Monday, June 9, 2008

Ucapan Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]:

Dewan Rakyat : 7 Mei 2008)

USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN DIRAJA

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara sangat mustahak yang tidak diambil perhatian oleh pihak kerajaan adalah pengeluaran birth certificate kepada pihak-pihak yang dilahirkan di negara ini. Oleh kerana sebab-sebab yang tertentu mereka tidak memberi informasi-informasi yang secukupnya untuk menyediakan sijil lahir. Saya difahamkan sebelum pilihan raya tahun ini, beberapa parti politik Barisan Nasional telah menjalankan satu public exercise di seluruh negara untuk mendapat undi kepada mereka dan satu di antara caranya adalah dengan memberi perhatian kepada perkara ini.

Dalam proses itu saya difahamkan lebih 70, 000 telah tampil ke hadapan pegawai-pegawai kerajaan dan memberitahu mereka dan ibu bapa mereka telah dilahirkan di negara ini tetapi oleh kerana pada masa dilahirkan di hospital atau di hospital swasta, anak-anak ini tidak didaftarkan dan tidak memiliki sijil surat beranak. Oleh kerana itu walaupun mereka sudah berusia lebih dari 12 tahun dan masa untuk memperoleh IC, mereka tidak mendapat IC dan oleh kerana perkara tersebut, mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran.

Saya difahamkan baru-baru ini ERA Consumer juga telah menjalankan public exercise juga di beberapa tempat di seluruh negara dan saya difahamkan lebih 150 ribu orang terlibat dalam hal ini dan kasihan kepada anak-anak ini. Department berkenaan melalui soalan-soalan di Parlimen kerap kali mengatakan bahawa tidak ada permohonan yang dibuat oleh ibu bapa, maka mereka tidak mengetahui akan hal itu. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan NGO-NGO baru-baru ini dan mereka memberitahu bahawa anak-anak yang diklasifikasikan sebagai stateless people telah pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara tetapi terdapat condition-condition tertentu seperti mereka perlu membawa ibu bapa mereka. Banyak di antara kes-kes di mana selepas anak-anak ini dilahirkan ibu bapa mereka telah menghilangkan diri dan ada yang telah meninggal dunia dan pegawai-pegawai itu tidak ingin dan tidak mengambil dokumen-dokumen untuk memproses surat beranak.

Oleh kerana itu sekarang kita mempunyai lebih daripada 150 ribu orang di negara ini yang tidak ada dokumen langsung walaupun mereka adalah warga negara Malaysia dari segi undang-undang. Ini adalah kelemahan-kelemahan yang diketahui oleh Kementerian Dalam Negeri, akan tetapi tindakan susulan untuk menolong mereka tidak dibuat. Kerap kali saya difahamkan masyarakat yang teruk terlibat dalam perkara ini adalah masyarakat India selain dari masyarakat Orang Asli di mana mereka tidak mempunyai surat beranak. Usaha perlu dibuat supaya dan kita perlu faham masyarakat ini bukan sahaja terpinggir, tetapi tidak mempunyai mendapat surat beranak kerana kekurangan beberapa perkara dan ini adalah tanggungjawab sesuatu kerajaan untuk menolong mereka.

Kalau kita boleh memberikan amnesti kepada pekerja-pekerja asing untuk mendaftar, kenapa kita tidak boleh memberikan amnesti kepada warga negara kita sendiri, supaya mereka didaftar diberi surat beranak, diberi kad pengenalan dan diberi hak untuk mengundi di negara ini. Kenapa kita menyingkirkan atau tidak mengambil tanggungjawab tersebut? Saya hairan walaupun Malaysia telah merdeka selama 51 tahun, ini satu tanggungjawab yang senang sahaja. Kita menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, banyak konvensi mengatakan bahawa seseorang yang dilahirkan di sesebuah negara mempunyai hak yang sama dengan citizen yang lain. Kenapa kerajaan tidak memberi perhatian supaya pihak-pihak berkenaan ini dapat menikmati apa yang ada dalam negara ini?

Saya difahamkan tahun lalu seorang budak yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah pun tidak dibenarkan kerana dia tidak mempunyai surat beranak. Ada juga ramai yang tidak mendapat kerja, stateless person, kerap kali ditangkap oleh polis kerana mereka tidak ada dokumen-dokumen tertentu. Mereka tidak boleh membuka akaun bank dan tidak dibayar EPF, tidak ada bayaran SOCSO dan tidak boleh menikmati facilities di hospital-hospital. Kenapa mereka dipinggirkan? Kenapa kerajaan tidak memberi pilihan yang baik sekali. Ini adalah satu negara yang boleh mengambil kira semua bangsa. Kenapa kita pinggirkan masyarakat-masyarakat macam ini? Ini adalah satu perkara yang saya rasa kerajaan perlu fikir ambil tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah ini.
.
Tuan Che Uda bin Che Nik [Sik]: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Adakah selama ini, saya sebenarnya bekas pendidik dan dulu memang kita memberi peluang kepada benda-benda untuk pendaftaran pelajar-pelajar yang begini. Akan tetapi yang saya hairan sikit, adakah selama ini wakil-wakil India yang berada dalam kerajaan selama ini tidak menimbulkan perkara-perkara ini yang menyebabkan kes ini menjadi begitu lama. 50 tahun merdeka baru Yang Berhormat hendak timbulkan. Saya minta komen Yang Berhormatlah.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sebenarnya mereka berada di dalam kerajaan tetapi tidak boleh menyuarakan. Itu adalah satu di antara arahan saya ingat dari UMNO, tetapi dekat pilihan raya mereka bukan sahaja menyuarakan tetapi berlawan untuk hak-hak asasi, hak masyarakat India. Mereka ini memperdayakan masyarakat India. Itulah sebab kali ini, mereka telah dibuang... Mereka telah dikalahkan dengan teruk di pilihan raya.

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya tertarik dengan apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat ini, tetapi cerita yang dibawa adalah cerita lama. Saya Tuan Yang di-Pertua, saya adalah bekas pegawai kerajaan dan saya pernah sendiri terlibat bagaimana langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dari segi pendaftaran ini. Saya minta kalau Yang Berhormat betul-betul, sila. Sebab itu ditanyakan oleh sahabat daripada Yang Berhormat tadi. Seolah-olah tidak ada wakil baru inilah Yang Berhormat hendak bercakap tentang masalah pendaftaran, masalah seperti ini. Patutnya sudah lama timbul dan kerja yang kita buat selama ini bukan daripada pembangkang. Semua dilakukan oleh pegawai kerajaan yang di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Minta pandangan Yang Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sebenarnya kita, Yang Berhormat patut malulah. Walaupun kita sudah merdeka 51 tahun, mendapat surat beranak pun susah dalam negara ini. Tak malukah? Kalau anak-anak kita tidak dapat surat lahir, surat beranak, macam mana? Boleh percaya? Kalau boleh tanya Yang Berhormat dalam negara ini...Kalau satu soalan dikemukakan kepada masyarakat India, mereka akan tahu. Ramai di antara masyarakat India tidak dapat surat beranak kerana faktor-faktor yang tertentu. Kalau mereka pergi ke pejabat pendaftaran, tidak ada kerani-kerani India atau kerani-kerani Cina untuk mengendalikan perkara yang mereka hadapi. Ini adalah satu di antara perkara yang tersebut tetapi nothing. Kalau kita boleh bagi amnesti kepada orang-orang pelarian dari luar negara, pekerja-pekerja yang bekerja di negara ini yang tidak ada dokumen-dokumen yang tertentu, kenapa rakyat kita sendiri tidak buat?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat daripada Perak. Saya hendak bertanya, masyarakat India ini datang dari mana? [Dewan riuh] Bagaimana kedudukan masyarakat India sejak daripada kita mencapai kemerdekaan? Apa yang kerajaan telah beri kepada masyarakat India? Yang dulu duduk bekerja di estet, bekerja di estet hari ini sudah jadi doktor. Sudah jadi peguam. Sudah jadi usahawan.

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Ipoh Barat. Oleh kerana kita sudah mengenal pasti bahawa hampir 150,000 yang tiada dokumen untuk mereka mendapat kad pengenalan, bolehkah pihak kerajaan bersetuju kita membuat suatu proses pemutihan once and for all dengan izin untuk kita memberi dokumen yang sah kepada mereka kerana saya telah melihat...Kalau ada political will…Kalau ada kemahuan politik, kita boleh menjalankannya, tetapi janganlah kita meminta sampai 18 syarat. 18 dokumen-dokumen untuk membolehkan mereka untuk mendapat kad pengenalan dan sebagainya. Itulah cadangan saya. Sila beri penjelasan.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat Kota Raja saya hormatkan pandangan Yang Berhormat. Saya ingat sangat...[Dewan riuh] ..telus dan sangat baik. Ini betul. Ini adalah satu masalah di mana kita hendak cari jalan. Ini satu masalah yang boleh diselesaikan. Macam yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja, very clear kerana dalam JPN, mereka membuat, memberi beberapa syarat-syarat di mana tidak dapat di - to full fill by...Anak-anak yang tidak ada born certificates.
.
Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya rasa Ipoh Barat mahu berucap dengan retorik ini kerana ada kawan-kawan yang datang di sini nak menjadi hero kepada satu kaum. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Ipoh Barat. Tadi Yang Berhormat Ipoh Barat mengatakan bahawa ada lebih kurang 18 peraturan yang dikenakan untuk mendaftar, tetapi cara Yang Berhormat Ipoh Barat bercakap seolah-olah 18 peraturan itu hanya dikenakan kepada satu-satu kaum sahaja. Saya pasti 18 peraturan itu juga dikenakan kepada kaum-kaum yang lain dan kaum-kaum yang lain tahu bahawa peraturan itu dibuat untuk memastikan yang memohon kad pengenalan tersebut ataupun surat lahir tersebut adalah orang yang layak. Minta penjelasan. Terima kasih.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat Kota Belud, nombor satu kita perlu faham. Kita perlu beza antara orang yang terpelajar dan orang yang miskin, yang tidak berpelajaran. Mereka yang terpinggir ini dia tidak faham. They don’t understand bahawa ada keperluan bila mereka melahirkan anak, mereka perlu mengambil surat beranak. Itu menjadi masalah. Yang menjadi masalah di antara masyarakat India dan masyarakat Orang Asli adalah kebanyakan mereka, ibu bapa mereka tidak ada tanggungjawab yang tertentu. Itu sebab mereka. Jadi kita perlu, kita perlu cari jalan dimana untuk mencari, memberi surat beranak, ini bukan menjadi masalah. Itu saya kata. Yang Berhormat perlu faham. Kalau kita boleh bagi amnesty kepada pihak-pihak dari luar negara yang beribu-ribu di sini, kenapa pula kita tidak boleh bagi kepada rakyat kita sendiri. Macam sebelum ini Yang Berhormat Kota Belud ini mungkin ada 10 atau 20 orang masyarakat India saja. Mungkin Yang Berhormat tak faham. Ini masalah kita mesti akui. Ada satu masalah yang tertentu. Kalau pilihan raya dulu, MIC boleh pergi pekan ke pekan. Menteri besar pun datang bagi makanan, beribu-ribu ringgit dibelanja supaya masyarakat India datang dan mendaftar, menunjukkan ada masalah yang tertentu.
.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Ipoh Barat. Saya ingin bertanya Ipoh Barat. Saya ingin bertanya Ipoh Barat. Sebenarnya Ipoh Barat bukan kali pertama atau penggal pertama di dalam Dewan yang mulia ini. Penggal lepas dan sebelum ini. Sepanjang penggal lepas saya juga berada di dalam Dewan ini. Saya ingat inilah kali pertama Yang Berhormat Ipoh Barat bercakap mengenai isu kaum India, mengenai kad pengenalan. Sebenarnya, Sabah, Sarawak, Cameron Highland dan juga termasuk wakil rakyat Barisan Nasional memahami tentang masalah pengeluaran kad-kad pengenalan ini. Jadi saya percaya bahawa Ipoh Barat ini dia main politik sajalah. [Dewan riuh] Nak tahu Ipoh Barat...Sebelum ini Yang Berhormat tak pernah bercakap mengenai isu kad pengenalan.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, bukan. Yang Berhormat, kalau you tengok Hansard saya, tahun 1998...

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Tapi sebenarnya kaum India yang lain daripada Barisan Nasional. MIC bercakap mengenai isu tentang pengeluaran kad pengenalan ini. Bukan saja Ipoh Barat. Ipoh Barat kali pertama. Walaupun tiga, empat penggal menjadi Ahli Parlimen, wakil rakyat di dalam Dewan ini.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat, yang mustahak ialah ini. Kalau MIC ada menjalankan tugas-tugas mereka, dan bukan saja saya cakap MIC, UMNO tanggungjawab mereka, MCA... Kenapa mereka cuai dan tidak menyelesaikan perkara ini. Saya sebelum ini, kawan saya kata ada di sini masyarakat India, kalau saya tidak tahu siapa mereka. Namun, kalau Yang Berhormat berani, tolong turun tanya siapa mereka. Adakah ini...

Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan]: Tuan Yang di-Pertua, ini hujah yang dilakukan oleh Ipoh Barat. Saya mahu tau apa sebenarnya satu segmen masyarakat di Malaysia ini dinafikan sijil kelahiran, kad pengenalan. Kenapa kebanyakan mereka ini adalah masyarakat India dan masyarakat-masyarakat yang terpinggir. Mesti ada satu sebab, punca utama kenapa segmen ini dinafikan satu status yang sangat-sangat mustahak dalam sebuah negara yang sudah merdeka 50 tahun. Kenapa, cuma saya boleh spekulasikan sama ada Kerajaan Barisan Nasional tidak ada
political will ataupun UMNO mempraktikkan satu jenis perkauman?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya nak jawab ini dulu, Profesor Ramasamy. Batu Kawan. Yang Berhormat, saya rasa bukan saja political will, saya rasa dalam 51 tahun ini mereka telah lalai dan cuai dalam hal ini. Saya rasa jangan kita politikkan secara because this is political issue. Saya tidak ada political mileage, tetapi ini adalah satu perkara bukan saja khusus kepada masyarakat India, masyarakat Orang Asli dan masyarakat-masyarakat lain juga. Orang Melayu, orang Cina, di mana mereka ada banyak juga, ada ramai di antara mereka yang tidak ada surat beranak. Apa yang saya katakan adalah kenapa kita boleh bagi amnesty kepada pekerja-pekerja
asing? Kenapa kita tidak boleh cari satu jalan memberi amnesty kepada masyarakat-masyarakat ini. Mereka ada beberapa halangan. Di antaranya tidak boleh ke luar negara, tidak boleh melanjutkan pelajaran. Itu saya ada, Tuan Yang di-Pertua.

Kerap kali dalam parlimen ini, bukan kali pertama bukan kali pertama. Dari tahun 1997, dengan izin, the highest alcoholic rate, the highest social rate, the highest single mothers, the highest communist cases, the highest of unemployment, highest job poor and school siapa itu? Masyarakat India.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Ipoh Barat pun sudah bangga dalam Dewan ini. Mengenai ini isu kad pengenalan, surat beranak ataupun sijil mati, saya sudah dua penggal dalam Dewan ini saya sudah bahas perkara ini, tetapi Ipoh Barat sokong. Tapi kali ini, saya mahu tanya Ipoh Barat you copyright daripada saya punya ucapankah? Ada copyrightkah? You tak percaya cuba tanya itu Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri. Tanya dia, dulu dia ada dalam kementerian ada dengar tak.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia orang dengar tapi pekak.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Ipoh Barat saya mahu bagi tahu kita mahu selesai masalah ini, mesti mahu semua pihak bekerjasama...termasuk keluarga baru boleh selesai. Betul tak?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kalau Barisan Nasional lagi berkuasa, lagi 50 tahun, 100 tahun perkara ini takkan boleh diselesaikan.
.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan T. Murugiah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Ipoh Barat. Berkaitan dengan perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat tadi berkaitan dengan masalah sijil kelahiran dan kad pengenalan ini bukanlah satu masalah kerajaan. Yang pertama sekali kita perlu faham, sebagai ibu bapa kita perlu bertanggungjawab setelah kita melahirkan anak kita ada undang-undang yang perlu kita patuh... [Tepuk] di mana jika sekiranya kita gagal mendaftar seseorang anak itu setelah tujuh hari, maka ia dikira sebagai... Hari itu yang Yang Berhormat cerita itu, saya yang buat di Ipoh, saya yang kumpulkan orang. Saya berurusan sendiri, waktu itu saya belum ada apa-apa jawatan. Saya sudah melakukan sesuatu, tetapi Yang Berhormat Ipoh Barat, apa tindakan Yang Berhormat buat? Kami dah usahakan. Takkanlah - kita manalah tau, kalau kita sakit kita kena cari doktor, bukan doktor pergi cari pesakit. Kenalah datang jumpa dengan kami. Sekian, terima kasih.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, suruh dia meletakkan jawatan. Bila kita ambil jawatan, kita ambil kerajaan, saya boleh usaha semua. One go I can settle the matter. Dalam satu hari boleh selesai semua hal.

Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang kedua adalah mengenai full employment. Full employment yang diberitahu oleh kerajaan baru-baru ini, di mana dikatakan bahawa kita telah mencapai full employment, tetapi saya nak tanya kerap kali perkara ini saya bangkitkan dalam Parlimen ini. Bila kita ada full employment, macam mana kita tak boleh bagi unemployment benefit? No rational. Kita ada full employment di negara ini dan bila saya tanya asas macam mana kita ada full employment, statistik mana yang kerajaan dapat untuk mengatakan bahawa ada full employment? Kerajaan kata mereka berasas dari apa yang diberi oleh Jabatan Buruh. Saya telah kerap kali memberitahu bahawa Jabatan Buruh bukanlah satu source yang boleh dipercayai, kerana ramai di antara pekerja-pekerja dan penganggur tidak mendaftar dengan labour office. Ini menjadi masalah. Kita semua tahu walaupun kerajaan kata full employment, tetapi sebenarnya bukan full employment. Kerajaan mesti mencari usaha untuk memberi pampasan untuk bayaran bulanan kepada pihak-pihak yang tidak dapat kerja atau menjadi penganggur.

Perkara yang lain adalah pekerja-pekerja asing Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa di negara ini kita ada pekerja-pekerja asing Tuan Yang di-Pertua. Foreign workers di negara ini ada lebih kurang dekat 3 juta orang. Saya rasa ini adalah satu perkara yang mustahak kerana kita tak perlu pekerja sebanyak itu berada di negara ini kerana ia:

(i) mengambil tempat kerja pekerja-pekerja negara kita;
(ii) ramai di antara pekerja-pekerja negara kita diusir, disingkir daripada beberapa factories dan pekerja-pekerja asing diberi keutamaan dan ini perlu diambil perhatian oleh kerajaan, dan kita perlu ambil tindakan juga kenapa outsourcing menjadi satu perkara yang sangat lumayan, di mana pihak-pihak yang ada connection dengan parti-parti politik mendapat lesen-lesen yang tertentu di antaranya 221 agensi, di mana mereka diberi untuk membawa pekerja-pekerja asing...

Lagi satu perkara adalah bayaran gaji mingguan...yang kerajaan perlu kaji. Di sesi yang dulu bila saya membangkitkan perkara ini Yang Berhormat Alor Gajah menjawab dia tak faham apa yang saya cakap. Weekly wage he doesn’t understand. He doesn’t have a clue. What is weekly wage ? Kita bekerja untuk 52 minggu, tetapi kita hanya dibayar untuk 48 minggu. Kerajaan dan swasta menipu pekerja-pekerja dalam negara ini. Sebenarnya kalau gaji mingguan dibayar, ini semua akan memberi lebih manfaat kepada pekerja-pekerja.

Akhir sekali Gareth Api Richards siapa tu? Dia adalah seorang senior research officer dalam AG Chambers. Ini kali ketiga saya bangkitkan perkara ini. Kenapa beliau diberi satu senior research fellow dalam AG Chambers? Dia adalah seorang pegawai di University of Philiphine di mana dia telah disingkirkan kerana...Gareth Api Richards lagi ada di sana. Kalau kita taip dalam internet, dia lagi pegawai yang atasan di sana. Saya nak tanya soalan ini satu hal saja. Macam mana pegawai ini boleh dilantik? Dia menjadi seorang pegawai yang tertinggi dalam negara ini untuk memberi kursus tertentu kepada DPP, Majistret dan Session Court Judges. What kind of quality of law officer we are going to get when this kind hopeless, useless, fraudulent man is working with AG Chambers. Saya nak tahu kalau dia boleh disingkir dan dibuang kerja oleh University of Philiphnie, kerana beliau mengatakan beliau tak ada Ph.D dari Manchester University dan Last. Ini adalah satu perkara yang saya rasa perhatian perlu diambil supaya jangan kita adakan fraudulent foreigners bekerja di negara kita, kerana ini juga satu perkara, kita ada peguam-peguam yang lebih dari layak. Kenapa mereka tidak dilantik untuk bekerja di AG Chambers. Terima kasih.

No comments: