1 - Fahami Kerangka Perjuangan Secara Bijaksana
Saya hargai pengertian saudara-saudara. Berulang kali ditegaskan: faham kerangka besar perjuangan, gunakan kebijaksanaan dan saluran parti, bermahasabah dan menilai prestasi masing-masing dalam menyempurnakan tanggungjawab.
Berhubung dengan rencana Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin seringkali memberi kejutan dalam takwilnya mengenai urusan ibadah dan kemasyarakatan. Kita perlu menyambut himbauannya secara terbuka meskipun keberatan menerima hujahnya.
Namun dalam meneliti beberapa penulisan beliau, termasuk menimba pengalaman dari Imam Nawawian, ternyata bernas dan tegas!
Berkenaan ehwal ekonomi dan nilai ringgit, singgungan pengunjung mengenai kemelut ekonomi dibawah pengurusan Umno-BN perlu dihadham. Akibat amalan boros, kehilangan beratus bilion ringgit kerana kebocoran dan rasuah dan kini dipersulit dengan kenaikan harga minyak mendadak, ekonomi negara berada dalam krisis!
Di antara kesan parah yang tidak banyak diketahui umum adalah inflasi melambung tinggi bermakna nilai ringgit merosot. Ia tambah dipersulit manakala wang disimpan. Nilai wang dalam tempoh satu tahun saja menurun!
2. Keutamaan Pada Tugas, Bukan Berhibur!
Saya merujuk kepada pidato-di-sidang-global-knowledge-2008-di-madinahulasan kehadiran Azizah di Madinah. Faktanya adalah bahwa saya dan Azizah menyempurnakan ‘umrah. Saya dijadual berlepas ka Madinah pada Ahad petang untuk ziarah dan menyampaikan pidato pada Isnin pagi. Lantaran sidang Parlimen hari Isnin, Azizah berlepas terus dari Jeddah pada Ahad malam.
Mengenai Selangor, sudah saya jelaskan. Keadaan reda walaupun dikalangan penyokong suhu masih sadikit tinggi. Saya akan jelaskan kepada KeADILan dan wakil rakyat Selangor.
Saya ka Makkah dan Madinah atas undangan badan pelaburan Kerajaan Arab Saudi (SAGIA) dan Gabenor Madinah. Program pendidikan dan pembangunan ekonomi yang dilancarkan adalah diantara yang terbesar di dunia. Mereka memohon nasihat dan pandangan saya. Dan umrah, ziarah, mesyuarat, pertemuan media mengambil masa hanya tiga hari.
Minggu lalu tatkala bersama Tan Sri Khalid menemui tujuh pelabur utama di Dubai, kami mengambil masa satu hari saja.
Janganlah disamakan dengan gelagat pimpinan Umno-BN. Biaya kerajaan besar, kerja rasmi bercampur baur dengan golf dan hiburan.
3. KeADILan Selangor Tidak Tergugat Dengan Dakyah Media Umno-BN
Maka bertebaranlah desas desus kononnya KeADILan Selangor dilanda kemelut. Media Umno-BN terus memainkan peranan mereka.
Alhamdulillah saya dapat segera menghubungi Tan Sri Khalid sebaik kembali dari Madinah al Munawwarah. Kemudian saya turut ngobrol panjang dengan Sdr Yahya Sahri sambil menikmati mee mamak tanpa teh tarik.
Isu yang digembar-gemburkan dalam media Umno-BN tidak menggugat seperti yang dipaparkan. Penyelesaian baik dicapai. InshaAllah saya akan turut hadir dalam mesyuarat KeADILan Negeri Selangor malam nanti.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment