah zaman bermaharajalelanya jenayah.
Turki telah lama menikmati keamanan di bawah pemerintahan Islam. Apabila Mustafa Kamal Atartuk menukarkan undang-undang Islam kepada undang-undang Barat dalam tahun 1924 maka bermulalah masalah jenayah menganggu masyarakat. Di zaman pemerintahan al Malik Abdul Aziz Al Saud di Saudi Arabia hanya 16 (enam belas) orang sahaja pencuri yang (di)potong tangan selama 24 tahun al Malik Abdul Aziz memerintah.
Semuanya ini memberi erti yang besar dan mendalam kepada orang-orang yang ingin mengambil iktibar dari apa yang berlaku di hadapan kita. Pakar-pakar jenayah moden ligat mencuri formula demi formula untuk mengatasi jenayah itu. Berbagai-bagai cara dan hukuman telah dilaksanakan namun jenayah terus berkembang subur.
Bagi kita umat Islam penyelesaian masalah jenayah telah siap sedia untuk dilaksanakan. Itulah juga satu alternatif bagi masyarakat manusia. Terimalah hukuman hudud dalam perundangan Islam sebagai satu-satunya ubat untuk kebahagiaan dan kesentosaan umat manusia.
Pengertian hudud
Pengertian hudud perlu dijelaskan terlebih dahulu kerana ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan mengapa hukuman itu perlu dilaksanakan. Hudud ialah perkataan ‘jamak’ satunya ‘mufrad’ disebut ‘had’. Had dari segi bahasa Arab bererti ‘sekatan’ atau ‘sempadan’ atau ‘tegahan’ (1)
Pengertian ini sudah mengandungi maksud tersendiri iaitu apabila hukum had itu dilaksanakan dengan penuh ketaatan kepada Allah maka ianya akan menjadi ‘sekatan’ atau ‘sempadan’ yang akan mencegah individu dan masyarakat dari melakukan jenayah (2) Dari segi istilah perundangan Islam, hudud itu diertikan dengan ‘aqubah muqadarat tajibu haqqan Allah Taala’ iaitu ‘siksaan yang ditetapkan wajib dilaksanakan sebagai hak Allah’. Perlu dijelaskan juga istilah hudud bukan ciptaan sesiapa, ianya ciptaan Allah. Allah yang menciptanya lebih mengetahui dengan hikmatnya.
Para fuqaha menjelaskan bahawa ‘hudud’ itu adalah sebagai pencegah sebelum sesuatu jenayah itu dilakukan dan penyesalan yang amat sangat sesudah hukuman itu dijatuhkan. Ini bererti apabila diumumkan sahaja kuatkuasa siksaan hudud, ia akan menjadi pencegah sebelum sesuatu jenayah itu dilakukan. Kalau diteruskan juga jenayah itu maka penjenayah tersebut sukar melepaskan diri dari dihukum. Setelah dihukum maka ianya akan menjadi sebesar-besar tegahan untuk membendung jenayah (4)
Jelaslah sekarang bahawa hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah. Manusia tidak berhak menolak atau memindanya jauh sekali dari mengingkarinya jika mereka beriman dengan Allah. Manusia adalah khalifah Allah yang berkewajipan melaksanakan amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.
Jenis-jenis kesalahan hudud dan hukumanNya
Dalam perundangan Islam kesalahan-kesalahan hudud telah ditetapkan seperti berikut : mencuri, merompak (al Hirabah), zina, menuduh zina, minum arak dan murtad (5)
Mencuri
Mencuri adalah satu kesalahan hudud yang dihukum mengikut seperti mana firman Allah : Maksudnya: “Orang yang mencuri, lelaki atau perempuan, hendaklah dipotong tangan mereka kedua-duanya sebagai balasan atas perbuatan mereka, cegahan akan datang dari Allah.” (Surah al Maidah : ayat 38)
Merompak atau menyamun (al Hirabah)
Dalam kategori al Hirabah ini termasuklah segala gangguan-gangguan umum, jenayah terhadap negara, merompak, menyamun dan sebagainya. Orang-orang yang melakukan kesalahan ini hendaklah dihukum seperti mana firman Allah : Maksudnya : “ Sesungguhnya balasan (hukuman) bagi mereka yang memerangi Allah dan RasulNya dan melakukan kerosakan di atas muka bumi, mereka itu hendaklah dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang atau dibuang negeri.” (Surah al Maidah : 33)
Dalam mentafsirkan ayat di atas Imam Syafie pernah menerangkan yang ermaksud, “Dalam sesuatu rompakan dan sebagainya jika didapati perompak-perompak itu hanya sekadar merampas harta benda dengan cara menakut-nakutkan mangsanya, maka mereka hendaklah dihukum dengan memotong tangan kanan dan kaki kirinya. Kalau dalam rompakan itu mereka membunuh mangsanya tetapi tidak mengambil sebarang harta, maka mereka hendaklah dibunuh balas. Jika disamping merompak itu harta diambil mangsanya dibunuh maka mereka hendaklah disalib selamanya tiga hari dan dibunuh. Jika mereka hanya menganggu kententeraman umum dan mengancam orang tanpa mengambil sebarang harta mereka hendaklah dibuang daerah.” (6)
Menurut al Qurtubi di dalam tafsirnya bahawa pihak pemerintah boleh membuat pilihan di dalam menghukum perompak-perompak dan sebagainya samada hendak menjatuhkan hukuman bunuh atau salib atau potong tangan dan kaki secara bersilang atau membuang daerah mengikut seperti mana yang tersebut di dalam ayat tadi.
Zina
Orang yang berzina hendaklah dihukum menurut peruntukan al Quran : Maksudnya : “Orang yang berzina perempuan dan lelaki hendaklah dihukum sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat.” (Surah An Nur : 2)
Ulama-ulama sepakat mengatakan bahawa ayat tersebut di atas adalah khusus untuk penzina yang belum berkahwin ‘ghairu mukhsan’ mereka hendaklah disebat dengan seratus kali sebat. Adapun penzina yang telah berkahwin ‘mukhsan’ maka mereka itu hendaklah dihukum rejam. Diriwayatkan dari Omar bin al Khattab ra katanya : “Sesungguhnya Allah swt telah mengutus Muhammad saw dengan hak. Diturunkan kepadanya al Quran. Di antara ayat yang diturunkan kepadanya ialah ayat rejam. Kami telah membacanya, memahami dan menyedarinya. Rasulullah saw telah merejam penzina. Kami juga telah merejam penzina selepasnya. Aku khuatir kalau-kalau ada di zaman kebelakangan nanti orang yang meragui dan menghujahkan hukum rejam itu tidak terdapat di dalam al Quran. Dari itu mereka akan tersesat kerana meninggal hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Rejam adalah sebenar hukuman ke atas penzina yang berkahwin samada lelaki atau perempuan sekiranya ada bukti nyata (al Baiyinah) atau mengandung atau pun pengakuan.”(7)
Al Imam As Syafie pernah menegaskan bahawa hukuman ke atas penzina yang berkahwin adalah rejam (8). Ulama-ulama sepakat mengatakan bahawa penzina yang berkahwin hendaklah dihukum rejam (9) Rasulullah saw telah menjatuhkan hukuman rejam ke atas Ma’azir Islami dan al Ghamidiyah (10).
Di sini mungkin timbul persoalan mengapa Islam menghukum rejam ke atas penzina hingga mati. (Bagi setengah qaul) sedangkan hukuman bunuh itu hanya wajar dihukum ke atas pembunuh sahaja. Jika diamat-amati akan ternyatalah bahawa sebenarnya penzina adalah pembunuh yang kejam. Dengan melakukan zina bererti berlakulah pembunuhan halus dengan cara yang berbagai-bagai. Orang berzina sudah tentu tidak untuk melahirkan anak. Dengan perbuatan itu bererti ia sudah membunuh insan yang sepatutnya boleh dilahirkan dengan secara yang sah.
Jika berlaku juga peristiwa mengandung hasil dari perbuatan zina maka kandungan itu akan digugurkan (11) akan dibunuh hidup-hidup bayi yang dalam kandungan dengan cara yang paling kejam. Jika kandungan itu lahir juga walaupun tidak dikehendaki maka bayi itu akan ditanam hidup-hidup, dilontar ke dalam sungai, diberi kepada anjing untuk diganyang. Jika hidup juga bayi itu maka ianya sudah dibunuh jiwanya oleh penzina tadi. Kanak-kanak itu membesar tanpa kasih sayang emak dan ayahnya. Akhirnya ia akan menjadi musuh masyarakat, perosak negara. Apakah perbuatan-perbuatan kejam seperti itu tidak memastikan dihukum orang-orang yang sebenarnya bertanggungjawab bagi menimbulkan masalah tersebut. Penzina adalah pembunuh yang paling kejam. Memang wajar mereka dibunuh.
Menuduh zina (Qazaf)
Melemparkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah perbuatan yang menyentuh kehormatan. Tuduhan itu terlalu berat ditanggung oleh seorang yang mulia dan tidak bersalah. Orang yang membuat tuduhan palsu itu hendaklah dihukum seperti mana ayat Allah : Maksudnya : “ Dan mereka yang melemparkan tuduhan zina ke atas perempuan-perempuan yang bersih kemudian mereka tidak dapat membuktikan dengan empat orang saksi maka hendaklah dihukumkan mereka dengan lapan puluh kali sebat.” (Surah An Nur : 4)
Terlalu banyak implikasi yang timbul dari sesuatu tuduhan zina yang melulu ke atas seseorang. Perbuatan itu akan melahirkan permusuhan, memporak-perandakan rumahtangga dan masyarakat. Anak-anak yang lahir dari seseorang yang dituduh zina akan menjadi mangsa. Kebahagiaan berumahtangga akan runtuh dan hancur. Oleh yang demikian ulama-ulama berijmak mengatakan bahawa orang yang menuduh zina ke atas perempuan-perempuan yang bersih hendaklah dihukum sebat dengan lapan puluh kali sebat (12)
Minum Arak
Al Quran al Karim telah menjelaskan bahawa arak adalah haram, ia adalah keji dari pekerjaan syaitan yang mesti dijauhi. Ayat Allah : Maksudnya : “”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (al Maidah :90)
Perbuatan minum arak amat keji, sekeji orang yang menyembah berhala. Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Orang yang selalu meminum arak adalah seperti menyembah berhala.” Oleh kerana perbuatan meminum arak itu adalah perbuatan syaitan yang dikeji maka Rasulullah saw mengikut riwayat Anas bin Malik ra telah menghukum ke atas peminum arak dengan empat puluh kali sebat (14)
Ulama-ulama Islam sependapat mengatakan bahawa hukuman ke atas peminum arak adalah empat puluh kali sebat, samada yang meminum tersebut mabuk atau pun tidak.
Murtad
Murtad mengikut istilah fuqaha ialah mereka yang meninggalkan agama yang sebenar iaitu Islam (15). Orang-orang yang telah beragama Islam dari mulanya, atau memeluk agama itu setelah sebelumnya ia beragama lain adalah mereka yang telah mendapat petunjuk Allah. Orang yang berada di atas petunjuk Allah tidak seharusnya meninggalkan petunjuk itu kepada petunjuk lain dan tidak harus dibuka peluang untuk mereka berbuat demikian kerana perbuatan itu boleh menyesatkan orang ramai dari agama yang sebenarnya. Di samping itu ia akan membuka jalan kepada musuh-musuh Islam yang sememangnya menanti peluang untuk merosakkan Islam. Jika orang-orang yang beragama Islam boleh meninggalkan agama itu sewenang-wenangnya tanpa sebarang tindakan yang keras dan berkesan, maka agama Islam akan menjadi momokan. Untuk mempertahankan kesucian agama Islam maka pekerjaan mempersendakan agama Allah seperti meninggalkannya dengan menjadi murtad adalah suatu kesalahan besar. Allah berfirman;
Maksudnya : "Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar), maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya." (Al Baqarah : 217)
Rasulullah saw telah menyatakan hukuman ke atas orang yang murtad dalam sabdanya seperti yang Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Abu Daud, (maksudnya) ‘Sesiapa yang menukarkan agamanya (Islam), maka hendaklah ianya dibunuh’ Diriwayatkan juga oleh Darulquthni katanya, “Seorang perempuan, yang dipanggil Ummu Marwan telah murtad di zaman Rasulullah saw. Baginda telah memerintah supaya perempuan itu segera bertaubat, jika tidak ianya hendaklah dibunuh.”
Abu Bakar ra telah memerangi orang yang murtad di zamannya. Sahabat-sahabat yang bersama-sama dengannya telah bersama-sama memikul tanggungjawab membunuh orang-orang murtad. Ulama-ulama Islam berijma’ mengatakan orang yang murtad wajib dibunuh (16)
Demikianlah kesalahan-kesalahan hudud dan hukuman-hukumannya mengikut perundangan Islam. Setiap hukumannya yang disebutkan itu adalah hukum qat’ie (hukum putus) yang tidak boleh sama sekali diubah dan dipinda. Ianya adalah hak Allah yang wajib dilaksanakan, orang-orang yang mengingkari hukuman-hukuman itu, atau mempersenda-sendakannya, atau menyakini bahawa hukuman-hukuman yang dibuat oleh manusia yang lain dari yang tersebut itu lebih baik dan lebih sesuai, maka orang-orang tersebut sebenarnya telah murtad. (17) Bersambung... InsyaAllah
Siri pertama dari 3 siri)

No comments:
Post a Comment