Muqaddimah
Surat Al Baqarah terdiri dari 286 ayat dan diturunkan di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Hajji wadaa’. Seluruh ayat dari surat Al Baqarah termasuk golongan Madaniyyah, merupakan surat yang terpanjang di antara surat-surat Al Quran yang di dalamnya terdapat pula ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah karena di dalamnya disebutkan kisah penyembelihan lembu betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israil (ayat 67 sampai dengan 74), di mana dijelaskan watak orang Yahudi pada umumnya. Dinamai Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) karena memuat beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surat yang lain. Dinamai juga surat alif-laam-miim karena surat ini dimulai dengan Alif-laam-miim.
Pokok-pokok isinya:
· Keimanan: Dakwah Islamiyah yang dihadapkan kepada umat Islam, ahli kitab dan para musyrikin.
· Hukum-hukum: Perintah mengerjakan solat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qishash; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menjaga anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merobohkan masjid; hukum mengubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, ‘iddah, talak, khulu’, ilaa’ dan hukum susuan; hukum melamar, mas kahwin, larangan mengahwini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.
· Kisah-kisah: Kisah penciptaan Nabi Adam a.s.; kisah Nabi Ibrahim a.s.; kisah Nabi Musa a.s. dengan Bani Israil.
· Sifat-sifat orang yang bertakwa; sifat orang-orang munafik; sifat-sifat Allah; perumpamaan-perumpamaan; kiblat, kebangkitan sesudah mati.
Kelebihan-kelebihan Surah Al-Baqarah
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا فَإِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ لَا يَدْخُلُهُ الشَّيْطَان
Imam Ahmad, Muslim, At-Tirmidhi dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw berkata; (Jangan jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya dibaca Surah Al Baqarah)
An-Nasa'i dan Al-Hakim meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas`ud yang berkata, "Syaitan melarikan diri dari rumah yang dibaca Surah Al-Baqarah.''.
Ad-Darimi meriwayatkan dari Ibn Mas`ud yang berkata, "Syaitan melarikan diri dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah Al Baqarah sehingga terkentut.” Ad-Darimi juga meriwayatkan dari Ash-Sha`bi dari `Abdullah bin Mas`ud yang berkata, "Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari Surah Al Baqarah di waktu malam maka syaitan tidak akan memasuki rumahnya di malam itu. Ayat-ayat itu ialah ayat pertama hingga ayat ke empat,
ayat Kursi (255)
اللَّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَـوَاتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ مَن ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَـوَاتِ وَالاٌّرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ
diikuti dengan dua ayat selepasnya (256-257)
لاَ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّـغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ ءامَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَـتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّـغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَـتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَـبُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَـلِدُونَ
dan tiga ayat terakhir.”
لِّلَّهِ مَا فِي السَّمَـوتِ وَمَا فِى الاٌّرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ - ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَمَلَـئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ - لاَ يُكَلّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلَـنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَـفِرِينَ
Di dalam riwayat yang lain Ibn Mas`ud berkata, "Syaitan tidak akan mendekatinya atau keluarganya dan tidak akan ditimpa sesuatu yang tidak disukainya. Begitu juga jika ayat-ayat ini dibaca kepada orang yang dirasuk syaitan (tidak sedarkan diri) ia akan sembuh.”
إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامًا، وَإِنَّ سَنَامَ الْقُرْآنِ الْبَقَرَةُ، وَإِنَّ مَنْ قَرَأَهَا فِي بَيْتِهِ لَيْلَةً لَمْ يَدْخُلْهُ الشَّيْطَانُ ثَلَاثَ لَيَالٍ، وَمَنْ قَرَأَهَا فِي بَيْتِهِ نَهَارًا لَمْ يَدْخُلْهُ الشَّيْطَانُ ثَلَاثَةَ أَيَّام
At-Tabarani, Abu Hatim Ibn Hibban dan Ibn Marduwiyah meriwayatkan dari Sahl bin Saad bahawa Nabi saw berkata, (Setiap sesuatu ada bonggolnya (tempat simpanan) dan Al-Baqarah ialah bonggol bagi Al Quran. Sesiapa yang membaca Surah Al Baqarah di dalam rumahnya pada waktu malam, maka syaitan tidak akan memasuki rumahnya selama tiga malam. Sesiapa yang membacanya di rumahnya pada waktu siang, syaitan tidak akan memasuki rumahnya selama tiga hari)
At-Tirmidhi, An-Nasa'i dan Ibn Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah sebagai berkata, ‘Nabi saw ketika akan menghantar satu pasukan tentera ke medan perang bertanya kepada setiap anggota tentang apa yang mereka ingati dari Al Quran. Apabila tiba kepada seorang anggota yang paling muda, baginda bertanya, ‘Apa yang kamu ingati?’ Pemuda itu menjawab, ‘Aku menghafaz surah itu dan ini termasuk Surah Al Baqarah.’ Baginda bertanya lagi, ‘Kamu menghafaz Surah Al Baqarah?’ Pemuda itu menjawab, ‘Ya’. Lalu baginda berkata, ‘Jika begitu kamu adalah panglima angkatan ini.’ Salah seorang yang agak veteran di dalam angkatan itu merungut, ‘Demi Allah aku tidak belajar Surah Al Baqarah kerana takut tidak mampu melaksanakannya.’ Mendengar rungutan itu Nabi saw berkata;
تَعَلَّمُوا القُرْآنَ وَاقْرَءُوهُ، فَإِنَّ مَثَلَ الْقُرْآنِ لِمَنْ تَعَلَّمَهُ فَقَرَأَ وَقَامَ بِهِ كَمَثَلِ جِرَابٍ مَحْشُوَ مِسْكًا يَفُوحُ رِيحُهُ فِي كُلِّ مَكَانٍ، وَمَثَلُ مَنْ تَعَلَّمَهُ فَيَرْقُدُ وَهُوَ فِي جَوْفِهِ كَمَثَلِ جِرَابٍ أُوكِيَ عَلى مِسْك
تَعَلَّمُوا القُرْآنَ وَاقْرَءُوهُ، فَإِنَّ مَثَلَ الْقُرْآنِ لِمَنْ تَعَلَّمَهُ فَقَرَأَ وَقَامَ بِهِ كَمَثَلِ جِرَابٍ مَحْشُوَ مِسْكًا يَفُوحُ رِيحُهُ فِي كُلِّ مَكَانٍ، وَمَثَلُ مَنْ تَعَلَّمَهُ فَيَرْقُدُ وَهُوَ فِي جَوْفِهِ كَمَثَلِ جِرَابٍ أُوكِيَ عَلى مِسْك
(Belajarlah Al-Qur'an dan bacalah ia kerana misalan bagi mereka yang belajar Al Quran, membacanya dan mengamalkannya adalah umpama sebuah karung yang penuh berisi kasturi yang harumnya semerbak di udara. Barangsiapa yang belajar Al Quran tetapi tidak mengamalkannya adalah umpama karung yang berisi kasturi tetapi karungnya diikat ketat (harumnya tidak dapat dihidu oleh manusia lain)
Seterusnya Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Usaid bin Hudair yang berkata, ketika beliau sedang membaca Surah Al Baqarah dengan kudanya diikat berhampiran dengan nya kuda itu mula menunjukkan tanda-tanda keresahan. Bila Ubaid memberhentikan bacaannya kuda itu mulai kelihatan tenang. Kemudian beliau menyambung bacaannya semula dan kudanya mulai membuat bising lagi. Beliau sekali lagi memberhentikan bacaannya dan kudanya tenang kembali dan begitulah untuk ketiga kalinya.
Pada masa yang sama anak Usaid yang bernama Yahya berada berdekatan dengan kudanya itu. Beliau lalu mengangkat anaknya menjauhi kuda itu sambil memandang ke langit. Beliau melihat awan berbentuk payung dan ada cahaya masuk di celah-celahnya. Keesokan harinya beliau bertemu dengan Rasulullah saw dan menceritakan apa yang berlaku. Lalu baginda bertanya, tahukah kamu apa yang sebenarnya berlaku. Usaid berkata dia tidak tahu. Lalu Nabi saw berkata,
تِلْكَ الْمَلَائِكَةُ دَنَتْ لِصَوْتِكَ وَلَو قَرَأْتَ لَأَصْبَحْتَ يَنْظُرُ النَّاسُ إِلَيْهَا، لَا تَتَوارَى مِنْهُم
(Mereka adalah para malaikat, mereka datang mendengar kamu membaca Surah Al Baqarah. Jika kamu meneruskan bacaan kamu itu hingga ke pagi nescaya orang ramai akan dapat melihat mereka kerana para malaikat itu tidak akan dapat menyembunyikan diri – kerana terlalu asyik mendengar bacaan) Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Ubaid Al-Qasim bin Salam di dalam kitabnya, ‘Fada'il Al-Qur'an’
No comments:
Post a Comment