Ini fasal pada menyatakan had orang yang meminum sesuatu yang memabukkan daripada khamar atau lainnya. (Bermula) orang yang meminum akan khamar atau minuman yang memabukkan seperti nabiz jikalau sedikit dan jikalau tiada memabukkan kerana sedikitnya sekalipun dihadkan dia. Dan keluar dengan kata minum tumbuh-tumbuhan seperti ganja dan opium (candu) dan umpama keduanya maka tiada had padanya. Dan jikalau haram oleh kadar yang melenyapkan akal daripadanya sekalipun bersalahan kadar yang tiada melenyapkan akal kerana sedikitnya tiada haram.
(Maka dihadkan) orang yang meminum akan yang tersebut ini kemudian daripada jaganya (selepas hilang mabuk) empat puluh jildah jika ada ia orang merdeka. Dan dua puluh jildah jika sahaya dan jikalau mab’az sekalipun. (dan harus) bahawa disampai oleh imam dengan had meminum ini (had maksima) lapan puluh jildah. (Maka yang lebih) daripada empat puluh pada yang merdeka dan lebih daripada dua puluh pada sahaya itu atas jalan takzir. Dan kata Qil yang lebih daripada yang tersebut itu had (bukannya takzir). Mata atas qaul yang mengatakan had ini tertegahlah kurang daripada lapan puluh.
(Maka wajib) had atas yang meminum itu dengan salah suatu daripada dua perkara. (iaitu) dengan baiyinah yakni dengan dua laki-laki menyaksi (melihat) keduanya dengan minum yang tersebut dan seumpama mensaksi keduanya dengan minumnya mensaksi keduanya atas ikrarnya dengan minumnya (dua saksi mendengar pengakuan peminum) (atau ikrar) daripada yang meminumnya dengan bahawasanya ia minum yang memabukkan. (Maka tiada) dihad kepadanya dengan saksi seorang laki-laki (dan) seorang perempuan (dan tiada) dengan seorang laki-laki dan dua perempuan (dan tiada) pula dengan dua perempuan atau lebih. (Dan tiada) pula dengan sumpah yang diradkan dia seperti dituntuti oleh orang yang mendakwa atas seorang bahawasanya ia minum yang memabukkan akan suruh ia (pendakwa) bersumpah bahawasanya tiada minum maka ia kembalikan sumpah kepada orang yang mendakwa (menafikan yang ia minum) maka bersumpah ia (pendakwa) bahawasanya ia (tertuduh) minum maka tiada wajib atasnya had dengan sumpah yang diradkan dia.
(Dan tiada) pula dengan diketahui oleh qadi dan tiada diketahui oleh yang lainnya bahkan bermula penghulu sahaya itu menyempurnakan had daripada sahayanya dengan diketahuinya kerana dimuslihatkan miliknya. (Dan tiada) dihadkan dia dengan muntah keluar arak (dan tiada) pula dengan berbau arak daripadanya. (Demikian lagi) tiada dihadkan dia dengan mabuknya kerana ihtimal ia minum dengan lupa atau tersalah atau digagahi akan dia.

Sumber : (Matla'al Badrin Wa Jami' al Bahrain, ms 193-194 Cetakan 13 Oktober1984 dari karangan asal bertarikh 12 Syaaban 1303H oleh Muhammad bin IsmailDaud Fatani)
No comments:
Post a Comment