I NEVER MET OR KNEW ALTANTUYA, NAJIB TELLS PARLIAMENT
Thursday, 15 May 2008
By ELIZABETH LOOI, The Star, Thursday, 15 May 2008
KUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak reiterated in Parliament Wednesday that he had never met nor knew murdered Mongolian woman Altantuya Shaariibuu. He also said he did not want to make any further comments on the matter as the hearing of the case was still going on.
"I know that some of the Dewan Rakyat members are concerned about the court case of the murder of the Mongolian woman, and I also know that there are some members who deliberately tried to link my name to the case,"
"Let the court play its role and carry out its responsibility to uphold justice in this country without any party interfering," he said
PADAN MUKA KAMU RAJA PETRA!
Oleh : Hishamuddin Rais
Padan muka kamu Raja Petra. Kamu ingat kamu old boy budak kolek ? Kamu ingat budak kolek terer! Kah kah kah kah. Padan muka kamu. Kamu ingat siapa lagi terer? Budak St. John ke atau budak kolek? Kamu sudah silap. Padan muka. Kah kah kah kah. Berapa kali telah saya ingatkan si Raja Petra ini tetapi si Bedul ini begal, degil dan liat. Bila saya cakap dengan dia apa jawapannya – please address me as Pak Engku. Kah kah kah. Dia ingat dia anak raja. Woit Petra kamu anak Rajakapoorlaaaalah.
Lagi-lagi si Petra ini hendak buka cerita Altantuya. Siapa Altantuya ini? Berapa kali orang sudah cakap Altantuya ini tidak wujud. Nama dia pun tidak ada dalam senarai imigresen. Bila tarikhnya dia masuk ke Malaysia. Bila? Dari lapangan terbang mana dia masuk. Apa, kamu ingat Si Altantuya ini naik kuda dari Mongolia? Mana buktinya kalau dia datang berkuda. Tunjukkan kepada Mahkamah. Cakap memang senang tetapi bukti mesti ada. Berak kuda pun tidak ada. Kak kah kah kah.
Kalau nama Altantuya tidak ada dalam senarai imigresen maka ertinya Altantuya tidak wujud. Ertinya Altantuya tidak pernah masuk Malaysia. Yang kena bom C4 itu bukan Altantuya. Itu Cik Mek Molek dari negara Daging Seketul. Altantuya tidak pernah sampai ke Malaysia. Khalas. Khatam. Finito. Period. Tidak faham-faham. Woit Petra, mata kamu pekak ke? Telinga kamu botak ke?
Kenapa degil sangat Raja Petra ini. Kalau tidak percaya tentang fakta imigresen ini sila tanya dengan bakal PM saya Haji Muhamad Najib. Mustahil bakal PM saya ini akan berbohong. Najib telah menerangkan sejelas mungkin seperti terang lagi bersuluh yang bahawa si Altantuya ini tidak pernah wujud. Bakal PM saya ini tidak pernah berbohong. Saya tidak pernah nampak bakal PM saya ini berbohong. Saya tidak pernah dengar bakal PM saya ini berbohong. Saya cukup yakin kepada bakal PM saya ini. Yakin saya lebih besar dari Wisma Yakin. Kah kah kah kah.
Tentang gambar Altantuya ‘berdiner di Paris’ telah berapa kali bakal PM saya ini menerangkan bahawa gambar ini TIDAK wujud. Bakal PM saya ini dengan jujur lagi ikhlas telah menerangkan bahawa gambar yang keluar dalam laman web itu adalah kerja tangan Si Mamat yang bernama Abdul Photoshop. Petra, tidak mungkin kamu tidak tahu, kerana kamu ada menggunakan komputer. Woit Petra kenapa kamu degil sangat. Sekarang padan muka. Kah kah kah kah.
Bakal PM saya ini tidak pernah kenal dengan si Altantuya ini. Kalau bakal PM saya tidak kenal pastilah si Rosmah Mansor juga tidak kenal dengan si Altantuya ini. Dari mana Raja Petra dapat cerita tentang Najib dan Rosmah ada hubungan dengan si Altantuya ini saya pun tidak faham. Dari mana dia korek cerita ini saya pun tidak jelas. Yang selalu korek korek cerita ini si Lingam bukan si Rosmah. Kah kah kah kah.
Sekarang ini saya cukup yakin telah wujud satu konspirasi untuk memburuk-burukkan bakal PM saya ini. Saya yakin lagi percaya lagi taksub bahawa telah wujud konspirator seorang Benggali murtad yang bernama Karpal Singh. Si Benggali ini sedang bersubahat dengan seorang Cina yang bernama Lim Kit Siang.
Mamat dua ekor ini sudah mula buat sibuk di parlimen apabila anak Rajakapoor ini disumbatkan ke penjara Sungai Buluh. Mamat dua ekor ini memang selalu menjadi Pak Sibuk di parlimen. Diantara dua ekor ini rasa saya yang paling bahaya ialah si Benggali ini kerana pada satu ketika dahulu di parlimen si Benggali ini pernah bertanya satu soalan - apakah si Altantuya ini sedang bunting? Bunting? Altantuya Bunting? Kerana Altantuya bunting maka perutnya di letupkan dengan C4.
Soalan dalam parlimen ini cukup kasar. Benggali ini menggunakan perkataan - bunting. Woit carilah perkataan lain seperti berbadan dua ke, hamil ke , mengandung ke atau tak datang bulan ke. Kenapa guna perkataan bunting. Inilah contoh rakyat Malaysia yang tidak pernah mendengar ceramah Sasterawanis Bahasaris lagi Nasionalis Oputunis dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Bunting itu untuk pokok bukan untuk manusia. Kah kah kah kah.
Tetapi rasa saya ada Sang Bedul Kepala Air yang lebih besar di belakang semua ini. Saya rasa Kepala Air ini tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim. Ini bukan tuduhan dan fitnah dari laman Mahazalim atau Mahafiraun. Saya ada bukti. Saya terbaca tulisan si Mamat Kepala Air ini dalam blognya sendiri. Si Mamat Anwar Ibrahim ini betul-betul kaki putar alam. Dia bertanya kenapa bakal PM saya yang bernama Najib tidak di siasat. Ini soalan bahaya untuk bakal PM saya.
Woit! Nak siasat apa? Bukankah sudah jelas penerangan bakal PM saya bahawa dia tidak pernah kenal dengan si Altantuya. Tidak pernah berjumpa dengan Altantuya. Kenapa mereka semua degil sangat tidak mahu mendengar penerangan bakal PM saya. Kalau tidak percaya, tidak yakin dan tidak taksub bacalah kenyataan akhbar dari Setiausaha Akhbar bakal PM saya. Mustahil si Mamat penulis ‘press statement’ ini bercakap bohong. Dia makan upah kerana itu dia tidak pernah bohong. Kah kah kah kah.
Asyik-asyik hendak bertanya tentang pegawai UTK dan pegawai peribadi kepada isteri bakal PM saya. Ini hal TIDAK boleh bincang. Ini sudah menjadi kes mahkamah.. Nanti subjudis. Orang kata subjudis kita pun ikutlah subjudis. Jangan buat perangai degil. Tidak faham apa makna subjudis tidak mengapa. Yang penting jangan bertanya. Jangan menyoal. Jangan buat spekulasi. Jangan hendak jadi pandai. Jangan cuba berfikir. Berfikir dan bertanya nanti bahaya. Ikut arahan macam Setiausaha Akhbar bakal PM saya baru soro tidak miss. Kah kah kah kah.
Saya juga hairan kenapa hal kapal selam dan kapal terbang dari negara komunis Rusia ini terus di jadikan agenda di parlimen. Memang betul kata bakal PM saya itu, jangan buat kenyataan desas desus tanpa usul periksa. Buat kajian yang teliti. Tengok fakta. Bagaimana pembelian itu dilakukan dengan telus , cerah bersinar dan bukan perniagaan gelap.
Bakal PM saya tidak pernah bohong. Mustahil bakal PM saya akan berbohong di parlimen. Tidak mungkin bakal PM saya berani bercakap bohong kepada isterinya Rosmah Mansor. Duit komisen? Duit komisen apa. Mana ada duit komisen. Ini kesah Desas binti Desus. Ini cerita Siti Fitnah anak perempuan Haji Tohmah. Cerita duit komisen yang beratus juta ringgit ini sengaja ditaburkan untuk membusuk dan memburukkan nama bakal PM saya. Membuat fitnah dan tohmah ini adalah pekerjaan kontraktor Kelas F yang tidak dapat projek membuat longkang. Kah kah kah kah.
Satu hal lagi yang menghairankan saya ialah siapa yang membawa Dr. Shaariibu Setev datang melawat Malaysia. Apa ke jadah nya Mamat Mongol ini masuk ke parlimen. Apa yang hendak di cekau oleh si Mongol ini di parlimen? Si Mongol ini tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dia ada bukti-bukti baru. Mana dia bukti itu? Si Mongol ini cakap orang putih pun dia tidak tahu. Macam mana hendak membawa bahan bukti baru. Saya hanya ada satu soalan - betul ke si Mongol ini seorang profesor atau hanya profesor yang sama setaraf dengan profesor dari Universiti Sintok. Kah kah kah kah.
Jangan percaya dengan orang Mongol ini. Mereka semua kaki fitnah. Ingat tidak anak buah si Shaariibu ini yang bernama Baruma. Sepupu Altantuya si Baruma ini pernah berkata dalam mahkamah bahawa Altantuya pernah makan semeja dengan Najib Razak. Ini kenyataan dalam mahkamah. Lihatlah perangai buruk si Mongol ini dalam mahkamah pun berani buat fitnah. Woit! Sang Mongol di Malaysia ini ada beribu-ribu malaon yang bernama Najib Razak. Kah kah kah kah.
Saya tidak tahu Raja Petra ini malaon kelas berapa. Asik-asik bertanya tentang kereta akhir yang membawa Altantuya sebelum dia di letupkan. Raja Petra tahu numbor kereta. Raja Petra tahu jenis kereta. Raja Petra tahu warna kereta. Saya di sini pun hendak tahu – macam mana Raja Petra tahu, walhal polis sendiri sampai hari ini tidak tahu. Ini hairan lagi menghairankan. Anak Rajakapoor ini James Bond ke? Kah kah kah kah. Padan muka kamu Raja Petra!
Tapi betul juga kalau kereta itu disiasat maka pasti akan di ketahui tuan empunya kereta ini. Kalau tuan empunya kereta di siasat maka kita tahu apa kerjanya. Kemudian kita boleh tanya siapa yang meminta Altantuya masuk ke dalam kereta. Hendak di bawa Altantuya ke mana? Siapa memberi arahan? Siapa lagi kawan dan rakan si pembawa kereta ini? Macam-macam soalan timbul.
Ini macam betul pulak cerita Raja Petra ini. Tetapi pelik kenapa pihak polis tidak mencari kereta ini. Tidak menyiasat kereta ini. Pelik. Tetapi mengikut kata bakal PM saya rakyat tidak boleh bertanya banyak sangat. Nanti rakyat jadi cerdik. Bila rakyat cerdik susah bakal PM saya nak beli kapal selam lagi. Nanti banyak soal kita jadi susah macam Raja Petra masuk jail di Sungai Buluh. Kah kah kah kah. Padan muka kamu Raja Petra.
Siakap senohong gelama ikan duri
Kalau Najib cakap bohong
Rosmah tak boleh jadi Perdana Menteri
Malaysia Today : 7 Mei 2008
Thursday, May 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment