Ini pada menyatakan (qasamah) bersumpah pada membunuh (the relatives of the deceased swear an oath) dan menyatakan kafarah membunuh.
(Dan apabila) menyertai dengan dakwa membunuh pada hakim oleh tanda yang menunjuk atas sebenar mendakwa seperti didapatkan yang kena bunuh itu setengahnya seperti kepalanya pada kampung seterusnya yang bercerai ia daripada negeri yang besar seperti yang tersebut pada ‘Rudhah dan Usulnya’ (Rudhah karangan Imam Nawawi, Usulnya bermaksud kitab Al Umm oleh Imam Syafie). Atau didapatkan pada qariah yang kecil bagi segala seterunya dan tiada bersekutukan mereka itu pada qariah dan kampung itu oleh yang lain daripada mereka itu disumpahkan mendakwa lima puluh sumpah. Dan apabila bersumpah mendakwa lima puluh sumpah mustahaklah ia (tertuduh) akan diyatnya dan tiada wajib atasnya (tertuduh) qud (qisas) kerana sumpah itu hujah yang dhaif.
Maka tiada mewajib qisas selama tiada dikembalikan segala sumpah itu daripada mendakwa alaihi (tertuduh) atas mendakwa. Maka jika dikembalikan sumpah (tertuduh bersumpah – sumpah mardud/nafi) atas mendakwa wajiblah qud kerana segala sumpah yang diradkan (Sumpah Rad – sumpah pendakwa setelah tertuduh bersumpah mardud) dia itu adalah ia seperti ikrar atau seperti saksi.
(Dan tiada dijatuh qasamah) pada memotongkan anggota kerana tiada warid (nas) qasamah melainkan pada membunuh. (Dan jika) tiada dusta itu tanda yang menunjuk atas sebenar mendakwa maka disumpahkan mendakwa alaihi (yang didakwa) lima puluh sumpah. Dan jika berbilang-bilang mendakwa alaihi (tertuduh lebih dari seorang) disumpahkan tiap-tiap seorang daripada mereka itu lima puluh sumpah.
(Dan wajib) kifarah atas orang yang membunuh samada membunuh dengan sengaja atau tersalah atau menyerupai sengaja dan samada ia membunuh dengan sendiri atau ia sebabnya maka masuk padanya saksi yang tiada sebenar (saksi palsu) dan yang membunuh akan dirinya. Dikeluarkan kafarah daripada tertegahnya dan yang membunuh akan sahayanya maka atasnya kafarah. Dan jika yang membunuh itu kanak-kanak atau yang gila sekalipun maka hendaklah dimerdeka oleh wali keduanya daripada harta keduanya dan sah wali merdeka (membebaskan hamba) daripada keduanya dengan hartanya.
(Bermula kafarah) itu merdeka seorang sahaya yang Mukmin lagi sejahtera ia daripada segala aib yang mencederakan pekerjaan dan usaha. (Maka jika) tiada dapatkan sahaya atau dapatkan dia lebih daripada harga misalnya atau didapatkan dia dengan harga misal dan lemah ia daripadanya maka wajib puasa dua bulan berturut-turut dengan diniatkan kafarah. Maka wajib ia takyinkan daripada kafarah dan jika tiada ditakyinkan keadaannya kafarah membunuh sekalipun. Dan putus (batal puasa) berturut-turutnya dengan berbuka satu hari dan jika dengan uzur seperti sakit sekalipun bersalahan (kecuali) uzur yang menafikan puasa seperti gila dan haid dan nifas seperti barang yang telah terdahulu sebutannya pada kitab ‘AdDhihar’.

No comments:
Post a Comment