Tuesday, April 22, 2008

Che Min bin Che Ahmad : Rang Undang-Undang Penjara 1995 (Pindaan 2007)

Sedutan Ucapan YB Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh] sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Penjara 1995 (Pindaan 2007) pada 19 Disember 2007

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang saya kasihi Yang Berhormat Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, menteri-menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Seksyen 46(b) ini Penubuhan Lembaga Parol. Sebelum itu saya hendak berterima kasih dan syabas kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri kerana boleh mewujudkan satu sistem parol, walaupun belum lulus - kita akan luluskan hari ini. Lembaga parol ini saya harap benar-benar kita lantik kerana saya tengok tiga orang awam ini sebagaimana kata Batu Pahat tadi berilah seorang doktor pakar kita lantik dalam lembaga ini. Kalau boleh orang-orang yang selain daripada itu kita hendak yang mahir dalam motivasi, kalau boleh nilai-nilai murni ini kita hendak masukkan dalam lembaga itu banyak sikit. Kita tahu manusia sebagaimana yang disebut oleh rakan Yang Berhormat tadi, dia kata manusia ini kalau duduk dalam apa lembaga pun dia bimbang kerana tidak menjalankan amanah dengan baik. Kita buat parol ini pun, yang hendak menjalankannya ialah manusia. Apa makna manusia itu? Nassi, nasian, mansi - pelupa, pelalai, pembuat salah itulah manusia tetapi manusia tidak akan buat salah kalau ada peraturan, ikut panduan. Oleh sebab itulah saya kata yang dilantik ini yang peringkat intelektual, yang ada sifat-sifat amanah dalam lembaga ini baru tak salah pilih kuasa, ini saya rasa boleh. Kalau kita hendak lari dari manusia, tidak dapatlah kerana manusia diserap ke dunia ini bukan jin, bukan malaikat. Kalau beri malaikat perfect 100% memang tidak salah. Manusia tidak perfect. Allah dan malaikat yang perfect. Sebab itulah parti pembangkang tidak perfect dia pun salah. Walaupun fitrah dia baik, ada baik dan ada salahnya. Itu kena terima hakikat.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 46(c) Kuasa Lembaga. Kuasa ini, saya hendak baca ayat dengan izin. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ayat ini Seputeh tidak boleh baca. Allah menyuruh kita berlaku adil. Dia beri amanah kepada kita mestilah kita berlaku adil apabila menghukum sesama manusia. Bukan sesama manusia sahaja, hukum bini, hukum anak pun kena adil. Jangan semasa marah ambil batang paip hentam bini kita. Semasa kasih jambatan emas, berlian pun kita boleh buat. Itu contoh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan. Apakah menggunakan ISA itu adil... Adakah ia bercanggah dengan ajaran Islam?

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Pasir Puteh. Saya tertunggu-tunggu Yang Berhormat menyentuh soal pelantikan perkara 48(e) itu - tiga orang awam. Yang Berhormat bertanya menyentuh dua orang sahaja. Satu perubatan, kedua orang yang pakar dengan motivasi iaitu terutama sekali psikologi dan sebagainya. Yang ketiga saya tertunggu-tunggu. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya perlantikan Lembaga Parol ini ditambah kepada orang-orang juga kepada orang yang boleh menambah nilai-nilai murni seperti mana dari sudut keagamaan dan ketua-ketua masyarakat. Bolehkah Yang Berhormat bersetuju dengan saya kalau ahli yang mengenai lantikan orang awam ini boleh ditambah atau beri ruang untuk penambahan sekiranya diperlukan.

Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih, Putatan. Putatan ini bijaksana. Bukan bijak sahaja pasal dia memikir jauh - wawasan. Beri kuasa menteri. Mesti ada kuasa menteri, kuasa dia boleh tambah lebih kurang. Tidak ada dalam undang-undang taruh noktah, pupp tidak boleh buat apa-apa. Dia mesti ada fleksibiliti. Maka saya bersetuju. Walau bagaimanapun saya bukan Menteri dan saya bukan Timbalan Menteri. Kita serahkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadikan ucapan itu sebahagian daripada ucapan saya.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya tanya. Tadi Yang Berhormat Pasir Puteh kata undang-undang itu mesti adil. Jadi apakah penggunaan ISA itu adil kerana mereka ditahan tanpa perbicaraan?

Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Dalam takrif syarak ‘boghah’ ertinya penderhaka. Penderhaka kepada kerajaan itu ‘boghah’. Maka satu ‘jaraid’ boleh ISA, boleh tembak tetapi kerana kita tidak boleh tembak, boleh ISA sahaja. Bawa ke ISA. Itu hak kerajaan tidak boleh siapa pun pertikai ISA. Tidak boleh bawa ke mahkamah ISA ini. Itulah besarnya ISA.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kalau tidak dibawa ke mahkamah kita tidak perlu ada undang-undanglah. Semua masukkan dalam ISA. Curi ayam, curi pen semua masuk ISA.

Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Seputeh sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, dia faham because dia ambil law. Saya Islamic law dia civil law. Dia tahu tetapi dia buat tidak faham. Macam lembu Mekahlah. Lembu Mekah ini orang tidak faham. Dia lembu juga tetapi bijak. Jadi saya hendak cerita.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa sama ada Yang Berhormat Pasir Puteh setuju bahawa sama ada ia syariah law kah atau civil law. Yang penting ialah keadilan. Mesti adil, sama ada dia itu Islam atau Islam Hadhari, yang penting ialah Islam adil. Adakah sama? Prinsip itu mesti sama.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Bukit Mertajam, saya baca quote sedikit dengan izin. [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Lidah saya tidak fasih. Rasa tidak licin. Doa patuh, wajib kepada kerajaan. Selagi dia tidak mengarahkan kita buat maksiat. Pak Lah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah arah kita buat maksiat? Tak ada. Orang buat maksiat boleh tangkap. Jadi dengan sebab itu, taat tidak terlepas. Bermakna wajib taat kepada pemimpin selagi mana dia memerintah suka-suka, atau tak suka wajib. Siapa dia suka 100%. Saya pun tak suka 100% kerajaan. Tapi kalau 1% tak suka, kena taat. 20% tak suka kena taat. Yang Berhormat Bukit Mertajam dia faham.

Saya ambil bab penubuhan lembaga dan juga kuasa lembaga, pegawai bertugas. Saya hendak simpulkan dalam perkataan pendek sahaja. Kalau kita serupa our Prophet Muhammad, dengan izin, our Prophet Muhammad, ada empat sifat. As-Siddiq, amanah dan tabligh, fatanah. Ini hendak menyempurnakan undang-undang, apa pun undang-undang. Kita tahu undang-undang dibuat dengan rapi, dengan research, ada buat research dulu. Di tengok bagaimana Australia,bagaimana London, bagaimana UK, bagaimana Amerika dalam perjalanan parol. Memang baik tapi bawa balik parol ini halau budaya kita Malaysia. Sama juga ambil tarian daripada barat bawa balik negara kita, dia gunakan budaya, tabiat dan budaya kita. Budaya halus. Jangan ambil budaya penyangak bawa balik sini. Begitu juga dengan budaya jalanan. Itu jangan, kita ikut budaya kita.

As-Siddiq maknanya benar. Setiap lembaga, setiap pegawai yang menjalankan tugas, mesti benar, jangan tak benar. Tak benar salah, berdosa. Kita kena tahu. Yang kedua amanah. Amanah erti kepercayaan. [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Tidak ada agama orang yang tidak amanah. Orang yang tidak beramanah tidak beragama. Ertinya tidak betul. Maka yang ketiga tabligh, kita mesti sampaikan segala-segala apa yang disebutkan oleh rakan-rakan kita tadi, parol ini hendak dibawa ke mana? Pesalah yang bentuk dadah hendak bawa ke mana? Yang dadah kena bawa pendekatan dia, rakan masjid. Kena bawa rakan masjid. Masjid bukan tempat sembahyang sahaja. Tempat membina insan, menyatupadukan ummah, membina kualiti ummah, kena bawa masjid. Sampai masa sembahyang, itu contohnya. Saya bukan hendak mengajar Timbalan Menteri tetapi disiplin ini penting.

Yang akhir sekali ialah fatanah – bijak. Kita lantik ini orang bijak-bijak. Pegawai bijak-bijak. Bukan bijak sahaja, bijaksana Tuan Yang di-Pertua. Bijak sini, bijaksana. Jangan bijak sini sahaja, sana tak bijak. Itulah saya rasa, saya menyokong penuh kerana 50 tahun kita dapat wujud parol. Sistem parol ini adalah baik kerana 50 tahun angkasawan naik ke bulan, 50 tahun kita boleh wujudkan Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya, 50 tahun. Kita wujudkan pula Undang-undang Parol 50 tahun. Dengan ini saya menyokong.

Kit Siang : Rang Undang-Undang Tafsiran (Pindaan) 2007

Ucapan YB Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Tafsiran (Pindaan) 2007 pada 19 Disember 2007

Tuan Yang di-Pertua, inilah antara langkah untuk membawa negara kita kepada satu e-kerajaan dan 10 tahun sejak pengumuman kerajaan mengadakan Multimedia Super Corridor (MSC)dengan tujuh flagship, satu antara flagship ialah e-government. Sangat jelas bahawa kita sangat lambat dan lewat dalam kemajuan untuk mengadakan e-government. Jika mahu contoh senang, kita pergi ke Parliamentary website. Kenapa sampai sekarang tidak boleh dengan serta-merta semua rang undang-undang yang ada dikemukakan boleh diakses electronic form melalui website Parlimen. Yang boleh dapat dalam semua Parlimen-Parlimen first world, tidak boleh! Apa itu rang undang-undang yang di bentang tidak boleh dapat. Ini yang begitu simple, itu mindset mentaliti yang tidak ada elektronik mentaliti.

Kedua, kalau kita mahu test sama ada kita sedia untuk mengadakan satu mindset untuk e-government, tanyalah 33 orang Ahli Kabinet, adakah semua fasih dalam internet, elektronik. Yang Berhormat Menteri sendiri pun tidak guna komputer dia literate. … tidak boleh ada ‘dinosaur Kabinet’, kalau kita mahu satu elektronik government. Bagaimana dinosaur-dinosaur adalah sebagai menteri-menteri boleh bawa Malaysia masuk elektronik government! Balik kepada zaman dinosaur sahaja bukan masa depan elektronik government. Itu yang mustahak! Apa tujuan elektronik government? Supaya kita lebih cekap, supaya kita lebih berjaya untuk efficient the delivery system kita. Sebab itu kita tidak boleh ada satu kerajaan yang nampaknya begitu tidak efektif.

Sebagai satu contoh yang ada direct connection mengenai perkara ini. Semalam bila ada satu rancangan yang dibuat bahawa adalah patut NGO India ada satu jabatan hal ehwal bukan Islam, Perdana Menteri ada kata ada buat satu reaksi. Namun apa laporan yang kita dapat? Kerajaan tubuh satu Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam, Berita Harian tetapi New Straits Times, - Government considers setting up panel for non Muslims; The Sun - ‘Non-Muslim affairs dept, if necessary; The Star - Non-Muslims looked after - We already have panels to handle their affairs, Abdullah. Yang dahsyatnya BERNAMA - Not Necessary for Non–Muslim Affairs Dept Now, says PM. Ada tiga reaksi akan ditubuh, kedua kita kaji, ketiga tidak perlu, satu ucapan tiga reaksi. Apa itu? Ini bukan satu kerajaan yang cekap, apa elektronik government? Apa elektronik warta yang kita ada? Ini satu simbolik government, ini somnambulant governance! Apa itu somnambulant? Kalau check dictionary somnambulant ialah sleepwalking. Kita ada satu Perdana Menteri sleepwalking through his government.

Adakah dia kata bahawa itu hal ehwal sekarang adalah menteri untuk Menteri Kerajaan Tempatan jaga hal ehwal Buddhist, Menteri Kerja (MIC) Dato’ Seri S. Samy Vellu jaga hal ehwal Hindu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Bernand jaga hal ehwal Kristian. Bila kita tahu adalah mereka pun menjawab yang tambahan bahawa adalah menteri untuk hal ehwal Kristian Dato’ Bernand Dompok, ada menteri untuk hal ehwal Buddhist Dato’ Onn Ka Tiang, ada Menteri untuk Hal Ehwal Hindu Dato’ Seri S. Samy Vellu. Adakah itu? Kenapa Ahli-ahli Parlimen tidak tahu? Bila ini dibuat? Keputusan dibuat? Adakah ini digazet? Bolehkah kita kemukakan soalan kepada mereka? Apa ini Kabinet? Kalau begitu simbolik, begitu somnambulant. Bagaimana e-government boleh berjaya? Pada pokoknya kita perlu ada satu efisien kompeten government, barulah egovernance, e-warta dan lain-lain boleh mendapat hasil yang kita mahu. Kalau pokoknya kita ada satu kerajaan yang simbolik dan somnambulant, kita pun akan mendapat simbolik dan somnambulant e-kerajaan. Saya harap dalam perkara ini kita boleh adalah lebih improve on our kecekapan.

Minggu lalu ada satu pengumuman dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kata banjir kali ini tidak begitu serius, apa sudah berlaku? 28 orang sudah meninggal dunia. Adakah perkara menjadi pokok dibahas dalam Parlimen ini shame kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Isu ini bukan isu yang pertama, I said shame on all the Barisan Nasional, UMNO MP’s.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat adakah ini terkeluar daripada perbahasan?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Itu ada sedikit keluar tetapi mengenai kerajaan. Yang Berhormat Jasin boleh go all over the world. Banjir tidak pernah bahas dalam Parlimen inilah malu kepada UMNO-UMNO Parlimen yang sudah mengabaikan tanggungjawab mereka. Kerana itu e-government, apa e-government? Bagaimana mangsa-mangsa banjir boleh dapat bantuan melalui e-government? E-warta, ekerajaan bagaimana? Itulah pokok. Saya harap bahawa kita seriuslah... Mungkin perlulah lahirnya, mungkin Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh ketepikan masa supaya kita boleh bahas banjir yang nampaknya satu isu yang besar lebih serius daripada dua tahun dahulu sungguhpun ada jaminan dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa tidak begitu serius. Supaya Ahli Parlimen tidak terus mengabaikan tanggungjawab mereka kepada constituent-constituent kepada mereka. Sekian , terima kasih.

Kit Siang : Rang Undang-undang Penjara 1995 (Pindaan 20007)

Ucapan YB Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Penjara 1995 (Pindaan 20007) pada 19 Disember 2007

Yang pertama, pindaan ini antara langkah-langkah untuk dengan izin supaya sistem penjara kita lebih humane dan human. Dengan adanya sistem parol, sebenarnya sistem parol ada sejarah lebih daripada 50 tahun di negara-negara yang lain, kita sangat lewat dan lambat dan tujuan pindaan sistem ialah antara lain bukan sahaja untuk menjadikan repudiation, oleh society, deterrence reform tetapi juga tidak mahu ketidakadilan berlaku dalam sistem panel di sini.

Saya mengharapkan, kita mengalu-alukan usaha untuk memperbaharui atau untuk membawa reform dalam sistem penal dan harap bahawa ini lebih menyeluruh, dan sebab itu kita perlulah satu panel reform commission, satu standing commission yang bertanggung jawab untuk mengkaji segala aspek mengenai sistem penjara kita, oleh sebab ada banyak aspek yang tidak perlu diperbaiki khasnya kesesakan dan climate, suasana yang ada di dalam supaya orang yang pergi masuk, tidak keluar. Lebih hardened criminal oleh sebab kita mahu mereka pun jadi insan yang lebih baik.

Tetapi di sini oleh kerana baru berlaku satu insiden yang menunjukkan sistem panel pun harus ada satu mekanisme untuk mengelakkan, menjadi alat di mana menggunakan ketidakadilan, dan sebut mengenai apa yang berlaku kepada 31 orang yang dituduh di bawah tuduhan cubaan membunuh. Penyokong-penyokong Hindraf di Batu Caves dan mereka terpaksa dipenjarakan selama 13 hari oleh kerana tidak dapat dibail out. 31 orang, 13 hari ialah bererti 403 jam yang dibuang masa dalam penjara. Mereka tidak berdosa, akhirnya mereka dibebaskan, tapi untuk 13 hari, 31 orang dipaksa untuk dipenjarakan dan adakah satu mekanisme di mana dalam penjara adalah mereka diasingkan daripada harden criminals. Tentulah dalam perkara ini, ini bukan saja satu block, satu perkara yang memalukan sistem pentadbiran tapi boleh berlaku kepada sistem penjara kalau tidak ada satu mekanisme, satu ruangan di mana mereka tidak di campur aduk dengan harden criminals. Saya harap perkara ini diambil perhatian yang berat.

Tadi Yang Berhormat daripada Barisan Nasional ada bertanya kepada Yang Berhormat daripada Seputeh sama ada dia setuju untuk street protesters handcuff kepada lamp post untuk dua tiga jam. Saya rasa ini sangat shockinglah, tidak mentality. Apa itu street demonstration kalau peaceful, kita hormat. Tentu dia ada pergi London, di London selalu ada street demonstration, peaceful. Adakah di London ada di mana-mana kita pergi Oxford Street, orang dihandcuff kepada lamp post oleh kerana ada street protest di London. Ini menjatuhkan nama baik Parlimen kita sendirilah. Kalau begitu, lebih baik orang-orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang selalu menimbulkan kacau bilau dalam Dewan ini handcuff di Parlimen dua tiga jamlah, handcuff di Parlimen. Adakah dia mahu? Saya harap bahawa kita ada standard lebih tinggilah, lebih tinggi supaya kita bincang masalah rakyat. Apa ini? Handcuff khasnya Kinabatangan, kepada Sepilok untuk dua tiga hari.

Akhirnya, ini adalah mustahak dan ada the standing Panel Report Commission dan sepatutnya Ahli Parlimen patut terlibat, patut ada Parliamentary Select Committee mengenai prison reform supaya ini tanggungjawab kita dan selama tidak ada Parliamentary Select Committee untuk prison reform, ini kecuaian Ahli-ahli Parlimen. Sekian, terima kasih.

Teresa : Rang Undang-undang Penjara 1995 (Pindaan) 2007

Ucapan YB Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Penjara 1995 (Pindaan) 2007 pada 19 Disember 2007


Tuan Yang di-Pertua, tadi saya menyentuh tentang banduan yang menghidapi penyakit yang boleh merebak, seperti chicken pox. Selalunya mereka tidak diasingkan daripada banduan yang sihat. Jadi kalau seorang sakit selepas itu semua banduan di dalam sesuatu sel atau bahagian itu juga sakit. Jadi saya berharap pihak penjara akan mengambil perhatian tentang keadaan kesihatan dari aspek ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang dianggotai oleh Ahli Yang Berhormat dari Dewan Rakyat ini, ia termasuk dengan cadangan seperti hukuman khidmat masyarakat ataupun komuniti servis kepada pesalah remaja yang melakukan kesalahan kecil. Jadi saya ingin tanya samada ini telah pun luas dilaksanakan oleh mahkamah ataupun majistret kita. Sebenarnya konsep komuniti servis ini harus diguna pakai pada pesalah dewasa yang melakukan kesalah kecil. Kesalahan kecil seperti mencuri ayam, curi pen dan perkara kecil seperti ini tidak harus dimasukkan ke dalam penjara selama berpuluh-puluh hari ataupun berbulan-bulan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin sebut tentang tahanan remaja yang menunggu perbicaraan. Pihak peguam negara dan mahkamah haruslah mengadakan fast track system terhadap pesalah ataupun penjenayah remaja yang membabitkan kesalah kecil seperti menjual VCD haram, mencuri petty crime dan sebagainya. Kesannya, selalunya remaja yang membabitkan kesalahan kecik seperti ini, mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan. Kadangkala daripada tiga bulan, ada yang sampai setahun untuk menunggu perbicaraan mereka. Ini adalah amat tidak adil kepada mereka dan selalunya bagi remaja tahanan ini, mereka adalah dari broken homes yang ahli keluarga mereka datang untuk mengenakan bail kepada mereka. Mereka berada di penjara berbulan-bulan.

Dalam lawatan saya di Penjara Kajang pada tahun lepas, saya mendapati tahanan remaja diberi latihan dan sesi kaunseling oleh pihak NGO. Sebenarnya sesi kaunseling berkumpulan seperti ini adalah amat diperlukan di penjara kita. Soalan saya ialah kenapakah ia dilakukan oleh pihak sukarelawan daripada NGO dan pada pandangan saya, mereka ini seharusnya dibayar ataupun digaji oleh pihak kerajaan untuk membantu para tahanan remaja ini untuk balik ke pangkuan masyarakat kerana perkhidmatan seperti ini adalah amat perlu untuk membantu tahanan remaja kita.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Gulung Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua, saya gulung. Penjara kita sebenarnya memerlukan lebih pekerja sosial. Saya diberitahu setakat ini penjara kita hanya mempunyai warden dan seorang kaunselor yang berpangkat ASP, tetapi tiada pekerja sosial di penjara kita. Sekiranya kita ingin semua banduan di penjara kita balik ke pangkuan masyarakat, warga penjara kita harus diadakan lebih pekerja sosial untuk membantu banduan penjara untuk balik semula kepada masyarakat dan tidak melakukan jenayah lagi.

Dalam Pindaan Kanun Keseksaan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, kami pernah mencadangkan supaya kaunseling diberikan kepada pesalah seksual seperti perogol dan sebagainya. Saya ingin tahu sama ada ini telah pun dijalankan di penjara kita? Kaunselor dan pekerja sosial merupakan software yang amat diperlukan di dalam sistem penjara kita. Ini haruslah dijadikan satu aspek yang diberi tekanan oleh pihak kerajaan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, walaupun pegawai penjara dan keluarga mereka diberi kediaman di halaman penjara, tapi saya rasa gaji dan elaun mereka haruslah dinaikkan. Ini kerana kadang-kadang waktu kerja mereka bila sekumpulan pesalah ataupun tahanan dimasukkan ke dalam penjara, mereka ada yang terpaksa bekerja dalam tempoh masa yang panjang. Jadi dari segi kebajikan, ia haruslah dipentingkan.

Akhir sekali yang saya ingin tanya ialah, kita ada sistem parol bagi penjara kita. Macam mana dengan pusat pemulihan Simpang Renggam? Saya masih ingat pada beberapa tahun yang lepas rombongan Ahli Parlimen yang melawat Pusat Pemulihan Simpang Renggam, kita mendapati tempat itu begitu sesak dan ada 4 ribu lebih orang dan ada di antara mereka ini tanpa perbicaraan. Jadi kesesakan ini adalah amat menyusahkan mereka, jadi saya rasa parol juga haruslah...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukup.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Sebenarnya penahanan di Pusat Pemulihan Simpang Renggam itu haruslah dihapuskan. Ini memang tidak adil tanpa perbicaraan, jadi sistem parol juga haruslah diadakan kepada mereka. Ini kerana saya diberitahu bahawa selalunya penjara diextend dua tahun, dua tahun, dua tahun lagi dalam Pusat Pemulihan Simpang Renggam, tapi kita lihat kadar jenayah kita masih meningkat setiap tahun. Jadi ini membuktikan Pusat Pemulihan Simpang Renggam memang tidak berkesan. Jadi saya menyeru kerajaan menghapuskan pusat penahanan bagi pesalah tanpa perbicaraan di Simpang Renggam. Sekian, terima kasih.

Dr Mahathir: I’m ready to be probed


By IZATUN SHARI

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad is prepared to be investigated by a full and formal public inquiry if Datuk Seri Anwar Ibrahim were to become the Prime Minister. However, the former premier said he hoped that those who sit on the board of inquiry would be neutral, impartial and probably foreigners.

“He’s (Anwar’s) welcome to do that if he becomes the Prime Minister of Malaysia, but if he wins members of the ruling party to his side it is the present leader who should be blamed because he can’t even get the loyalty of his own members,” he said during a 30-minute interview on the BBC World News HARDtalk programme with Stephen Sackur.

He was asked to respond to Anwar’s statement that he would call for a full and public inquiry into Dr Mahathir’s misdeeds if Anwar were to become the Prime Minister. Asked whether he was ready to express regret over what he did to Anwar now that he has retired for several years, Dr Mahathir said:

“Why should I regret? He was arrested under the laws of the country. He was tried in the courts of the country. Sentenced by court. If he was not wrong, no matter what you think about our judiciary, I don’t think he would have been sent to prison.” On Anwar saying that he would push politics that were not racially defined, Dr Mahathir said that it was opportunism for Anwar, who was now out of the government but never did anything when he was in the government.

Asked about Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s conciliatory gesture of offering monetary compensation to judges who were suspended during the 1988 judicial crisis, he said:

“Fine, but it’s a political strategy by a man who is very unpopular at the moment wanting to show that he’s going to do something right.”“Nobody can say anything against him. Newspapers report about how great he is. His own supporters misled him into believing that if he holds elections before the end of his term, he would win a clean sweep. If you look at the record of his statements, he said he would win with zero opposition.”

On claims that his criticisms against Abdullah over the last few years had brought his successor down, he said: “I don’t see why I should not criticise wrongdoings by him.”

On why he picked Abdullah to replace him as Prime Minister, he said Abdullah was known as “Mr Clean”.

To a question about some of those with Umno blaming Dr Mahathir for tearing down the party, he said that sometimes it might be necessary to do so.

“I’m a doctor; if one leg is becoming gangrenous I remove it,” he said. (The Star, Apr 22, 2008)

Thursday, April 17, 2008

Pertukaran Ahli Majlis - DAP kuasai Seberang Perai, P. Pinang


PULAU PINANG 16 April 2008 – Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan senarai anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terdiri daripada wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar, Chow Kon Yeow berkata, kedua-dua majlis itu masing-masing dianggotai 24 orang yang terdiri daripada golongan profesional dalam pelbagai bidang.

“Mereka yang dilantik telah melepasi tapisan pihak polis, Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Insolvensi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.

Katanya, MPPP akan dianggotai 10 wakil DAP, PKR (tujuh), Pas (satu) dan NGO (empat) manakala bagi MPSP pula DAP (sembilan) PKR (lapan) Pas (satu) dan NGO (tiga).

“Dua Pegawai Daerah bagi MPPP dan tiga Pegawai Daerah bagi MPSP dikekalkan jawatan mereka,” katanya.

Beliau berkata, wakil NGO terdiri daripada anggota Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina, Dewan Perniagaan India, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) dan Women Centre for Change. Katanya, majlis angkat sumpah jawatan bagi anggota MPPP dan MPSP masing -masing akan diadakan pada Isnin dan Selasa depan.
– Bernama

Pertukaran Ahli Majlis - Kedah batal ahli lama, lantik yang baru


ALOR STAR 16 April 2008 – Kerajaan negeri Kedah membuat keputusan membatalkan perkhidmatan semua ahli majlis daerah dan perbandaran di negeri itu berkuat kuasa hari ini. Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata, penamatan perkhidmatan ahli-ahli majlis itu bertujuan melantik ahli majlis baru yang akan bermula esok.

“Bagaimanapun, dua daripada 11 majlis daerah dan perbandaran ini belum meletak jawatan iaitu Majlis Bandaraya Alor Star dan Majlis Perbandaran Sungai Petani kerana belum ada pindaan dibuat. “Semua senarai nama ahli-ahli majlis baru telah pun diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan akan diumumkan kemudian,” kata beliau kepada kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurut Azizan, setiap majlis daerah dan perbandaran akan mempunyai bilangan ahli yang tidak melebihi 24 orang dan selepas diberi taklimat mereka akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua masing-masing.

“Bilangan ahli majlis bergantung kepada keluasan daerah jajahan masing- masing,” jelasnya. - Utusan