Friday, July 4, 2008

Liputan Kes Najib-Altantuya (3 Julai 2008- Bhg 1)

Najib dituduh bersama Altantuya

Jimadie Shah Othman Malaysiakini : Jul 3, 08

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Abdullah Baginda. Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.

Dalam akuan berkanunnya yang diedarkan kepada media, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa majikannya itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya. Selain maklumat tersebut, dakwa Balasubramaniam lagi, penganalisis politik yang dekat dengan pemimpin negara itu juga memberitahunya:

- Najib memaklumkan kepada majikannya itu bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan seks.

- Oleh sebab beliau sekarang timbalan perdana menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.

- Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.

- Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.

Dalam akuan berkanunnya, Balasubramaniam berkata beliau pernah berbual dengan Altantuya - yang dikenali juga sebagai "Aminah"

- di luar pagar rumah Abdul Razak pada 19 Oktober tahun itu semasa bertugas mengawal rumah majikannya.Dalam perbualan mereka, penyiasat itu mendakwa wanita itu memberitahunya:

- Altantuya bertemu dengan Abdul Razak dan Najib di Singapura.

- Mereka bertiga pernah makan malam bersama di Paris.

- Wanita itu pernah dijanjikan wang komisyen US$500,000 berhubung urusan pembelian kapal selam.

- Altantunya memerlukan wang untuk menebus kembali rumah yang dibelikan untuknya oleh Abdul Razak tetapi telah dibiayai semula oleh saudara lelakinya.

- Ibunya sedang sakit dan beliau memerlukan wang untuk rawatan.

- Oleh kerana niatnya untuk bertemu Abdul Razak masih tidak kesampaian, Altantuya meminta Balasubramaniam menguruskan pertemuannya dengan Najib.

Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman yang bertarikh 1 Julai.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.Bekas anggota Cawangan Khas ini, yang bertugas selama 17 tahun bersama pasukan polis, disoal siasat lebih kurang 10 jam sehari selama genap seminggu ditahan.

"Saya memberitahu mereka (polis) semua (maklumat) yang saya tahu termasuk semuanya yang diberitahu Abdul Razak Baginda dan Aminah kepada saya mengenai hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi apabila saya ingin menandatangani kenyataan (beramaran) saya, semua butiran terperinci telah dibuang," akuan berkanunnya pada halaman 13 dipetik.

(Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya. Hari ini beliau sekali lagi menafikan sebarang kaitan dengan Altantuya.)

Beliau juga mendakwa, Abdul Razak menunjukkan mesej SMS yang dikatakan dikirim oleh Najib yang menyebut: "saya (Najib) akan bertemu ketua polis negara (Tan Sri Musa Hassan) jam 11 hari ini (8 November 2006 - hari penganalisis itu ditangkap) ... perkara ini akan dapat diselesaikan ... bertenang."

Balasubramaniam berkata, semasa memberikan keterangan dalam perbicaraan cif inspektor Azilah Hadri, koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak di Mahkahmah Tinggi Shah Alam, timbalan pendakwaraya kes itu tidak bertanya beliau tentang hubungan Altantuya dengan Najib.

Pada penghujung dokumennya itu, Balasubramaniam menyatakan beliau mengambil keputusan membuat pengakuan itu untuk:

- menyatakan kekecewaannya kepada siasatan kes pembunuhan Altantuya.

- memaklumkan kepada pihak berwajib kemungkinan besar terdapat beberapa individu selain tiga tertuduh yang turut memainkan peranan dalam pembunuhan itu.

- meyakinkan pihak berkuasa berkenaan agar membuka semula siasatan kes ini dengan segera supaya sebarang bukti baru boleh dikemukakan di mahkamah sebelum penggulungan di akhir pihak pendakwaan.

Berdasarkan pengalamannya, beliau juga menekankan bahawa "tidak ada pegawai polis bersedia menembak seseorang di kepala atau meletupkan jasadnya tanpa menerima arahan khusus daripada pegawai atasannya."

The Star : Friday July 4, 2008
PI: Cops left out vital info

KUALA LUMPUR: Police omitted pertinent information allegedly linking Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak with the Altantuya Shaariibuu murder case, claimed private investigator P. Balasubramaniam in a statutory declaration.
Balasubramaniam declared he had informed police what Abdul Razak Baginda had purportedly told him prior to Altantuya's murder.

