Monday, May 12, 2008

Ucapan Penasihat DAP: Usul terima kasih titah Diraja – Bahagian 1

Ucapan Penasihat DAP: Usul terima kasih titah Diraja – Bahagian 1

Dewan Rakyat (6 Mei : 11.57 pg.)

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul untuk menjunjung kasih Titah Diraja di hadapan Dewan yang mulia ini. Saya baru balik daripada Mahkamah Majistret oleh kerana pengarang blog portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ada dipanggil semalam untuk menghadiri Majistret Court, Jalan Duta untuk menghadapi dakwaan kesalahan di bawah Akta Hasutan pada 9.30 pagi hari ini.

Apabila saya pergi Mahkamah Majistret, semua orang ada tunggu di sana. Raja Petra Kamaruddin dan semua yang berminat dalam isu ini, tetapi tidak ada apa-apa perkembangan. Tidak ada pegawai-pegawai sama ada daripada pihak polis termasuk mereka daripada Bahagian Cyber Crime yang semalam memanggil, menelefon Raja Petra untuk pergi ke Mahkamah Majistret, untuk menghadapi tuduhan hasutan ataupun daripada Kamar Peguam Negara dan apabila saya balik ke Dewan yang mulia ini, tadi saya dapati bahawa Raja Petra ada disuruh untuk pergi Mahkamah Petaling Jaya untuk tuduhan di sana, dan saya baru sahaja dapat panggilan daripada Mahkamah PJ. Oleh kerana Ahli Parlimen Segambut kita ada di sana ataupun Exco Kanan Ronnie Liu pun ada di sana yang beri laporan, bahawa sampai sekarang Raja Petra belum hadapi apa-apa tuduhan.

Sungguhpun adalah pihak polis dan pihak pegawai DPP di sana, tetapi mengapa ini berlaku? Adakah ini menunjukkan satu perkembangan yang baharu the empire strikes back? Barisan Nasional strikes back. Membalas tsunami politik 8 Mac yang sekarang tindakan repressive, yang akan diambil. Apa kesalahan Raja Petra? Kita tahu bahawa pada hari Jumaat minggu lalu. Beliau telah dikunjungi oleh satu pasukan polis, Cyber Crime Division di rumah beliau di Sungai Buloh dan laptop, CPU ada dirampas atas sebab bahawa posting beliau mengenai kes pembunuhan Altantuya Sharibuu yang bertajuk, “Lets Send The Altantuya Murderers to Hell” dan sebab siasatan ialah bahawa polis menyiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, dan juga kerana beliau telah membuat komen ke atas sesuatu kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Dan kalau begitu, kalau oleh sebab komen mengenai kes yang dijalankan yang belum diputuskan, itulah merupakan contempt of court, terpulang pada mahkamah, terpulang kepada hakim-hakim yang menguruskan kes itu. Kenapa jatuhkan kategori itu hasutan? Di sini saya ada ini posting, “Lets Send Altantuya Murderers to Hell”, saya percaya kita boleh berkongsi sentimen, perasaan ini. “Lets Send Altantuya Murderers to Hell”, kita di sini semua kita boleh sokong, “Lets Send Altantuya Murderers to Hell”. [Tepuk] Saya tak tahulah sama ada Barisan Nasional boleh menyokong sentimen ini.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Soalnya kalau dibaca keseluruhan tajuk tersebut, isinya ia mengaitkan tentang Timbalan Perdana Menteri, dan oleh kerana itulah saya fikir perkara ini wajar sebenarnya untuk diambil tindakan sebab ada pertuduhan, sangkaan buruk seperti mana yang ditulis dalam blog tersebut. Oleh kerana itu, saya fikir ini tidak ada kena mengena dengan tsunami politik ataupun UMNO seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Saya fikir untuk keadilan, kerana seolah-olah dikaitkan dengan tokoh tertentu maka biarlah tindakan diambil supaya ini dapat meyakinkan kepada rakyat bahawa, inilah keadilan yang ada di negara kita jika ada tuduhan-tuduhan liar seperti itu. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih. Saya akan bincangkan perkara itu, tapi sebelum itu, adakah Yang Berhormat daripada Batu Pahat setuju dengan sentimen ini “Lets Send Altantuya Murderers To Hell”. Adakah setuju? Adakah setuju? Atau rasa mereka tak patut disend to hell, patut pergi heaven, atau terdapat perlindungan... ...sungguhpun ada berlaku explosive C4 yang sudah membunuh Altantuya Sharibuu. Itu perasaan. Ada setuju tak setuju, bukan penjelasan. Setuju tak setuju mengenai perasaan ini? “Lets Send Altantuya Murderers to Hell”. Kita semua setuju di sini, Pakatan Roket. Adakah Barisan Nasional setuju, “Lets Send Altantuya Murderers to Hell” atau tak setuju? Itu saja.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jangan, jangan lihat pasal tajuk sahaja. Itu tajuk... tengok dalaman.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, tajuk. Lepas itu kita masuk ke isi kandungan. Adakah setuju dengan tajuk? Kita boleh ada perbezaan mengenai isi kandungan, tapi untuk tajuk adakah setuju, “Lets Send Altantuya Murderers to Hell”.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Saya cuma mohon penjelasan daripada Yang Berhormat daripada Ipoh Timur, sama ada Yang Berhormat setuju bahawa penentuan siapa yang akan masuk ke syurga ataupun neraka, itu sebenarnya di bawah kuasa Tuhan atau Allah s.w.t, dan bukan untuk kita menentukannya. [Tepuk]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Yang Berhormat dari Rembau, graduated daripada Oxford, dia tentu tahu itu expression. [Dewan riuh] Itu pun tak faham! Mahu menjudges satu religious fundamentalis. Ini, kenapa? Dulu dalam Oxford, apa buat? Kita tahu whole of life Yang Berhormat dari Rembau bukan? Apa itu heaven or hell?...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih..

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah Yang Berhormat six million dollar man, saya tak tahu. Adakah Yang Berhormat six million dollar man?

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, ini sikit saja komen. Saya ingat dulu, masuk Dewan ni, kita boleh tengok contoh-contoh yang baik daripada ini, ahli-ahli ni.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Baca, faham peraturan mesyuarat dulu. Lebih baiklah pergi baca dan faham dulu. Bukan untuk buat komen. Nak komen, tunggulah ucapan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pasal tadi sebut six million dollar man? Dengan izin, what right have you got? Saya nak ucap terima kasihlah Yang Berhormat bagi chance kepada saya bercakap sikit. Daripada Ipoh Timur, negeri Perak juga, saya pun daripada Perak. Why should we quarrel, dengan izin. Let’s talk friendly, friendly. Okey, the point is sebagaimana kata Yang Berhormat dari Rembau dan ini rakan-rakan kita daripada PAS pun, setuju, ini orang agama semua ni. Nak hantar orang pergi syurga, pergi neraka ni kuasa Allah s.w.t. Setuju tak?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Di sini kita bukan bincang mengenai agama, syurga atau neraka. Ini satu expression bahawa mereka yang membunuh, pembunuh Altantuya patutlah dikenakan tindakan sehabis-habisnya. Bukan pergi hell atau heaven. Kalau ini pun tak faham! Apa graduation daripada ex-Oxford? It’s a great in Oxford University. [Tepuk]

Yang Berhormat daripada Batu Pahat tanya, dia kata bahawa baca itu posting ini, blog ini adalah enunciation insinuation, adalah sangka jahat mengenai Timbalan Perdana Menteri dan isteri beliau, perlu, betul? Dan sebab itu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah dan melalui setiausaha akhbar atau kuasa kenyataan bahawa reserve hak untuk ambil tindakan membersihkan nama mereka itu baik. Itulah masalah. That’s the point. Mereka ada hak untuk membersihkan nama mereka melalui tindakan-tindakan undang-undang, tetapi kenapa mahu menggunakan segala kuasa kemudahan kerajaan untuk ambil tindakan terhadap Raja Petra Kamaruddin. Itulah salah guna kuasa. Saya tak mahu berdiri di sini membela apa yang ada pada isi kandungan ini, betul atau tak betul, tetapi adalah saluran untuk Timbalan Perdana Menteri dan keluarga isteri beliau untuk ambil tindakan terhadap Raja Petra adalah civil action, civil litigation, kenapa perlulah sedition prosecution. [Tepuk] Kenapa? Bukankah ini...? Dulu tidak apa. Sekarang ambil tindakan.

Kenapa jentera kerajaan, Kamar Peguam Negara, pihak polis digunakan untuk maksud ini? Inilah salah guna kuasa dan sebab itu kita rasa ini perlulah dikutuk sekeras-kerasnya, tindakan terhadap Raja Petra Kamarudin. [Tepuk] Dan memang apa yang bangkit dalam prosiding ini penting, pertinent, relevant dan kita mahu tahu. Tuduhan ada dibuat. Kita, rakyat ada hak untuk tahu, benar atau tidak benar dan oleh kerana ini menimbulkan sama ada kita good governance di Malaysia. Dan isu-isu yang berbangkit dalam prosiding ini tentu tidak boleh kita dapat keterangan daripada kes pembunuhan Altantuya.

Dan sebab itu, adakah kerajaan rela mengadakan satu siasatan bebas, terbuka atau satu royal commission of enquiry mengenai sama ada adakah benar tuduhan-tuduhan ada dibuat oleh Raja Petra Kamarudin. Kalau Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak rela ambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama beliau...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Yang Berhormat dari Ipoh Timur, bagi peluang. Saya hendak bertanya, macam mana Yang Berhormat begitu pasti bahawa terdapatnya penyalahgunaan kuasa apabila Akta Hasutan digunakan terhadap Raja Petra ini? Adakah Yang Berhormat mendapat maklumat yang sahih bahawa ianya diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri bagi pihak polis mengambil tindakan tersebut? Atau dia tidak ada kena mengena dengan apa yang Timbalan Perdana Menteri buat? Melainkan mungkin itu adalah tindakan daripada pihak berkuasa kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap orang yang dianggap menimbulkan satu perbuatan yang boleh dilibatkan dengan Akta Hasutan. Terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Yang Berhormat dari Pasir Salak mungkin kata ini satu coincidence tetapi nampaknya banyak coincidence berlaku dalam Barisan Nasional. Kita perlu tahu kenapa tindakan ini sekarang diambil. Ini satu kes sudah dua tahun.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Ipoh Timur, terima kasih. Saya ingin kemukakan beberapa soalan. Pertama sekali dalam kes ini, bila pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan, bermaksud orang ramai ini dihasut untuk mengancam ketenteraman masyarakat, tetapi dalam kes Raja Petra, adakah artikel ini ada memberi pelbagai implikasi menghasut sesiapa untuk mengancam keselamatan negara atau ketenteraman masyarakat?

Kedua, kalau betul ini memberi satu kesan negatif kepada kepimpinan nombor dua dalam negara kita, ini bermaksud telah menghina seorang pemimpin, tetapi di dalam banyak lagi blog dan pengguna internet telah menggunakan artikel mereka yang juga mengeluarkan kenyataan seperti memanggil Perdana Menteri kita untuk turun.... supaya Perdana Menteri kita mengambil tanggungjawab ke atas kekalahan dalam Barisan Nasional. Adakah ini merupakan satu ancaman kerana ini menghina orang pertama dalam negara kita? Kalau begitu maksudnya nombor dua adalah lebih penting daripada orang nombor pertama dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih Yang Berhormat dari Batu. Penghinaan kepada sesiapa, baik nombor satu atau nombor dua tidak boleh menjadi asas untuk prosecution atau prosecution jenayah. Apa yang penting ialah kalau Peguam Negara, pihak polis mahu kaji posting Raja Petra Kamarudin, ada isu-isu yang lebih penting supaya rakyat boleh tahu benar atau tidak benar. Sebagai satu contohnya, dengan izin, dalam posting ini, “Then the Attorney General did a very strange thing. Just before the trial started, he made a public announcement that only three people and no others are involved in the murder. This is not only strange but highly irregular as well. It is not the Attorney General’s job to determine this. This is for the court to decide. Furthermore, the trial is not even started yet, so how does the Attorney General know what is going to surface in the trial?”

Adakah ini antara sebab kenapa tindakan diambil terhadap Raja Petra Kamarudin? Oleh kerana menyoalkan tindak tanduk Peguam Negara? Dan apa jawapan Peguam Negara kepada kenyataan ini? Kenapa dia boleh mengisytiharkan bahawa tidak ada orang yang lain yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Kenapa? Bukankah ini ditentukan oleh mahkamah?

Sebab itu Yang Berhormat dari Batu ada sebut ada banyak blog yang ada sebut pasal kes ini. Ada banyak tuduhan dibuat termasuk sama ada Timbalan Perdana Menteri ada jumpa dengan Altantuya, satu gambar diambil sama ada mengenai Rizal dan lain-lain. Ini perlulah satu keterangan yang sepenuhnya. Selain daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri rela mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama beliau, patutlah Kabinet dan Perdana Menteri menubuhkan satu royal commission of enquiry untuk satu siasatan yang sepenuhnya mengenai pembunuhan high profile ini untuk menjaga maruah negara kita.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita mestilah menjadi rakyat yang bertanggungjawab terutama dalam kes yang masih dalam perbicaraan, tetapi kalau saya membaca apa yang ditulis dalam blog tersebut, memang jelas ia ada unsur menghasut sebenarnya, mengaitkan tokoh tertentu dalam kes pembunuhan tersebut. Jadi ini satu perkara yang sepatutnya kita tidak boleh biarkan. Kita kena bertanggungjawab. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat sendiri iaitu apakah Yang Berhormat sendiri juga percaya tentang apa yang ditulis oleh Raja Petra tersebut dalam soal pembunuhan ini? Saya ingin penjelasan Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Itu bukan isu di hadapan kita sama ada saya setuju 100% isi kandungan post ini tetapi kalau posting ini ada menimbulkan soal public interest, kepentingan orang ramai, perlulah satu keterangan dan sebab itu saya kata selain daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri rela ambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama beliau sendiri...ini perlu ada satu royal commission of enquiry.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Saya ingin mohon penjelasan daripada Ipoh Timur tentang kaitan tuduhan Altantuya dengan Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya ini. Sedarkah Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa dalam kempen Pilihan Raya Ijok pada April tahun 2007, Timbalan Perdana Menteri telah dilaporkan dalam semua akhbar bahawa beliau tidak kenal, tidak pernah jumpa Altantuya Sharibuu dan Timbalan Perdana Menteri juga hanya tahu bila dilaporkan dalam akhbar siapa itu Altantuya. Itu yang pertama. Yang kedua, beliau juga telah bersumpah dengan nama Allah, ya, ini orang-orang PAS patut jelaskan kalau sumpah dengan nama Allah. Bahkan dalam kempen itu bahawa dia tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, tidak tahu langsung siapa itu Altantuya. Mohon penjelasan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Siapa pun boleh buat apa-apa kenyataan. Percaya tak percaya sahaja. [Tepuk] Siapa pun boleh sumpah apa-apa. Percaya tak percaya sahaja tetapi apa mustahak di sini ialah ada tuduhan dibuat dan baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan isteri beliau ada kata bahawa mereka reserve hak untuk ambil tindakan undang-undang. Kenapa tidak teruskan dengan tindakan itu dan kalau tidak diteruskan kenapa? Adakah tindakan diambil terhadap Raja Petra Kamaruddin atas perkara ini.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya setuju sebagai Ahli Dewan Rakyat dan juga rakyat yang bertanggungjawab, yang patuh kepada undang-undang kita tidak boleh menghukum mana-mana individu sebelum mahkamah membuat keputusan. Walaupun dalam kes Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, belum lagi beliau didakwa, belum lagi dibawa ke mahkamah, seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim termasuk peranan Ketua Polis Negara pada ketika itu dan juga Ketua Polis Negara hari ini, Tan Sri Musa Hassan, yang menjadi pegawai penyiasat pada ketika itu. Cuma yang uniknya dalam kes pembunuhan Altantuya ini ialah daripada pemandu teksi sampailah pegawai tinggi kerajaan, sebut sahaja pembunuhan Altantuya, maka pemandu teksi akan merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri. Sebut sahaja pembunuhan Altantuya, pegawai kerajaan akan merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri. Sebab itu saya kata saya bukan nak buat hukuman, cuma saya nak minta penjelasan apakah jalan yang terbaik bagi Timbalan Perdana Menteri untuk memastikan maruah beliau, keluarganya dan imej negara ini dapat dipertahankan. Apakah tindakan yang harus dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Perdana Menteri bukanlah orang yang tertuduh dalam kes pembunuhan dalam mahkamah. Apa yang kita bincang ialah Raja Petra Kamaruddin dan perkara-perkara yang berkaitnya dan soalan Yang Berhormat Gombak ini sangat penting. Oleh sebab bukan sahaja sebagai seorang nombor dua, tetapi yang akan menjadi nombor satu. Tak tahu bila. Sungguhpun ada suara-suara dalam UMNO yang mahu sekarang serta-merta ada peralihan kuasa, atau lagi satu tahun, dua tahun, ini sangat mustahak bukan sahaja untuk UMNO tetapi untuk negara kita supaya kita mahu pemimpin-pemimpin tertinggi kita adalah bersih. Oleh sebab ada blog-blog yang mengaitkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dengan kes Altantuya, lebih baik ini perlu diselesai. Tuan Yang di-Pertua, dua cara sahaja. Satu...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Point of order. Saya baca. Kelakuan, kelakuan seseorang Ahli yang berdegil-degil [Ketawa] menimbulkan perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara mesyuarat berulang-ulang, Menyebutkan hujahnya sendiri.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: You nak tanya juga? 36(6) dan 36(3). Duduk dulu. Yang Berhormat Ipoh Timur melakukan sangkaan jahat terhadap pemimpin negara. Ini tidak boleh. Dia faham tetapi dia sengaja. Yang kedua, perkara di mahkamah tidak boleh dibahaskan di dewan ini. Dia bahas juga. Kes Altantuya masih di
mahkamah. Kenapa mahu dibahas? Tuan Yang di-Pertua tidak harus benarkan perkara
ini dibahas. Sila buat ruling.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik, baik. Saya memerhati bahasan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya bersetuju bahawa bahasannya lebih berkisar kepada kes Raja Petra. [Dewan riuh] Sebab itu saya menegur Yang Berhormat Gombak tadi supaya tidak mengaitkan perkara Altantuya disebabkan perkara ini sedang dalam perhatian mahkamah dan saya ingin memberi perhatian kepada Ahli Yang Berhormat supaya tidak membahaskan perkara-perkara yang sedang dibahaskan, dibincang di dalam mahkamah. Sila teruskan Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya harap BBC yang baru tidak adalah satu kempen untuk menyalah guna kuasa, menyalah gunakan peraturan mesyuarat. Dua-dua isu ini tidak ada kena mengena saja dengan peraturan mesyuarat.

Dan untuk menjawab Yang Berhormat daripada Gombak jalan yang terbuka kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ialah yang pertama, untuk mengambil tindakan undang-undang untuk bersihkan nama beliau sendiri dan keluarga beliau. Kedua adalah mengadakan Royal Commissioning Enquiry untuk membersihkan beliau, keluarga beliau dan nama baik negara ini bahawa tidak ada kena mengena beliau dengan kes Altantuya. Kes mahkamah itu kes yang lain. Ini yang spesifik dan mustahak. Sebab itu saya bertanya adakah ini menandakan kes Raja Petra Kamaruddin satu tindakan crackdown dan contoh terbaru dalam Empire Strikes Back? Satu tindakan balasan dari Barisan Nasional berikutan dengan tsunami politik pada 8 Mac yang menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Parlimen dan berkuasa di lima negeri.

Saya bagi contoh yang kedua. Contoh yang kedua ialah Empire Strike Back. Pagi ini saya diberitahu bahawa dua orang wartawan yang sangat rajin dan terkemuka iaitu Nadeswaran dan Terence Fernandez sekarang ini sedang disiasat oleh pihak polis. Kenapa? Ini oleh kerana eksklusif mereka dan investigative journalism mereka. Kalau kita mahukan satu masyarakat yang terbuka kita sepatutnya menggalakkan investigative journalism bukannya journalism yang bersikap mengampu sahaja.

Ini adalah berkaitan dengan BALKIS atau Persatuan Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Parlimen Selangor iaitu sebelum 8 Mac dan berita pertama yang melaporkan mengenai salah guna wang ini, BALKIS, oleh Nadeswaran dan Terence Fernandez dalam akhbar The Sun pada 24 April bertajuk “RM10 Million Gone In Three Days”. Saya percaya semua Ahli Parlimen ada membacanya. Ia dua perenggan sahaja. Dengan izin: “Three days after their husbands lost power to rule Selangor, the wives got into the act - plotting to dissolve a welfare body and remove almost RM10 million from its bank accounts. But their attempts have been thwarted by Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim who wrote to the Registrar of Societies (ROS) to question the validity of the decision to dissolve the Association of Wives of State Assemblymen and Members of Parliament in Selangor (BALKIS).”

Sekarang ini yang patut disiasat ialah bekas Menteri Besar, Khir Toyo dan isteri beliau, semua isteri-isteri bekas Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bukannya Nadeswaran dan Terence Fernandez! Kenapa wartawan-wartawan menjadi sasaran untuk siasatan pihak polis?

Ketiga ialah apa yang berlaku di Melaka. Pada hari Khamis, polis telah menggunakan kuasa kelebihan dalam menahan Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka dan dua orang ADUN, Yang Berhormat Goh Leong San - ADUN Kesidang dan Yang Berhormat Lim Jak Wong - ADUN Bachang pada hari bekerja apabila mereka bertindak atas permintaan penduduk-penduduk demi keselamatan rakyat jelata, terutamanya murid-murid yang berhampiran Sekolah Menengah Tun Tuah supaya memotong 10 batang skru besi yang terpacak di sebelah jalan satu projek telekomunikasi pole yang terbengkalai di Bachang, Melaka. Yang Berhormat Lim telah digari tangannya, dipukul dan ditendang oleh Ketua
Polis Daerah, Melaka Tengah. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh ketiga-tiga wakil rakyat DAP ini apabila tindakan mereka adalah demi keselamatan orang ramai khasnya anak-anak sekolah yang menjustifikasikan tindakan ganas polis yang melayan mereka seperti penjenayah-penjenayah sehingga menggari tangan, memukul dan menendang wakil rakyat.

Sekiranya hak-hak tanah telah dilanggar, maka ia merupakan satu urusan kes sivil dan bukanlah salah guna kuasa oleh polis yang melanggar hak asasi manusia. Jelas sekali pihak polis Melaka telah bertindak di bawah arahan Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO, Mohd. Ali Rustam sebagai membalas dendam terhadap tsunami politik
8 Mac sehingga menghancurkan keyakinan orang ramai terhadap kebebasan impartiality, profesionalisme pihak polis dan kakitangan awam.

Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya memang bersetuju bahawa wakil rakyat mestilah memperjuangkan apa yang rakyat tidak setuju, tetapi apabila wakil rakyat sendiri ambil tindakan untuk memotong sendiri skru saya rasakan itu adalah tindakan yang tidak wajar. Kita tidak boleh bertindak sendiri. Biarlah suruh pihak berkuasa yang mengambil tindakan kalau ia untuk keselamatan. Saya difahamkan dekat pejabat DAP Rawang pun sebenarnya ada pemancar yang boleh mengancam keselamatan.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Ya, minta penjelasan mengenai tadi yang baru diucapkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan pertanyaan juga penjelasan Yang Berhormat Batu Pahat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terutamanya saya hendak beritahu Dewan yang mulia ini bahawa memang tidak ada projek itu. Tidak ada sesiapa yang mengaku projek yang terbengkalai sejak bulan Ogos 2007 itu. Tidak ada sesuatu pihak atau badan hendak mengaku bahawa projek itu hak mereka. Oleh sebab itu kita bertanya kepada agensi kerajaan, MICT, siapakah pemohon untuk projek itu yang langsung tidak ada seorang pun yang mengaku. Apa yang terbiar di sana ialah batang-batang besi dan papan-papan yang berpaku di sebelah Sekolah Menengah Tun Tuah.

Tuan Yang di-Pertua, memang itu adalah satu projek terbengkalai, tiada sebarang bendera atau lain-lain selain daripada papan-papan yang berpaku dan juga skru-skru yang terpacak di sebelah jalan. Oleh sebab itu saya anggap janganlah salah faham bahawa ini satu projek awam atau projek kerajaan yang sengaja dirosakkan atau disabotaj oleh pihak kerajaan. Saya harap ini dapat dibetulkan.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Yang Berhormat Ipoh Timur, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka sebentar tadi iaitu apa yang dilakukan itu adalah satu tindakan prihatin kepada rakyat dan beliau telah pun menyiasat tentang perkara yang tersebut. Di sini saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, adakah tindakan pihak polis menggari Ahli-ahli Yang Berhormat yang merupakan wakil rakyat satu tindakan yang ada ketertiban dan ada budi bicaranya di situ, sedangkan mereka bukanlah penjenayah dan lebih-lebih lagi mereka adalah wakil rakyat.

Walau bagaimanapun, saya ingin membuat kompelin di sini. Kita lihat di hadapan kita menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri. Menteri, boleh dikatakan semuanya tidak ada, timbalan menteri berapa orang sahaja sedangkan Parlimen telah membelanjakan, saya difahamkan sebanyak RM9 juta untuk membina pejabat-pejabat menteri di Parlimen ini. Minta Tuan Yang di-Pertua mengambil tindakan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih. Ini adalah demi kepentingan orang ramai dan tindakan ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat termasuk Ahli Yang Berhormat daripada Kota Melaka patut dipuji dan bukan dikutuk atau dikritik. Seperti mana Yang Berhormat daripada Batu Pahat, dia berkata betul. Kita di sini perlu mengimbangkan kedua-dua test, kepentingan orang ramai dan sama ada patut dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mereka di sini. Oleh kerana perkara ini sudah berlarutan
selama enam bulan di mana tempat itu menjadi bahaya kepada murid-murid dan orang
ramai...

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Peraturan 36(12). “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, sebenarnya adalah satu perkara yang kurang adil daripada Ahli Yang Berhormat daripada Ipoh Timur membuat tuduhan serta mengheret nama baik Kerajaan Negeri Melaka serta Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita Ahli Yang Berhormat, we are not above the law, we are not above the law. Sebenarnya polis telah menjalankan siasatan; semasa rondaan, didapati ketiga-tiga Yang Berhormat mencuri.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Nampaknya peraturan mesyuarat ini digunakan untuk ucapan, bukan? Tidak boleh. Kita harap bahawa BBC boleh atur satu sesi ajar kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional jangan menyalah gunakan peraturan mesyuarat tidak boleh. [Tepuk] Yang Berhormat Jasin jangan lupa, dia bukan Ahli Parlimen Jasin sahaja, bukan untuk negeri Melaka sahaja, untuk Malaysia. Dia ada tanggung jawab kepada kepentingan semua rakyat Malaysia dan bukan untuk Ali Rustam sahaja.

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Tetapi Yang Berhormat, we are not above the law.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: You’re above the law dan kalau dalam perkara ini adalah kata bahawa ada merosakkan property. Inilah civil suit. Kenapa perlu polis ambil campur tangan? Polis bukan alat untuk UMNO atau untuk Kerajaan Melaka. [Tepuk]

Datuk Haji Idris bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur ini mengheret nama Ketua Menteri Melaka. Saya bagi UMNO menyatakan kita memberi arahan kepada polis. Mana ada Ketua Menteri Melaka bagi arahan kepada polis? Dan dia juga menjejaskan nama baik Polis Diraja Melaka. Polis Diraja Melaka bertindak berasaskan peranan dan tanggungjawab mereka Tuan Yang di-Pertua. Apalah Yang Berhormat Ipoh Timur ini? Haiya!! Sudah tua, duduklah. Faham sedikit. Jangan heretkan, jangan gunakan nama Ketua Menteri Melaka.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Jangan takut Ali Rustamlah!

Datuk Haji Idris bin Haji Haron: Haiya, you duduk, duduk, duduk. Orang lama, tidak faham undang-undang! Why saya takut Ali Rustam? Jangan gunakan nama Ali Rustam. Polis bukan hanya mengikut arahan Ali Rustam, polis bertanggung jawab menjaga keamanan negara.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya harap dalam perkara ini, pihak polis bolehlah ambil iktibar bahawa Ketua Polis Negara boleh ambil tindakan untuk berhentikan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di dalam perkara ini oleh sebab pihak polis tidak boleh menjadi alat untuk parti-parti UMNO atau Barisan Nasional atau Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka untuk mengganggu tindakan-tindakan, untuk Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli...di negeri Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, hari Selasa yang lepas, pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Negeri Johor serta polis, lagi satu contoh, mencerobohi Persatuan Peningkatan Moral Johor Bahru ‘Tek Chiau Hui’ tanpa waran dan secara kerasnya merampas satu gambar skrip yang menandakan agama Islam. Persatuan berkenaan telah ditubuhkan sebagai tanda untuk menghormati kelima-lima agama besar di dunia. Empat lagi adalah agama Buddha, Taoism, Christianism dan Confucianism. Persatuan Peningkatan Moral Johor Bahru telah wujud selama 50 tahun dan tidak pernah timbul sebarang aduan mengenai kewujudannya. Ini adalah lebih dari seratus persatuan peningkatan moral di seluruh dunia dan mereka mempunyai hubungan dengan persatuan yang sama di seluruh dunia. Penguat kuasa jabatan agama yang berkenaan telah mengancam akan melakukan tindakan yang sama di lain-lain persatuan peningkatan moral di setiap negeri dan Persatuan Peningkatan Moral Muar merupakan sasaran yang seterusnya. Sungguhpun salah guna kuasa dan tindakan tidak sensitif ini telah diberhentikan oleh Menteri Besar Johor setelah suara bantahan dari masyarakat umum seluruh negara.

Apakah mesej yang disampaikan oleh tindakan liar Little Napoleon ini, khasnya tidak ada sebarang tindakan disiplin yang telah diambil terhadap pegawai-pegawai yang terlibat atau mereka-mereka di peringkat tertinggi Kerajaan Negeri Johor yang membuat
keputusan dasar melancarkan tindakan ganas berkenaan?

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan dua, tiga hari ini, boleh disifatkan sebagai satu perbahasan yang luar biasa dalam sejarah Parlimen Malaysia 50 tahun. Saya sebagai pengucap yang kelima, ada mendengar ucapan-ucapan sebelum saya. Kali yang pertama, saya dengar ucapan-ucapan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional, pihak kerajaan yang sebut mengenai masalah rasuah dan korupsi. Dahulu barulah Ahli-ahli Parlimen Pembangkang, barulah cakap mengenai masalah rasuah dan korupsi. Sekarang kita dengar Yang Berhormat Kulai yang kemukakan cadangan usul ini ada bercakap panjang lebar dalam perkara ini, sungguhpun penyokong tidak. Penyokong Yang Berhormat daripada Bintulu adalah titik hitam, khasnya mengenai RM4.6 bilion Port Klang Free Zone scandal, itu kita faham. Seterusnya kita ada mendengar Yang Berhormat Batu Pahat dan dalam interruption, Yang Berhormat daripada Pasir Salak, Yang Berhormat daripada Rembau pun ada menunjuk minat dalam perkara ini. Ini perkembangan yang baik. Kita mahu, kita mahu competition daripada pihak kerajaan untuk menitik beratkan isu-isu utama negara kita dan antara isu-isu utama yang kita hadapi di negara kita ialah korupsi. Korupsi yang bermaharajalela di negara kita.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya, terima kasih. [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat daripada Ipoh Timur dan juga Tuan Yang di-Pertua. Ini pembetulan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi yang dia membawa saya. He is dragging me into this, dengan izin. Menyatakan saya juga bercakap soal rasuah ini, saya pun sama-sama seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Kulai dan juga Yang Berhormat daripada pembangkang. Sebenarnya apa yang saya sebutkan di dalam perbahasan tersebut ialah iaitu perkara ini ialah masalah persepsi. Persepsi, Yang Berhormat Kulai sebut perception. Saya bercakap perception, tidak semestinya realiti. Ini saya sebut yang membuat persepsi ini, parti pembangkang. Bawa berceramah bagi Pasir Salak, wah! Bukan main lagi dengan penasihat dia, dengan presiden dia, dengan itu, dengan ini. Buat tuduhan yang bukan-bukan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya salah faham. Saya ingat Yang Berhormat dari Pasir Salak berminat mengenai masalah korupsi, sekarang saya sudah tahu tidak berminat. Saya ingat kita ada sikit perubahan bahawa adalah lebih ramai Ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional sekarang berminat dalam isu korupsi. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat dari Kulai ada bermula ucapan beliau mengenai masalah korupsi. Dia mengakui korupsi ialah satu masalah yang besar tetapi nampaknya dia seorang sahaja atau mungkin Yang Berhormat dari Batu Pahat dia minat masalah rasuah sahaja, bola sepak? Bola sepak sahaja bukan rasuah dalam Barisan Nasional? Kerajaan pentadbiran Barisan Nasional semasa pentadbiran sekarang atau pentadbiran dahulu?

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya nak minta penjelasan Yang Berhormat Ipoh Timur sebut tadi bahawa di belah Barisan Nasional ini tidak pernah kita bangkitkan isu rasuah. Minta pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur, tidakkah benar kepimpinan di peringkat Barisan Nasional ini dulu bukan hanya memberi perhatian yang begitu serius mengenai masalah rasuah ini, malah telah mengambil tindakan ke atas pemimpin tertinggi di dalam negara iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau telah dituduh salah laku sebelum ini. Terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukankah Yang Berhormat Jerlun bersetuju kes korupsi bersabit Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu sen pun tidak ada. Benar! Satu kes corruption satu sen pun tidak ada. Apa kes corruption ini? Kedua, adakah Yang Berhormat dari Jerlun bersetuju bahawa masalah rasuah bermula dalam masa Tun Dr. Mahathir? Masa itu pentadbiran Tun Dr. Mahathir disamakan dengan KKN. Adakah Yang Berhormat Jerlun tahu apa KKN? Tahu kah apa KKN? Sebenarnya masa itu pentadbiran Presiden Suharto pun dikenali di antarabangsa dengan KKN. Tahu kah Yang Berhormat Jerlun apa itu KKN? ‘K' yang pertama kronisme, ‘K' yang kedua korupsi dan ‘N' nepotisme. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir masyhur di dunia? Malaysia masyhur di dunia, KKN. Sungguhpun baru-baru ini Tun Dr. Mahathir kata bahawa korupsi lebih teruk apabila banding dengan masa beliau bahawa korupsi di bawah meja, under the table. Namun selepas pentadbiran Perdana Menteri yang baru korupsi telah muncul atas meja. [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila sebut pasal korupsi saya nak penjelasan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya juga ditahan di bawah ISA kerana dikatakan bahawa saya ini merancang beli rocket launcher... [Ketawa] merancang untuk membuat bom dan senjata. Pada masa itu Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri Malaysia. Dia tangkap saya, dia sumbat saya dalam tahanan. Dia langsung tidak siasat tentang senjata, tidak sebut tentang rancangan saya untuk membuat bom, rancangan saya untuk membeli senjata tapi dia hanya sebut tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia mahu saya keluar dari Parti Keadilan masuk balik dalam MIC. Ini saya mahu penjelasan tentang korupsi kerana ini saya percaya... Jadi apakah Yang Berhormat Ipoh Timur, mungkinkah yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir ini yang terpesong ini adalah gejala rasuah yang tidak diketahui umum? Saya mahu penjelasan tentang korupsi yang disebutkan di mana ada pemimpin-pemimpin, Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan ini yang belum clear lagi nama mereka di mahkamah selepas ditangkap atas tuduhan. Apakah mereka ini layak untuk duduk dalam Dewan yang mulia ini?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih. Saya bersetuju tetapi tadi Yang Berhormat dari Jerlun ada bangkit kes korupsi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak kena mengena dengan satu sen tetapi dia berdiri, saya tahu dia mahu tanya itulah ada salah guna kuasa yang merupakan korupsi, saya tahu. Namun kalau begitu adakah Yang Berhormat dari Jerlun bersetuju bahawa bekas Perdana Menteri patut pun didakwa oleh kerana korupsi? Oleh kerana menyalahi guna kuasa yang mengakibatkan pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Lord Presiden? Bukankah ini lebih jelas bahawa masa itu Perdana Menteri tahun 1988 ada menyalahgunakan kuasa beliau untuk mencetuskan satu krisis yang bersifat maneuverable judicial crisis dengan pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Lord Presiden dengan dua hakim supreme court Datuk George Seah dan Tan Sri Pawanteh.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang sudah pukul 1.00 petang. Kita tangguhkan Mesyuarat hingga pukul 2.30 petang nanti.

No comments: