Monday, June 9, 2008

Petikan Ucapan Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]

Dewan Rakyat : 7 Mei 2008)

USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN DIRAJA

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Barisan Nasional menang 140, pembangkang dia kata ada pakatan. Mana ada pakatan rakyat? Rakyat tidak berpakat menjatuhkan Barisan Nasional, rakyat masih sokong Barisan Nasional. [Tepuk] Tidak ada ungkapan Pakatan Rakyat. Cuma pembangkang berdegar-degar dengan
.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Laluan. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya semenjak masuk Parlimen ini, macam-macam saya dengar, saya orang baru tetapi bila kita menuduh orang lain bongkak dan sombong. Sebelum pilihan raya dulu, Barisan Nasional juga mendabik dada dengan mengatakan Barisan Nasional sahaja yang mampu memerintah negara ini dan Barisan Nasional sahaja mampu membawa pembangunan. Ini pun bongkak dan sombong juga Yang Berhormat. Sekarang ini kita tidak perlu, adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita bercakap begini ia juga bongkak dan sombong. Jadi sekarang ini masing-masing the pot is calling the kettle black dengan izin.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat, biar pun baru tapi sudah lama dalam politik. Yang Berhormat sendiri boleh menilai mana kaca mana permata. Kita ini dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan pancaindera yang penuh sempurna. Manusia itu dicipta dengan penuh sempurna, ada mata, ada telinga cukup perfect. Jangan kita jadi Pak Pandir. Jangan ada mata tutup, ada kaki goyang...Ketawa] ...ada mulut makan. Kami di sini tidak pernah menjadi yes man. Sayalah salah seorang daripadanya. Mana kerajaan buat tidak betul, saya kata tidak betul. [Tepuk] Kita ingin memperbetulkan keadaan.

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat bahawa kita manusia adalah manusia yang terbaik sebagaimana dengan izin firman Allah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Walaupun manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian tetapi manusia yang menolak hukum Allah, manusia yang menolak kebenaran, keadilan adalah seburuk-buruk kejadian.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tak payah ceramah di sini.

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Tidak payah ceramah. Ini bukan ceramah di sini.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Tak payah ceramahlah.

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Yang Berhormat, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan apa Yang Berhormat kata bongkak dan sombong tadi sebagaimana dalam pilihan raya yang lalu slogan yang digunakan oleh BN ‘Pade Doh 18 Tahun Kepada Kelate’ dan rakyat Kelantan telah membuktikan bagaimana kita telah menolak BN. Apa pandangan Yang Berhormat?.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Alhamdulillah. [Ketawa] Sebetulnya begini Yang Berhormat, memang manusia itu ciptaan paling sempurna tetapi perilaku dia , kelakuan dia tidak sempurna, nobody perfect tidak ada. Jadi memang begitulah hakikatnya dan bagi saya...apabila rakyat Kelantan menolak Barisan, di Perak tolak, di Selangor tolak, Pulau Pinang tolak, Kedah tolak bermakna ada hikmah dia, bermakna pemimpin Barisan kena bekerja menyakinkan rakyat. Bermakna tidak cukup kerja. Macam saya, kami di Sabah, di Sarawak kerja cukup. [Ketawa] Siapa pun datang lawan saya di sana tetap kalah.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Itu bongkak Yang Berhormat, itu bongkak. [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bukan bongkak, saya tidak mendahului kuasa tuhan tetapi insya-Allah, datanglah.

Puan Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Bismillahirahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya cuma ingin menyebut di sini meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan kerana beliau mengatakan perkataan tsunami politik. Saya rasa itu adalah masalah semantik. Jadi kalau beliau kata tadi ada air pasang surut, ada roda pusing naik atas turun ke bawah kadang-kadang kita di atas kita di bawah, maka ketika ini dia harus menerima hakikat bahawa keadaan tsunami politik itu seperti yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat adalah satu perkataan yang kita dapat terima di peringkat kita. Namun sekiranya ia menyinggung perasaan Yang Berhormat Kinabatangan tidak perlu disebut di sini kerana telah oversensitive di atas perkataan itu dan saya rasa juga saya tidak mahu sampai bila Tuan yang di-Pertua harus ban perkataan ‘tsunami politik’ seperti ‘6 juta man’. Thank you.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini tiada soalan. Saya mungkin seorang laki-laki yang jarang tersinggung. Namun sebagai pemimpin politik, memang saya tersinggung dengan ungkapan-ungkapan yang dicipta-cipta tanpa ada kebenarannya. Ini namanya provokasi kepada masyarakat. Kalau kita buat bancian di seluruh negara, tidak semua mengatakan ada tsunami politik, tidak ada. Kalau orang yang rasional berfikir dia memang orang politik, ini qada’ dan qadar. Kita terima, apa mahu susah-susah. Kita ada masa pilihan raya lima tahun akan datang. Pilihan raya lagi. Pembangkang kata ada kronisme, ada nepotisme, ada kronisme semua mah, mah, mah. [Ketawa] Mari kita lihat siapa yang nepotism, siapa yang nepotisme. Ini pembangkang, Yang Berhormat Ipoh Timur anak dia Yang Berhormat Bagan, anak menantu dia Adun di Melaka, ini nepotisme. [Tepuk] Ketua Pembangkang, anak dia Yang Berhormat Lembah Pantai nepotisme. Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Puchong anak-beranak, ini nepotisme. Lainlah Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Johor Bahru, lain sikitlah. Lain parti okeylah, adik-beradik pun lain parti. [Ketawa] Ini sama parti. DAP lain diam-diam, tidak boleh cakap.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat fasal isu nepotisme ini. Saya rasa Yang Berhormat bersetuju dengan saya yang sebenarnya tujuan Yang Berhormat itu bukan hendak sebut kepada Yang Berhormat Ipoh Timur, bukan kepada Ketua Pembangkang tetapi hendak menyindir kepada Yang Berhormat Kepala Batas dengan Yang Berhormat Rembau. [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu persepsi Yang Berhormat Pokok Sena. Ya, sila Yang Berhormat Lembah Pantai. Tadi saya nampak ada berdiri. Yang Berhormat Lembah Pantai hendak ambil masa lagi atau tidak?.

Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sebelum ini saya memang banyak mendengar ucapan Yang Berhormat dan saya mahu menjawab mungkin selepas itu mendapat penjelasan. Pertama sekali kami wakil-wakil Parlimen yang bertanding di bawah tiket pembangkang sebenarnya terpaksa berkorban banyak demi untuk mendapat tempat di hati rakyat. Kami selalunya memang tidak mendapat peruntukan dan saya sendiri atas keputusan parti diletakkan di kawasan politically suicidal dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya harap kalau Yang Berhormat Kinabatangan mahu membuat pada saya andaian atau pertuduhan sedemikian baiklah check ataupun mengesahkan dahulu dengan wakil-wakil Parlimen di peringkat Barisan Nasional yang secara nyata menggunakan kuasa yang ada, position of power to give something in detente the facilities that exist to give to the people in government. Pada saya itu adalah penting kerana kami dan pembangkang ini jelas. Saya harap Yang Berhormat dapat memberi penjelasan kenapakah diberitahu sedemikian. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya akan jelaskan. Yang Berhormat mana ada perjuangan tiada pengorbanan. Nabi berjuang pun kena berkorban. Apa lagi perjuangan moden ini! Tidak boleh korban nyawa kita korban harta benda dengan apa cara sekalipun.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kasihannya Yang Berhormat Kinabatangan! Ini teks ucapannya penggal yang lalu beliau telah bangkitkan. Penggal yang lalu Yang Berhormat telah beri amaran kepada kerajaannya. Jadi saya rasa sangat kasihan kepada Yang Berhormat Kinabatangan! Jadi apakah Yang Berhormat setuju kalau ada political tsunami? Di Sabah ada pembangkang yang kuat. Tidak payahlah Yang Berhormat Kinabatangan bersusah payah merayu, berucap, meminta seolah-olah meminta sedekah di dunia ini. Jadi, apa Yang Berhormat boleh harapkan ialah kuatkan pembangkang, adakan pembangkang di Sabah. Saya percaya itu sahaja solution, penyelesaian. Pasti ada pembangunan di kawasan Kinabatangan dan Sabah.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya ini masih rasional. Mana ada dalam dunia parti pembangkang boleh membangun rakyat? [Dewan riuh] [Tepuk] Mana ada! Tanya itu Machang kalau ada, tidak ada! Namun yang ada parti kerajaan, itu yang boleh memberi kemenangan.

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tanya Yang Berhormat Kinabatangan bukan sebab saya minat dengan Yang Berhormat, ya. [Ketawa] Saya juga ingin mengukuhkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Berkenaan dengan bagaimana rakyat boleh mendapat keuntungan apabila mereka memberi sokongan kepada pembangkang. Kita lihat sahaja di Terengganu, selepas lima tahun Parti Pakatan Rakyat memerintah Terengganu, rakyat Terengganu mendapat banyak keuntungan. Malah Kuala Terengganu sekarang sudah jadi bandar raya. Saya tanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan, mungkin kalau rakyat Sabah memberi peluang kepada Parti Pakatan Rakyat mungkin pembangunan akan datang ke Sabah pada ketika itu.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat. Sebetulnya pepatah Melayu ada menyatakan, ’lain hulu, lain parangnya; lain padang, lain belalangnya’. Tidak bermakna kalau pembangkang diberi peluang, sudah jelas jaminan sudahlah tidak ada, harapan pun memang tidak ada untuk mencari pembangunan. Namun dalam Kerajaan Barisan Nasional kalau pun tidak ada harapan sekurang-kurangnya jaminan mesti ada, sebab jaminan itu kita tuntut. Oleh sebab itulah kami di sini backbencher yang di belakang ini menuntut janji kerajaan! Tidak bermakna kita mahu tukar kerajaan, kita perbetulkan kerajaan yang sedia ada. Itulah realiti dia.

No comments: