Dewan Rakyat : 7 Mei 2008)
Ucapan Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH DIRAJA
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh. Selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Teman-teman Ahli Parlimen, pegawai kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan. Saya bangun untuk mengambil bahagian pada perbahasan Titah Ucapan Diraja dengan menarik perhatian kita kepada sebuah mafhum sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w. Nabi menyebut, kesejahteraan sesebuah negara bergantung kepada empat perkara:
(i) pemerintah yang adil;
(ii) ilmu para ulama;
(iii) orang kaya yang murah hati dan dermawan; dan
(iv) rakyat biasa yang sentiasa redha dan mendoakan.
Saya menyimpan harapan agar negara kita yang tercinta Malaysia ini, sedang bergerak ke arah cuba memenuhi keempat-empat perkara yang disebut oleh Nabi s.a.w. Keadilan pemerintah, maknanya adil dalam melakukan satu perkara. Meletakkan satu perkara kena pada tempatnya. Kalau dibuat satu dasar atas nama dasar kerajaan yang miskin dibantu, pada yang kaya diambil keuntungan atau bahagian daripada mereka. Begitulah seterusnya perjalanan sesebuah negara telah diatur dan dirancang.
Satu komponen penting yang menjana pendapatan besar kepada kerajaan yang saya maksudkan di sini ialah agensi Petronas. Dewan yang mulia inilah pada tahun 1974 di bawah Akta Kemajuan Petroleum, telah memberikan hak ataupun meletakkan hak kepada Petronas seluruh kepunyaan mengenai petroleum. Kuasa-kuasanya, keistimewaan eksklusifnya dan mengawal perjalanan aktiviti-aktiviti. Maknanya, Parlimen inilah yang meletak hak kepada Petronas untuk menjalankan kegiatannya. Hari ini Petronas muncul sebagai sebuah agensi perniagaan yang cukup berjaya dan paling besar sumbangannya kepada pendapatan kerajaan. Semakan terhadap laporan kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, setakat yang sempat saya teliti menyebut bahawa daripada pendapatan negara 35.4% adalah merupakan sumbangan daripada Petronas. Dalam kata lain, semenjak Petronas lahir sehinggalah hari ini, sejumlah RM336 bilion dilaporkan Petronas telah sumbangkan kepada kerajaan. Barang kali lebih besar daripada itu.
Hadirin yang saya hormati sekalian, Tuan Yang di-Pertua, 35.4% ini satu angka yang cukup besar.Tuan Yang di-Pertua, Bahagian Penyelidikan Parlimen bila saya minta keluarkan maklumat, apakah soalan yang serupa yang saya bangkitkan pernah ditanya, mereka keluarkan kepada saya Hansard Jun 1979 tatkala Tuan Lim Kit Siang pada waktu itu bertanya kepada Perdana Menteri, Tun Hussein Onn, berapakah hasil pendapatan? Bilakah laporan Petronas akan dibentangkan di Dewan Rakyat? Jawapan yang diberikan Perdana Menteri pada waktu itu ialah Petronas adalah satu syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 seperti syarikat lain, ia tak perlu membentangkan laporan tahunannya di Dewan Rakyat.
Saya fikir, harus ada semangat baru setelah 50 tahun kita merdeka. Kalau Parlimen ini yang meletak hak kepada Petronas, apakah wajar Parlimen ini juga diberikan keistimewaan untuk mendengar ke manakah komponen-komponen perbelanjaan hasil Petronas yang diserahkan kepada kerajaan dibelanjakan. Berapa untuk sektor kesihatan? Berapa banyak untuk sektor prasarana? Berapa banyak untuk sektor pendidikan dan sebagainya? Ini penting sebab sebagai agensi tunggal yang menyumbang kepada pendapatan besar kerajaan, saya fikir tempat yang paling wajar untuk diberikan tanggungjawab ataupun accountability ini adalah Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan supaya kerajaan dapat mengambil pendirian sama ada bersedia untuk mengemukakan laporan-laporan kewangan kerajaan yang datangnya daripada Petronas ini kepada Dewan yang mulia ini dengan memberikan tumpuan kepada sektor perbelanjaan kesihatan berapa banyak, pendidikan berapa banyak, prasarana berapa banyak.
Saya fikir kalau itu dapat dilaksanakan, sekurang-kurangnya prinsip accountability dan juga ketelusan itu dapat dihayati oleh kerajaan dalam konteks pemerintah yang adil.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Yang Berhormat Machang. Sebenarnya sudah pun diumumkan. Ambil contoh tahun lalu. Daripada keuntungan RM79.6 bilion itu, RM46.3 bilion, diserahkan balik kepada kerajaan dalam bentuk royalti, cukai, duti dan sebagainya. Maka terpulanglah kepada kerajaan hendak hasil-hasil ini, hendak beri kepada Kementerian Kesihatan dan sebagainya berapa. Jadi tak perlulah, itu bukan urusan Petronas sebenarnya untuk hendak beritahu, untuk Kementerian Kesihatan berapa bilion, berapa ratus juta dan sebagainya. Yang penting ialah RM48.6 bilion itu dipulangkan kepada kerajaan dalam berbagai-bagai bentuk subsidi, royalti, cukai dan sebagainya. Saya rasa tidak perlulah dibangkitkan soal tersebut.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Sebab itu premis yang saya letakkan tadi ialah Parlimen ini meletak hak kepada Petronas. Soal sumbangan kepada kerajaan dalam bentuk tax, dividen, royalti, eksport duti, silakan, tetapi untuk sejumlah RM346 bilion, tentu sahaja tidak terlalu sukar untuk kerajaan mencatatkan rekod-rekod perbelanjaan dan pengagihan peruntukan yang bersumberkan pendapatan ini kepada sektor yang saya nyatakan. Bukanlah satu tuntutan yang berat untuk dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang saya percaya masih lagi menghayati dan menilai prinsip
pertanggungjawaban.
Tuan Yang di-Pertua, saya berganjak kepada topik yang kedua. Sekitar Ogos 2007, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengumumkan dengan bangganya bahawa negara kita akan memperoleh satu sistem jaringan internat jalur lebar yang di sebut high-speed broadband setelah idea asalnya itu di telurkan pada Julai 2007. Pengumuman kemudiannya di buat dengan tumpuan pelaksanaan Penyediaan kemudahan internat jalur lebar berkelajuan tinggi ini kepada bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang antaranya. Dengan pemain utamanya ialah Syarikat GLC kerajaan iaitu TM, iaitu Telekom Malaysia dan kemudiannya difahamkan akan melibatkan beberapa koperasi Melayu termasuk Pulau Pinang dan Pahang.
Khabarnya, tatkala proposal ini dikemukan there is no dengan izin competing proposal. Padahal, saya difahamkan jumlah dana yang terlibat cukup besar. RM15 bilion. Satu angka yang cukup besar. Dan dalam proses untuk melaksanakannya, tidak ada satu proposal saingan untuk memenuhi memilih yang terbaik di kalangan yang baik-baik. Ini bukan soal direct nego dengan izin. Ini sudah jadi kes direct award. Pakai bagi gitu, tidak ada nego dah. Ini serius sebab negara jiran kita sekarang dalam proses untuk mengundang bidaan bagi menyediakan kemudahan internat berkelajuan tinggi. 1Gig.
Apa yang kita nak buat ini cuma 1Meg, Singapura 1Gig. Itu pun di undang dua pembida dari luar negara. Satu dari Kanada, satu Hong Kong akan ada usaha sama dengan syarikat tempatan. SingTel dan sebagainya. Dalam kes kita ini, untuk makluman semua, ini sudah melibatkan dana hampir RM15 bilion. Dalam proses untuk membuat keputusan, ini kes bagi sama dia ni. Bedak sama dia. Ini kes berat dan parlimen tidak boleh untuk membelakangkan ataupun untuk dibelakangkan dari segi maklumat.
Broadband, jalur lebar memang diiktiraf sebagai satu criteria United Nation dalam mengukur tahap knowledge based economy sesebuah negara. Ukuran yang biasa di gunakan ialah rate of broadband penetration dengan izin. Broadband boleh digunakan dengan pendekatan fixline, atau wireline, atau mobile atau satelit. Di Malaysia, mobile broadband sekarang ini dibekalkan oleh Celcom dan Maxis melalui khidmat 3G. Penggunaan 3G masih di tahap yang rendah kerana kurangnya aplikasi yang menarik. Digi juga akan memperkenalkan khidmat 3G. Jadi, wireless broadband sudah pun ada di Malaysia walaupun penggunaannya agak rendah. Wireless broadband juga boleh dilaksanakan menggunakan teknologi Wi-Max. Pada tahun 2007, empat syarikat yang bukan syarikat telekomunikasi telah diberi lesen untuk beri perkhidmatan broadband melalui teknologi Wi-Max. TM, melalui TMnet sekarang ini memberi perkhidmatan broadband melalui teknologi wireline ADSL dan ADSL2. Jelas bahawa di Malaysia teknologi broadband sedia ada tetapi demand dari pelanggan tidak setinggi yang dijangkakan kerana kurangnya aplikasi tempatan yang menarik.
Setakat nak undi Akademi Fantasia ataupun Malaysian Idol atau English Primier League hanya perlu SMS, tak payah broadband. Tidak apa. Setakat ini kerajaan membiarkan syarikat telekomunikasi TM, Maxis dan Digi dan syarikat swasta untuk membangunkan teknologi broadband. Hasilnya ada perkhidmatan broadband tapi kadar penggunaannya masih rendah padahal rakyat berhak mendapat lebih baik daripada itu. Isunya ialah kenapa kerajaan menukar pendekatan mahu belanja duit sendiri untuk memberi kontrak secara direct award atau direct nego kepada TM sebanyak RM15 bilion untuk inisiatif broadband penetration.
Kedua, kenapa dibelanja duit yang banyak untuk broadband technology fixline sedangkan trend teknologi broadband jelas mengutamakan pendekatan wireless. Kita semua hari ini yang boleh akses kepada internat biasa dengan Nokia, Samsung, Motorola dan Blackberry dari modem ADSL yang diguna pakai di rumah bagi yang melanggani streamyx dari TM. Trend teknologi menjamin dengan jamin dengan izin, faster, better and cheaper overtime. Lebih baik kita buka peluang broadband servis secara kompetitif kepada syarikat swasta termasuk TM dari kita belanja melalui direct award yang tidak transparent atau telus. Biar demand for the service dengan izin dari rakyat menggalakkan daya saing antara syarikat dari TM, TM International, Maxis, Digi dan lain-lain.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed [Pulai]: Terima kasih. Saudara daripada Machang. Dulu orang lain. Sekarang orang baru tapi kawan lama. Saya sebenarnya ada kepentingan dalam membincangkan perkara mengenai TM Berhad kerana saya merupakan pengarah TM Berhad. Jadi saya nak menyatakan kepentingan saya dalam perkara ini. Cuma saya nak tanyakan dan minta penjelasan daripada rakan daripada Machang sama ada cara untuk kerajaan memberikan kontrak untuk projek jalur lebar ini merupakan satu keputusan yang salah dari segi keperluan broadband di negara kita ini ataupun ia merupakan satu perkara yang perlu dibuka kepada tender secara terbuka?
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih sahabat saya dari Pulai. Pulai, terima kasih. Saya tahu dia kuat dalam Telekom. Dalam pembentangan dalam hujah saya tadi saya tidak menolak keperluan teknologi ini. Kita tidak boleh menolak teknologi. Semakin ke depan teknologi makin canggih. Apa yang saya timbulkan ini ialah ketika trend teknologi dunia bergerak ke arah wireless, tanpa wayar, yang kita nak laksanakan ini fixed line. Dan ongkosnya itu cukup besar. Dilakukan secara direct nego atau direct award. Tidak dibuka kepada pembida yang lain bagi memastikan harga yang terendah dengan teknologi terbaik. Itu persoalan pokok. Fundamentalnya.
Sebab itu saya sebut tadi dalam kes Singapura misalnya. Dalam kes Malaysia yang saya sebut tadi, yang di definisikan sebagai high speed broadband ini, kelajuannya cuma 1 Meg. Saya baca berita terkini daripada Singapura menyebut, Singapura dalam proses membuka bidaan kepada a new ultrafast national broadband network dengan pembidanya termasuk Asia Net Media dari Kanada, Hong Kong City Telecom dari Hong Kong, dan dengan kelajuan 1Gig. 1 GBPS. Jauh kita ketinggalan pada ketika harga, ini tidak apa. Kalau saya sebut harga Singapura, Singapore Dollar750 juta, tentulah kerana ia cuma pulau kecil. Kita ini apakah tidak mungkin kita mendapat teknologi yang lebih canggih dengan harga yang lebih rendah.
Tuan Yang di-Pertua, Saya difahamkan Kementerian Alam Sekitar sedang dalam peringkat akhir menyediakan satu draf akta yang dipanggil Akta Taman Laut. Hari ini di negara kita sudah lebih 41 taman ataupun pulau yang di wartakan sebagai taman laut. Ia merupakan khazanah kekayaan negara. Ada satu yang memusykilkan saya iaitu sehari sebelum perdana menteri yang lepas, yang dulunya meletakkan jawatan. Sehari sebelum melepaskan jawatan, telah dibuat satu soft launching di Putrajaya untuk mengumumkan cadangan pembinaan lapangan terbang baru di Pulau Tioman dan ini menyentak tumpuan saya. Ekoran daripada itu beberapa kajian saya percaya dijalankan baik kajian fizikal mahupun kajian biologi. Saya ke Pulau Tioman untuk melihat kesan dan berjumpa dengan penduduk tempatan bagi meninjau kalau-kalau diteruskan projek ini, apakah kesan akibat daripada pembinaan lapangan terbang ini dari sudut biologi dan dari sudut fizikal di Pulau Tioman itu sendiri.
Dalam tempoh terdekat ini kita akan membahaskan ataupun akan dibentangkan Akta Taman Laut bagi tujuan untuk memelihara khazanah ini, tetapi apabila kita menyemak hasil-hasil laporan daripada team dari Universiti Malaya dan sebagainya, mereka memaklumkan bahawa kesan kemusnahan kalau diteruskan projek ini impak biologinya kepada terumbu karang, di mana terdapat 306 spesies batu karang termasuk antaranya 25 yang jarang ditemui di dunia.
Terumbu karang ataupun kita panggil coral reef ini tumbesarannya cuma dua inci dalam masa setahun. Kalau hendak dapat dengan jumlah yang ada sekarang di Pulau Tioman, yang merupakan khazanah kekayaan tinggalan generasi akan datang ini kemusnahan 306 spesies ini adalah satu kemusnahan yang cukup parah. Kesan biologi kepada micro invertebrate, 100 spesies ditemui termasuk 14 yang jarang ditemui dan ini juga merupakan kehilangan dan kerosakan yang tidak terhitung jumlah dan kesan akibatnya.
Ikan, 209 spesies ikan ditemui di sekitar perairan Pulau Tioman ini dan jika sekiranya pembinaan ini diteruskan berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh team penyelidikan ini disebut, bahawa kerosakan ini akan memusnahkan atau memberikan kesan jangka panjang yang cukup teruk. Saya juga ingin menarik bahawa apabila impak fizikalnya pula dibuat penelitian akan berlaku proses sedimentasi. Pendedahan kepada sedimen melebihi 30 miligram per liter ini akan menyebabkan kemusnahan penuh kepada kawasan terumbu karang, dan hakisan yang teruk juga akan terjadi di kawasan sebelah selatan Kampung Genting. Kualiti pantai akan rosak terus akibat tapak yang ditebus guna untuk tujuan pembesaran ini.
Saya juga ingin menyentuh bahawa pada akhir syor kajian itu dicadangkan agar diusahakan kaedah lain, kerana dari kajian awal dan kajian alternatif yang dilakukan oleh pasukan penyelidikan profesional ini adalah disyorkan landasan kapal terbang sedia ada di pulau tersebut dipanjangkan kepada satu setengah kilometer, dari keadaan asal landasan sepanjang 0.2825 kilometer. Kaedah ini disokong memandangkan masih terdapat ruang tanah dataran rendah sepanjang 0.725 kilometer, iaitu menjadikan penambahan sejumlah 87.87%, cukup untuk menerima pendaratan kapal terbang. Ia tidak perlu dirosakkan dengan tebus guna yang mengakibatkan kerosakan impak fizikal dan biologi yang tidak dapat kita tukar ganti dari segi nilai kewangan.
Saya beralih kepada topik berikutnya, daripada alam sekitar kepada broadband kepada Petronas, saya hendak mendarat dengan isu rasuah. Kebetulan saya pernah sembilan tahun dalam UMNO dan kerajaan. Sembilan tahun dalam kelambu bukan di kaki lima. Saya pernah berada dalam Jawatankuasa Disiplin UMNO Malaysia. Bab itu, bab mengambil tindakan ke atas kesalahan rasuah dan politik wang dan salah laku dan pelanggaran terhadap peraturan pemilihan UMNO ini, saya masih hafal lagi. Due process dalam bab ini, UMNO saya tabik memang dia ikut sungguh. Orang yang dituduh dinyatakan pertuduhan. Orang itu diberi peluang membela diri. Satu Jawatankuasa Pengadilan yang dipengerusikan waktu itu oleh Tun Zaki Tun Azmi yang hari ini sudah jadi Presiden Mahkamah Rayuan. Dia jadi pengerusi, saya jadi ahli jawatankuasa. Pernah kita adili seorang menteri. Menteri di depan ini pun ada, tetapi tidak ada pada hari ini fasal dalam kempen bagi kain batik kepada perwakilan. Kita bicarakan menteri itu, tetapi dia bukan makin terkeluar tetapi makin naik pangkat.
Ada Exco Kerajaan Negeri yang kita adili, duduk dalam Jawatankuasa Tanah. Permohonan tanah dapat kepada syarikat dia, kemudian buat litar memandu untuk syarikat dia. Ada Exco Kerajaan Negeri dan Speaker sebuah kerajaan negeri kita adili dalam Jawatankuasa UMNO ini, katanya hendak kutip derma untuk buat bangunan. Orang kaya bagi, berderu pergi bagi. Kemudian duit itu digunakan bukan untuk bangunan tetapi masuk akaun sendiri. Ada Exco sebuah kerajaan negeri duduk dalam Jawatankuasa Tanah, buat keputusan untuk dapatkan tanah milik dia. Tanah itu tanah pertanian convert jadi tanah industri. Keuntungan berlipat kali ganda. Tidak tahu hendak buat apa buka petrol pump, bela kuda dan buka gelanggang go-cart. Hari kami pergi melawat pada hari itu kuda mati, sebab kuda ini sensitif dengan perubahan cuaca. Saya akan sebutkan nanti. Kalau tanya saya boleh sebutkan nanti dan lebih banyak yang terdedah. Saya hendak sebut begini...
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ini sebenarnya apa yang hendak disampaikan? Saya pernah diambil tindakan semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Saya tidak tahu menahu, tiba-tiba semasa Warta Berita terus dia umum saya dipecat. Keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan saya tidak diberi pertuduhan, tidak ada diberi peluang untuk menjawab, tidak ada trial, tidak ada appeal, tidak ada - nothing. No, nothing. Bila saya tulis surat kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim pun dia tidak layan. Jadi, macam mana boleh Yang Berhormat boleh mengatakan bahawa kes-kes...Soalan saya macam mana tindakan boleh diambil kepada saya manakala saya tidak bersalah?
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih. Sila duduk dulu. Jangan marah saya, marah UMNOlah parti Yang Berhormat. Buat apa marah saya pula? Saudara Anwar Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Di sana ada Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zaki, itu maksudnya. Dalam kes kemudian keputusan Jawatankuasa Disiplin diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dibentang dalam Majlis Tertinggi. Bukan Anwar Ibrahim, tetapi jawatan Pengerusi Timbalan Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang kemudiannya dibentang dalam Majlis Tertinggi. Itu UMNO. Saya bercerita ini pengalaman dalam UMNO. Saya tidak ada pengalaman dalam parti baru saya lagi, sebab tidak ada rasuah. Yang Berhormat tidak payah kecil hati pun bab itu. Saya sendiri pun diambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Tiba-tiba dapat surat daripada Setiausaha Agung, “Saudara dengan ini dipecat daripada UMNO kerana dilihat hadir di kediaman Timbalan Perdana Menteri yang telah dipecat”. Dua minggu selepas itu. Saya juga tidak diberi peluang bela diri. I was not even called to defend myself, dengan izin. Ya, tetapi saya mengambil pengalaman ini mengingatkan bahawa alhamdulillah, parti baru yang saya anggotai ini alhamdulillah rekod bersih tidak ada sesiapa pun lagi diheret ke mahkamah. Tidak ada.
PAS sudah 18 tahun memerintah sebuah negeri, menteri besar dan barisan Exconya silih berganti tetapi tidak ada satu kes pun dibawa ke mahkamah atas kesalahan rasuah. Begitu juga rakan-rakan daripada DAP tidak ada, tetapi saya boleh ceritakan parti yang hendak banteras rasuah, kes daripada Perlis sampai ke Sabah. Kes kesalahan politik wang ini, tetapi BPR tidak boleh masuk, Tuan Yang di-Pertua. Kebal. Hanya UMNO sahaja boleh ambil tindakan BPR tidak boleh sentuh mereka.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Tidakkah UMNO yang memecat Timbalan Presidennya di atas salah lakunya? Bila Yang Berhormat Machang sebut tadi, UMNO ini kononnya macam banyak orang yang buat salah laku, kita tidak pernah ambil tindakan. Tidakkah kami sendiri yang mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden UMNO waktu itu, Anwar Ibrahim sebelum ini? [Tepuk]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih. Yang saya ceritakan tadi, Yang Berhormat Jerlun tidak kenalah sebab dia baru. Semasa saya dalam UMNO, dia tidak ada lagi. Itu baru. Yang Berhormat Rembau pun baru, baru balik. Itu saya tidak hendak sentuh. Saya boleh lafazkan satu demi satu, menteri mana, timbalan menteri mana, exco kerajaan negeri mana, UMNO ambil tindakan? Akan tetapi, apabila diangkat aduan kepada perdana menteri waktu itu supaya dilaporkan kepada BPR, jawapannya ialah, “Ini masalah dalaman parti. BPR tidak payah masuk campur”. Itu persoalannya. Saya masih ingat, Majlis Tertinggi UMNO yang mengambil tindakan memecat saudara Anwar Ibrahim. dimulakan dengan khutbah panjang oleh presiden parti pada waktu. Saya tidak hendak ungkit, sebab is no more in power, dengan izin. None of my business atau interest saya buat masa ini. Namun, apa yang berlaku ialah, hukuman kemudiannya dijatuhkan before Anwar was given the floor to explain, dengan izin. Saya akhiri dengan mendarat setakat itu. Maknanya begini Tuan Yang di-Pertua, UMNO boleh berubah sebagai parti pemerintah kalau dia ada kekuatan, tekad dan azam politik untuk lawan rasuah, dia boleh buat. Akan tetapi kalau saya rasa pesimis terhadap keupayaannya, saya juga ada alasan tersendiri kerana pernah berada dalam sebahagian daripada sistem itu, tahu. Sebab itu saya kata, bukan di kaki lima, tetapi dalam kelambu UMNO. Ya?
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Machang. Saya yakin UMNO juga benci kepada rasuah ini. Sebab itu dalam Perbahasan Menjunjung Kasih pada Titah Tuanku ini, kita dengar tadi dan semalam, dua hari lepas tentang rasuah ini. Namun begitu, salah seorang daripadanya menyebut tentang rasuah yang paling berat di Malaysia iaitu rasuah dalam bola sepak. Saya hendak bertanya, bola sepak ini FAM jaga. Tidakkah ada Timbalan Presiden FAM mengambil isu ini dengan berat? Agak-agaknyalah Yang Berhormat? [Ketawa]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Ya, ya. Sebelum Yang Berhormat Rembau dapat Timbalan Presiden, sebelum itu mesti dikeluarkan arahan oleh Perdana Menteri bahawa menteri tidak boleh pegang jawatan dalam persatuan bola sepak. Selepas itu, barulah Yang Berhormat Rembau boleh masuk bertanding. Baru menang. Itu arahan tetap terpakai kepada Yang Berhormat Rembau.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir akhir sekali, mesej saya ialah, pilihan raya kali ini sama ada setuju kita guna tsunami atau tidak sebagai istilahnya, tetapi dalam rumah tangga UMNO itu sendiri sangat jelas. Petunjuknya bahawa Presiden Parti yang juga Perdana Menteri dilihat sebagai satu beban dan liabiliti yang menyebabkan keadaan yang berlaku sekarang, penolakan rakyat. Ini jelas. Pertama, bekas Perdana Menteri suruh dia berhenti. Kedua, ada Ahli Yang Berhormat dari sebelah sana, dari Barisan Nasional dalam Parlimen ini, suruh dia berhenti. Ketiga, anakanda kepada bekas Perdana Menteri pun suruh Perdana Menteri berhenti. Tengku Razaleigh juga suruh Perdana Menteri berhenti. [Tepuk]
Post mortem UMNO kalah, dibuat daripada Perlis sampai ke Sabah, Cuma Wilayah sahaja belum buat lagi, pandangan akar umbinya ialah, dengan bahasa lembut, “siapkanlah subsection plan”. Itu bahasa lunak. Sebenarnya, berhentilah. Itu mesejnya. Dalam rumah tangga yang kucar kacir, tidak biasa menjadi pihak yang kalah, inilah yang sebenarnya cuba diberi gambaran oleh teman saya di BBC bahawa mereka boleh mengatur langkah, kembali memukau dan mengangkat sokongan rakyat. Saya khuatir hal ini tidak berlaku. Penolakan rakyat ini cuma permulaan. Ini satu trend, ini bukan satu protes. This is only the beginning, sebenarnya kepada satu perubahan yang lebih baik yang menunggu rakyat Malaysia, yang akan didatangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. [Tepuk] Terima kasih. Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:
Post a Comment