Friday, September 19, 2008

16 Sept bersama Ahli Nujum Negara



Memanda : " Di dalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO yang mana PR ?"

Ahli Nujum Negara : " Mintak pada hamba !!, apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..

Memanda : "Sebabnya?"
Ahli Nujum Negara : " Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam, manakala PR makin tinggi kedudukannya."

Memanda : " Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PR ?"

Ahli Nujum Negara : " Ini senang sahaja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO".
Memanda : "Sebabnya?"

Ahli Nujum Negara : "Sebab di dalam negara kita, musuh PR hanyalah UMNO yang patut kita kejar, bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! "

Memanda :" Ada sebuah Masealah, satu baaaanyak-banyak!!,dua sedikit-sediiiiikit !!,tiga Jarang-jarang!! ,empat kad-dang, kad-dang, apa itu ?

Ahli Nujum Negara - " UMNO !!!"
Memanda : "Buktikan"

Ahli Nujum Negara : "Satu Baaanyak-banyak , ertinya ahli UMNO memang banyak dalam negara ini,
dua sedikit-sediiikit, ertinya sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu,
tiga jarang-jarang, ertinya jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan ,
empat kad-dang,kad-dang, ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya"

Memanda : "Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO,di keris nya kah? atau di jenteranya kah ?"

Ahli Nujum Negara - " Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya,
Memanda : "Dimana terletak kekuatannya?. "
Ahli Nujum Negara : "Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!! "
Memanda : "Buktikan!!
Ahli Nujum Negara "Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatan, iaitu toyol dari Media Prima, Toyol dari Polis serta Toyol dari Badan kehakiman..Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun telah hakikatnya mereka luka parah"

"Biasalah , UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata DSAI, jangan takut..LAWAN..LAWAN.."

Sultan : " Kalau Ahli Nujum betul bijaksana!! Apakah yang ada di genggaman beta ?...


Ahli Nujum Negara : .......DUIT !!.. kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO..

No comments: