(Dewan Rakyat 13 Mei 2008)
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga ingin turut serta untuk berucap dalam perbahasan menjunjung kasih atas ucapan Seri Paduka Baginda semasa perasmian Dewan yang lalu. Kita harap pandangan-pandangan kita ini akan menjadi panduan kepada pihak kerajaan untuk mengatur program-program pembangunannya selepas daripada ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Kuala Krai yang boleh menerima kehadiran saya sebagai calon dan memenangkannya dan menempatkan saya di Dewan untuk menyampaikan suara hati penduduk di sana. Kita tidak dapat tidak kena bercakap juga mengenai tsunami politik itu walaupun sudah berulang kali disebut. Seperti yang Yang Berhormat Kapit sebut tadi, tsunami politik telah berlaku dan angin perubahan diminta oleh pengundi-pengundi termasuk di Sarawak. Cumanya angin perubahan itu tidak melanda keseluruhan. Ertinya Pakatan Rakyat tidak sampai untuk memenangi Kerajaan Pusat tetapi sudah ada hasrat dan permintaan rakyat tadi yang tidak kesampaian yang boleh disampaikan kalau Yang Berhormat Kapit dan rakan-rakan yang lain mengambil keputusan Tuan Yang di-Pertua untuk sama-sama merealisasikan harapan baru tadi. Dalam ramai-ramai yang berucap, saya suka dengan Yang Berhormat Kota Belud yang sangat positif. Menanti mana rupa Perdana Menteri baru.
Seorang Ahli: Sindirkah?
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Permatang Pauhkah, Marangkah, tidak kiralah sindir atau tidak, dalam Hansard dia akan tulis itu pandangan dia. Kalau melainkan Yang Berhormat Kota Belud tulis itu sindiran. Jadi kita berharap benda ini akan berlaku dan mengikut pandangan saya setelah kita mendengar ucapan-ucapan terutama daripada rakan-rakan kita dari Sabah khususnya. Maka, meyakinkan saya angin perubahan ini semakin deras Tuan Yang di-Pertua. Tak lamalah tu kerana dah lama dah, dah lama dah ya mereka tunggu dengan penuh harapan. Setiap kali pilihan raya mereka menyerahkan kepada Barisan Nasional undi mereka dan mengharapkan perubahan. Saya tidak tahu saya tidak berada dalam sesi-sesi Parlimen yang lalu sama ada pandangan yang sama dikemukakan sebegini keras dan pedas.
Kalau ini pertama kalinya, saya nampak ia merupakan satu perubahan yang besar. Kita mempunyai rumah yang besar PPR di dalam pakatan ini. Banyak bilik-bilik kosong lagi. Walaupun tidaklah di air-cond, tidak cantik, tapi ruang kosong lebih baik daripada tandas. Saya gerenti itu. Kita bersedia untuk menerima orang yang, ini bukan nak belikah, nak rasuahkah. Atas dhamir masing-masing. Atas perasaan. Kalau sanggup berterusan dengan Barisan Nasional lagi lima tahun, ya, silakan saja. Nanti lima tahun dia bangun lagi. Jadi, saya bukan orang Sabah bah, tapi pernah belajar di Sabah. Jadi tahu juga cerita Sabah ni bah. Ya, memang susah. Kita menyedari benda ni mesti diubah. Kalau mahu menunggu lima tahun di bawah BN tidak boleh, dengan segera kita boleh buat dengan pakatan. Jadi kita mengundang dengan segala rendah hati, segala rendah diri untuk mempelawa perubahan yang besar ini. Mudah-mudahan berlaku dengan segera.
Pilihan raya yang ke-12 baru-baru ini telah menghapuskan satu khurafat besar. Satu benda yang sangat ditakuti. Kalau mengundi pembangkang, percayalah 13 Mei akan berlaku semula. Takut orang. Orang takut nak undi pembangkang, tetapi setelah mereka memberanikan diri, setelah kita pujuk, kita didik, kita bagi keyakinan, maka mereka kali ini mengundi. Ada cubaan-cubaan kecil-kecilan untuk membuat demonstrasi, untuk menimbulkan ketakutan di sana-sini, di Perak sikit, di Penang sikit. Yang turunnya Tuan Yang di-Pertua, 10 orang saja. Tak menjadi, tak menjadi sebab orang tak mahu lagi 13 Mei. Jadi lepas ini jangan mana-mana ada pihak yang menggunakan bogey 13 Mei ini untuk menakut-nakutkan pengundi. Kita dah bebaskan pengundi daripada ketakutan ini. Jadi, Insya-Allah saya yakin kalau dah tidak takut lagi, pada masa akan datang, orang boleh mengundi pembangkang dengan tidak berasa takut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Titah Perasmian yang lalu, Seri Paduka Baginda menyebut tentang kesihatan. Satu perkara yang disebut. Satu saja perkara dalam banyak-banyak perkara tentang kesihatan satu saja iaitu kerajaan mahu mengintegrasikan perubatan tradisional dalam hospital dalam perkhidmatan kita. Ini bagus dan dah lama disebut pun. Semasa saya dalam perkhidmatan kerajaan dulu pun, dalam Kementerian Kesihatan kita dah bincang benda ni, tapi tidak tahu bila nak dilaksanakan. Saya nak mengingatkan. Kalau nak dilaksanakan pastikan bahawa perkhidmatan yang nak diberikan itu adalah evidence base, bidang-bidang yang memang ada kajian. Bukan letak sesiapa saja yang menggelar diri mereka pengamal perubatan tradisional boleh dapat satu bilik di hospital dan orang datang untuk mendapatkan perkhidmatan. Biar dia berasaskan ilmu yang ada pengkajian, ada penyelidikan, ada hasil. Ubat-ubatnya terbukti berkesan. Jangan sembarangan.
Sebab itu kita yakin semasa kajian kita dulu sensei-sensei kita ini mempunyai sejarah ilmunya 5000 tahun. Jadi memang mereka ada literature. Ubat-ubatnya memang berkesan. Begitu juga ayurvedik yang berasal dari India pun ada evidence tentang keupayaannya. Cuma kita risau setengah daripada perubatan-perubatan orang Melayu yang dapat daripada mana-mana yang kita tidak tahu, tidak ada literature dia. Yang ini kita kena hati-hati sebab dalam kita cari rawatan ini biarlah pergi kepada sistem yang boleh dipercayai dan ada hujah ilmu di sebaliknya.
Selain daripada itu kita juga bangga dengan ucapan. Saya juga berterima kasih dengan ucapan ataupun jawapan daripada Menteri Kesihatan mengenai kedudukan kesihatan dalam negara kita. Disebut senarai-senarai kes-kes ataupun punca-punca kematian yang tinggi. Tidak ada lagi dia sebut polio, difteria dah. Ertinya penyakit-penyakit berjangkit kanak-kanak dah tidak ada dah. Ini adalah kesan daripada tindakan pencegahan yang dilakukan. Ini juga merupakan proses yang penting dalam perkhidmatan kesihatan iaitu promosi kesihatan, health education dengan izin. Ini dimainkan oleh pakar-pakar kesihatan awam dan jenteranya. Seluruh jentera kesihatan awam yang ada di kementerian. Dulunya termasuk saya. Itu Yang Berhormat Titiwangsa suruh sambung.
Semenjak tahun 90-an, pakar-pakar kesihatan awam ini telah digazetkan sebagai pakar setanding dengan pakar-pakar klinikal. Mereka mengikuti kursus empat tahun. Macam pakar-pakar klinikal yang lain. Mana yang sebelum itu melalui sistem yang lama mereka diconsider diiktiraf sebagai pakar dengan pengalaman-pengalaman tertentu. Tetapi saya telah bertanya kepada Menteri Kesihatan di dalam Dewan ini dalam sidang ini bagaimana kedudukan pakar-pakar ini dari segi pemberian elaun kepakaran. Maka saya dimaklumkan dan saya diberitahu, dan inilah juga keluhan pakar-pakar kesihatan awam seluruh negara bahawa mereka ini adalah 80%, pakar 80%. Ertinya elaun mereka hanya 80% daripada pakar klinikal. Saya mengatakan Kementerian Kesihatan sudah mengusahakan untuk menaikkan taraf mereka dari segi elaunnya setanding dengan pakar klinikal. Tetapi katanya JPA menolak kerana lain bidangnya. Memang lain Tuan Yang di-Pertua, macam mana hendak bandingkan epal dengan oren, tetapi masing-masing buah, ada peranan, ada vitaminnya. Jadi mesti dinilai begitu.
Jadi kalau JPA sendiri menganggap pakar kesihatan awam ini adalah 80% daripada pakar klinikal, tentulah semangat sentimen bukan sahaja pakarnya, seluruh struktur dalam kesihatan awam ini akan terjejas. Saya hendak maklumkan antara kumpulan pakar yang paling setia dalam Kementerian Kesihatan ini pakar kesihatan awamlah. Kadar attritionnya, kadar berhenti kerja, kadar pindahnya ke luar ke swasta paling kecil berbanding dengan pakar-pakar klinikal yang lain. Saya tidak hendak meminta supaya elaun klinikal itu turunkan, tidak, elaun pakar kesihatan awam dinaikkan. Jadi kita mintalah Kementerian Kesihatan terus berjuang, pujuk JPA berikan bukti-bukti kejayaan Program Kesihatan Awam ini di seluruh negara pada hari ini sehingga menyebabkan negara kita sekarang ini bebas daripada penyakit-penyakit yang secara tradisinya menyebabkan kematian dan morbiditi yang tinggi dalam negara kita.
Kita juga berterima kasih kepada sektor ini kerana beberapa kejadian wabak-wabak yang baru termasuk yang disebutkan tadi JE dan lain-lain penyakit telah dapat dikawal dengan baik. Bukan at the ending point at the hospital, the peringkat source penyakit di ladang-ladang ternakan khinzir. Sebab itulah yang saya nampak Kerajaan Negeri Selangor hendak menguruskan segala kerosakan dan kesilapan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini supaya diatur pembelaan ataupun penternakan khinzir ini.
Tetapi disalahertikan bahawa inilah projek besar yang menimbulkan bau yang sekarang inilah yang buat bau busuk, yang sekarang inilah yang mencemarkan sungai, yang sekarang inilah yang menyebabkan suasana tidak baik. Yang hendak dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah untuk memperbetulkan balik kesilapan-kesilapan ini. Kalau ini pun salah, saya rasa kalau hendak tinggalkan macam itu KLIA pun akan berbau busuk, hendak biarkan begitu ke? Jadi kita terpaksa minum air yang dicemari dengan najis-najis khinzir. Adakah itu yang kita mahu?
Jadi teknologi baru ini diharapkan dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah ini dan ini juga peranan Kesihatan Awam yang saya rasa mesti disokong bukannya dipertikai, dipermainkan, diberikan akronim-akronim PKRlah dan sebagainya. Ini menghina, PKR nama yang baik, Parti Keadilan ditukar jadi benda-benda yang tidak baik. Kalau kita hendak main akronim Tuan Yang di-Pertua, saya rasa BN lagi banyak akronim dia. Banyak benda-benda yang kita boleh guna, tetapi bukanlah tempat yang mulia ini untuk kita mempermainkan benda-benda tersebut.
Di samping itu, saya juga ingin menegur tentang isu penggunaan dakwat kekal, indelible ink yang jadi tetapi tidak menjadi. Saya hendak mencadangkan mungkin kalau dalam sesi bajet kita saya boleh mencadangkan potong gaji beberapa orang ini. Tetapi hari ini kita berbahasa mengenai ucapan Yang di-Pertuan Agong. Saya mencadangkan supaya ambil tindakan paling tidak pun kita cadangkan potong gaji Pengerusi SPR, seringgit pun jadilah. [Tepuk] Sebagai isyarat kepada beliau memberikan cadangan tetapi tidak menyertakan dalam cadangan itu satu keputusan yang tuntas. Supaya di samping memperkenalkan dakwat ini peraturan dan perundangannya dikemukakan sekali. Ini bagi half-past nine punya dengan izin cadangan-cadangan maka mereka sendiri menolak.
Kemudian sudah hendak hampir jadi, kita hendak cadangkan juga supaya Ketua Polis Negara dipotong RM1 gaji dia kerana dia mengatakan ada anasir-anasir yang mengimport dakwat ini dan akan digunakan untuk menyeleweng, untuk menipu pengundi, mencalitnya dahulu. Ini ada dalam jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada salah seorang Ahli Parlimen sebelah sini. Akhirnya mereka mengatakan itu hearsay sahaja. Cerita-cerita sahaja, tetapi dengan hearsay itulah satu keputusan yang besar terpaksa dibatalkan. Mana boleh negara kita ditadbir dengan khabar angin. Sebab itu saya mencadangkan kita potong RM1 daripada Ketua Polis Negara ini. [Tepuk].
AG pun sama-sama menasihatkan kerajaan supaya menerima khabar angin yang dibawa oleh polis dan dengan keputusan itu seluruh usaha penggunaan dakwat ini terbatal. Kita potong RM1 duit AG ini. Kita dapat selamatkan RM3. [Ketawa] Sedangkan kita sudah belanjakan RM2.4 juta beli dakwat ini. Apa hendak buat dengan dakwat ini, hendak hantar ke sekolah kaligrafi? Saya pun tidak tahu.
Jadi sebagai menggulungnya saya merasakan bahawa perubahan dalam negara kita ini boleh dilakukan, bukan tunggu lima tahun lagi, dengan segera. Kalau kita semua sebelah sini, sebelah sana sama-sama berpakat untuk memperkuatkan perubahan yang kita bawa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

No comments:
Post a Comment