He revealed yesterday the content of the statutory declaration at a press conference organised by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim together with PKR office bearers, MPs and lawyers at the party's headquarters in Tropicana, just outside Kuala Lumpur.

He said Razak had told him that he was introduced to Altantuya by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore and that Najib had told him that he (Najib) and Altantuya had had a sexual relationship and that “she was susceptible to anal intercourse”.

Balasubramaniam said Razak had also told him that Najib had asked him (Razak) “to look after” Altantuya, who was also known as “Aminah”, because he did not want her to harass him now that he was the Deputy Prime Minister.

He claimed Razak had told him that Altantuya had wanted money as she felt entitled to a US$500,000 (RM1.65mil) commission from a submarine deal that she had assisted the Malaysian Government secure in Paris; and that Najib, Razak and Altantuya all had dinner together in Paris.

Balasubramaniam said the day Razak was arrested for abetting in the murder of Altantuya, he (Balasubramaniam) was with Razak at a lawyer’s office where Razak showed him Najib’s SMS which he received while they were both in the office.
Najib’s message to Razak supposedly said: “I am seeing the IGP at 11am today ... matter will be solved ... be cool.”

“I was sitting just beside Razak and he told me he had sent an SMS to Najib and never received a reply. Then he received the reply. He showed me the reply and also to the lawyer,” Balasubramaniam said

PKR said it was Balasubramaniam who approached them about the Altantuya case and not the other way around.

Altantuya was murdered between Oct 19 and Oct 20, 2006 and her body blown up using C4 explosives.

Razak is on trial for abetting with the murder while two police officers Kpl Sirul Azhar Umar and C/Insp Azilah Hadri are charged with her murder.

Balasubramaniam said Razak had given him all this information about Najib “in an attempt to persuade me to continue my employment with him”.

He alleged that the police however omitted all this information in his police statement made in November 2006 but he signed it anyway because after being in the lock-up for seven days he just wanted to go home.

“If you have experienced being in a lock-up, definitely you will sign the statement. I have three children (to think about).

”I was arrested under (Section) 302 (for murder). What’s the reason? In the first place there was no reason for the police to put me in the lock-up. They can call me anytime to take a statement. I was the private investigator for Razak,” he said.

Balasubramaniam was a former police officer who joined the force in 1981. He resigned in 1998 when he was with the Special Branch and has been working as a freelance private investigator since then.

He was first employed by Razak in June 2006 for 10 days and again in October the same year.

Balasubramaniam’s lawyer Americk Sidhu said his client decided to come up with his statutory declaration after the prosecution closed the Altantuya case on June 23.
“He was waiting for the prosecution to bring up the evidence and was very surprised that this matter was not raised,” he said.

Sidhu said Balasubramaniam did not say anything about the information Razak shared with him on Najib and Altantuya in court when he testified in the Altantuya trial because the prosecution did not question him about it.

He also stressed that Balasubramaniam’s statutory declaration was “not a statement of truth” but rather what had been said to him by Razak and Altantuya.

“Whether true or not – he doesn’t know for sure. He just told what was told to him,” he said, adding that the purpose of the press conference was to bring to light that “there is this evidence available”.

“And if the prosecution wants to use it, Bala is available at anytime,” he said.
In his statutory declaration, Balasubramaniam also said that Razak had told him that Altantuya was a great liar and good at convincing people.

He said when he met Altantuya, she, too, told him that she met Razak and Najib in Singapore, and that they had dinner in Paris and that she was promised US$500,000 as commission for assisting in the submarine deal. She also told him that Razak had bought her a house in Mongolia but her brother had refinanced it and she needed money to redeem her home.

Balasubramaniam claimed that Altantuya had also told him that Razak had married her in South Korea and asked if Balasubramaniam could arrange for her to see Najib while she was in Malaysia.

Balasubramaniam said that on Oct 20 after Altantuya had gone missing, two of her friends showed up at Razak’s home asking where she was. He added that they came back a few days later convinced that she was being held in his house.

Following a commotion outside Razak’s house, he said, he called the police, as well as Razak to inform him of what was happening outside his front gate. He said Razak told him a DSP Musa Safri would call him back on his handphone and to pass that call to the inspector from Dang Wangi police station.

He said he did that and following the call, which lasted three to four minutes, the inspector told the two girls to leave and come see him the next day.

Balasubramaniam said he wanted to bring to notice the strong possibility that there were individuals other than the three accused involved in the murder and that he was disappointed at the standard of investigation conducted by the authorities.

He also wanted to persuade the relevant authorities to reopen their investigation so that fresh evidence may be presented.

To a question, Balasubramaniam said now that he had come out with the statutory declaration, he was worried for his personal safety.

Akuan Bersumpah dakwa Najib-Altantuya ada hubungan

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Penyiasat persendirian Abdul Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal telah membuat pendedahan mengejutkan melalui satu surat akuan bersumpah berkaitan hubungan di antara Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Altantuya Sharibuu.

Surat Akuan bersumpah yang dibuat pada 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu turut menyatakan secara terperinci perbincangan di antara Bala dengan Razak tentang Altantuya dan hubungannya dengan Najib sebelum terjadinya pembunuhan pada malam itu.

Pendedahan itu dibuat dalam sidang media bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, di ibu pejabat KeADILan, Petaling Jaya tengah hari ini tadi dan hadir sama dalam sidang media itu pemimpin KeADILan, Tian Chua, Sivarasah, Saifuddin Nasition, Azmin Ali serta kelihatan bersama-sama pihak media ialah Raja Petra Kamaruddin.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanun yang dicetak dalam bahasa Inggeris setebal 16 halaman itu turut diedarkan kepada wartawan dalam dan luar negara.

Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Razak telah memaklumkan kepadanya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura.

Selain itu Najib didakwa telah memberitahu Razak bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya dan memberitahu Bala bahawa ketiga-tiga mereka, Najib, Razak dan Altantuya telah bersama-sama menghadiri makan malam di Paris.

Dalam surat akuan itu juga, Altantuya juga dikatakan telah meminta wang sebanyak 500,000.00 dollar Amreika sebagai komisen terhadap perjanjian Kapal Selam di Paris.

Bala yang berpangalaman sebagai anggota polis semenjak tahun 1981 telah ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu dan mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Tujuan akuan bersumpah itu dibuat adalah kerana beliau kecewa dan tidak berpuas hati dengan tahap penyiasatan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa dalam berkaitan pembunuhannya itu dan butiran-butiran termasuk hubungan Najib-Altantuya yang disebut adalam akuan terbabit tidak pernah dibangkitkan dalam perbicaraan kes tersebut, kata Bala.

"Kenapa saya di tahan di dalam lokap pada awalnya selama tujuh hari sedang sepatutnya mereka hanya perlu mengambil kenyataannya saya sahaja malah saya di dakwa atas seksyen penal code 302 ?" katanya yang turut ditemani oleh peguammnya.

Ketika di tanya sama ada beberapa dakwaan yang di sebut itu adalah benar, peguam beliau menjawab bahawa apa yang terkandung dalam akuan bersumpah itu antaranya adalah percakapan atau maklumat yang disampaikan oleh Razak Baginda kepada Bala.

"Bala tidak boleh menentukan bahawa apa yang dikatakan oleh Razak itu benar atau sebaliknya. Perkara itu hanya boleh ditentukan di mahkamah," katanya.

Sementara itu Bala juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya.

Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara".

Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara".

Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.
Anwar dalam sidang media itu turut menyatakan bahawa terdapat arahan daripada pihak-pihak tertentu supaya pihak media tidak membangkitkan nama 'Najib' dalam pemberitaan mereka.

"Saya dapat tahu, media arus perdana di arahkan untuk tidak menyiarkan berita yang ada hubung kait dengan Najib," kata Anwar.

Anwar juga menyatakan bahawa Najib menganggap bahawa beliau dan Raja Petra sedang merancang untuk menjatuhkan karier politik beliau sedangkan perkara itu tidak berlaku malah ianya bukanlah satu serangan peribadi atau pembalasan dendam.

No comments: