Tuesday, July 8, 2008

Pockets of Mangkar


Maka berlompatanlah “ustadz2″ menggesa supaya Anwar bersumpah menafikan tuduhan yang sedang dihadapnya sekarang. ada yang suruh junjung Qur’an, ada yang suruh dalam mesjid, ada yang suruh tengah padang, ada yang suruh buat atas mimbar!

Pendek kata, kalau Anwar buat macam depa suruh, seluruh sistem cakerawala ni akan percaya pada Anwar. Confirm Anwar difitnah. Dan confirm ada perancangan jahat. Tu lah kehendak beberapa kerat mangkar (bahasa KL untuk mangkaq) yang sekarang sedang sibuk kulu kilir menepuk meja cuba mengajar bagaimana Anwar harus bertindak sekarang.


Pada aku, tak kisah dia nak bersumpah atau tidak. Tiada sebarang implikasi pun dalam sistem perundangan tanah melayu ni. Lagipun setakat yang aku belajaq agama masa tingkatan empat dulu, sumpah hanya dilaksanakan selepas tuduhan dan pembuktian beyond reasonable doubt. Kalau telah dibuktikan secara saheh tertuduh memang melakukan apa yang dituduh, maka tertuduh masih boleh mengelakkan hukuman dunia dengan bersumpah (”al Bayinatul a’la Muddaiy, wal Yaminul a’la Man ankar”). Itu kaedah yang aku paham la.

Tapi pasaipa ada dua tiga kerat ni nak sangat Anwar bersumpah mengikut kepala hotak masing2? Jawapan ringkas aku, samada depa ni mengaji setakat SRP, ataupun masa kelas agama depa tuang dok pi hisap rokok dalam jamban. Jadi, tak heranla kalau sumpah acuan mereka tu dilihat sebagai bukti yang sangat hebat utk menafikan tuduhan. Kelompok2 sumpah ni aku lihat tak lebih daripada ingin menjadikan Anwar kelihatan bodoh sebab melayan benda2 bodoh. Mereka nak dunia kemudian melihat “kenapa Anwar desperado sgt bersumpah tak ikut peraturan untuk nafikan?”.

Dan selepas sumpah dibuat, aku tak menolak golongan2 mangkar ini sekali lagi akan datang dgn nas dan perawi yang mengatakan cara sumpah Anwar itu salah. Caranya sumbang dan amat diragui. Patut kena angkat tangan kanan. Patut kena pegang Qur’an. Patut kena pakai Qur’an Uthamani, patut kena mata pandang depan. Patut kena sebut dalam semua bahasa rakyat malaysia, patut kena duduk bertimpuh, patut kena pakai serban, patut kena buat itu dan ini! Depa akan ada seribu satu alasan pulak untuk menafikan sumpah tersebut. Dan nak dapat nas utk sokong penafian ni bukanla susah sangat, Astora Jabat banyak simpan ;)

Dan kalaupun dah tadak point, geng kepala masam ni akan kata pulak “elllehh, kalau dah berani buat sampai tahap tu, apa sangat la sumpah mumpah ni…”.

Kepada dua tiga kerat golongan mangkar, atau meminjam frasa mat saleh “pockets of mangkar” ni, bijak la sikit dalam merapu. Cubaan memesongkan isu kredibiliti makhluk yang membuat tuduhan, kaitannya dengan Najib, dan kekalutan pemerintah sekarang yang teruk bergelut dengan keruduman ekonomi dan kepercayaan rakyat dengan membesarkan isu Anwar bersumpah adalah satu tektik yang sangat terdesak. Dan sedarlah bahawa rakyat juga sekarang ini berada di dalam keadaan yang sangat terdesak yang teramat sangat.

Rakyat terdesak untuk membebaskan diri mereka daripada cengkaman pemerintah yang korup dan lemah. Kita sangat terdesak ingin melihat malaya yang lebih baik.

Sesungguhnya satu2nya sumpah yang akan terus keluar daripada mulut pejuang rakyat ini ialah sumpahnya untuk terus melawan kezaliman, kekejaman, dan kerajaan yang korup!

Matkeri (dipetik daripada jahilgoblog.net)

No comments: