Ini fasal pada menyatakan hukum menuduh. (Maka apabila) menuduh seseorang akan yang lainnya samada laki-laki atau perempuan atau khunsa dengan zina seperti dikatanya, ‘engkau berzina’ atau ‘ya zani’ atau ‘ya zaniyah’ maka atasnya had qazaf iaitu lapan puluh jildah yakni pukul dengan lapan syarat. Tiga syarat daripadanya yang menuduh iaitu ada ia baligh lagi berakal. Maka tiada dihadkan kanak-kanak dan yang gila dengan diqazaf oleh keduanya akan seseorang dan bahawa tiada yang menuduh itu asal (ibu bapa, datuk nenek) bagi orang yang kena tuduh. Maka jika menuduh oleh bapa atau ibu dan jika tertinggi keduanya akan anaknya (datuk nenek) dan jika terkebawah sekalipun (anak,cucu,cicit) tiada had atasnya.
Dan ditambahkan atas tiga syarat ini tiga syarat yang lain pula pada yang menuduh dan iaitu bahawa ada yang menuduh itu dengan ikhtiarnya maka tiada had atas orang yang digagahi akan dia pada menuduh dan tiada had pula atas orang yang mengagahi pada menuduh. Dan bahawa ada ia berpegang pada ahkam (mengetahui haramnya qazaf) maka tiada had atas kafir harbi kerana tiada berpegang bagi ahkam. Dan tiada diizin baginya pada qazaf maka jika ia izin bagi yang lainnya pada qazafnya tiada had atasnya.
Dan ditambah lima syarat pada orang yang dituduh akan dia yakni orang yang kena tuduh iaitu bahawa ada ia Muslim yang baligh yang berakal yang merdeka yang ‘afif. Maka tiada had dengan sebab diqazaf oleh seorang akan kafir atau akan kanak-kanak atau akan yang gila atau akan yang sahaya atau akan yang tiada ‘afif. (Maka dijadikan) orang yang merdeka yang menuduh itu lapan puluh jildah dan dihadkan sahaya dan jika yang mab’az sekalipun empat puluh jildah.
(dan gugurlah) daripada orang yang menuduh had qazafnya dengan salah satu daripada tiga perkara. (Pertamanya) dengan didirikan baiyinah atas zina orang yang dituduhkan dia dengan empat saksi samada yang dituduhkan dia itu isteri atau ajnabi. Maka jika naik saksi dengan zina kurang daripada empat orang dihadkan sekeliannya. (Dan keduanya) dengan dimaaf oleh orang yang dituduhkan dia akan yang menuduh daripada sekelian jua. Maka jika ia maaf daripada setengah had tiada gugur daripadanya sesuatu seperti yang disebutkan dia oleh Syeikh Rafie dan dihubungkan pada Rudhah akan takzir dengan had. Maka katanya gugur pula takzir dengan dimaafnya. (Dan ketiganya) dengan li’an pada hak isteri dan telah terdahulu kenyataannya.
(Dan ditambahkan tiga pula) iaitu dengan ikrar oleh yang dituduhkan dia dengan zina. (dan barang yang) apabila mempesakai yang menuduh itu akan had yang mempesakai ia akan sekelian had seperti menuduh salah seorang daripada dua saudara akan yang satunya kemudian maka mati saudara yang dituduhkan dia itu dan tiada baginya waris lain daripada saudaranya yang menuduh itu maka gugurlah hadnya. Adapun jika mempesakai ia akan setengah had maka bagi waris yang lain lagi tinggal itu menyempurnakan had sekeliannya ……. (Dan tertegah) muqazaf yakni orang yang dituduhkan dia daripada bersumpah kerana bahawasanya harus bagi qazaf yakni yang menuduh ia suruh muqazaf bersumpah atas ketiadaan zinanya dan jika serta kuasanya atas baiyinah sekalipun pada kebanyakan ulama. Maka jika bersumpah muqazaf dihadkan qazaf dan jika tiada bersumpah muqazaf gugurlah had daripada muqazaf.

Sumber : (Matla'al Badrin Wa Jami' al Bahrain, ms 192-193 Cetakan 13 Oktober1984 dari karangan asal bertarikh 12 Syaaban 1303H oleh Muhammad bin IsmailDaud Fatani)
No comments:
Post a Comment