‘Tergesa-gesa, cari perlindungan’
KUALA LUMPUR 9 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan tidak tergesa-gesa menuntut diadili mengikut peruntukan qazaf kerana dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih lagi dalam siasatan polis.
Penasihat Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Paduka Zaitoon Othman berkata, tindakan Anwar membawa isu liwat itu ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seolah-olah menjadi satu usaha untuk ‘mencari perlindungan’ atas dakwaan liwat yang masih belum dibuktikan.
“Dia (Anwar) boleh buat apa sahaja termasuk aduan qazaf, tetapi mengapa dia terlalu cepat mengadu sedangkan isu liwat itu masih belum selesai disiasat polis.
“JAWI perlu membuat siasatan, terpulang kepada JAWI sebelum ia mengambil sebarang tindakan susulan,” kata Zaitoon ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Anwar yang membuat laporan kepada JAWI untuk meminta jabatan itu menyiasat dakwaan liwat oleh Mohd. Saiful di bawah peruntukan qazaf, iaitu membuat tuduhan bohong mengenai zina.
Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 menyebut: “Mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan mengikut hukum syarak empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh adalah melakukan suatu kesalahan.”
Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Ketika ditanya keperluan untuk mengemukakan empat saksi semasa pertuduhan di Mahkamah Syariah, Zaitoon menjelaskan:
“Ia merupakan satu keperluan jika mengikut hukum syariah. Prosesnya jelas. Tetapi, ia tetap bergantung kepada budi bicara hakim itu sendiri.”
Sementara itu, seorang peguam terkenal, Dr. Ridzuan Ibrahim berkata, isu qazaf hanya timbul seandainya terdapat tuduhan zina.
“Ia tidak merujuk kepada tuduhan liwat seperti yang dihadapi Anwar sekarang. “Kes itu masih dalam siasatan polis. Anwar membuat aduan qazaf yang hanya boleh digunakan untuk kesalahan zina,” ujarnya.
Beliau berkata, aduan Anwar itu hanya prosedur biasa yang akan disiasat oleh JAWI.
“Saya pasti JAWI akan jalankan siasatan terhadap aduan Anwar. Dia memang berhak membuat sebarang aduan seandainya merasakan diri teraniaya,” jelas beliau.
Menurut peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan, Anwar sebenarnya sudah ‘melompat’ daripada prosedur yang sepatutnya.
“Proses siasatan baru dimulakan. Masih belum ada sebarang pertuduhan, terlalu awal untuk Anwar mengadu kepada JAWI,” ujarnya. - Utusan
Langkah Anwar sesuai syariah
Abdul Rahim Sabri Malaysiakini : Jul 9, 08 8:23pm
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyokong langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung dakwaan liwat terhadapnya agar ia disiasat sebagai kesalahan qazaf.
"Langkah Anwar bertepatan dengan peruntukan mahkamah syariah kerana peruntukannya lebih khusus berbanding akta Kanun Keseksaan," kata timbalan presiden PPMM Muhamad Burok ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."
Beliau, yang juga penasihat Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia, menambah bahawa ada peruntukan khusus dalam akta tersebut.Seksyen 25 akta tersebut menyebut seseorang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak lebih enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Muhamad menjelaskan, Kanun Keseksaan tidak menyebut secara khusus kesalahan liwat, hanya menyebut perhubungan seks luar tabii.
"Kanun Keseksaan mengenai kesalahan-kesalahan hubungan seks luar tabii, (iaitu) Seksyen 377, 377(a), 377(b), 377(c), 377(d) dan 377 (e)," katanya."Kesalahan (hubungan seks) luar tabii misalnya adalah (hubungan seks) luar tabii dengan haiwan," katanya.
Penasihat PKR pagi ini mengadukan isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa diliwat oleh tokoh pembangkang itu - bulan lepas kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI.
"Dan saya telah dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera," kata Anwar selepas aduan.
Seseorang yang disabitkan dengan kesalahan qazaf boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Anwar diiringi oleh isterinya dan juga presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua peguam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.Lagipun, tambah Muhamad, sistem keadilan jenayah syariah juga mengandungi sumpah syarie yang tidak ada pada mahkamah sivil.
Ikut nasihat ulama, Anwar buat aduan 'qazaf' di Jawi
Azamin Amin Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed Jul 09, 08 12:57:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat aduan berhubung isu fitnah yang dilemparkan ke atasnya di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Anwar hadir dengan ditemani oleh isteri beliau yang juga Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beserta dua orang peguamnya iaitu Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.
"Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini.
"Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan 'qazaf'. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera," katanya kepada pemberita.
Sementara itu Kamar Ainiah menjelaskan kepada pihak media, hukuman dan makna 'qazaf' yang termaktub dalam undang-undang syariah di negara ini.
Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan." kata Ainiah.
'Qazaf' katanya ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.
Turut ditanya berhubung isu sumpah yang turut dibangkit pelbagai pihak demi membersih tuduhan terhadapnya dan Anwar menyatakan mengikut pandangan ulama yang melarang berbuat demikian.
Malah katanya sumpah menjunjung al-Quran tidak ada nas atau dalilnya dalam Islam.
"Saya tidak boleh ikut cabaran. Kalau mahu guna al-Quran, guna Islam ianya mesti ikut syarak...bukan isu politik atau isu peribadi. Ini nasihat yang diberi oleh ulama dan saya tunduk dengan nasihat itu.
"Kalau mereka kata perlu jawab sumpah, kita jawab. Tapi setakat ini ianya isu jenayah kalau 'you' buat tuduhan, 'you' kena jawab," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Peguam Anwar pertahan 'qazaf', tempelak Mufti Perlis dan Nik Aziz
Thursday, 10 July 2008
Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK, mStar Online
Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman mendakwa cadangan yang dikemukakan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, supaya anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan bersumpah adalah salah dan tidak mengikut syarak.
“Ini adalah kesalahan jenayah yang serius. Dalam soal ini sumpah (bermubahalah) tidak boleh diguna pakai seperti mana yang beliau katakan,” katanya kepada mStar Online.
Kamar Ainiah berkata sumpah biasanya digunakan untuk membuktikan pemilikan harta atau hak milik.
“Sumpah juga boleh digunakan oleh pasangan suami isteri iaitu apabila si suami mendakwa bahawa isterinya telah melakukan zina dengan orang lain. Beliau tidak perlu mengemukakan bukti.
“Isterinya juga perlu bersumpah untuk menafikan perkara itu. Namun selepas kedua-duanya bersumpah maka secara langsungnya ikatan perkahwinan mereka akan terputus,” tambah beliau.
Katanya Anwar hanya boleh bersumpah jika bukti-bukti yang dikemukan Saiful tidak kuat dan lemah.
“Saiful boleh kemukakan seberapa banyak saksi, tetapi jika bukti yang diberikan tidak kukuh, maka Anwar akan bebas dari tuduhan.
“Namun selepas itu kesalahan itu akan kembali kepada Saiful,” katanya.
Katanya lagi, dalam kes dakwaan liwat oleh Saiful terhadap Anwar, peruntukan yang harus digunakan ialah ‘qazaf’.
“Qazaf digunakan apabila seseorang itu membuat tuduhan terhadap seseorang, tetapi dia tidak dapat mengemukan bukti melalui empat orang saksi (lelaki beriman) mengikut syarak.
“Jika pendakwa (Saiful) tidak boleh mengemukan saksi mengikut hukum syarak maka kesalahan itu akan dikembalikan kepadanya,” kata Kamar Ainiah.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 jika sabit kesalahan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000.Ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan. Tambah beliau ‘qazaf’ digunakan bagi mengelakkan orang ramai membuat sebarang dakwaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang individu secara sesuka hati.
Ditanya bagaimana seseorang wanita yang dirogol mampu mengemukakan bukti mengikut Syarak, beliau berkata masyarakat harus tahu membezakan antara rogol dan zina.
“Rogol lain, zina lain. Senang jika kita nak buktikan wanita dirogol iaitu melalui keadaan fizikalnya atau kerosakan pada alat sulitnya.
“Zina pula dilakukan dengan rela tanpa paksaan. Kebanyakan kes, wanita yang berzina mendakwa dirinya dirogol setelah mereka hamil, mereka buat laporan setelah beberapa bulan,” terang beliau.
Dalam kes dakwaan liwat Saiful, Kamar Ainiah berkata beliau (Saiful) sepatutnya membuat laporan awal jika beliau benar-benar diliwat.
“Sepatutnya beliau tampil lebih awal. Bukannya setelah ‘diliwat’ beberapa kali seperti yang didakwa,” katanya.
Ditanya bagaimana Saiful mampu mengemukan bukti dia diliwat kerana sudah pasti tiada siapa yang melihat kejadian itu, beliau berkata itu terpulang kepada Saiful untuk buktikannya.
"Dia yang buat dakwaan, jadi dia kena buktikan. Kalau dari awal dia tahu tak dapat kemukakan bukti, lebih baik berdiam diri," katanya.
Beliau juga musykil dan hairan mengapa Saiful sebagai seorang yang muda dan berpelajaran tidak menghalang dirinya daripada ‘diliwat’.
“Kalaulah benar, Saiful sepatutnya bertindak melawan, bukan membiarkan sahaja,” katanya.
Mengulas mengenai tarikh perbicaraan kes ini, beliau berkata perkara itu terpulang kepada kepantasan pegawai pendakwaraya menjalankan siasatan.
“Hari ini Datuk Seri (Anwar) buat aduan. Kemudian pendakwaraya akan mengambil keterangan daripada Saiful.
“Kemudiannya siasatan akan dilakukan sebelum perbicaraannya dimulakan,” katanya. – Malaysia Today
Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim
Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim
Harakahdaily : Wed Jul 09, 08 4:43:07 pm MYT
Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.
Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?
Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:
Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:
4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;
Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya: "11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".
Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."
Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba?ath (Kebangsaan Arab).
Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.
Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.
Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.
Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.
Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha? melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu ?Qazaf?.
Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.
Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.
Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.
Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).
Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.
Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. – Harakahdaily

No comments:
Post a Comment