Wednesday, July 2, 2008

Anwar and lawyers see Selangor CPO

The Star : Tuesday July 1, 2008 MYT 3:51:14 PM

SHAH ALAM: PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived at the Selangor police contingent at about 3.03pm accompanied by his lawyers.

They immediately went up to Selangor CPO Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar’s office located at the 12th floor of the main building.

Khalid arrived about 15 minutes later and immediately went up to his office.
About 500 Anwar supporters had gathered at the foot of the hill leading to the police contingent.

A group of about 50 people led by Taman Medan assemblyman and state legislative deputy speaker Haniza Talha and Padang Serai assemblyman N. Gobalakrishnan pushed against the main gate and forced their way into the premises.

Only Haniza and Gobalakrishnan were allowed to wait near the lobby whilst the others who had forced their way in were not allowed to proceed farther.

Anwar buat laporan polis di Shah Alam

SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, kira-kira jam 2.50 petang.

Laporan polis itu dipercayai ada kaiatannya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sementara itu, keadaan di pekarangan IPK Selangor kecoh apabila penyokong Anwar yang dihalang masuk, berasak-asak di depan pintu utama ke IPK berkenaan. Pergaduhan kecil berlaku antara kira-kira 50 penyokong dan 30 pegawai dan anggota polis sebaik Anwar tiba. – Berita Harian


Proses pemeriksaan kes liwat dibuat secara profesional


IPOH: Kementerian Kesihatan memberi jaminan proses pemeriksaan ke atas lelaki yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijalankan secara profesional, kata Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Sambil menyerahkan proses itu kepada kebijaksanaan dan sikap profesional pakar perubatan kementerian, beliau berkata semua kes yang diterima pihaknya dilabel berprofil tinggi, termasuk dakwaan liwat berkenaan dan pakar perubatan kementerian akan membuat pemeriksaan mengikut standard prosedur serta memberi laporan yang tepat dan bertanggungjawab.

“Semua kes adalah berprofil tinggi. Saya tahu semua pegawai saya menjalankan tugas dengan penuh sikap profesionalisme. Ini bukan kali pertama kita kendalikan kes seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kesihatan Perak 2007 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung laporan pemeriksaan ke atas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang dilaporkan telah diserahkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepada pihak berkuasa semalam.

Dalam laporan akhbar itu, Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zin telah mengesahkan HKL sudah membuat pemeriksaan terhadap lelaki itu dan sebarang maklumat serta butiran terperinci harus dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan.

Dr Zaininah berkata laporan pemeriksaan itu penting untuk menentukan kesahihan laporan polis yang dibuat Mohd Saiful terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Dr Abdul Latiff berkata semua pegawai di bawah kementerian itu mengamalkan standard prosedur yang sangat profesional.

“Saya tahu mereka mengamalkan standard prosedur yang sangat profesional.

"Saya pun tidak mahu tahu mengenai laporan itu, serahkan kepada yang pakar dan saya tahu pegawai yang membuat pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata pakar perubatan terbabit tidak diberi tempoh masa tertentu untuk menjalankan pemeriksaan dan menyediakan laporan itu.

“Anwar dulu pun macam-macam, dulu dia dakwa dia keracunan Arsenik dan kita jalankan semua pemeriksaan sepenuhnya dan semua proses dijalankan secara profesional. Sibuk, kecoh kata dalam penjara ada orang nak bunuh dia letak Arsenik. (Apabila) kita buat kajian, ia tidak betul,” katanya. – Bernama/Berita Harian (1 Julai 2008)

No comments: