(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya peluang untuk menyertai perbahasan ini. Sebagai permulaan, Tuan Yang di-Pertua saya lihat khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah yang memberi ucapan dalam Dewan ini nampaknya kesemua mereka memberi amaran kepada Kerajaan Barisan Nasional supaya prihatin kepada masalah-masalah rakyat di Sabah. Ini menjadi suatu yang mengaibkan walaupun semua daripada mereka terus-terang memberi amaran kepada Barisan Nasional tetapi nampaknya mereka masih menyokong Barisan Nasional.
Mereka ini tak inginkan perubahan dari segi membuat pilihan lain untuk memastikan bahawa perubahan akan diberikan atau dibawa ke Sabah dalam masa akan datang. Dalam ucapan Yang Berhormat Kinabatangan kita lihat ucapan dia sama. Setiap kali beri ucapan sama. Masalah-masalah sama ditimbulkan; tiada elektrik, macam-macam tidak ada. Persoalannya kenapa? Kalau macam itu kenapa pada tahun-tahun lepas ini Barisan Nasional tidak membawa sebarang perubahan. Nampaknya terdapat angin yang menunjukkan bahawa mungkin benar bahawa ramai daripada mereka akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa yang akan datang supaya Pakatan Rakyat boleh menjadi kerajaan dalam masa yang terdekat.
Dalam keadaan sedemikian kita beri jaminan kalau Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah menyertai Pakatan Rakyat; memang tidak perlulah kita mendengar ucapan-ucapan amaran, ucapan-ucapan yang sama setiap tahun di mana kita minta perubahan dibawa kepada negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya negara ini akan musnah sama sekali sekiranya kerajaan Barisan Nasional tidak ubah cara pimpinan mereka dalam masa terdekat ini. Menurut Perlembagaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa all persons are equal di dalam negara ini. Walaupun sedemikian kami masih melihat wakil-wakil UMNO menggunakan istilah-istilah seperti ketuanan di dalam Dewan yang mulia ini tanpa menghiraukan sama sekali perasaan rakyat bangsa lain mahupun dalam Dewan ini ataupun di negara ini. Pada minggu lalu Tuan Yang di-Pertua, seorang menteri MCA telah mencerca UMNO dengan menggunakan perkataan tersebut. Saya ucapkan syabas kepada menteri tersebut kerana menyatakan sedemikian dan saya yakin menteri tersebut menyatakan sedemikian kerana benar-benar hendak mengkritik UMNO dan bukan sahaja kerana takut hilang lebih sokongan rakyat Cina dalam pilihan raya yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa lalu sama keadaannya. Pemuda UMNO dengan jelas ingin mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dalam Barisan Nasional dan mereka menggunakan keris untuk menghantar mesej kepada rakyat. Apabila rakyat berkumpul untuk menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut pilihan raya bersih Naib Ketua Pemuda UMNO pula menggelarkan mereka beruk-beruk di jalan raya. Semalam Tuan Yang di-Pertua, pemimpin yang sama rapatkan lagi dirinya dengan khinzir pula. Cara-cara UMNO ini memang dibiarkan oleh parti-parti komponen lain Barisan Nasional.
Parti MCA dan Gerakan memang lemah dan tidak berdaya untuk menentang ketuanan UMNO. Parti MIC yang kononnya mewakili orang India di Malaysia seperti biasa berdiam sahaja. Lama-kelamaan pemimpin ini telah pun menyebabkan end up rising dengan izin di antara rakyat. Tindasan berpuluh-puluh tahun ini memang terasa dan ianya telah pun menyebabkan rakyat bertindak balas dengan memberi sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya baru-baru ini.
Di sini saya memohon Tuan Yang di-Pertua, supaya kita semua lihatlah keadaannya daripada sudut seperti mana yang dilihat oleh rakyat jelata. Kerajaan telah pun menangkap dan menahan lima pemimpin Hindraf di bawah undang-undang zalim ISA. Ia seolah-olah mereka berlima sahaja yang bertanggungjawab untuk perarakan 25 November 2007. Namun kerajaan lupa bahawa sebenarnya masalah-masalah orang India di Malaysia adalah hasil daripada pimpinan lemah MIC dan Barisan Nasional dan inilah sebab sebenar munculnya Hindraf. Pendek kata perarakan 25 November 2007 adalah hasil kelemahan Barisan Nasional dan bukannya hasil hasutan lima pemimpin Hindraf seperti mana dinyatakan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya tanya di sini apakah perubahan-perubahan yang telah dibuat oleh kerajaan sejak 25 November 2007 untuk masyarakat India sehingga sekarang melainkan Thaipusam dijadikan cuti umum. Kerajaan telah pun gagal sama sekali membawa sebarang perubahan untuk masyarakat India. MIC juga masih berdiam, tiada sebarang usaha dilaksanakan untuk mengkaji secara mendalam masalah-masalah orang India di Malaysia. Sepatutnya kerajaan bekerjasama dengan lima pemimpin Hindraf untuk menyelesaikan masalah India, tapi mereka ditahan di bawah ISA pula.
Saya menyeru kepada kerajaan supaya bebaskan pemimpin Hindraf ini tanpa syarat dengan serta-merta. Saya juga cadangkan supaya satu badan khusus ditubuhkan untuk menangani masalah-masalah rakyat miskin tidak kira bangsa atau kaum. Ini adalah perlu untuk kami meneliti dan mengkaji secara mendalam masalah-masalah golongan miskin di negara ini dengan secepat mungkin.
Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga sentuh sedikit berkenaan dengan undang-undang ISA. Adalah jelas bahawa undang-undang ISA ini memang telah pun disalahgunakan di negara ini. Sebagai contoh, tahanan pemimpin-pemimpin Hindraf; satu daripada alasan yang diberikan untuk menahan adalah bahawa mereka terlibat dalam aktiviti terrorism. Walhal, kita semua tahu bahawa pemimpin atau presiden MIC sendiri dalam satu wawancara yang diberi kepada pemberita di India beliau sendiri mengatakan bahawa tidak ada sebarang bukti untuk menunjukkan bahawa mereka ini terlibat dalam apa-apa aktiviti terrorism. Jadi dia sebagai pemimpin kerajaan dia sendiri tahu tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan mereka ini terlibat dalam aktiviti terrorism, tapi tahanan mereka pula berasaskan alasan itu.Tidak masuk akal. Ini dalam masa pemerintahan Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Kemudian kita lihat juga satu lagi contoh. Baru-baru ini kita dengar bahawa terdapat satu keputusan dalam inquest case Dr Joe Fernandez di Pulau Pinang. Beliau telah dibunuh, ditembak pada 4 November tahun 2000. Saya ingin membuat petikan daripada apa yang dikatakan oleh Majistret apabila memberikan keputusan dalam inquest itu. Beliau berkata bahawa tidak ada sebarang bukti menunjukkan siapa yang melakukan ataupun alasan-alasan atas mana pembunuhan itu dilakukan. Majistret yang mengendalikan enquiry berkata bahawa memang tidak ada sesiapa yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan yang berlaku pada tahun 2000.
Saya ingin bacakan untuk Ahli Yang Berhormat di sini satu surat yang dihantar oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 19 September 2001. Tun Mahathir Mohamad telah menulis satu surat kepada Perdana Menteri United Kingdom; Honourable Tony Blair Prime Minister United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, London. Adalah seperti saya baca.
“A Truly, terrorism is a heinous crime and it must be reduced to bearable levels if not stopped altogether. Malaysia has no love for terrorists”. Iaitu kita setuju yang ini tapi Tuan Yang di-Pertua ini yang penting. Ini perkataan-perkataan dalam surat Tun Dr. Mahathir. “At this very moment we have identified and put under detention a number of Malays who had fought with the Afghans against the Russians, have been trained and inspired by Osama bin Laden, and who have returned with the objective of overthrowing the present Malaysian Government which they consider as not being Islamic”. Ini penting Tuan Yang di-Pertua. “They has assassinated a Christian member of the Kedah State Legislative Council, robbed banks, exploded a few bombs and tried to raid a police station to steal guns”, dengan izin.
Ini satu surat yang menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri pada masa itu berkata bahawa beliau tahu bahawa kumpulan ini yang terlibat dalam kes pembunuhan dan saya hendak tanya siapa yang betul. Perdana Menteri menulis surat kepada Perdana Menteri England adakah dia betul ataupun adakah Majistret betul. Kalau Majistret betul adakah sesiapa yang ditahan. Dia kata “a few Malays has been identified and detained under the ISA " oleh kerana pembunuhan itu. So, ini menjadi keadaan di mana memang terdapat skop keluasan untuk undang-undang ISA disalahgunakan.
Saya menyeru supaya kerajaan melihat kembali sekiranya rakyat atau penama tersebut masih ditahan seperti mana dinyatakan oleh Tun Mahathir. Jikalau mereka masih dalam tahanan ISA memandangkan keputusan inquest ini saya memohon agar mereka dibebaskan dengan serta-merta dan tidak ditahan lagi di bawah undang-undang ISA ini. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya kembali kepada ucapan. Rakyat Malaysia inginkan perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah bahawa kini tiba masanya untuk kerajaan meneliti dan menyelesaikan masalah rakyat dan bukan masalah politik mereka sendiri seperti siapakah yang harus menjadi Presiden UMNO.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat sudah bosan dengan politik dalaman Barisan Nasional. Ada ramai yang tidak peduli siapa yang menjadi Presiden UMNO. Yang perlu sekarang ialah untuk kami cuba meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di Puchong khususnya, rakyat menghadapi macam-macam masalah. Kerajaan telah pun menyokong pembangunan dan meluluskan beratus-ratus projek perumahan di Puchong, tetapi adakah kerajaan sedar berapa banyak masalah projek terbengkalai di Puchong.
Kerajaan seharusnya sedar bahawa ramai daripada mereka yang membeli rumah-rumah ini bukan orang yang sekaya kerajaan. Mereka mengambil pinjaman bank untuk membeli rumah dan mereka terpaksa membayar ansuran bulanan untuk pinjaman tersebut. Di sini, sekiranya terdapat sebarang kelewatan, maka rakyatlah yang menderita kerana terpaksa membayar ansuran bulanan dan melihat rumah yang dibayar itu terbiar begitu sahaja.
Dalam surat khabar NST minggu lalu, perkara yang dibangkitkan dan saya rujuk kepada surat khabar tersebut. Di dalam abandon project - incomplete housing project in Puchong empat taman dirujuk kepada purchases in Taman Lestari Permai - 568, five years of delay, Lestari Puchong - 569, five years of delay, Saujana Puchong – 649, four years delay, Puncak Jalil – 200, four years of delay. Yang ingin saya tanya apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini dan kenapakah masalah ini dibiarkan berterusan selama ini. Kerajaan memang tidak pedulikan masalah ini sudah beberapa tahun dan sekiranya berterusan begini, apakah harapan rakyat untuk masalah ini ditangani dengan secepat yang boleh. Perlukah rakyat menggunakan kaedah-kaedah tersendiri?
Tuan Yang di-Pertua, untuk mengatasi masalah seperti yang kita lihat di Cheras baru-baru ini, apakah pilihan yang diberikan? Di sini ingin saya bangkitkan satu perkara. Semalam terdapat satu meeting di antara Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan rakyat daripada Puchong berkenaan dengan masalah ini dan saya hadir. Apabila saya hadir di meeting tersebut, Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut cuba menghalau saya. Saya wakil rakyat Puchong, saya diminta hadir ke situ untuk membantu mereka. Saya dipelawa, saya diminta hadir oleh rakyat. Saya pergi ke sana, dan beliau duduk di situ, apa yang dia buat? Menggunakan perkataan yang kotor “Get out”, dia kata. Saya kata Yang Berhormat, “leave what should l?” Apabila saya tidak mahu keluar daripada mesyuarat itu, beliau telah pun mengarahkan pengawal peribadinya menggunakan kekerasan terhadap saya dan mengheret saya keluar daripada mesyuarat itu. [Dewan riuh]
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat yang ada di sini. Kalau saya mempunyai satu rumah dan rumah saya ini saya panggil untuk orang-orang yang berkenaan sahaja untuk hadir dalam mesyuarat saya, apakah orang lain yang tidak berkenaan boleh masuk dalam rumah saya? Maka sudah tentu tidak boleh masuk sekali-kalinya. Yang itu dinamakan penceroboh. Orang ini adalah penceroboh. Inilah sikap seorang yang bernama Ahli Yang Berhormat Puchong yang menceroboh mesyuarat saya. Jadi sebab itu, saya minta supaya beliau jangan membangkitkan isu kerana dia telah pun menceroboh mesyuarat saya. Dia berkata konon-kononnya dia dijemput. Dia tidak tahu bahawa mesyuarat saya yang pertama beliau tidak dijemput. Yang dijemput ialah mesyuarat kedua. Dia belum boleh masuk. Orang yang biadap masuk tanpa soal, saya boleh halau dia. [Dewan riuh] [Tepuk]Inilah dia sikap biadap yang ditunjukkan kepada kerajaan. Terima kasih. [Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: ...seorang yang biadap jadi timbalan menteri. Saya wakil rakyat, wakil daripada Puchong. You kata tadi okey, kalau ada satu perkara di rumah Yang Berhormat sendiri. Yes, it is your home we won’t come, tetapi ini adalah satu masalah yang melibatkan rakyat Puchong. Saya wakil Puchong dan saya berhak ada di situ. [Tepuk] Kalau Yang Berhormat tidak faham itu memang Yang Berhormat tidak layak menjadi timbalan menteri. Yang Berhormat patut dihalau dari Dewan ini. Saya berharap Tuan Yang di-Pertua bahawa ucapan saya boleh diambil kira dalam perbahasan ini. Saya ucapkan terima kasih.

No comments:
Post a Comment