Ini fasal pada menyatakan hukum salab dan membahagikan ghanimah. Maka makna salab itu pakaian kafir yang dibunuhkan dia dan barang yang sertanya. Dan makna ghanimah itu harta atau ikhtisas yang dapat bagi Muslimin daripada kafir harbi dengan perang (Maka orang yang) membunuh akan kafir harbi diberikan dia salabnya dengan syarat hendak ada yang membunuhnya itu Muslim samada laki-laki atau perempuan, orang merdeka atau sahaya bagi Muslim dan samada disyaratkan salab itu baginya oleh imam atau tiada..
(Maka salab itu) segala kain kafir harbi yang dibunuhkan dia yang dipakainya dan khuff (sarung kaki kulit) dan sarung betisnya dan segala alat perang dan kenderaannya yang berperang ia atasnya atau yang ditawannya akan dia dan pelana dan tali kekang dan tali penuntun binatang dan gelang dan tenggolok dan pending dan cincin dan nafkah yang sertanya. Dan janabih iaitu binatang yang dituntunkan dia sertanya yang tiada dikenderai akan dia tiada haqibah iaitu tempat dihimpunkan mata benda padanya dan diikatkan dia pada punggung unta atau kuda maka bukannya daripada salab maka tiada boleh ambil akan dia dan tiada pula barang yang padanya segala mata benda dan jikalau niqad sekali pun kerana bukan ia pakaian orang yang dibunuhkan dia dan bukan perhiasannya dan bukan perhiasan kenderaannya.
(Dan sanya) mustahak oleh yang membunuh akan salab yang tersebut apabila mengenderai akan pekerjaan dihazirkan dia yang dipadakan dengan dia akan kejahatan kafir pada ketika perang dan yang dipadakan kejahatannya itu bahawa ia menghilangkan kuatnya seperti ia pecahkan dua matanya atau dipotongkan dua tangannya dan dua kakinya demikian lagi jikalau ditawankan dia atau dipotongkan dua tangannya atau dua kakinya. Demikian lagi jika dipotongkan sebelah tangannya dan sebelah kakinya maka membunuh itu tiada disyaratkan kerana yang dikehendakinya itu menghilangkan kuat kafir dengan dibunuh akan dia atau lainnya.
Dan keluar dengan mengenderai akan pekerjaan yang dihazirkan dia jikalau melontar dengan anak panah daripada kota atau daripada saf al Muslimin atau membunuh ia akan kafir yang tidur atau kafir yang sudah ditawankan dia atau dibunuh akan kafir pada hal telah lari segala kafir maka tiada diberikan dia salabnya.
(Bermula ghanimah itu) harta atau ikhtisas yang dapat bagi Muslimin daripada kafir harbi dengan perang atau perlari kuda atau unta atau umpamanya seperti berjalan kaki dan perahu. Dan setengah daripada ghanimah itu sesuatu yang diambilkan daripada negeri kafir atas jalan dicurikan dia atau ikhtilaskan dia atau luktah yang tiada mamkin keadaannya bagi Muslim. Demikian lagi sesuatu yang disulah mereka itu atasnya atau suatu yang dihadiah oleh mereka itu bagi kita pada ketika perang bersalahan sesuatu yang dihadiahkan bagi kita tiada ketika perang maka adalah ia bagi orang dihadiahkan kepadanya. Dan keluar dengan kafir harbi itu harta atau ikhtisas yang dapat daripada yang murtad demikian lagi yang dapat daripada kafir zimmi seperti jizyah maka bahawasanya fa’i ia tiada ghanimah.
(Maka dibahagikan) ghanimah kemudian daripada keluarkan salab daripadanya dibahagikan lima khamas. (Maka diberi) empat khamas (empat perlima) bagi orang yang hazir perang daripada ghanamin dengan niat perang dan jika tiada ia berperang serta dengan tentera sekali pun. Demikian lagi orang yang hazir tiada dengan niat hendak berperang dan berperang ia diberikan dia pada qaul yang izhar ialah yang muktamadnya. Maka tiada sesuatu bagi orang yang hazir kemudian daripada sudah selesai perang. Maka empat khamas ini diberi kepada orang yang berkuda tiga bahagian, satu bahagian baginya dan dua bahagian bagi kudanya dan tiada diberi melainkan bagi kuda yang satu jua dan jika sertanya beberapa kuda sekali pun.
Dan diberi bagi orang yang berperang berjalan kaki satu bahagian. (Dan tiada diberikan) satu bahagian daripada ghanimah melainkan bagi orang yang sempurna padanya lima syarat bahaginya iaitu Islam dan baligh dan berakal dan yang merdeka dan lelaki yang sihat. Maka jika cedera satu syarat daripada yang tersebut diberikan dia kurang daripada satu bahagian diijtihad oleh imam atau amir al jish pada kadarnya.
(Dan dibahagikan) satu khamas (seperlima) yang tinggal kemudian daripada empat khamas itu lima bahagi. (Satu bahagian) daripadanya bagi Rasulullah saw yang ada baginya pada ketika hidupnya dan kemudian daripada wafatnya dibelanjakan dia bagi maslahah al Muslimin . Maka setengah daripada maslahah al Muslimin itu memenuhkan tempat yang ditakuti yang ada ia pada tepi negeri Islam yang mengiringi bagi negeri Musyrikin dan takut ahlinya daripada mereka itu maka dipenuhkan dia dengan alat perang dan orang yang berperang. Dan setengah daripadanya membaikkan masjid dan jambatan dan ‘qala’ah’(perigi) dan kubur dan diberikan qaza’at dan a’imah dan ulama tafsir dan hadis dan feqah dan orang yang belajarnya dan orang yang mengajar Quran dan yang belajarnya dan tukang yang samada kaya sekeliannya atau faqirat. Telah berkata Zarkasyi dinukil daripada Ghazali diberikan segala ulama dan qaza’ (jamak kepada qazi) serta kaya sekeliannya. Adapun qazatul askar diberikan mereka itu daripada yang empat khamas itu tiada daripada khamsa al khamas (satu perlima dari lima bahagian asal)
(Dan satu bahagian) bagi zawil qurbi yang Muslimin yakni keluarga Nabi saw iaitu Bani Hashim dan Bani al Muthalib bersekutu pada satu bahagian itu oleh lelaki dan perempuan dan yang kayanya dan yang faqirnya dan dilebihkan lelaki maka diberikan dia(lelaki) seumpama dua bahagian perempuan seperti hukum pesaka.
(Dan satu bahagian) bagi segala anak yatim yang Muslimin iaitu yang kecil yang tiada bapa baginya samada lelaki atau perempuan dan disyaratkan hendak ada ia faqir.
(Dan satu bahagian) bagi segala miskin yang Muslimin (Dan satu bahagian) bagi ibnu sabil yang Muslimin iaitu orang yang menyengajakan safar yang harus daripada negeri ghanimah atau yang lalu dengan negeri ghanimah dan jikalau safarnya kerana bersuka-suka sekali pun dan disyaratkan pada memberinya hendak ada berhajat ia dengan bahawa tiada dapat ia barang yang memadai akan dia lain daripada sedekah dan jika ada baginya harta pada tempat yang lainnya atau ada ia yang berusaha sekali pun.

Sumber : (Matla'al Badrin Wa Jami' al Bahrain, ms 206-207 Cetakan 13 Oktober 1984 dari karangan asal bertarikh 12 Syaaban 1303H oleh Muhammad bin Ismail Daud Fatani)
No comments:
Post a Comment