Thursday, June 26, 2008

Ucapan Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]

Ucapan Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH DIRAJA

(Dewan Rakyat : 7 Mei 2008)

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang diucap oleh Yang Berhormat Alor Gajah memang adalah sama tune dengan Yang Berhormat Presidennya iaitu Yang Berhormat Kulai. Dulu mereka ada di dalam Kabinet, di mana sepatutnya sekiranya mereka ada berkesan, jadi hari ini saya rasa tidak akan duduk di sebelah sini di backbencher. Saya tidak tahu apabila mereka sudah tukar kerusi mereka, adakah mereka akan lebih berkesan berucap di dalam Dewan ini sebagai seorang backbencher kalau berbanding seorang Kabinet Minister. Saya sangat sangsi kerana dalam Kabinet adalah tempat membuat keputusan. Sekiranya dalam Kabinet pun tidak dapat menjalankan tugas sebagai pembuat keputusan ataupun pejuang hak untuk kaum yang mereka mewakili, saya kurang pasti dan kurang yakin sama ada mereka akan berkesan pada waktu sekarang.

Apa yang mereka ucap itu memang sudah lama, bertahun-tahunlah diminta, dipohon, dirayu oleh pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dan India, tetapi tidak dihiraukan oleh pemimpin Barisan Nasional. Semasa mereka di dalam Kabinet, mereka pun tidak dapat membawa apa-apa perubahan jadi rakyatlah, makhal saktilah yang membawa perubahan dalam 8 Mac ini. Jadi betullah mereka yang kata rakyat sudah bersuara, the people has spoken dan sama ada mereka telah dengar; adakah pemimpin Barisan Nasional sekarang telah dengar, telah dapat mesej melalui peti undi itu. Saya rasa ada yang telah dengar, ada yang belum dengar lagi.

Dari itu, yang dapat dengar ialah saya rasa Menteri Penerangan yang baru yang menyatakan kerajaan ini sekarang akan mengubah sikapnya terhadap blogger. Namun, blogger juga ditahan, telah dibawa ke mahkamah dan dimasukkan ke dalam lokap. Jadi, dia dengar tetapi kerajaan keseluruhannya rasanya belum mengubah sikapnya dan terhadap kebebasan media pun Kerajaan Barisan Nasional belum faham lagi kehendak rakyat. Saya mengalu-alukan, saya menyambut baik tentang dasar untuk live telecast Parliament, sesi Parlimen walaupun hanya setengah jam pada setiap pagi.

Saya rasa untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah mendengar kehendak rakyat, saya rasa elok dan baiknya sekiranya live telecast ini boleh memanjangkan masanya. Saya rasa eloknya jika ia boleh dilive telecast sepanjang masa apabila kita bermesyuarat. Bukankah yang kita katakan bahawa Dewan ini memang dewan forum yang penting.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Alor Gajah dan Yang Berhormat Pulai itu dapatlah walaupun mereka masih di sebelah yang tidak sama. Namun, saya rasa sekarang kerana mereka pun senadi dengan pihak yang sini, saya harap bahawa pemimpin Barisan Nasional dapat dengar dan membuat perubahan.

Saya rasa masalah pendidikan adalah senang sahaja, bukankah kita berkata, Barisan Nasional pun berkata bahawa ini sekarang sudah masuk era knowledge economy. Jikalau knowledge dan kalau pendidikan tidak disempurnakan bagaimana kita boleh melaksanakan polisi ini. Jadi saya rasa apa kehendak masyarakat Cina dan India adalah simple sahaja, mudah sahaja, memberi kesaksamaan. Membina sekolah SRJK(T) dan SRJK(C) mengikut keperluan. Di mana ada keperluannya, binalah sekolah di situ. Ini memang dikatakan selama 30 tahun saya rasa. Ada ke? Ini kerana MCA pun telah pun 50 tahun dalam berkongsi kuasa dengan UMNO tetapi tidak dapat juga mencapai kehendak ini sampai dia kalah teruk di dalam pilihan raya ini.

Satu lagi permintaan ialah, memberi peruntukan dengan adil. Sebelum pilihan raya kali ini, memang banyak peruntukan diberi melalui MCA dan Gerakan kepada sekolah-sekolah Cina tetapi taktik ini sudah tidak boleh dipakai lagi, tidak berkesan lagi. Ini kerana masyarakat Cina merasa dihina oleh taktik ini selama ini, melayan isu yang penting ini seperti pendidikan ini sebagai melayan budak-budak, seperti memberi gula sahaja apabila pilihan raya sampai.

Jadi itulah, walaupun memberi peruntukan yang berjuta-juta tetapi kalah juga kerana apa yang dikehendaki bukanlah gula tetapi apa yang dikehendaki ialah hak saksama. Jadi saya harap Barisan Nasional akan mengambil iktibar, jangan melayan rakyatnya dengan gula-gula sahaja. Kalau tidak saya rasa pada pilihan raya akan datang mungkin akan mengalami kekalahan yang lebih teruk lagi.

Tuan Yang di-Pertua, kali ini kita lihat dalam Parlimen ini perubahan yang besar, pembangkang sedar bilangan Ahli Parlimen dalam Dewan ini telah meningkat. Sayangnya bilangan ahli wanita adalah lebih kurang sama sahaja dengan penggal yang lepas. Sekarang kita dapat 24 orang Ahli Parlimen wanita, sebelasnya dari Pakatan Rakyat. Ini adalah peningkatan dari empat orang dari penggal yang lalu. Ini saya rasa satu tanda yang baik, tetapi sayangnya di sebelah sana ramai ahli wanita yang calon mereka telah kalah.

Di sini juga kita lihat walaupun Kerajaan Barisan Nasional bertujuan untuk mencapai 30 %, pembuat keputusan datang dari kaum wanita tetapi sayangnya kali ini kita lihat dalam Kabinetnya menteri wanita telah kurang dari tiga sampai dua sahaja. Ini tidak selaras dengan dasar Barisan Nasional sendiri. Jadi saya rasa ini adalah menunjukkan bahawa Barisan Nasional cakap tidak serupa bikin atau bikin tidak serupa cakap. [Ketawa]

Bukan tidak ada wanita yang berkelayakan tetapi mengapa tidak diberi sedikit lebih ramai lagi dalam Kabinet dan juga di dalam candidates ataupun calon-calonnya tidak diberi kepada wanita juga. Jadi, ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional tidak serius ataupun mereka tidak memandang berat tentang kepentingan pengundi-pengundi wanita. Mungkin itu adalah salah satu sebabnya mereka kalah teruk kali ini.

Saya ingin membawa dua perkara untuk kepentingan kaum wanita. Pertama ialah mengenai Akta Perkahwinan dan Penceraian. Pada tahun 2005 bulan September dalam dewan ini, saya telah mengemukakan permohonan supaya akta ini mengenai pembayaran nafkah dipinda kerana terdapat ramai bekas suami setelah cerai tidak membayar nafkah kepada anak-anak dan isterinya. Ini mengakibatkan beberapa impak kepada anak-anak ini dan dia membawa masalah kepada keluarga ini dan juga masalah sosial.

Kita ada lebih kurang 7 juta kalau tidak salah saya keluarga single parent, single family dan banyak di antara mereka adalah di dalam tahap kemiskinan salah satu sebabnya ialah, kerana bekas suami tidak membayar nafkah. Dalam Dewan ini pada tahun 2005 bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengatakan bahawa - ini laporan pada hari itu. Dia mengatakan dalam Dewan ini, “Bahawa kerajaan sedang mengkaji kemungkinan meminda Akta Perkahwinan dan Penceraian bagi membolehkan tindakan lebih tegas terhadap bekas suami yang gagal membayar nafkah keluarga lepas bercerai”.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada waktu itu berkata, “Pindaan akta itu yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri iaitu bertujuan memastikan bekas isteri dan anak-anak mendapat pembelaan sewajarnya”. Katanya sebelum itu seorang bekas suami yang gagal mematuhi perintah mahkamah supaya membayar nafkah boleh dirujuk sebagai menghina mahkamah bagi memaksanya membayarkan nafkah jika tidak mahu dihukum.

Bagaimanapun satu keputusan Mahkamah Tinggi Ogos lalu menetapkan bahawa kegagalan membayar nafkah mengikut perintah mahkamah tidak boleh lagi ditakrifkan sebagai menghina mahkamah, dan pada waktu sekarang sekiranya isteri-isteri ini ingin melalui mahkamah, menuntut perintah mahkamah dikuatkuasakan. Isteri ini mesti membayar kepada peguam dan sekiranya bekas suaminya masih tidak mahu membayar, dan dia dilokap atau dipenjarakan, isteri ini mesti membayar kehidupan seharinya RM30 apabila suami ini dipenjarakan dan saya rasa ini tidak boleh dilaksanakan langsung pada waktu ini.

Jadi pada waktu itu saya mencadangkan supaya mengadakan satu unit khas untuk melaksanakan perintah-perintah mahkamah untuk membayar nafkah, seperti apa yang dijalankan oleh Singapura tapi Kerajaan Barisan Nasional yang selalu dikatakan begitu prihatin kepada kaum wanita yang miskin tidak menjalankan atau mengambil cadangan ini sampai hari ini yang dikatakan ialah dua, tiga tahun yang lalu. Sampai hari ini apakah kedudukannya. Saya hendak cadangkan supaya ini merupakan satu prioriti, pemindaan akta ini diambil sebagai satu keutamaan oleh kementerian yang berkenaan supaya kita boleh menyelesaikan ataupun menolong membantu ibu-ibu tunggal yang menghadapi masalah kemiskinan, kerana bekas suami tidak mahu membayar nafkah.

Saya juga ingin mencadangkan supaya mahkamah keluarga ditubuhkan supaya menyenangkan isteri-isteri yang miskin seperti ini untuk merujukan kepada mahkamah untuk mendapat bantuan. Saya juga mahu mengemukakan sekali lagi, mengadakan satu unit untuk menguruskan pembayaran nafkah ini.

Perkara yang kedua saya rasa yang amat penting untuk kaum wanita khasnya mereka yang miskin, mereka yang dipaksa mesti bekerja dan mempunyai anak-anak yang kecil dan mereka tidak mampu menghantarkan anak untuk dibawa jagaan sesiapa. Jadi mereka yang ada anak-anak yang kecil, yang ditinggalkan di rumah sahaja walaupun di bawah umur 12 tahun, yang memang di bawah undang-undang tidak boleh, tetapi mereka tidak ada pilihan kerana mereka harus cari makan, cari rezeki ataupun mereka membawa anak-anak kecil ini juga ke tempat mereka mencari rezeki di pasar-pasar. Alangkah baik kalau Kerajaan Barisan Nasional boleh mengadakan atau mewujudkan pusat-pusat jagaan kanak-kanak supaya kita meringankan beban keluarga-keluarga dan ibu-ibu yang miskin ini.

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat. Program itu sudah pun dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - ada. Jadi mungkin Yang Berhormat tidak mengetahui, kalau sekiranya ada permintaan buat di kawasan Yang Berhormat pun boleh tidak ada masalah dah buat dah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tadi apabila saya berfikir sama ada saya hendak beri peluang kepada beliau, itulah dalam fikiran saya ialah sama ada beliau akan faham perkara ini. Ingin saya menunjukkan bahawa beliau tidak tahu walaupun ada program, program itu belum jalan lagi Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dah jalan dah yang itu. Itu yang saya cakap tadi sudah jalan. Mungkin Yang Berhormat tak tahu.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang Berhormat ini beliau bukan duduk di depan bench ini, beliau bukan menjaga kementerian ini. Jadi yang saya berpendapat bahawa pusat jagaan kanak-kanak ini bukan sahaja untuk meringankan beban ibu-ibu yang bekerja, tetapi dia juga sebagai satu cara untuk membasmi kemiskinan. Sekiranya keluarga itu miskin, ibu dan bapanya boleh keluar bekerja, mereka akan mengatasi kemiskinan. Tapi kalau anak-anaknya tidak ada orang menjaga ibunya susah juga hendak keluar untuk bekerja. Ini juga satu cara untuk mencegah masalah sosial pada masa depan. Sekiranya anak-anak ini pada hari ini kita tidak menjaga dengan sempurna jadi pada masa hadapan mereka mungkin menjadi masalah sosial.

Saya rasa lebih baik kita melaburkan pada hari ini untuk mengadakan pusat jagaan kanak-kanak. Untuk meleburkan sekarang lebih baik daripada sepuluh tahun yang akan datang, dua puluh yang akan datang, kita harus mengeluarkan duit yang lebih banyak untuk membina pusat-pusat pemulihan ataupun penjara. Saya rasa ini merupakan satu pelaburan sosial yang paling bernilai.

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih tidak tahu sahabat atau tidak ini. Yang Berhormat Bukit Mertajam memang bercakap pedas-pedas kadang-kadang tapi baik juga, terima kasih Yang Berhormat. Soal gejala sosial saya tidak begitu faham matlamat atau hasrat Yang Berhormat yang satu menyatakan menggalakkan pihak yang lain menjaga anak-anak kita, dan satu lagi menggalakkan ibu bapa kita untuk memberi tumpuan kepada anak-anak kita, mana satu yang betul Yang Berhormat. Kita mendidik kerana kepentingan jagaan orang lainkah ataupun lebih dekat dengan ibu bapa. Minta penjelasan sikit Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Sekiranya mampu, saya rasa sekiranya mampu satu keluarga yang hanya seorang ibu bapanya keluar kerja dan dia dapat menampungkan kehidupan adalah baik di antara satu ibu bapanya. Bapa pun boleh tinggal di rumah untuk menjaga anaknya, mendekati anaknya. Akan tetapi sekiranya keluarga memerlukan kedua ibu bapa untuk keluar bekerja pada waktu sekarang, dan banyak keluarga sekarang memerlukan kedua ibu bapa untuk keluar bekerja. Jadi ini bukan ada pilihan. Sekiranya ada pilihan, kita tahu buat pilihan.

Kalau menteri-menteri, isteri mereka boleh duduk di rumah. Apa yang penting ialah perlunya ada pusat penjagaan kanak-kanak supaya yang menjaga anak-anak itu juga adalah terlatih.
.
Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera]: Adakah Yang Berhormat sedar bahawa kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan atau senior level participation rate, dengan izin, pada tahun 1985 adalah 46%, tapi dalam tahun 2006, 20 tahun lepas itu, sama juga 46% sahaja. Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang mengadakan senior level participation rate yang hampir 65%. Adakah ini kegagalan Kerajaan Barisan Nasional dalam memelihara nasib kaum wanita? Terima kasih.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, memang saya setuju dengan Yang Berhormat dari Bukit Bendera. Itu patutlah Barisan Nasional memikirkan, mengapa kaum wanita kurang menyertai bidang ekonomi dan itu memang juga tujuan Barisan Nasional untuk menggalakkan kaum wanita, kaum ibu untuk menyertai bidang pekerjaan, supaya kita boleh mengurangkan pendatang asing.

Itulah saya berpendapat bahawa mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak ini adalah amat penting untuk mencapai objektif kita, untuk mempromosi gender e-Quality. Jadi, saya harap menteri yang baru untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat mengutamakan kedua-dua perkara ini dan saya juga berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat wanita di dalam Dewan ini, boleh bersetuju untuk mewujudkan fokus wanita untuk melaksanakan kedua-dua agenda ini untuk kebaikan semua wanita.

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah [Jasin]: Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat dari Bukit Mertajam yang sanggup untuk memperjuangkan nasib wanita. Yang kedua, apa sebenarnya masalah yang kita hadapi sekarang? Kita berharap semoga kerajaan dapat memperkemaskan lagi peruntukan, terutamanya kepada wanita-wanita tempatan yang mengahwini pendatang-pendatang asing. Yang ketiga, saya juga tertarik tadi apabila Yang Berhormat dari Bukit Mertajam menyindir, tentang dua Ahli Yang Berhormat dari Kluang dan juga Alor Gajah, bekas anggota Kabinet. Dalam prinsip Barisan Nasional, di mana jua kita berada, seharusnyalah kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita dengan begitu beramanah. Dan saya yakin kedua-dua Ahli Yang Berhormat tersebut semasa dalam Kabinet, telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang. Sekarang apabila mereka menjadi backbencher, mereka bukan sahaja menukar haluan ataupun nada mereka tetapi mereka menjalankan tugasan mereka sebagai ahli yang telah diberi mandat oleh rakyat menyuarakan pendapat, itu tidak semestinya mereka menentang apa jua dasar kerajaan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih ya. Soalan saya ialah apabila mereka di dalam Kabinet pun tidak dapat menjalankan tugas atau memperjuangkan kepentingan kaum-kaum yang mereka wakili, adakah mereka akan berkesan sebagai backbencher? Sekiranya Yang Berhormat Jasin mengatakan mereka memang telah menyuarakan perkara yang sama dalam Kabinet, itu bermakna Kabinet tidak mendengar apa yang mereka sampaikan. Itu menunjukkan bahawa mereka tidak berkesan dalam Kabinet. Itu adalah kerana UMNO tidak memandang berat kepada mereka. Dan itulah sebabnya, ramai di antara mereka telah menyalahkan UMNO kerana UMNO terlalu angkuh, beberapa orang pemimpin UMNO terlalu ekstrem mengeluarkan keris dan
sebagainya. Dan sekiranya dilihat bahawa ada yang kita telah dengar, meminta maaf mengenai isu keris tapi ada lagi yang belum faham lagi...

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Bukit Mertajam. Saya nak minta pendapat atau penjelasan dari Yang Berhormat dari Bukit Mertajam. Yang Berhormat dari Kulai dan Alor Gajah telah buat pandangan yang sama dengan pembangkang. Adakah kedua-dua Yang Berhormat ini yakin bahawa menteri MCA pada masa sekarang dapat buat apa yang mereka gagal? Sila berikan pandangan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Itulah perkataan Cina mengatakan bahawa kita dengar perkataan mereka dan selepas itu kita pantau tindakannya. Tengok sama ada mereka bikin sama cakap, dengan sama bikin atau bikin sama cakap. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, pada November 2007, bekas Menteri Kesihatan mengatakan bahawa di dalam negara kita ini, terdapat 16% populations kita yang menghadapi masalah mental atau penyakit mental. 16% of the populations have been diagnose with mental illness. Dan di antara 16% ini, 2% adalah kanak-kanak di bawah 16 tahun. Dan pada masa yang sama, bekas menteri juga memberitahu bahawa kita memerlukan 300 psikiatri tetapi pada waktu ini, kita hanya ada 145 sahaja. Itu bermaksud kita amat kekurangan. Jadi saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, bagaimana kita akan mengatasi kekurangan ini? Kita juga mengetahui bahawa ramai yang menghidapi penyakit kanser, diabetes, high blood pressure, tapi kita juga kekurangan pakar-pakar.

Menteri Kesihatan yang baru mengatakan bahawa apabila dia mengambil alih sebagai menteri, rakyat yang pergi ke hospital awam boleh selesai melihat atau boleh melihat doktor dalam 30 minit, tapi ini tidak dapat dicapai dan jauh daripada objektif ini. Dulu ialah 60 minutes, sekarang dia kata 30 minutes. Akan tetapi di Hospital Subang Jaya, pada satu Friday, di mana begitu ramai pesakit menunggu sampai satu jam barulah dapat nombor. Satu jam lagi baru dapat masuk berjumpa doktor. Dan selepas itu, apabila doktor habis diagnose, mesti ambil nombor lagi untuk tunggu mendapat ubat. Tiga jam adalah biasanya masa diambil. Jadi saya harap... Hah! Inilah satu kali kita lihat, sama ada bikin adalah sama dengan cakap atau tidak? Dan saya ingin mendapat penjelasan bagaimana kerajaan atau kementeriannya akan meningkatkan perkhidmatan ini.

Akhirnya saya ingin mendapatkan penjelasan mengapa Kerajaan Barisan Nasional khasnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah gagal mengotakan janji Pilihan Raya 2004. Beliau mengatakan akan membanteras jenayah. Tetapi dalam empat tahun beliau menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, indeks jenayah meningkat dengan double digit. Sampai hari ini beliau tidak dapat mengurangkannya. Sampai hari ini ramai rakyat termasuk lelaki juga yang khuatir apabila mereka keluar atau berjalan di mana-mana tempat. Malah di rumah pun boleh dirompak, boleh dicederakan. Saya ingin merayu supaya menjadikan isu keselamatan ini menjadi satu keutamaan kerajaan yang baru ini yang tidak mempunyai total majoriti, terima kasih.

No comments: