Tuesday, April 8, 2008

PAS mahu ketuai Pakatan Rakyat di Kedah


Izwan Abdul Halim

GUAR CHEMPEDAK, 4 April 2008 (Hrkh) Dewan Pemuda PAS Kedah mahu PAS mengetuai Pakatan Rakyat di Kedah bagi mengukuhkan sokongan rakyat dan gerakerja di peringkat akar umbi. Ketuanya, Ustaz Musoddak Ahmad menyatakan demikian hari ini bagi mengulas cadangan agar PAS mengetuai Pakatan Rakyat yang digagaskan bersama-sama KeADILan dan DAP.

"PAS mempunyai kekuatan organisasi dari peringkat perhubungan negeri hingga cawangan. Oleh itu kita akan memperkuatkan Pakatan Rakyat ini di Kedah melalui kerjasama dengan KeADILan dan DAP,"ujarnya.

Ditanya siapakah tokoh yang bakal mengetuai Pakatan Rakyat di Kedah, beliau menegaskan bahawa calon yang paling layak ialah Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak.

"Pemuda Kedah mempercayai penuh kemampuan beliau (Ustaz Azizan). Beliau sangat sesuai dan sebagai sayap parti, pemuda sentiasa berdiri teguh mendokong kepimpinannya. "Kami akan buktikan kemampuan yang sebenar kepada rakyat. Hari ini Pakatan Rakyat bukan sahaja berdiri sebagai Kerajaan Negeri bahkan kita juga mahu dokongan bersama dari seluruh rakyat," katanya lagi. - mks

No comments: