Dewan Rakyat : 7 Mei 2008)
Petikan Ucapan Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn : USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH DIRAJA
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan kadar jenayah ini, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat tentang kes Sharlinie, tentang kes Nurin yang masih belum selesai sehingga kini dan yang terbaru kes Asmawi di mana kanak-kanak ini telah hilang. Ada yang balik, mayat dan yang tidak balik, tidak tahu ke mana sehingga sekarang. Sehinggakan dikatakan tadi Yang Berhormat mengatakan iaitu terpaksa diupah pengawal-pengawal persendirian bukan rumah-rumah elit tetapi rumah-rumah perumahan biasa pun terpaksa mengupah pengawal-pengawal persendirian. Adakah Yang Berhormat menyedari bahawa pada hari persidangan yang pertama Yang Berhormat Bintulu mengatakan bahawa ada sebahagian tenaga pengajar di pusat latihan polis adalah terdiri daripada polis yang telah diambil tindakan ataupun yang hendak disejuk bekukan? Minta penjelasan.
Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang ada saya sebut tadi memang ada kes-kes yang high profile dengan izin, yang belum selesai dan kita haraplah pihak polis akan ambil tindakan yang lebih tegas, akan memperluaskan usahanya untuk menyelesaikan kes-kes seperti itu. Isu berkaitan dengan pendidikan…..
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Yang Berhormat Alor Gajah, pendidikan sekarang ada satu sekolah bantuan modal. Satu lagi sekolah bantuan penuh. Saya mendapati bahawa apabila sebut tentang sekolah bantuan modal, selalunya alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah bahawa tanah-tanah itu adalah milikan persendirian dan bukan milik kerajaan. Jadi bolehkah kerajaan membuat sesuatu supaya tanah milikan itu boleh juga diperuntukkan tanah yang lain, di tempat lain untuk pemilik tanah itu dan kerajaan membeli atau ambil alih sekali gus tanah milikan sekolah itu supaya semua sekolah-sekolah di negara ini hanya satu status saja iaitu sekolah bantuan penuh dan saya mohon agar kerajaan mencari jalan supaya semua sekolah hanya satu status iaitu sekolah bantuan penuh. Itu sahaja, tolong beri penjelasan.
Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah]: Tuan Yang di-Pertua cadangan saya yang lebih luas, saya habiskan berkenaan dengan isu pendidikan dulu. Tuan Yang di-Pertua, rakyat juga tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi kepada sekolah-sekolah vernakular. Mereka mempersoalkan mengapa sekolah-sekolah berkenaan dipinggirkan dan tidak dianggap sebagai sebahagian dalam sistem pendidikan nasional? Mengapa penubuhan sekolah-sekolah vernakular termasuk SJK(C) dan SJK(T) tidak dimasukkan dalam program pembangunan biasa Kementerian Pelajaran mengikut keperluan rakyat tetapi penubuhannya dianggap sebagai satu tolak ansur politik?.
Kenapa tidak ada sebarang cadangan untuk menubuhkan sekolah-sekolah vernakular dalam program pembangunan biasa Rancangan Malaysia Kesembilan?. Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan dengan Yang Berhormat Padang Serai, saya cadangkan semua sekolah-sekolah di negara kita, termasuk sekolah bantuan modal, sekolah bantuan penuh diiktiraf sebagai sebuah sekolah kerajaan dengan syarat bahawa tanah sekolah itu diletakkan dan diisytiharkan untuk kegunaan pendidikan sahaja Tidak mengambil kira siapa yang mempunyai tanah tersebut.
Hakikat rakyat bukan menyebelahi pembangkang. Namun keyakinan mereka kepada Barisan Nasional sedikit terhakis. Secara kesimpulan rakyat mahukan perubahan. Perubahan ini boleh datang dari kita atau tanpa kita. Tempoh lima tahun dari sekarang merupakan waktu yang amat penting, perubahan amat mustahak bagi kelangsungan kerajaan. Dengan ini saya ingin menyokong Tuan Yang di-Pertua.

No comments:
Post a Comment