Friday, May 30, 2008

Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis


Oleh : Mohd Rashidi Hassan

Harakahdaily (Thu May 29, 08)

Ada banyak rumours diperkatakan apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam.

Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya.

Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah. BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinomin dengan perjuangan beliau selama ini?

Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar KeADILan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak.

Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmi Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit. Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan reformasi semasa Anwar merengkok dalam tahanan.

Dalam parti politik, pemimpin memang ada banyak perbezaan pendapat. Soal pergaduhan dan bagaimana bentuk pendekatan masing-masing tidak perlu dihuraikan di sini.

Kira-kira tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan Februari lepas, Ezam berkunjung ke pejabat Harakah, menemui Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman. Jika tidak silap, hari itu hari Ahad. Hari cuti. Banyak pejabat ditutup, begitu juga dengan Harakah. Hanya dua tiga orang sahaja yang bekerja. Kami mencadangkan perjumpaan dibuat pada hari lain, namun beliau tetap mahu berjumpa katanya, atas urusan yang amat penting.

Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemberita, Wan Nordin Wan Yaacob tentang kehadiran Ezam bertemu dengan Lutfi, tetapi tidak dapat turut serta kerana ada tugasan di Alor Setar. Butiran mengenai pertemuan tersebut dimaklumkan oleh Lutfi dalam mesyuarat Jabatan Pengarang selepas itu. Dalam pertemuan tersebut saya dimaklumkan Ezam begitu beriya-iya meminta dibekalkan bahan-bahan untuk membantunya berkempen membantu pembangkang, khususnya PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12.

Bahan utama yang diminta beliau ialah mengenai laporan Badan Pencegah Rasuah dan sebarang dokumen mengenai penyelewengan yang membabitkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo. Bahan-bahan tersebut sememangnya ada pada Lutfi, kerana sebelum ini beliau begitu giat mendedahkan apa yang disifatkan penyelewengan, salah laku dan rasuah yang membabitkan seorang bertaraf MB.

Pada saya, apa yang diminta Ezam barangkali ada relevannya dengan peranan beliau sebagai Pengerusi Gerak, yang giat memperjuangan budaya bersih rasuah dalam negara. Namun, sampai kesudah Lutfi enggan menyerahkan dokumen tersebut, setelah didesak beberapa kali oleh Ezam. Saya bertanya kepada Lutfi, mengapa tidak diberikan sahaja dokumen itu kepada Ezam, barangkali boleh membantu kempen PAS di Selangor.

Namun Lutfi enggan memberikan, katanya, dia berasa hairan mengapa Ezam tiba-tiba meminta dokumen mengenai Khir dan merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku.

Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah.

"Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.

Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy."

Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu. Persoalan mengapa Ezam meminta dokumen mengenai Khir Toyo terjawab. Khairy dikatakan tidak menyukai bekas MB Selangor itu dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan menggunakan Ezam.

Oleh kerana itu pada saya, kebimbangan Lutfi di atas gaya body language Ezam dalam pertemuan mereka barangkali juga ada asasnya. Di kalangan KeADILan diberitahu, Ezam ada membuat beberapa kali pertemuan dengan Khairy, sebelum ini. Kes tentang apa yang didakwa membabitkan 'perundingan' Ezam dengan pemimpin-pemimpin Umno bukannya baru. Beberapa tahun lepas, didedahkan kes yang sama timbul sewaktu 'perundingan' diadakan dengan Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kalangan yang masuk Umno ketika itu, membabitkan bekas Naib Ketua Pemudanya, Zahid Mat Arif dan bekas tahanan ISA, Lokman Nor Adam yang didakwa memperolehi sejumlah wang atau 'ghanimah politik' di atas penggadaian prinsip perjuangan mereka. Zahid dan Lokman beserta beberapa yang lain, ditempelak hebat kerana meninggalkan perjuangan untuk memasuki Umno. Ketika Lokman ditempelak, untuk menjawab segala tohmahan, Lokman mengatakan bukan inisiatif beliau pada asalnya pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Subang dibuat.

Katanya, beliau ada bukti dan gambar ada pimpinan tertinggi KeADILan yang mengetuai delegasi perundingan untuk memasuki Umno, ketika itu. Ada yang mengatakan dakwaan mereka ada kaitannya dengan Ezam.

Jika ini benar, soal Ezam hendak masuk Umno, bukannya perkara baru. Maka Ezam tidak boleh mengelak untuk dikaitkan dengan persepsi bahawa, perundingan beliau masuk Umno barangkali membabitkan soal jawatan dan 'peruntukan'. Soal banyak mana, apa yang diperolehi oleh Ezam dan rakan-rakan rapatnya, yang mendorong mereka memasuki Umno, tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS.

Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD. Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali. Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam.

Apa pun yang berlaku, sama ada ungkapan Ezam berbentuk janji, sumpah dan sebagainya, hakikat yang dibuktikan sekarang di hati Ezam hanya ada Umno, bukan PAS, jauh sekali KeADILan. Ezam barangkali berfikir, laluannya memasuki Umno, menerusi Khairy terus kepada Abdullah boleh menjadi suatu advantage baginya. Semuanya belum tentu! Orang-orang Umno sedang mencongak, ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku dengan kemasukan Ezam ke dalam parti yang hampir karam itu.

Pertama, seperti kata Dato' Seri Najib Tun Razak, 'Ezam ada banyak maklumat'. Mungkin maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk membelasah Anwar dan menghalang pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kemungkinan kedua; Tidak boleh dinafikan wujud persepsi bahawa Ezam masih agen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang, ada kalangan ahli Umno yang bimbang, Ezam boleh digunakan Anwar untuk menambahkan kerosakan dalam Umno.

Kemungkinan ketiga; Tiada apa-apa pun perubahan yang boleh berlaku kepada Umno! Sewaktu berbondong-bondong ahli Umno diketuai bekas Presidennya, Dr Mahathir keluar Umno kerana kegagalan Abdullah Badawi, Ezam pula hendak masuk Umno atas alasan Abdullah sudah mengubah Umno dan kerajaan.

Apa yang Abdullah ubahkan pun tidak diketahui. Malah Abdullah, BN dan Umno ditolak rakyat dalam PRU Mac lepas kerana dasar-dasar yang lapuk yang tidak boleh diterima. Malahan sebahagian besar orang-orang Umno berpendapat, parti itu hanya akan berubah hanya apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan.

Umno ibarat Titanic dan tongkang pecah yang sedang menanti untuk karam. Mudah-mudahan 'niat' baik Ezam dan suku sakatnya menyertai kapal, boleh menampung kerosakannya untuk terus berlayar. Barangkali Umno/BN boleh terus berlayar, tetapi bukan sebagai kerajaan, tetapi sebagai pembangkang. Ikutlah, mungkin juga nasib Ezam untuk terus menjadi pembangkang.

Cuma, pesanan bekas rakan-rakan seperjuangan kepada anda, jangan jadi seperti "Ayam jantan yang gah berkokok berderau-derau, tetapi ekornya bergelumang dengan najis." Apa pun, well...good luck saudara Ezam!

Thursday, May 29, 2008

Polls talk ploy to prevent defections: Guan Eng


GEORGE TOWN (May 28, 2008): The Election Commission's talk about snap election appears to be a plan hatched by certain quarters to prevent any change of government by defections or crossovers, Penang Chief Minister Lim Guan Eng said today.

"That's why I think it is important that this is not used as a device because there's some talk that to prevent people from jumping over, they are using the threat of snap election to stop them from doing so," he said in a press conference after announcing a RM115.2 million investment by Honeywell Aerospace here.

"Is this a device? It looks like it to me. They are saying, if you jump over, we can have snap election and you will get defeated," he said.

"Is that the real message they are trying to send out?"

Lim also asked EC chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman to reveal the identity of the party who had told him that there was going to be a snap election.

"Has he been getting indications from the Cabinet or the prime minister?" he asked.

Lim said it is the government of the day which has the power to call for a snap election and not the EC.

"The EC only conducts elections. When the term is up, it has the power to decide but when the term is not up, it has no power to decide.

"So who told the EC that there is going to be snap election? Does this show that EC is no longer independent. If that is so, we will go back to the same problem that elections are unfair, not free and not impartial," he said.

He called on the EC to explain why they are suddenly talking about snap election.

As for whether the state government is ready if a snap election is called, Lim said the federal government can call for a snap election but the state government has a choice of whether to have the snap election or not.

Lim was commenting on a statement by Abdul Rashid that EC has told its officers to be prepared for snap polls recently.

On the EC's proposal to re-register voters to clean up the electoral rolls, Lim was sceptical that the rolls could be 'cleaned up'.

"Whatever you do, if the organisation is not clean, it does not make any difference," he said.

He said it is more important to reform the EC.

- The Sun

Mat Ezam bukan pengkhianat

Oleh Hishamuddin Rais


Saya cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l'homme par l'homme.

Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah PRU ke 12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik Mat Ezam.

Ini bukan khianat namanya. Ini garis politik yang tepat. Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong gulungan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman. Yang sebahagian lagi iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini. Saya pungut hadis sahih ini dari Ibnu Iwana al- Kontoli dari kitab Al-Fikarabun yang sama-sama saya baca dengan Mat Ezam semasa di Kamunting.

Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis yang tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih jurang jelas? Kalau masih ada yang tidak faham, maka mengikut kitab Al-Fikarabun, kumpulan yang tidak faham ini tergulung kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.

Bayangkan - tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka. Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia.

Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Tupang pembawa rebahnya.

Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang berura-ura untuk menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh Mat Dolah. Inilah tugas suci Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.

Di luar gerombolan ini ada pula Mahafiraun yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang di salak Mahafiraun.

Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.

Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.

Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi kini telah wujud analisa politik cekai yang berunsur fitnah tersebar. Rasa saya konco-konco Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco Mat Najib menganggap Mat Ezam datang kerana arahan bos lamanya untuk membantu Mat Dolah. Ini fitnah. Mereka kurang arif dengan tujuan suci Mat Ezam.

Saya juga di fahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam. Saya dengar kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam. Dari apa yang saya difahamkan Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali Mat Ezam telah bersedia untuk menghadiahkan sebuah kotak harta karun yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini ada menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari untuk mencium punggung Mahathir ketika Mahathir menangis dahulu.

Satu kotak lagi akan dihadiahkan kepada Nazri Aziz. Saya dengar khabar kotak untuk Nazri ini bersisi lesen-lesen teksi. Sebuah lagi kotak untuk Noh Omar yang penuh dengan surat pajak. Lesen-lesen teksi dan surat-surat pajak ini telah dikumpulkan oleh Mat Ezam ketika dia menyamar sebagai pegawai pencegah rasuah pada satu ketika dahulu.

Saya sedar memang ramai orang tidak mengetahui bahawa ketika Mat Ezam menyamar macam Inspektor Jacques Clouseau dulu dia telah melakukan satu yang amat tragik. Biar saya nyatakan di sini satu rahsia yang begitu lama saya simpan. Menurut Mat Ezam tiga lagi kotak yang dicari-cari oleh pihak polis itu dipenuhi dengan gambar-gambar dan video rakaman Altantuya yang sedang bershopping dengan Dotty di Paris.

Dari mulut Mat Ezam sendiri saya telah di beritahu bahawa video ini telah di rakamkan oleh KGB. Bagaimana pita ini sampai ke tangan Mat Ezam saya juga kurang arif. Apa tujuan KGB memberikan pita rakaman dan gambar-gambar Altantuya di Paris wallah hu alam bisawwab - hanya Lingam sahaja yang maha mengetahui. Apa hubungan Mat Ezam dengan KGB ini saya pun tidak pasti. Tapi menurut Mat Ezam ada seorang pengendali laman web yang telah membuat salinan video ini untuk ‘safe keeping’.

Saya cukup bengang dengan Minah sepupu Mat Najib yang ingin bertanyakan tiga soalan untuk Mat Ezam. Siapa Minah ini? Apakah locus pocus Minah ini untuk menyoal Mat Ezam. Ini mesti atas arahan sepupunya. Saya yakin Mat Ezam pasti akan bertanya kembali kepada Minah ini nanti – wahai Minah, mana dia laporan kewangan Sukom yang sampai hari ini belum di audit? Pasti menggigil bra Minah ini nanti bila Mat Ezam mula menyoal. Jangan play play, ini Mat Ezam. Dia bukan Kancil dia Wira.

Saya paling menyampah melihat sikap Angkatan Muda Keadilan yang menjadikan Mat Ezam ini seperti selipar buruk. Sudah dipakai ditinggalkan. Ini betul-betul kurang hormat. Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah pakai kena bayar. Angkatan Muda Keadilan telah murtad terhadap ketua mereka.

Sepatutnya Mat Ezam yang begitu gah dan berpengaruh pasti ada beratus-ratus ahli Angkatan Muda yang akan berduyun-duyun mengikut buntut Mat Ezam. Tetapi ini tidak berlaku. Angkatan Muda Keadilan telah menghina Mat Ezam sama seperti gerombolan United Malays National Organisation menghina Tun Dr. Mahathir bekas Presiden mereka yang keluar dari gerombolan. Mat Ezam terkonteng-konteng dengan empat lima Pak Pacak ketika membuat sidang akbar. Kenapa Mat Ezam seekor Wira dikulupkan. Apa punya turrr Angkatan Muda Keadilan ini.

Ada satu perkara yang amat-amat memilukan hati saya apabila Mat Ezam masuk ke dalam gerombolan United Malays National Organisation ini. Saya tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada kawan baik saya si Lokman Adam yang bersama-sama di Kamunting dahulu. Lokman selalu ke hulu ke hilir berceramah dan buka cerita tentang strategi perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Ini modal cari makan Lokman Adam.

Apabila Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation ke mana agaknya Lokman Adam nak cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama. Mat Ezam seharusnya bersimpati dengan sahabat lamanya Lokman Adam. Saya berharap mereka akan berkongsi kembali cari makan sama-sama agar sorro tidak miss.

Kelentong ke hulu kelentong ke hilir
Mat Ezam mencegah rasuah
Hujah dahulu hujah lendir
Kini Mat Ezam dah pandai rasuah.

Gerakan’s Tan ‘joins’ Pakatan

The Star : Thursday May 29, 2008

By DHARMENDER SINGH and CHRISTINA TAN

SHAH ALAM: Datuk Dr Tan Kee Kwong became the second Gerakan leader to take up a post with an Opposition-led state government. The Federal Territory Gerakan chief and former Deputy Land and Cooperative Development Minister was named as co-chairman of Selangor's special task force on land issues.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the other co-chairman was former Land and Cooperative Development Ministry secretary-general Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof. The appointment of Dr Tan means he will now be working for the Pakatan Rakyat state government.

Last month, Gerakan deputy secretary-general Lee Kah Choon accepted the Penang government's offer to take up the posts of InvestPenang executive chairman and Penang Development Corporation director. Lee later quit Gerakan.

Khalid said Dr Tan and Prof Dr Nik Mohd Zain would head a six-member task force that would study the management of land in Selangor and related policies, issues and problems before submitting suggestions for improvement.

“We decided to appoint the two men for their vast experience in land management. Dr Tan served as the deputy minister from 1999 to 2004 while Prof Dr Nik Mohd Zain was secretary-general from 1996 to 2002,” he told a press conference after chairing the weekly state executive council meeting here yesterday.

Dr Tan said he would not resign from his Gerakan post after taking up the special task force co-chairman position. He said news of his appointment was announced at 6pm yesterday, adding that no party official had called him to seek clarification over his decision to work with the Pakatan Rakyat state government.

Dr Tan said Khalid, whom he has known for more than 20 years, contacted him two weeks ago with the offer to head the committee in an area which was vital but also most lacking in terms of efficiency.

“I said yes to the offer because I joined politics to serve the people and country. The post provides me the chance to continue this work while Gerakan feels I have no value in terms of serving the party and the people,” the 61-year-old politician said when contacted last night.

He said he also had a lot of respect for the first-time mentri besar as he had highlighted and worked to solve many of the issues that many before him had failed to address.

The task force would start work in two weeks, Dr Tan said, as the other members had yet to be picked. It will have three months to submit recommendations to the state government.

MB: We’ll have an EGM of Grand Saga soon

The Star : Thursday May 29, 2008

By DHARMENDER SINGH


SHAH ALAM: The state government will exercise its right as a stakeholder in Grand Saga Sdn Bhd to call for an extraordinary general meeting (EGM) soon to discuss the Bandar Mahkota Cheras access road issue.

It has a stake in the highway concessionaire through its subsidiary Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, which owns 20% of Taliworks Corp Bhd. The latter holds a 55% stake in Cerah Sama Sdn Bhd that wholly owns Grand Saga.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said since the state government held a substantial share in Grand Saga, it wanted to inform shareholders of Grand Saga's actions and to ask them to decide if such actions, which have caused problems for residents, were ethical.

He said the closing of the access road and stand-offs with residents in the area had led to them getting hurt, and the state government wanted to put an end to it.

“We will also ask for an audit of the company’s finances to see if it hired thugs to stop residents from removing the barricades, as claimed by residents.

“If this is true, action will be taken against the company officials involved and its director,” he said after chairing the weekly state executive council meeting here yesterday.

He said he had met, and would write to, Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed for an official decision as to whether the company should be allowed to put up the barricades as highways came under the ministry’s purview.

Khalid said the state government also met senior officials from Taliworks Corp, the Public Works Department and the Kajang Municipal Council (MPKJ) yesterday and had decided to seek Malaysian Highway Authority (LLM)’s clarification as to whether it had given its approval for the barricades, as claimed by Grand Saga.

And, if LLM did not, then the state government would immediately order the removal of the barricades, he added.

“The tussle is between the developer (Narajaya Sdn Bhd) and Grand Saga because the concessionaire wants the developer to pay it for loss of income since its toll will be bypassed,” he said, adding that the matter was already in court.

“There is no need to deprive the people of the use of the road because it will be opened, no matter which way the court decides and the issue is only whether the developer will have to compensate the highway concessionaire.”

Khalid urged residents to be patient while the state government worked out a solution.

Cheers as residents pull down controversial barricade

The Star : Thursday May 29, 2008

KUALA LUMPUR: Residents of Bandar Mahkota Cheras have torn down a barricade rebuilt by Grand Saga Sdn Bhd that prevented access into the housing area of some 38,000 residents. Using mallets, car jacks and steel bars, the residents broke down the foundations of the barricade made of large boulders and forced the stones to the ground.

The boulders were then chained to lorries and dragged away to the side of the underpass of the Cheras-Kajang Highway, which leads into the neighbourhood.

By 7.15pm, the first vehicle had managed to inch its way through the two-lane access road, amidst the cheers and loud blaring of vehicle horns from onlookers and residents alike. Police and Light Strike Force personnel monitored the crowds, which swelled to a few hundred.

More roars of support ensued later when Selangor CPO Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar, who visited the spot, told the residents that he had advised Grand Saga to stop any construction of barricades in the area. He said the public would be inconvenienced each time Grand Saga built the barricade. DCP Khalid also urged the Malaysian Highway Authority and the Public Works Department to settle the matter and come up with an amicable solution. He also urged the elected representative not to incite the residents.

Kajang OCPD Asst Comm Shakaruddin Che Mood, who was also present, was hoisted up by several residents who lauded his support for their cause. He also persuaded residents to remove several toppled boulders that were blocking cars going into the Bandar Tun Hussein Onn access road. Several residents then pooled together RM900 to get the job done, saying that a third of the sum would be for the lorry’s petrol while the rest would be used to buy food.

Earlier, two photographers from Sin Chew Daily and China Press were attacked by two unidentified men, who had threatened to beat them if they did not stop taking pictures.

By 10pm, all boulders had been cleared.

Wednesday, May 28, 2008

Ucapan Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: – Usul terima kasih titah DiRaja

(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Lega rasanya, alhamdulillah. Saya tak sangka untuk berucap ini sama peritnya untuk menang dalam pilihan raya Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan junjung kasih ucapan dan Titah Yang Dipertuan Agong dengan memulakan satu statistik yang mengisyaratkan tentang perlunya negara kita ini maju ke hadapan untuk memastikan perpaduan kaum, perpaduan nasional berlaku dalam negara ini. Statistik yang telah dijalankan oleh salah satu daripada badan yang membuat kajian telah menunjukkan bahawa 42% daripada rakyat Malaysia, mereka lebih suka untuk mengecam diri mereka mengikut masing-masing iaitu seramai 42%. Manakala yang mengecam diri mereka sebagai rakyat Malaysia pula ialah sebanyak 45%.

Saya menganggap bahawa peratus ini menuntut kita supaya membuat satu penilaian semula kepada usaha-usaha perpaduan kerana mengikut statistik juga, Ahli Yang Berhormat sekalian, Tuan Yang di-Pertua, bahawa tanggapan kepada usaha-usaha perpaduan ini bagi orang Melayu yang menganggap usaha-usaha perpaduan ini ikhlas ialah sebanyak 62%, kaum Cina menganggap perpaduan ini ikhlas 35%, orang India yang menganggap perpaduan ini ikhlas ialah 75%. Tanggapan ini sudah tentulah merupakan satu yang menuntut kita sebagai pembuat dasar di dalam Dewan Parlimen yang mulia ini untuk kita mencari formula dan jalan keluar bagi kita memperkasakan dan memantapkan perpaduan nasional di dalam negara ini.

Saya mencadangkan tiga langkah yang boleh diambil sebagai usaha-usaha memurnikan perpaduan dalam negara ini, iaitu pertama, mentakrifkan dan mentajdid kan semula makna perpaduan kerana sudah 50 tahun kita merdeka dan kalau kita berlegar di sekitar cara yang sama, saya khuatir keputusan yang kita dapat juga adalah keputusan yang sama. Oleh itu kita harus keluar daripada daerah ini dan mencipta apa yang saya namakan sebagai third graph social reengineering dengan izin, iaitu penstrukturan semula kemasyarakatan graf ketiga untuk kita keluar daripada daerah kongkongan yang selama ini kita terima pakai dan kita harus mencipta satu graf yang baru untuk memastikan perpaduan nasional di negara kita ini tercapai.

Untuk melaksanakan sedemikian, saya menyeru kepada seluruh Ahli Dewan ini untuk memikirkan dan melibatkan tak kiralah kita daripada pembangkang atau daripada kerajaan, apa cara yang baik untuk kita duduk dan kita bincang dan kita bersepakat. Kita buanglah kepentingan parti kita, kita buangkanlah apa sahaja kepentingan yang selama ini kita perjuangkan, kita meletakkan prioriti negara kita ini untuk mencapai kata sepakat bagi kita membina dan memperkasakan perpaduan nasional.

Yang kedua ialah menilai semula doktrin patriotisme yang selama ini diamalkan, yang saya anggap pada satu tahap terlalu sempit dan dangkal. Contohnya; apabila Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional menyebut menyokong pembangkang itu seolah-olah terpengaruh dengan putar-belit dan fitnah, ada yang sampai tahap berani menyatakan kalau tidak menerima pengorbanan yang dilakukan oleh Barisan Nasional ini maka seolah-olah kita tidak beriman. Bagi saya ini satu nilai fahaman yang sempit, kerana bagi kami apa yang kita faham dalam konteks patriotisme itu ialah menyanggah pandangan, menyanggah pendapat itu sendiri bukanlah merupakan satu bentuk penentangan, tetapi ia adalah di atas dasar kasih dan cinta kita kepada negara ini dan tiada siapa yang berhak di dalam Dewan yang mulia ini untuk kita mempertikaikan patriotisme dan kasih sayang kita terhadap Raja dan negara ini.

Yang ketiganya ialah, membuang fahaman politik yang sempit yang diamalkan. Iaitu menganggap bahawa ada hak cipta terpelihara bagi kumpulan tertentu sahaja di dalam negara ini yang mampu mentadbir negara dan oleh kerana itu walaupun tarikhnya sudah expired, tapi mereka masih lagi merasakan mereka ada stamina sehingga perbuatan mereka ini boleh memberi kesan kepada pengurusan dan pentadbiran negara itu sendiri. Oleh itu, kami menganggap bahawasanya umur UMNO yang baru-baru ini telah diraikan setelah sampai kepada 62 tahun kita menganggap bahawa tunjuklah contoh yang baik kepada anak-anak, kepada cucu-cucu supaya bermuafakatlah, berbincang dengan baik, tapi janganlah menunjukkan ataupun menceritakan rumah tangga itu di hadapan khalayak ramai sehingga ia memalukan bukan sahaja orang UMNO, tapi seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu saya mengharapkan supaya selesailah masalah dengan anak-beranak, dengan anak isteri elok-elok dan janganlah dedahkan masalah itu kepada pengetahuan umum. Ini kerana saya khuatir kalau mereka sibuk dengan ini dan didedahkan kepada rakyat akan hilang perhatian untuk mereka ini mentadbir negara. Jikalau mereka rasa mereka sudah tidak mahu tadbir negara, hendak sibuk dengan parti, bagi orang lain pula yang tadbir negara ini.

Yang keduanya pula, saya hendak menyebut sedikit tentang Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan menterinya pun ada di sini bahagian agama Islam. Saya harap dapat mengambil nota-nota supaya dapat dikemaskinikan kedudukan Islam dalam negara kita ini dengan kita mengambil kira bahawa agama lain itu bebas untuk diamalkan tetapi Islam itu sendiri dalam konteks kenegaraan seperti mana yang disalah anggap oleh ramai wakil-wakil Yang Berhormat terhadap perjuangan kami daripada parti PAS. Kami menganggap bahawasanya kemuncak kepada suatu sistem pemerintahan ialah apa yang disebutkan dengan izin...[Membaca sepotong hadis] Atau menegakkan keadilan dan menjalankan consensus ataupun dengan izin, syura. Itulah substance yang dikatakan sebuah negara yang menuju kepada keredaan Allah S.W.T.

Dalam konteks kontemporari hari ini.... [Membaca sepotong hadis] Ataupun menegakkan keadilan dan syura itu diterjemahkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk kita menggubal dasar-dasar, apa sahaja yang memastikan bahawa matlamat tertingginya dan nilai tertingginya ialah menegakkan keadilan. Inilah yang kita perjuangkan dalam konteks bahawa Islam itu lebih substantif daripada formatif seperti mana yang difahami oleh ahli-ahli yang tidak memahami perjuangan Islam ini.

Seterusnya, saya ingin mencadangkan kepada beberapa langkah untuk kita memperkasakan apa yang dinamakan sebagai kedudukan Islam dalam pentadbiran negara ini. Pertama ialah pengukuhan institusi agama Islam dalam pentadbiran setanding dengan Institusi-institusi yang lain. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa pengarah-pengarah daripada Jabatan Agama Islam ini kebanyakan malah hampir mungkin kesemuanya tidak ada latar belakang daripada Pengajian Islam. Kalau kita tengok untuk menjadi Pengarah Haiwan Veterinar, pengarah hospital contohnya mereka mesti datang dari latar belakang yang mereka wakili. Kalau begitu, sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam, kita tuntut juga kalau boleh biarlah pengarah-pengarah ini datang daripada latar Islam yang layak dari sudut jawatan dan sebagainya. Ini kerana saya tidak mahu apa yang berlaku di Jabatan Agama Islam Perak iaitu pengarahnya yang ada hari ini bukan daripada kalangan yang ada latar belakang Islam dan yang lebih buruk daripada itu, grednya itu pula tidak sesuai dan tidak cocok dengan kedudukannya sebagai pengarah...Jadi, saya mengharapkan.

Saya hendak ambil satu lagi, yang ini saya rasa saya potong yang lain saya ambil yang itu. Iaitu mengukuhkan institusi fatwa melalui pembentukan pemikiran fatwa, acuan fiqh Malaysia. Saya rasa ini telah dibincangkan oleh para ahli akademik bahawa kita tidak mahu terkongkong dengan fiqh yang datang daripada suasana ataupun negara lain. Kita mahukan fiqh yang dinamakan sebagai acuan Malaysia selagi mana perkara itu tidak bercanggah degan perkara-perkara yang prinsip. Oleh itu, sebuah jawatankuasa perlu diwujudkan bagi kita mentransformasikan fiqh ala Malaysia ini, supaya dokumentasi pengkaedahan fiqh yang bersifat lokal ini dapat menyumbang kepada perkembangan fiqh di peringkat antarabangsa... Saya dengan itu mohon untuk menyokong. Sekian, terima kasih.