Wednesday, June 4, 2008

Pemegang konsesi tol untung RM3.5 billion

(Dewan Rakyat : Rabu 7 Mei 2008)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

6. Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Kerja Raya menyatakan pendapatan, keuntungan kumulatif syarikat-syarikat konsesi tol dan adakah kerajaan akan mengambil langkah tertentu untuk merunding semula ciri-ciri kontrak yang tidak seimbang dan membebankan orang ramai.

Menteri Kerja Raya [Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed]: Tuan Yang di-Petua. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, sehingga Disember 2007 terdapat 22 buah lebuh raya bertol yang sedang beroperasi di bawah pengawasan Lembaga Lebuh Raya Malaysia sehingga tahun 2007. Jumlah keseluruhan pendapatan dan keuntungan kumulatif bagi syarikat-syarikat konsesi lebuh raya berkenaan semenjak diswastakan sehingga kini adalah seperti berikut, jumlah keseluruhan pendapatan kumulatif ialah RM27.6 bilion dan jumlah keseluruhan keuntungan kumulatif ialah RM3.5 bilion.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendapatan yang diperolehi oleh syarikat konsesi adalah digunakan untuk pembayaran balik pinjaman, pembiayaan kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi serta dengan izin Tuan Yang di-Pertua heavy maintenance cost.

Setelah itu keuntungan yang diperolehi oleh syarikat konsesi yang berkenaan akan digunakan bagi dengan izin mengoffset pampasan akibat keputusan kerajaan tidak menaikkan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bukan semua lebuh raya yang mendapat keuntungan. Terdapat juga lebuh raya yang mengalami kerugian seperti Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Lingkaran Kajang, Lebuh Raya Shah Alam-Kuang dan juga Lebuh Raya Pantai Baru.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk merunding semula perjanjian konsesi lebuh raya antara klausa baru yang disertakan di dalam perjanjian konsesi adalah klausa toll review mechanism dengan izin di mana klausa ini tidak membenarkan kadar tol sebuah lebuh raya dinaikkan sewenang-wenangnya dan bergantung pada jumlah trafik. Sekiranya jumlah trafik melebihi sebuah nilai maka kenaikan kadar tol bagi lebuh raya berkenaan boleh dihindari. Kerajaan juga amat faham dan prihatin akan beban tol kepada rakyat pada masa kini. Kementerian sedang membuat satu kajian serius terhadap beberapa lebuh raya dengan melihat semula perjanjian konsesinya. Antara perkara yang sedang diperhati semula adalah unjuran trafik, klausa-klausa perjanjian, kadar tol dan tempoh konsesi.

Kementerian juga akan melihat semula jumlah pembiayaan yang diperlukan bagi sesebuah lebuh raya membayar balik pinjaman, menyelenggara dan menjalankan operasi. Jumlah ini kemudian akan dibandingkan dengan hasil kutipan tol dan ini dapat mengelakkan kenaikan kadar tol malah boleh memberikan pengurangan kadar tol. Setelah memperoleh maklumat berkenaan, kementerian akan berunding semula dengan syarikat konsesi bagi mencapai persetujuan tanpa sebarang gangguan terhadap mana-mana obligasi kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam rundingan semula faktor pampasan juga akan dilihat semula dan sebarang keputusan rundingan semula akan dipastikan tidak menyebabkan kerajaan dan rakyat menanggung sebarang beban. Obligasi kerajaan kepada syarikat konsesi juga tidak akan diabaikan. Antara kajian lain yang sedang dijalankan adalah untuk mengasingkan Lebuh Raya Utara-Selatan kepada dua seksyen iaitu seksyen bandaran dengan izin urban dan seksyen antara bandaran dengan izin inter urban. Ini dapat mengurangkan kadar tol bagi seksyen bandaran iaitu urban dan memastikan kadar tol bagi seksyen antara bandaran, inter urban tidak membebankan.

Kesemua keputusan kerajaan ini akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan. Dengan ini masalah kenaikan kadar tol dapat dilihat semula dan rakyat tidak akan dibebankan.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih di atas jawapan menteri yang baru. Saya kena admitlah, amat menggalakkan disebabkan Menteri Kerja Raya yang lama tidak langsung hendak membuat polis-polisi seperti toll review mechanism. Ini satu langkah yang betul pada fikiran kita. Soalan tambahan yang saya hendak tanya ialah, bagi PLUS yang secara nyata telah mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun–tahun yang lalu, adakah kadar tol akan dinaikkan pada tahun ini atau tahun depan? Ini kerana kita tahu pada awal tahun ini sebenarnya ia akan menaikkan tol tetapi telah ditangguhkan. Jika tidak akan naik, apakah ganti rugi yang dibayar oleh kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi PLUS? Terima kasih.

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih kepada soalan tambahan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kalau mengikut jadual asal sebagaimana termeterai dalam perjanjian dengan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan, kenaikan kadar tol sepatutnya telah pun dilakukan pada Januari namun kita telah pun menangguhkan untuk tempoh setahun. Jadi, sama ada perkara ini dapat dilaksanakan atau tidak sebagaimana yang saya sebut sebentar tadi, PLUS dan kita akan berunding semula dan dengan izin to designate. Bermakna lebuh raya yang disifatkan sebagai urban, contohnya ialah dari Rawang sampai ke Nilai, that is urban. The backbone of the Klang Valley. Inter urban termasuk kawasan Ipoh, Seremban dan juga Johor Bahru, ia sebagai the inter-link of the sub-urban. Kita akan kaji berapa trafik volumenya dan berapa kos maintenance sepanjang laluan itu. Bila semua ini sudah dalam maklumat kita, kita akan faktor dengan izin cost effectiveness, sama ada room to negotiate dengan izin, ada ruang. Ini pendekatan yang akan diambil.

Dalam waktu yang sama kita juga ingin supaya pengguna mendapat manfaat yang besar penggunakan jalan raya kerana dari segi dengan izin, efficiency kalau kita ambil lebuh raya bertol maknanya it is a dedicated highway. Dedicated highway ini maknanya membolehkan kita travel dari point A kepada point B dengan membayar premium tetapi cepat dan pantas. Dalam waktu yang sama federal road yang sedia ada ini adalah sebagai satu laluan alternatif yang tidak payah dibayar tol dan itu juga boleh membuat orang berjalan dari point A kepada point B. Kita akan menarik taraf semua jalan yang menghubungkan jalan utama antara bandar-bandar yang memang ada dalam federal highway dan kita telah pun mengenal pasti lebih kurang 150 kawasan yang kita sebut sebagai black spot. Saya akan meletakan ini sebagai priority dalam kajian semula dalam RMK-9 supaya laluan alternatif federal highway ini akan juga menjadi laluan alternatif untuk menghubungkan rakyat dari utara ke selatan.

Kedua, tentang peningkatan kualiti. Saya akan melihat sistem penguraian trafik supaya dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Kalau kita bayar tol kita tidak akan tersangkut dalam keadaan lima hingga enam jam. Ini akan menyebabkan rakyat marah. Bila dia marah dia akan sokong pembangkang. Jadi kita tidak hendak dia menyokong pembangkang. [Ketawa] Saya hendak tunggu pengumuman daripada Yang Berhormat Seputeh, kerana baru-baru ini masa pilihan raya dia masuk kawasan Selangor di Kinrara, kempen dia senang sahaja. Dia letak poster “tol sana, tol sini”. Jadi itu jawapan saya kepada Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sudah bangun 30 kali akhirnya dipandang juga. Soalan tambahan saya, saya rasa daripada jawapan Yang Berhormat Menteri ini telah menyatakan kepada Dewan yang mulia jumlah pendapatan kumulatif lebuh raya dalam negara adalah sebanyak RM27.6 bilion. Maka saya berasa sangat aneh di manakah wang pampasan yang diumumkan oleh bekas Menteri Kerja Raya sebanyak RM38.5 bilion yang terpaksa ditanggung atau dibiayai oleh kerajaan. Di manakah wang tersebut? RM38.5 bilion, kerana jumlah pendapatan yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri pagi ini cuma RM27.6 bilion.

Kedua, memandangkan lebuh raya ini telah mendapat keuntungan setingi RM3.5 bilion, bermaksud ini merupakan perniagaan yang memang menguntungkan. Mengapakah kerajaan lari daripada tanggungjawab untuk mengenal pasti lebuh raya yang menguntungkan? Membina sendiri supaya tidak membebankan rakyat khususnya tol-tol di Lembah Klang ini seperti yang diumumkan oleh bekas Menteri Kerja Raya. Mungkin dia sekarang pun sudah tinggal di Sungai Siput, tidak ada tol lah. Dia telah pun umumkan dalam jangka masa lima tahun ini, seluruh Lembah Klang akan dikerumuni sebanyak 200 tol. Apakah strategi kerajaan untuk mengurangkan tol dalam bandar raya ini?

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Untuk makluman Yang Berhormat bagi Taiping, soalan asal ini tanya saya berapakah pungutan kumulatif dan berapakah keuntungan daripada pungutan kumulatif ini. Sebagai jawapan, saya sebut tadi kita ada 22 konsesi tol di seluruh negara yang beroperasi dan collectionnya sehingga ke tahun 2007.

Tadi Yang Berhormat tanya pengumuman compensation yang tidak ada reflected dalam pungutan tol ini. Bila kita kata pungutan, maknanya bila orang melalui tol dan dia bayar, yang itu register as a captured punya pungutanlah. Kalau compensation kerana dalam perjanjian concession itu katakan dalam setiap tiga tahun, ada masa dan ketika ia akan naik. Oleh kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat kita kata jangan naik tol tetapi kita kena juga melalui obligasi kita dengan izin to honor agreement kita dengan pihak konsesi. Jadi dengan itu ada dua opsyen sama ada dengan izin cash disbursements ataupun offset ataupun yang ketiga kita panjangkan lagi dia punya tempoh konsesi.

Jadi sekarang ini soalan Yang Berhormat kata, apakah langkah kerajaan untuk menangani masalah. Saya ada beberapa opsyen. Salah satu opsyen kalau contoh infrastruktur, current value sekarang dengan 30 tahun yang akan datang dia punya future value. Saya boleh buat dengan new financial modeling bawa dia punya future value to the current value and we repackage this one. Maybe one option is the government to buy back this infrastructure. Itu satu opsyen. I am not suggesting, this is depend on the option. That is the option we can take. So, jawapan kepada Yang Berhormat, pihak saya bersedia untuk melihat ini secara in totality. Mungkin ini bukan kali yang terakhir soalan tol yang akan dibangkitkan. Dalam persidangan yang akan datang pun banyak lagi perkara tol yang akan di bangkitkan. Sekian, terima kasih.

No comments: