Ini fasal pada menyatakan orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhu ain atas jalan asal. Hal keadaannya (kerana) ingkar ia atau lainnya dan pada menyatakan hukuman. Maka keluar dengan (selain dari ) fardhu ain fardhu kifayah seperti sembahyang jenazah dan keluar dengan sembahyang itu puasa maka tiada dibunuh dengan meninggalkan dan sanya dihabiskan dia dan ditegahkan dia daripada makan dan minum. Dan keluar dengan asal sembahyang yang dinazarkan maka tidak dibunuh dengan meninggalkan.
(Bermula) orang mukallaf yang meninggalkan sembahyang fardhu itu atas dua bahagi. (Salah satunya) ditinggalkan dia maka tiada sembahyang hingga keluar waktunya atau tiada sembahyang sekali-kali hal keadaan (dengan sebab) tiada diiktiqadkan wajibnya atas jalan (kerana) ingkar atau inat seperti ingkarnya kemudian daripada ketahui dengan wajibnya maka hukumannya seperti hukum murtad dan telah terdahulu kenyataannya. (Dan keduanya) tinggalkan dia kerana malas dan bermudah-mudah dan ia iktiqadkan wajibnya. Ditinggalkan dia hingga keluar waktunya maka disuruh taubat maka jika taubat dan sembahyang ia tiada dibunuh akan dia. Dan jika tiada maka dibunuh akan dia atas jalan had tiada dikafir hukumannya seperti hukum Muslimin yang tiada meninggalkan sembahyang iaitu wajib dimandikan dan dikafankan dan wajib sembahyang atasnya dan wajib ditanamkan dia.
(Dan tiada) dibunuhkan dia melainkan jika disuruh akan dia dengan menunaikan sembahyang pada ketika sempit waktunya dan dijanjikan dia oleh imam atau naibnya dengan membunuhkan dia atas meninggalnya. Maka jika berkekalan ia atas meninggalnya hingga keluar waktu dibunuh akan dia oleh imam atau naibnya. Ini jika tiada ia nyatakan uzurnya jika dinyatakan uzur seperti lupa atau sejuk atau umpamanya daripada segala uzur yang sahih atau yang tiada sahih maka tiada dibunuhkan dia kerana tiada tahkik daripadanya. Dimaksudkan takhir sembahyang daripada waktu dengan tiada uzur. Demikian lagi jika katanya sudah ia sembahyang jikalau dusta sekalipun dan tiada dibunuh pula dengan sebab meninggalkan qada’.
(Dan yang sahihnya) wajib dibunuhkan orang yang meninggal sembahyang itu dengan meninggalkan satu sembahyang jua kerana zahir hadis (Bainal abdi wa bainal kufri taraqus solah – Riwayat Muslim) tetapi dengan syarat dikeluarkan dia (bukan) daripada waktu zarurat pada barang (waktu sembahyang) yang ada baginya (waktu zarurat) dengan bahawa (dibolehkan) dijamakkan dia. Serta dengan yang keduanya pada waktunya maka tiada dibunuh dengan meninggalkan Zohor hingga jatuh matahari. Dan tiada dibunuh dengan meninggal Maghrib hingga naik fajar. Dan dibunuh pada meninggal Subuh dengan naik matahari dan dibunuh pada meninggalkan Asar dengan jatuh matahari. Dan dibunuh pada meninggalkan Isya’ dengan naik fajar. Maka disuruhkan dia dengan menunaikan sembahyang apabila picik waktunya dan janjikan dia dengan membunuh apabila dikeluarkan dia daripada waktunya. Maka jika berkekalan ia dan dikeluarkan waktunya mewajibkan membunuhnya.
(Dan dibunuhkan dia) dengan meninggalkan Jumaat dan jika katanya aku sembahyang akan dia Zohor sekalipun yang tersebut di dalam ‘Ziadatul Rudhah’. Maka dibunuh akan dia dengan keluar waktunya jika tiada ia taubat. Maka jika taubat ia seperti katanya tiada aku tinggalkan dia kemudian daripada ini selama-lamanya maka tiada dibunuh akan dia. Maka dibunuh akan dia ini pada orang yang lazim akan dia oleh Jumaat dengan ijma’ dengan bahawa ada ia daripada ahli al Masir tiada orang yang ada ia daripada ahli al Qari kerana berkata Imam Abu Hanifah tiada Jumaat itu melainkan atas ahli Masir jama’ yakni menghimpunkan bagi qadi dan hakim syaraie dan syartie.

Sumber : (Matla'al Badrin Wa Jami' al Bahrain, ms 202 cetakan 13 Oktober1984 dari karangan asal bertarikh 12 Syaaban 1303H oleh Muhammad bin IsmailDaud Fatani)
No comments:
Post a Comment