Wednesday, July 2, 2008

Saya tidak bersalah: Rosmah


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata beliau tidak bersalah terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya berkaitan satu kes bunuh dalam akuan berkanun yang dibuat seorang pengendali laman blog.

Katanya, tiada apa lagi yang perlu dikatakan kerana beliau telah memberikan keterangan kepada polis.

“Tiada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya telah memberikan kenyataan saya kepada polis. Itu sahaja,” katanya semasa diminta mengulas dakwaan itu oleh pemberita selepas beliau merasmikan Persidangan Penerbitan Buku Kanak-kanak Asia Pasifik 2008, di sini.

Pengendali blog Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin, dalam akuan berkanun yang disiarkan dalam laman webnya baru-baru ini, mendakwa Rosmah merupakan antara tiga individu yang berada di tempat kejadian apabila mayat wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, diletupkan dengan bahan letupan pada 19 Oktober 2006.

Berikutan penyiaran dakwaan itu, satu pasukan penyiasatan khas dari ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman merakamkan kenyataan daripada Rosmah di kediamannya. – Bernama/Berita Harian (1 Julai 2008)

The Star : Wednesday July 2, 2008

Rosmah: I am innocent

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor said she was innocent of the allegation in a statutory declaration that she was present when the body of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu was disposed of.

“If you are innocent, what is there for you to address? I am not a politician and I am not running for any post. I’m just the wife of a politician,” she said, when asked why she would not address such a serious allegation.

“I have given my statement to the police, and that’s it,” she told reporters at the Asia-Pacific Conference on Children’s Book Publishing here yesterday.

In his June 18 statutory declaration, Malaysia Today editor Raja Petra Kamaruddin alleged to have knowledge that two lieutenant colonels and Rosmah were present when Altantuya’s body was blown up on Oct 19, 2006.

Asked if she would sue Raja Petra for defamation over his statutory declaration, she said she did not want to address unnecessary issues because she had other bigger things to attend to for the people and for the nation.

Asked about the bomb expert’s wife named by Raja Petra in his statutory declaration, Rosmah said the woman was not her aide.

“She was not my ADC (aide de camp). She was just an officer who did all my programmes. She is not with me now. She has had a promotion and is back with Mindef (Defence Ministry),” she said.

No comments: